Rabu, 17 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


PANAS: Najib dah tak cukup jari nak gigit...

Posted: 17 Oct 2012 09:00 AM PDT

PRU 13 mungkin dalam Nov. atau Dis. 2012 ..!!!

Najib masih takut membubarkan parlimen, namun oleh kerana tempoh edah semakin dekat nak tamat, rakyat sudah boleh mengagak bila parlimen akan dibubarkan dan bila tarikh PRU Ke-13 akan diumumkan.

Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila "janji ditepati" nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet 2013 tempoh hari? Rakyat Malaysia sama ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan.

Gulungan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M RM250 dan "one off" RM1000 untuk bekas tentera.

Sebenarnya Najib tidak perlu berahsia lagi bila nak buat pilihanraya. Rakyat semakin cerdik, petani, peneroka atau penjaja pasar malam pun boleh meramalnya. Walaupun Najib ada menyebut yang PRU akan diadakan tahun depan yakni sebelum berakhirnya April tetapi itu adalah helah Najib. Awal 2013 rakyat Malaysia sibuk dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,, mana mungkin!. Justeru, tarikh PRU 13 yang kita kira sangat manasabah ialah dua bulan setengah dari sekarang, yakni pada November atau Disember depan.

"Janji Ditepati" yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terutama yang melibatkan habuan tunai mesti disegerakan sebelum sekolah dibuka awal Januari 2013. Andainya kerajaan Najib melunaskan janjinya melewati Disember 2012, maka harapan BN untuk meraih simpati dari rakyat menjadi semakin tipis. (Sumber)


Hensemnya Musa Hassan tanggung TILAM...

Posted: 17 Oct 2012 07:40 AM PDT

Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN wujud

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.

Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.
"Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan," katanya. 
"Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau," kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.
Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
"Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara," kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
"Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
"Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan," ujarnya.
Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
"Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri," katanya.
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.

Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.

Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.

Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, 'A Doctor in The House'.

Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, 'mencuri' sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.

Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.

Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
"Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN," katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.- KD


MELAKA? Tahniah.. tahniah...

Posted: 17 Oct 2012 01:05 AM PDT

Tahniah...
Setinggi-tinggi tahniah pada kerajaan Negeri Melaka dibawah Ali Ketam opps silap... Ali Rustam telah berjaya meningkatkan HUTANG...

Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepada RM865.94 juta iaitu meningkat sebanyak RM12.87 juta. Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian II muka surat xiii.

Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.

P/S : Tahniah diucapkan diatas pencapaian HEBAT ini


BAGUS Umno, dekat PRU buat perangai camnie...

Posted: 16 Oct 2012 09:33 PM PDT

Tu diaaaa!!!
Banyaknya untung kroni dia malah sekaligus kenyangkan perut pemimpin Umno/BN... cuma kaedahnya menggunakan kroni supaya rakyat tidak marah pada kerajaan BN!


Pandai dan bijak nak kenakan rakyat, ada saja jalan nak menipu nak mencekik darah rakyat!

Sudah-sudahlah... kita semua perlu ubah pada PRU13 nanti dengan cara JANGAN mengundi BN! Setiap undi membawa padah !

KRONI DIDAHULUKAN, RAKYAT ENTAH KEMANA...

Baca lagi kat bawah ni untuk pencerahan...

Masa JPJ buat operasi di Tampin, hanya 91 saman yang dikeluarkan kepada pesalah lalulintas... ini kenyataan dan bandingkan dengan kamera Automated Enforcement System (AES).

Tetapi kamera Automated Enforcement System (AES) yang beroperasi sejak 23 September 2012, secara puratanya merekodkan 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

5,778saman/sehari x RM300 = RM1,733,400.

Syarikat operator AES akan dapat komisen RM16 untuk setiap saman. Maknanya 5,778saman/sehari x RM16 = RM92,448.

Kaya meliana la kroni depa...

Kahkahkah...

Inilah bahananya apabila penguatkuasaan undang-undang cuba diSWASTAkan. Profit-driven rather than prevention? Kenderaan makin canggih setiap hari, tapi hadlaju jalanraya Malaysia masih kekal sejak 80an. Huh!

***************************

TAMPIN – Sebanyak 91 saman dikeluarkan kepada pemilik motosikal dan kereta yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dalam satu operasi khas motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pekan Tampin, di sini, malam kelmarin.

Operasi bersepadu JPJ negeri yang bermula kira-kira jam 9 malam hingga 11.30 malam itu mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, dalam operasi berkenaan yang dilaksanakan di empat lokasi di sekitar Pekan Tampin, sebanyak 14 motosikal dan tiga kereta disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.
"Saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. 
"Malah, 18 notis arah periksa dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan terutama membabitkan kesalahan pengubahsuaian kenderaan, tiada cermin sisi dan lain-lain," katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 11 saman dikeluarkan PDRM sempena operasi berkenaan.

Saiful Azzri berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan aspek keselamatan sepanjang berada di jalan raya dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi kebaikan bersama.
"Pengguna perlu sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengurangkan risiko berlakunya kejadian tidak diingini," katanya. - Sinar Harian


PENGECUT mana dibelakang Musa Hassan neh...

Posted: 16 Oct 2012 08:40 PM PDT

GEMPAR!!!!

Satu Malaya punya tunggu nak tengok camana Musa Hassan akan menari ronggeng dalam mahkamah. Tapi belum sempat peguam Datuk Seri Anwar, N. Srendran nak soal balas Musa Hassan... dia pi tarik balik samannya terhadap Anwar Ibrahim.

Sepatutnya hari neh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, giliran peguam Anwar N.Surendran menyoal balas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dalam kes saman atas laporan polis Datuk Seri Anwar Ibrahim (kes mata lebam) berkenaan pemalsuan keterangan perubatan Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail.

Belum soklan pertama terpacul, tetiba ja Musa Hassan secara sukarela mau menarik balik balik samannya terhadap Anwar.

Maudhuk dari stori neh....
Maka sah dan sahih lah... apa yang diperkatakan oleh Anwar selama ini bahawasanya ADA WUJUD PEMALSUAN LAPORAN PERUBATAN DALAM KES MATA LEBAM TAHUN 1998!!!!

Satu Malaya pulak tertanya tanya, pengecut manakah dibelakang Musa Hassan yang mengarahkannya menarik balik saman terhadap Anwar neh... Mereka berharap dengan penarikan balik saman neh maka kemuruk mereka yang berkonspirasi terhadap mata lebam Anwar akan tetap tenggelam rapi dari pengetahuan umum...

Satu Malaya sudah menjangka, penarikan saman ini jugak bermakna PRU13 sudah semakin hampir. Sekiranya dibiarkan saman ini diteruskan, semestinya simpati umum terhadap Anwar akan meningkat...


Owhh!! DIA tak jawab pasai tak dak TAULIAH...

Posted: 16 Oct 2012 04:49 PM PDT

Bebudak sekolah tanya pasal Najis Mughallazah ja pun si Najib tak leh jawab... kihkihkih.... Adoiyai... Malu, semalu-malunya....

Patutla takut nak berdebat... soklan kacang macam tu pun terhegeh-hegeh tala kat Muhyiddin...

Kahkahkah...

Ehhh!!! Mana dia Hassang Ali and Ostad Nasha neh?
Bekap la.... merah padam dah muka dia kena penangan budak ja...

Kahkahkah...

Tiada ulasan: