Tempayan Retak |
USS George Washington di Port Klang tadi Posted: 08 Oct 2012 06:55 AM PDT USS George Washington Sebuah kapal Induk pengankut kapalterbang Amerika Syarikat USS George Washington telah berlabuh untuk pertama kali nya di Port Klang semalam. Di maklumkan ianya bertujuan mengadakan kerjasama duahala dengan Malaysia. Diantara agenda yg diadakan nanti termasuklah "Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang, kata Kapten Greg Fenton. Projek komuniti kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, tambahnya lagi. "Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka dan menambahkan pengalaman bagaimana suasana maritime di Malaysia. Anak2 kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials. Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dijemput ke satu majlis di atas kapal itu esok. USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera. Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan bersiap sedia untuk bertindak untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. – editor/bernama |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan