Roslan SMS Corner |
Agama dan politik tidak boleh campur di Temasik 16/10.12 Posted: 16 Oct 2012 06:20 AM PDT Singapura tidak mahu politik dicampur-adukkan dengan agama. Menurut TPM Singapura Teo Chee Hean di Parlimen Singapura ketika menjawab soalan ahli-ahli parlimen di sana: "GARISAN jelas antara politik dengan agama harus dikekalkan di Singapura, jika tidak negara ini akan mengalami risiko keretakan dalam keharmonian sosial"Singapura tidak membenarkan ahli-ahli politiknya menjuarai isu agama walaupun ahli-ahli agama dibenar bebas melaksanakan hak politik masing-masing namun mereka tidak boleh memasuki ruang politik begitu juga ahli politik tidak boleh menerobos masuk ruang agama. Begitulah LUAS nya jurang perbezaan suasana dan lanskap politik Malaysia dan Singapura. Adakah kita mahu ikut Singapura atau mahu kekal status quo yang ada di Malaysia? Tepuk dada tanya iman. Di Malaysia bukan hanya parti politik berteraskan agama seperti PAS, malah semua parti politik bebas menyuarakan tuntutan agama dalam berpolitik. Ada pengamal atau aktivis agama yang masuk politik dan berjawatan, selain PAS, mereka ini juga mengunakan platform politik mereka menyuarakan tuntutan kepercayaan mereka. Ada aktivis Kristian, Hindu dan lain-lain berpolitik di Malaysia. Malah dalam Umno pun aktivis agama masuk berpolitik juga.Jelas pendekatan dan suasana Singapura berbeza dengan Malaysia. Singapura bimbang pengaruh puak agama, takut dan malah agaknya berusaha membendung dan kalau boleh membenterasnya. Berdasarkan pendirian ini bagi mereka orang agama duduklah di masjid atau gereja, biar orang politik sahaja yang berpolitik. Kalau ada yang bersikap begitu di sini, eloklah berhijrah saja ke Singapura. |
Allah selamatkan Bangsa Moro 16/10/12 Posted: 16 Oct 2012 05:53 AM PDT Melihat termetrainya perjanjian damai antara kerajaan Filipina pimpinan Benigno Aquino dan MILF diwakili Hj Murad Ibrahim yang membuka laluan kepada otonomi rakyat Islam Bangsa Moro di Selatan Filipina sudah pasti menyenangkan hati mereka yang prihatin. Setelah lebih 40 tahun berkonflik yang menyaksikan ramai yang terkorban akhirnya perjuangan mereka diberi pengiktirafan dan penghormatan. Semoga tiada lagi yang terkorban dan menderita di sana dan semoga rakyat Islam dapat mentadbir sendiri urusan dan masa depan mereka.Malaysia diwakili PM Malaysia menyaksikan termetrainya perjanjian ini di Istana Malacanang dan sebentar tadi Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan perjanjian ini. http://www.nst.com.my/latest/opposition-welcomes-philippines-milf-peace-accord-1.157859# Sesungguhnya perjuangan Bangsa Moro ini mendapat simpati dan sokongan rakyat Malaysia tanpa mengira anutan politik khasnya dikalangan umat Islam di sini. Kita berdoa selepas ini bukan hanya saudara kita di Selatan Filipina sahaja yang akan terbela nasib dan masa depan mereka, semoga saudara kita di Selatan Thai juga akan demikian, begitu juga saidara kita di Kashmir, Rohingya di Myanmar, Chechnya dan lain-lain. Mudah-mudahan melalui perdamaian ini Bangsa Moro dapat membuktikan yang Islam adalah penyelesaian terbaik dan Islam mampu merobah nasib dan masa depan rakyat di Selatan Filipina, insyallah. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan