Rabu, 31 Oktober 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Kena Gigit Penyepit Baru Boleh Senyum

Posted: 31 Oct 2012 01:30 AM PDT


BEIJING: Polis China dikenali sebagai antara pasukan keselamatan paling terlatih dalam dunia.

Disebabkan kesukaran dan cabaran dihadapi dalam latihan itu, anggota polis terbabit mungkin sukar untuk tersenyum.

Bagi mengatasinya, mereka diajar bagaimana untuk mempamerkan senyuman kepada orang ramai. Justeru, pasukan polis di Dalian di wilayah Liaoning baru-baru ini mengadakan kursus khas bagi mengajar anggota mereka teknik tersenyum yang betul.

Untuk mencapai matlamat itu, peserta diberi sebatang penyepit makanan dan mereka dikehendaki menggigitnya sambil tersenyum.

Menurut jurucakap polis Liaoning, kurus itu diadakan untuk mendedahkan kakitangan mereka kepada "senyuman seragam.

"Kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran anggota polis di wilayah Liaoning ketika mereka berurusan dengan orang ramai supaya nampak lebih mesra," katanya. - DM

Abang Dibunuh Kerana Harta

Posted: 31 Oct 2012 12:00 AM PDT


BANGKOK: Seorang wanita dan suaminya ditahan polis dan didakwa membunuh abang wanita terbabit untuk mewarisi harta bernilai 20 juta baht (RM1.9 juta), lapor akhbar semalam.

Polis menahan To-Pluem; suaminya, Theerawat Meesaard dan pembunuh upahan, Nu Khongrod. Mereka didakwa membunuh Sak To-Pluem. Polis berkata, suspek mengakui melakukan jenayah itu.

Menurut polis, Sak ditembak mati pada 9 September lalu di daerah Kampheang Sean di wilayah Nakhon Pathom. Pembunuh upahan terbabit memberitahu polis, pasangan itu mengupahnya RM3,980 untuk membunuh mangsa.

Dia menembak mati mangsa dekat kediamannya di Nakhon Pathom sebelum mengambil bas untuk pulang ke kampung halamannya di wilayah Phichit. To-Pluem mendakwa dia bergaduh dengan abangnya dan terpaksa melarikan diri ke Phichit bersama anak-anaknya untuk tinggal dengan suaminya.

Menurutnya, abangnya mudah naik angin dan sering membelasah ibu mereka.

Dia kemudian mendapat tahu ibu mereka menjual sebidang tanah dengan harga RM1.9 juta. Dia bimbang abangnya akan membolot semua wang itu, jadi dia dan suaminya merancang pembunuhan mangsa. - Bangkok Post

Video: Lembu Bangkit Setelah Disembelih

Posted: 30 Oct 2012 11:24 PM PDT


Betul atau tidak anda sendiri kena saksikan video ini. Nak gelak pun ada. Betulkah ini lembu atau jin? Sama-sama kita tonton video lebih kurang 1 minit ini. 

Budak 25 Jari

Posted: 30 Oct 2012 10:50 PM PDT


BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.

Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.

Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.

"Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut," katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.


Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. "Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak," katanya.

Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya 'putus.' Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.

Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. "Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.

"Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu," katanya.

Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari. - TS

Tiada ulasan: