Fokus: Pengemis mampu kutip RM500 sehari
Adawiyah mendekati pelanggan untuk menjual VCD dan tisu.
 
ALOR GAJAH - Aktiviti mengutip derma di daerah ini dilihat semakin menjadi-jadi terutama hadapan pintu masuk bank, stesen minyak, tempat letak kenderaan, kedai makan dan pasar raya besar.
Difahamkan, seorang 'ustaz' ditugaskan menghantar dan mengambil pengutip derma dalam kalangan kanak-kanak atau remaja dengan kereta mewah, sekali gus menjadikan amalan ini seolah-olah perniagaan untuk mengaut untung berganda.

Wartawan Sinar Harian yang menyamar sebagai penderma berpeluang mendengar pengalaman dua pengutip derma berusia 11 dan 15 tahun di dua lokasi berasingan.

Adawiyah ketika ditemui di hadapan sebuah stesen minyak di sini, berkata, dia terpaksa melakukan kerja itu kerana desakan hidup.