Jumaat, 26 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Takut kalah rupanya... kahkahkah...

Posted: 26 Oct 2012 09:00 AM PDT

Takut kalah PRU 13 punca kes rayuan Altantuya ditangguh lagi

KUALA LUMPUR 25 Okt: Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13.

Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa.
"Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka," katanya.
Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu.

Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan.

Pada April 2009, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda – rakan baik Perdana Menteri.

Jasad Altantuya diletup mengggunakan C4 di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi PRU 13 belum dijalankan.
"Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat.
"Tengok skandal melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri," katanya.
Bagaimanapun, kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman setimpal.
"Pakatan tak memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat sekalipun Najib Razak," katanya.


Foto menarik Aidil Adha neh...

Posted: 26 Oct 2012 07:01 AM PDT

Tengok sudah, jangan dok kata pa2... haha...



Najib sedang berusaha supaya rakyat bencikan dia

Posted: 26 Oct 2012 02:40 AM PDT

AES bangkitkan kemarahan rakyat

Banyak telah dibicarakan dan berbagai reaksi yang tidak begitu menyenangkan apabila Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System - AES) dilaksanakan penguatkuasaannya di seluruh negara.

Walaupun tujuan asalnya untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya, di samping mendidik pengguna jalan raya supaya pemandu lebih berhemah terutama sekali mematuhi lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju.

Walau apapun, hak dan suara rakyat hendaklah dihormati kerana sebagai pengguna jalan raya mereka lebih arif tentang permasalahan yang berlaku dan akan berlaku jika AES ini diteruskan juga.

Bayangkanlah, sistem lampu isyarat merah, kuning dan hijau itu apabila bertukar ke warna kuning yang memberikan isyarat supaya berhenti, hanya satu atau dua saat sahaja, sedangkan kenderaan yang mengekori kita dari belakang mungkin dipandu agak laju. Sudah tentu akan membahayakan pemandu di hadapan sekali kerana terpaksa menekan brek secara mengejut dan mudah terjadi pelanggaran yang bakal membabitkan beberapa keenderaan yang lain.

Keduanya sistem had laju di negara kita kadangkala tidak masuk akal, iaitu ada jalan raya yang mengehadkan kelajuan yang dibenarkan 30 kilometer sejam atau 40 kilometer sejam walaupun jalan raya itu tampak lurus dan tiada masalah apa pun.

Jika kamera AES dipasangkan di tempat-tempat berkenaan, pastinya ramai yang 'kantoi' dan akan menerima surat saman yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit itu. Perkara itulah yang menjadi rungutan pengguna. Hal ini tidak termasuk lagi segelintir pengguna yang nakal yang sengaja memasang plat nombor palsu atau kemungkinan kesilapan teknikal sistem eletronik itu sendiri.

Tidak ada sebab mengapa AES perlu dilaksanakan buat ketika ini kerana kemalangan dan kematian yang membabitkan pemandu di sekitar tempat lampu isyarat dan kawasan zon had laju yang dibenarkan tidaklah seramai mana apabila berbanding dengan penunggang motosikal.

Selain itu, disyorkan agar semua lampu isyarat diletakkan skrin eletronik yang menyatakan minit dan saat sebelum lampu isyarat bertukar warnanya agar mudah untuk pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka atau bersedia untuk berhenti dan berapa lama menanti.

Kita kena betulkan sistem yang sedia ada dahulu sebelum masuk ke fasa AES. Hal ini kerana sistem sekarang pun tidak begitu efisien dalam pengendaliannya lagi dan jika ingin diteruskan juga untuk permulaan janganlah dikenakan denda yang boleh membebankan pengguna.

Saya mencadangkan pengguna jalan raya yang didapati bersalah itu dihukum menghadiri kursus motivasi undang-undang jalan raya atau dikenakan tindakan membuat kerja-kerja kebajikan masyarakat dalam masa yang ditentukan. Mungkin cara ini dapat mendidik pengguna jalan raya dengan lebih berkesan lagi. Denda berbentuk wang ringgit hanya dikeluarkan setelah denda yang lain tidak berkesan atau diambil ringan sahaja.

Kita juga perlu mendisiplinkan pemandu teksi, bas dan kenderaan berat. Di lebuh raya, kenderaan ini selalunya tidak mematuhi had laju. Dalam masa yang sama kerajaan juga mesti menaikkan taraf jalan persekutuan dan negeri. Hal ini kerana, jalan rosak dan berlubang boleh menyebabkan kemalangan berlaku dan lorong jalan laluan khas motosikal juga sepatutnya diperbanyakkan lagi.


BERBULU tak kira la Umno baca neh...

Posted: 26 Oct 2012 01:31 AM PDT

Anthony Loke Terharu Terima Surat Penghargaan Dari TG Nik Aziz

Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.

Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!


Klik untuk lebh jelas


Bukan senang nak tadbir Kelantan...

Posted: 25 Oct 2012 08:05 PM PDT



Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada – TG Nik Aziz.
KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.
"Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.
"Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian," katanya di sini.
Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.

Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.

Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.

Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain.

Ditanya konsep berkebajikan yang diuar-uarkan, katanya sebelum Kelantan melaksanakan dasar kebajikan, Islam sebenarnya agama berkebajikan.

"Bersesuaian dengan itu kita meneruskan program dan bantuan untuk membantu rakyat. Bantuan baja padi, al-It'aam, dividen Ladang Rakyat, skim Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi program kebajikan dilaksanakan untuk manfaat rakyat," ujarnya.

Pada pertemuan itu beliau juga berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam apabila ketiadaannya nanti.
"Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. 
"Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan. 
"Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. 
"Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya," katanya. - Harakahdaily

Tuan Guru Nik Aziz adalah inspirasi kepada anak muda Kelantan & Malaysia. Beliau ulamak yang dihormati kawan dan musuh dalam dan luar negara. Bukan senang menjadi MB di Kelantan, Rakyatnya sangat cakna akan pemimpinnya tetapi Tok Guru diterima disemua lapisan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa. Kerana Islam beliau berjuang untuk meletakkan Kelantan antara negeri yang paling memartabatkan Islam di Malaysia. Ulamak pewaris para Nabi.

Kami Sayang & Sokong Ulamak.


Tiada ulasan: