Jumaat, 5 Oktober 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


13 TAHUN MOHD ALI MENJEMPUT...DAP, PKR TIDAK TAHU ADAT MELAYU

Posted: 05 Oct 2012 09:03 PM PDT

 

Tidak sangka pula majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai itu mendapat perhatian pembangkang dan reaksi begitu cepat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya amat setuju dengan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka itu. Sah ia sengaja dibangkitkan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

"Dalam masa pilihan raya (semakin tiba) apa benda boleh dijadikan isu. Isu atau sesuatu kes tahun lepas mungkin akan ditimbulkan hari ini. Kalau pemimpin kita buat kerja kahwin anak, kalau musim lain tak jadi isu, sekarang jadi isu," demikian kata Hishamuddin.
Read More / Baca Lagi >>

Bila Azalina Jadi Badak Sumbu

Posted: 05 Oct 2012 09:01 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Hari ini Umno Johor baru berjumpa buku dengan ruas. Kalau sebelum ini pemimpin Umno Johor boleh beriba tangan dan tidak perlu gundah gulanda setiap kali tiba pilihan raya umum, kerana parti itu sudah pasti akan menang besar, tetapi kali ini sudah tidak lagi. Perasaan itu bukan menjadi milik mutlak mereka lagi.


Tuhan ini maha adil dan maha mentadbir, rasa 'agah' dan megah yang kesekian lama bertakhta di dalam minda pemimpin Umno Johor sudah ditarik perlahan-lahan.
Azlina, Sallahudin bertemu buku dengan ruas.

Kenapa Allah menarik rasa nikmat dan anugerah itu? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkin tidak bersyukur atas nikmat dan rahmat diberikan-Nya.
Ada firman-Nya bermaksud; kalau kamu mensyukuri nikmatKu, Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur terhadap nikmat Ku, aku akan tarik dan perhinakan kamu.

Apa yang terjadi kini kerana kealpaan dan sikap ego pemimpin Umno itu sendiri. Tegasnya mereka tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Mereka mendabit dada kononnya sebagai pembela Melayu, hakikatnya Melayu di Johor semakin terkempit dan terhimpit. Mereka mendabik dada hendak mendaulatkan Islam, hakikatnya Islam terancam dan diserang dari depan dan belakang. Johor gagal menjadi serambi Makkah atau 'jokel' Madinah, walhal kalau hendak dikira negeri itulah mempunyai paling banyak sekolah agama dan pendidikan agama dikatakan wajib diperingkat pra sekolah.
Read More / Baca Lagi >>

Pelanggaran BN terhadap “Borneosasi”: Diskriminasi terhadap bumiputera dan rakyat Sabah

Posted: 05 Oct 2012 09:00 PM PDT


DAP memandang serius sebarang pencabulan dasar untuk menyeimbangi keperluan dan keadilan terhadap negeri-negeri Malaysia Timur dan menyifatkan kerajaan BN telah melanggar Perkara 8 berkenaan Borneosasi yang mengundang ketidakadilan sosio ekonomi negeri tersebut apalagi setelah 49 tahun bersama Malaysia.
"Kebelakangan ini slogan kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah "Janji Ditepati". Sudahkah Perkara 8 di dalam Perjanjian 20 Perkara berkenaan Borneonisasi telah ditepati?" soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalah ucapan perbahasan belanjawan 2013 di parlimen petang tadi.
Menurut beliau kegagalan Barisan Nasional menghormati "Borneonisasi" yang termaktub dalam Perjanjian 18 Perkara yang telah ditekankan oleh cadangan Tun Zaki Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam telah mengakibatkan kesengsaraan, peminggiran serta diskriminasi oleh kaum Dayak dan golongan etnik minoriti yang berhubung dengan sektor perkhidmatan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan BN tambah hutang demi kekal kuasa

Posted: 05 Oct 2012 08:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER: Ketidakmampuan kerajaan BN mengurus hutang negara yang menjadikannya bertambah dari RM229 bilion pada tahun 2005 kepada RM501 bilion pada tahun 2012 di bawah pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak meletakkan negara dalam keadaan bahaya.
Menurut para penganalisa ekonomi, hutang yang tidak seimbang dengan hasil kutipan kerajaan kurang satu peratus ini dilihat boleh meletakkan negara dalam situasi kritikal.
Malah, belanjawan yang diumumkan 28 September lalu menjelaskan segalanya apabila Najib mengambil jalan pintas dan terdesak dengan memperuntukkan RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion pada belanjawan tahun lalu dengan menumpukan kepada pemberian 'one-off'dalam bantuan kepada rakyat.
Tindakan ini menurut Penganalisa Politik DAP Dr. Ong Kian Ming adalah tindakan Najib untuk memenangi hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
"Apa yang dilakukan ini merupakan dasar jangka masa pendek dan tidak akan memberi impak besar kepada perkembangan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang.
Read More / Baca Lagi >>

BN pun tiada kabinet bayangan...ni sebok untuk Pakatan..!!!

Posted: 05 Oct 2012 08:58 PM PDT


Serangan terbaru UMNO BN kali ini berterusan dengan menyerang Pakatan Rakyat yang tidak menampilkan kabinet bayangannya jika menang dalam PRU 13 ini kelak. Pastinya barisan kabinet PR itu kelak (jika diumumkan) akan diputar-putar menjadi bahan untuk melagakan anggota PR. Sudah terang lagi bersuluh, ini suatu kerja bodoh untuk dilakukan oleh PR.
Bercakap tentang kabinet bayangan ini, katanya di Parlimen UK, memang wujud kabinet bayangan ini. Ia wujud semasa kerajaan yang dipilih itu memerintah, bukan sekadar semasa kempen pilihanraya. Ia secara tidak langsung menjadi satu sistem 'semak dan imbang' tentang kerja-kerja kerajaan yang sedang berjalan yang akan sentiasa dipantau oleh barisan kabinet bayangan tersebut.
Kabinet bayangan dalam realpolitik
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa tolak propaganda kabinet bayangan

Posted: 05 Oct 2012 08:55 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa polemik Kabinet Bayangan yang ditimbulkan individu tertentu dari kalangan parti pemerintah mahupun oposisi dihentikan kerana membelakangkan rakyat dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Semalam, lidah rasmi UMNO-BN, Utusan Malaysia dalam muka depannya mengetengahkan isu "Kabinet bayangan pakatan pembangkang" sebagai tajuk utama muka depan mereka.
Prihatin dengan isu yang timbul, SMM menggesa individu-individu dan blok-blok politik yang terlibat dalam polemik ini untuk mengembalikan kuasa membuat keputusan memilih pemimpin dalam kabinet kepada rakyat.
Menurut wakil SMM, Adam Adli, "Mahasiswa melihat bahawa situasi yang berlaku ini secara tidak disedari telah pun membelakangkan rakyat,"
"Hak dan peranan rakyat wajib dihormati dan tidak dipermainkan. Percaturan politik, perebutan jawatan dan kuasa yang terang-terangan membelakangkan rakyat perlu dihentikan segera dan setiap keputusan perlulah dirunding terlebih dahulu dengan rakyat." ujar beliau.
Mainan politik; Mahasiswa makin sedar
Read More / Baca Lagi >>

PPIM: Boikot barang Israel hambar..!!! Kerajaan UMNO@BN adalah penyokong tegar barangan Israel...!!

Posted: 05 Oct 2012 08:03 PM PDT


Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Fared Abdul Ghani KOTA BHARU - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan gerakan memboikot barangan keluaran Israel dan Yahudi ekoran kemarahan umat Islam serata dunia selepas penghinaan menerusi filem Innocence of Muslim's seakan-akan hambar.

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Fared Abdul Ghani berkata, bagi memastikan rakyat menolak secara berterusan terhadap barangan berkaitan pihaknya mengenal pasti tiga produk yang perlu diboikot.

Menurutnya, orang ramai perlu secara istiqamah untuk tidak menggunakan barangan berkenaan dan sepatutnya peniaga juga perlu memberi sokongan terhadap program boikot malah bukannya sekadar menunjukkan kemarahan sahaja.

"PPIM tidak mahu kempen boikot ini hanya menampakkan kesungguhan di peringkat awal sahaja setelah ramai yang bersungut menentang penghinaan secara jelas menerusi tayangan filem tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pas dakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 ada lebih 200 kesilapan

Posted: 05 Oct 2012 07:58 PM PDT


Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 mengandungi lebih 200 kesalahan utama, antaranya tatabahasa, metodologi bahasa dan susun atur bahasa dan ejaan.
"Sungguh memeranjatkan. Bagaimana Kementerian Pelajaran boleh mengeluarkan sebuah buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 yang menjadi silibus (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia, mengandungi lebih 200 kesalahan utama.

"Kesalahan yang melibatkan nahu tatabahasa, metodologi bahasa dan susunatur bahasa dan ejaannya," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu kata beliau, Dewan Pemuda Pas mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi Habis : BN juga terima pembiayaan Amerika@Yahudi

Posted: 05 Oct 2012 07:50 PM PDT



Sebuah badan pemikir berkata, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian dan menerima sokongan Amerika Syarikat.

Wan Saiful Wan Jan (2)"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dalam satu emel kepada Malaysiakini.

"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya," dakwanya.

Wan Saiful mengulas kenyataan ahli parlimen BN seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam bahawa pemberi dana asing cuba melemahkan kerajaan BN.

Agensi kerajaan dan kumpulan prokerajaan serta media arus perdana yang dikuasai BN, melancarkan kempen menyerang badan pemantau hak asasi manusia Suaram kerana didakwa menerima dana asing.

Secara khususnya, mereka telah cuba menggambarkan bahawa siasatan skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Portal berita Malaysiakini juga turut menjadi sasaran dan telah dituduh menjadi alat pemberi dana asing untuk menerbitkan berita yang "anti-kerajaan".

Guan Eng cabar PM isytihar harta..!!! Ada Berani..??

Posted: 05 Oct 2012 07:29 PM PDT


Lim Guan Eng SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing  jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.

"Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim lancar buku ‘Pendedahan di Parlimen’ 9 Oktober

Posted: 05 Oct 2012 07:26 PM PDT

Buku terbitan sebuah badan pemikir dan penyelidikan, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) akan dilancarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Oktober ini.
Dengan kata pengantar oleh Ketua Umum KEADILAN, buku berjudul 'Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia' itu disunting Pengarah Eksekutif KPRU, Ooi Heng.
Majlis berkenaan diadakan di tingkat 16, Yayasan Selangor, bersebelahan Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 8 malam.
Ia disusuli forum 'Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara.'
Ahli panel ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam).
Ia anjuran bersama KPRU, Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)dengan kerjasama Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik.
Untuk dapatkan buku berharga RM28 terbitan bersama KPRU dan SIRD itu, emel ooiheng@gmail.com atau kunjungi kedai berdekatan antaranya, Kedai Makalah, Giant Seksyen 7 Shah Alam (emel kedaimakalah@gmail.com).

Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah!

Posted: 05 Oct 2012 07:25 PM PDT

DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kes-kes rasuah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk membanteras rasuah.

Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa.

Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah.

"Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?," kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media.
Read More / Baca Lagi >>

EDISI KHAS: Najib oh Najib..

Posted: 05 Oct 2012 07:12 PM PDT

PRU dah dekat bang Jib.. Teringat kata kata yang bang Jib laungkan dulu, fuh bergegar seantero Malaya.. Memang macam pejuang terhebat! Pejuang sejati Bangsa Melayu!!

Depan TV, depan gerombolan sendiri boleh laaaaaaaaaaaaa.. Baru Anwar ajak jumpa dan berdebat depan rakyat jelata ko dah lari.. Apa kes? Belum ada dalam sejarah pemimpin melayu takut berdepan dengan musuh.


Scorpene : Peguam Perancis setuju perjelas pada Parlimen M'sia

Posted: 05 Oct 2012 07:07 PM PDT



 
Peguam Perancis William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes urus niaga Scorpene menyatakan kesediaannya untuk hadir memberi taklimat berhubung perkara itu kepada anggota Parlimen Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia dengan syarat pihak berkuasa daripada Umno dan kerajaan BN menjamin keselamatannya di negara ini.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Bourdon di Paris. Perkara itu dilaporkan di laman Facebooknya.

Anwar baru-baru ini dilaporkan ke Perancis untuk mengundang peguam itu dan DCNS untuk memberi taklimat kepada Parlimen Malaysia.

Bourdon tahun lalu hadir ke Malaysia untuk menghadiri jamuan makan malam untuk mengumpul dana tetapi kemudiannya dihantar pulang ke negara asal.

Mahfuz cadang saman AES ditukar kepada ST1M (Saman Rakyat 1Malaysia)

Posted: 05 Oct 2012 07:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet bayangan kata orang... kabinet bayangan kata Najib

Posted: 05 Oct 2012 06:55 PM PDT

Najib sudah bercakap tentang rasuah dan keburukannya kepada masyarakat dan negara semalam. Dalam perasmian 'International Association of Anti-Corruption Conference' semalam semua mendengar kata-kata Najib yang semuanya mengutuk perlakuan rasuah baik dalam politik, kerajaan, swasta dan yang lain-lain.
Di antara ayat yang kita dengar dalam ucapan beliau di persidangan itu ialah "countries needed to instill a 'natural' abhorrence' into the conscience of the society". Sepotong ayat dari Najib ini telah mendapat banyak reaksi semasa saya dan beberapa orang yang minum kopi bersama saya tengah malam tadi.
"I almost fell from my chair when I heard Najib delivering his speech at that conference. I just couldn't believe it bro! Ayat ini tidak sepatunya keluar dari mulut Najib yang sedang menghadapi tekanan dari rakyat kerana dia dan rasuah itu adalah sinonim. Itu persepsi rakyat terhadap dia. Selamba aje dia cakap gitu. Tak malu-malu dia bercakap hal rasuah ini" Kata salah seorang yang ada bersama saya di kedai mamak di Kota Damansara tengah malam tadi.
Tentu ramai orang memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan saya itu dan tidak payah lah kita ulang-ulangi apa yang Najib sendiri telah lakukan terhadap kewangan dan kantung perbendaharaan negara kita ini. Rakan saya itu bermaksud kalau hendak bercakap hal  rasuah ini Najib sepatutnya mewakilkan orang atau menteri yang lain untuk bercakap tentang isu ini dalam 'conference' antarabangsa itu. "kalau dia nak diwakilkan pun kepada siapa yang dia nak wakilkan? Bukankah semuanya dalam kabinet itu sama sahaja?" bentak seorang lagi yang ada bersama kami.
Pandangan ini merupakan pandangan ramai dan saya menerima panggilan telefon yang banyak memberikan komen yang lebih kurang sama seperti rakan saya tadi. Mereka semuanya berkata yang mereka seolah-olah tidak percaya yang Najib mempunyai kudrat untuk bercakap tentang rasuah ini dan membenci perlakuan rasuah dalam kerajaan dan dimana-mana. "I couldn't compute what he said at the conference" tambah seorang lagi yang ada bersama saya di meja minum itu.
Read More / Baca Lagi >>

Memahami Bajet

Posted: 05 Oct 2012 06:54 PM PDT

Saya ingin memberitahu rakyat bahawa bajet bukan suatu rancangan kewangan untuk memberi rebet, duit one off atau bonus. Kalau bukan duit kita, kita ada kuasa pulak, sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang dilakukan oleh Najib. Tapi perbuatan dia tidak bertanggung jawab. Kita akan huraikan sebab2 mengapa kita kata demikian. Maka kita jangan ikut cara bodoh tersebut.
Bajet ialah plan kewangan untuk membiayai pengurusan negara. Kalau dalam syarikat, bajet nya ialah bagaimana memastikan perkerja mendapat gaji yang baik dan syarikat terus untung. Jika syarikat tidak untung, perkerja tak dapat gaji. Kalau 16 tahun rugi, belanja lebih dari pendapatan, syarikat akan tutup. Pengurus syarikat diberhentikan. Pengurus baru degan model pengurusan bari kita ambil.
Read More / Baca Lagi >>

Politicians and gangsters

Posted: 05 Oct 2012 06:49 PM PDT

An anonymous letter implicates a minister, Umno and MIC Youth chiefs of having links with gangsters.

KUALA LUMPUR: A PKR-linked NGO has lodged a police report today over an anonymous letter claiming that three prominent Barisan Nasional politicians have links to an Indian gang.
The People Welfare and Rights Organisation (Power) wanted the police to verify whether the unsigned letter, purportedly from a member of Selayang Baru Umno, was genuine, and for the police to probe into the politicians' alleged links with the Indian gang "36".
"The letter, which was left in my office yesterday in Sentul, mentions the name Human Resource Minister S Subramaniam, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and MIC Youth chief T Mohan," Power president S Gobi Krishnan (photo) told reporters after lodging the report at the Travers police station here.
"It is addressed to the prime minister and says that on Dec 3, 2011, MIC held an event which was attended by [the three politicians] as well as 7,000 youths who represent an Indian gang," he said.
According to the letter, which is dated April 20, 2012, Subramaniam, Khairy and Mohan were also given gifts bearing the gang's logo at the event last year.
Read More / Baca Lagi >>

Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013

Posted: 05 Oct 2012 06:48 PM PDT

Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013TUMPAT- Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dianggap tidak mempunyai ciri pembentangan belanjawan sepatutnya kerana ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap anggota Parlimen.
Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, pengalamannya selama 13 tahun di parlimen, pembentangan bajet tahun ini dianggap banyak kecatatan.
"Mengapa ada arahan Laporan Audit itu dilewatkan, kononnya kata mereka bagi membolehkan anggota parlimen memberi tumpuan kepada bajet," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan dana lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini hari ini.
Kamaruddin yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai hutang negara yang semakin tinggi.
Sebaliknya kata beliau bajet kali ini sarat dengan "rasuah politik" menjelang pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya juga usaha non-muslim seperti ditunjukkan masyarakat Siam dan Cina membantu projek lebuh raya rakyat amat mengujakan sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah: Najib ‘berkokok, ekor bergelumang tahi’

Posted: 05 Oct 2012 06:46 PM PDT


Adakah pemimpin-pemimpin BN mampu buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan serta menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?
Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa telah menyeru agar pemimpin-pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. Malangnya, kenyataan Najib ini umpama ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Read More / Baca Lagi >>

Bekas Wartawan Suara Keadilan Ejen Umno? Kelemahan PKR sejak dulu "musuh dalam selimut dipuja"..!!!

Posted: 05 Oct 2012 06:44 PM PDT

Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.

Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.

"Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor under siege?

Posted: 05 Oct 2012 06:42 PM PDT

Enemy forces are not letting up their assault on the Pakatan-led state in their determination to see it fall in the coming general election.

"Defend till the end! Fight to the last!" was the angry response of this columnist's uncle who is a Selangorian when he heard that Petaling Jaya mayor, Mohamad Roslan Sakiman, is to be transferred to another department.
This is despite the fact that PJ City councillor Derek Fernandez, who is also a lawyer by profession, remarked that the transfer decision by the PSD (Public Services Department) is illegal and ultra vires (as reported in a local English daily).
This columnist's relatives who stay in Selangor are of the view that Barisan Nasional's shenanigans have started again in Selangor.
Under heavy bombardment and continuous shelling, Selangor is bound to fall. This is called a "political siege".
Read More / Baca Lagi >>

Posted: 05 Oct 2012 06:40 PM PDT

'Mega kenduri' under spotlight for using state money

Posted: 05 Oct 2012 06:40 PM PDT

'Mega kenduri' under spotlight for using state money
Melaka chief minister Mohd Ali Rustam (pic), whose son's wedding made into the Malaysian Book of Records for the most number of guests - 130,000 people within eight hours - has now come under spotlight over a revelation that state agencies had paid for the ceremony.
PAS vice president Mahfuz Omar urged Malaysian Anti Corruption Commission to investigate Ali over abuse of power following the revelation of a document which showed Melaka State Development Corporation (PKNM) had sponsored the lavish feast.
The document, in the form of minutes of a meeting on August 27, 2012, details the government departments involved in sponsoring the feast held on September 30. According to the minutes, there was also a request that Ali should not be billed for the costs incurred for his son's wedding.
Works Department and Tenaga Nasional Berhad, said Mahfuz, had also been instructed to prepare sufficient generators on the day, while state water company Syarikat Air Melaka Berhad was tasked to prepare extra pipes and sinks.
Mahfuz said Ali's special officer had admitted that the kenduri event was sponsored at RM10 per pax.
"Everything was free," he added.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's Google Hangout ends in disaster

Posted: 05 Oct 2012 06:39 PM PDT

 Najib's Google Hangout ends in disaster How popular is prime minister Najib Razak? According to the recent survey by University of Malaya's Center for Democracy and Elections (UMCEDEL), his popularity rating stood at 58 per cent.
But judging by the number of dislikes received for a YouTube video of his first live interactive session on Google Hangout, the survey results could raise doubts.
Weeks after opposition leader Anwar Ibrahim's own Google Hangout session, it was Najib's turn to host the live interactive session on October 3 to take questions from netizens.
"Google hangout is a new medium. Tonight we made history, to me this is very encouraging. In just one hangout like this, millions of Malaysians can watch and listen in to my message," Najib had declared.
His hour-long session however saw him taking only five questions.
Read More / Baca Lagi >>

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Νicе response in return οf this question with solid arguments and explainіng
the whole thing on the topіc of that.

Loοk at my blοg ... link building

Tanpa Nama berkata...

Heуa this is kind of of off topiс but I was
wondering if blοgs use WYSIWYG eԁіtоrs or if you have
to manually code with HTML. I'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

Take a look at my blog post: direct lender payday loans

Tanpa Nama berkata...

naturally like уour ωeb-site but you need to test thе spelling on several of your postѕ.
A number of them are гife with spеlling iѕsues anԁ
I fіnd it very trοubleѕome to tell the
гealitу on the other hand I'll definitely come again again.

Feel free to surf to my blog post :: lloyd irvin

Tanpa Nama berkata...

Attrасtive part of contеnt. I just ѕtumbleԁ uρon your
webѕite and in ассesѕіon capitаl tο say that І acquire асtuаlly enjoуed accоunt your blоg pοsts.

Αny way I'll be subscribing for your augment and even I achievement you access constantly rapidly.

Feel free to visit my web site reputation management