Isnin, 22 Oktober 2012

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Missi bantuan Kelab Putera 1M ke Syria disambut dgn kekecuhan

Posted: 21 Oct 2012 08:59 PM PDT

Pasukan bantuan Kelab Putera 1Malaysia yg tiba ke kem pelarian di daerah Al Mafraq Syria, telah disambut dgn kekecuhan gara gara Ahli Kelab itu sendiri yg tidak memahami situasi disana.

 

Kumpulan bantuan itu yg diketuai Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Rahim pada mula nya disambut dgn gembira kerana yg datang itu adalah group bantuan dan kereta2 mengibarkan bendera missi kemaman.

 

Kem itu yg menempatkan 37,000 pelarian dan difahamkan pelarian2 itu adalah pembenci Presiden Syria, Bashar Al-Assad yg mencetuskan perang saudara disana.

 

Setelah para petugas turun dari kenderaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, para pelarian itu membuat kekecuhan apabila melihat ahli2 KP1M atau Kelab Putera 1Malaysia itu memakai baju yg ada bendera Syria. Mereka tidak berpuashati dan berteriak mahu digantikan dgn bendera Pergerakan Pembebasan Syria yang baru.

 

Kekecuhan di kem pelarian Za'tari itu berterusan menyebabkan kenderaan yang diguna KP1M dibaling dengan batu, walaupun tidak berlaku kemalangan kata nya, tetapi paling tidak mesti pecah cermin dan sebagainya.

 

"Cabaran ini pernah dilalui KP1M, ia tidak akan mematahkan semangat kami" kata jurucakap KP1M, malah menguatkan azam kami dan kami tidak terlibat dgn mana mana pihak dalam konflik itu, tambahnya. – tip sh

Tiada ulasan: