Isnin, 29 Oktober 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan Negeri Peruntuk Tanah 50 Ekar Bina Rumah Generasi Baru Felda

Posted: 29 Oct 2012 08:41 PM PDT


SHAH ALAM 30 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukan tanah seluas 50 ekar bagi Projek Perumahan Generasi Baru Felda di Sungai Tengi Selatan, Hulu Bernam yang dimulakan awal tahun depan.
Pengerusi Sekretariat Task Force Felda Selangor, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, buat permulaan sebanyak 200 unit rumah mampu milik untuk generasi Felda akan dibina bagi fasa pertama.
Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima permohonan dari lebih 500 keluarga Felda untuk memiliki rumah mampu milik tersebut.
"Kita mengalu-alukan komitmen Kerajaan Negeri yang bersetuju menyediakan tanah seluas 50 ekar sepertimana diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tujuan itu," katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, selepas fasa pertama selesai perancangan bagi fasa seterusnya akan dibuat bagi menampung permintaan pemohon Felda yang lain kerana keluasan 50 ekar tanah tersebut dijangka mampu memenuhi permohonan lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kes NFC: Pemberi maklumat ditekan, kroni dilindungi

Posted: 29 Oct 2012 08:40 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Permohonan pemberi maklumat dalam kes National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail untuk mengenepi pertuduhan terhadap beliau ditolak Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Peguam Latheefa Koya berkata, tindakan itu jelas membuktikan fungsi pihak berkuasa dan undang-undang sebagai melindungi kroni kerajaan Umno Barisan Nasional.
"Kita hairan mengapa tiada tindakan terhadap Datuk Salleh? Shamsubahrin adalah 'whistleblower' kenapa beliau pula yang ditekan?" tegas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu.
Shamsubahrin (kiri) semasa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes NFC pada Mac lalu.
Shamsubahrin berkata, mahkamah pada sesi pendengaran seolah-olah tidak berminat dan tidak faham hujah yang disampaikan peguam, Kamarul Hisham.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS gesa OIC tegas tangani konflik Syria

Posted: 29 Oct 2012 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lebih tegas dan proaktif dalam menyelesai kemelut berdarah di Syria yang sudah berlarutan hampir 23 bulan.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, tindakan segera dari OIC mampu menyelamatkan rakyat negara itu khususnya umat Islam daripada dibunuh askar regim Basyar Al Assad.

"OIC tidak boleh hanya mengambil langkah tunggu dan lihat dengan rakyat Syria setiap hari disembelih dan dibunuh dengan kejam meskipun gencatan senjata telah diisytiharkan di negara tersebut menjelang perayaan Aidil Adha.

"Umat Islam mengharapkan supaya OIC berperanan penting bagi mengembalikan keamanan ummah di negara tersebut bahkan di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, kemelut Syria telah mengorbankan lebih 30,000 nyawa yang kebanyakannya orang awam.
Read More / Baca Lagi >>

Ibu tak tahu menahu dakwaan anaknya Al-Qaeda

Posted: 29 Oct 2012 08:35 PM PDT

terrorism terror terrorist militant gunmenIbu kepada rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda Mohammed Razin Shaaban berkata beliau tidak tahu bagaimana anaknya boleh ditahan atas kesalahan itu.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah Asma berkata, Mohammed Razin tinggal di Melaka dan menuntut di sebuah kolej di Trolak, Perak manakala beliau dan suaminya di Putrajaya, lapor Bernama.

Aayah Rafik pula, Mohammed Ariffin Abdullah ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut berhubung penahanan anaknya.

Sementara itu, agensi berita nasional juga melaporkan, Mohammed Razin telah meninggalkan pengajiannya pada Ogos lepas.

Pengurus Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak Norhana Samsudin berkata Mohammed Razin, 21, berhenti pengajian peringkat sijil kursus Juruteknik Sistem Komputer walaupun tiada masalah akademik atau disiplin.

Tiada luar biasa mengenai pelajar itu," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi.

Norhana berkata, pihaknya tidak pasti sebab Mohammed Razin berhenti daripada pengajiannya yang mengambil masa setahun setengah dan sekiranya masih belajar, beliau kini menjalani latihan praktikal tiga bulan.
Read More / Baca Lagi >>

MRT Corp anugerah 3 lagi kontrak kerja sistem RM107.3j

Posted: 29 Oct 2012 08:35 PM PDT

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menganugerahkan tiga lagi pakej kerja sistem yang bernilai RM107.3 juta kepada beberapa syarikat termasuk sebuah usaha sama dan sebuah konsortium.

MRT Corp dalam satu kenyataan berkata usaha sama antara AFS Engineering (M) Sdn Bhd dan ST Electronics Ltd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM23.24 juta bagi membekalkan kemudahan SCADA untuk laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

SCADA digunakan bagi memantau dan mengawal proses perindustrian, kata syarikat itu.

MRT Corp juga menganugerahkan kontrak bagi kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengujian dan penugasan sistem kawalan akses elektronik bagi projek itu yang bernilai RM41.05 juta kepada sebuah konsortium yang dianggotai oleh Apex Communication Sdn Bhd dan Johnson Controls (M) Sdn Bhd.

Sementara itu, ia berkata pakej kerja bagi pembekalan sistem pengurusan bangunan yang bernilai RM43.04 juta telah diberikan kepada Metronic Engineering Sdn Bhd.

- Bernama

Public Mutual digantung perkhidmatan sebagai IPD di bawah pengeluaran pelaburan simpanan ahli KWSP

Posted: 29 Oct 2012 08:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Okt —  Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.
"Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012," demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.
Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012. —  Bernama

Selangor senaraikan statistik rumah mampu milik

Posted: 29 Oct 2012 08:32 PM PDT



 
Kerajaan Selangor hari ini senaraikan statistik berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu bagi menjawab dakwaan pemimpin BN bahawa hanya 1,000 unit rumah jenis itu disiapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata, sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu.

Bagaimanapun, menurut Iskandar, terdapat masih banyak lagi projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan di negeri itu.

"Kerajaan negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini (bahawa sedikit sahaja rumah mampu bilik dibina) supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ia ternyata tidak benar," katanya.

Teras gesa semak status semua Tanah Rizab Melayu

Posted: 29 Oct 2012 08:28 PM PDT


Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa semua kerajaan negeri menyemak semula dan mengeluarkan laporan audit status Tanah Rizab Melayu (TRM) secara terperinci dan yang terkini.

Mengikut data dari sumber JKPTG 2009 yang  dikemaskini, jumlah TRM yang digazet di bawah Enakmen Rizab Melayu negeri-negeri ialah 4.08 juta hektar.

Namun data tersebut adalah data dalam rekod JKPTG. Belum ada pecahan data bagi setiap daerah disetiap negeri yang menyatakan secara terperinci mengenai  keluasan, tanah kategori apa dan dimana lokasi TRM.

Kami mendapati bahawa isu TRM sangat serius kerana aset orang Melayu dalam soal hartanah sangat meruncing apatah lagi bila banyak kawasan perkampungan Melayu sama ada di bandar mahu di desa sudah diambilalih dan berpindah milik kepada bukan Melayu sepanjang tempoh selepas kemerdekaan dicapai.

Trend TRM semakin terhakis amat ketara apabila pembangunan yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan telah mengakibatkan TRM telah dikeluarkan dari warta dan TRM yang diambilalih itu tidak pula diganti.
Read More / Baca Lagi >>

Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini sasar 50,000 peserta

Posted: 29 Oct 2012 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.
"Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan," kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.
Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.
"Warna-warna tersebut terdiri daripada merah, kuning, hijau dan oren," jelasnya.
Beliau berkata, warna kuning mewakili Himpunan Bersih yang menuntut lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alam sekitar yang membantah projek Lynas serta Pengerang.
"Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyat Kelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepada peserta untuk memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti," jelas Mat Sabu dipetik Harakah.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Kg Melayu dan Kg Cina di Kuala Terengganu

Posted: 29 Oct 2012 08:26 PM PDT

Tahniah kepada wakil rakyat MCA yang sejak sekian lama mewakili masyarakat Cina bandar, terutamanya di Kampung Cina (Chinatown) yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Trengganu.

Apabila ia menghadapi ancaman diroboh untuk  projek 'pembangunan semula', wakil rakyat MCA telah berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kampung yang amat bersejarah ini.

Akhirnya pada tahun 1998, kampung ini  berjaya di senaraikan sebagai 'Perkampungan Warisan' oleh World Monuments Fund (WMF). Dengan bantuan badan Warisan Malaysia (Heritage of Malaysia Trust), ia di perbaiki semula dan di jaga dari sebarang ancaman di robohkan.


(Pintu gerbang Kg Cina...kini jalannya adalah yang terbaik di Kuala Terengganu)


Menurut sejarahnya, Kampong Cina ini adalah merupakan penempatan pendatang dari Cina yang datang berdagang ke Kuala Sungai Terengganu sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia di tahan di Lubnan perlukan pembelaan kerajaan, kata MP

Posted: 29 Oct 2012 08:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Susulan penangkapan dua rakyat Malaysia di Lubnan, ahli parlimen (MP) yang ditemui semalam menggesa kerajaan Malaysia memberi pembelaan kepada mereka dengan menghantar satu pasukan peguam.
MP Wangsa Maju Wee Choo Keong, yang ditemui The Malaysian Insider, berkata kerajaan perlu bertanggungjawab untuk memberi  pembelaan kepada semua rakyat Malaysia kerana selagi belum dibuktikan bersalah, mereka perlu diberikan keadilan.
"Walaupun mereka ditangkap, tidak bermakna mereka bersalah.
"Kementerian Luar perlu bertanggungjawab untuk menyediakan peguam kepada rakyat Malaysia tersebut bagi mendapatkan pengadilan  di Lubnan tetapi pada masa sama kita perlu menghormati undang-undang disesebuah negara tersebut," kata Wee.
Menurut Wee lagi beliau tidak menolak berita penangkapan tersebut mungkin memberi impak negatif kepada imej negara tetapi menyifatkan ia tidak adil untuk membuat penilaian umum.
"Hanya dua orang yang ditangkap. Jadi, tidak adil untuk mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara yang melahirkan pengganas."
Chua Tian Chang (Tian Chua)  juga senada dengan Wee yang bertindak menggesa kerajaan untuk menyediakan khidmat guaman  kepada dua warga Malaysia tersebut.
"Sehingga tidak dibuktikan bersalah mereka masih tidak bersalah dan pengadilan perlu diberikan.
"Kes ini perlukan perhatian daripada pihak kerajaan dan perlu kedua-dua mereka yang ditahan ini mendapat hak untuk pembelaan.
"Ia bagi memastikan rakyat Malaysia tersebut tidak dianiaya dan tidak boleh membiarkan kes tersebut berlalu begitu sahaja. Campur tangan kerajaan perlu dalam kes ini," kata naib presiden PKR itu.
MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai status dua orang rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan itu dan dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa al-Qaeda.
"Wisma Putra perlu jawab tentang isu ini agar semua rakyat Malaysia boleh tahu.
"Lebih baik lagi, jika Wisma Putra dapat memberikan laporan tersebut semasa sidang parlimen sedang berjalan sekarang agar perkara ini dapat dibincangkan bersama," kata naib presiden PAS ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

PAS gesa siasat blogger dedah dokumen 'rahsia'

Posted: 29 Oct 2012 08:24 PM PDT

IPOH: PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog 'PerakCyberTrooper.com' dan 'Bicara Perjuangan' telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun.

Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa.

"Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt's digital battle

Posted: 29 Oct 2012 08:22 PM PDT

Taufan Sandy: New York Lumpuh

Posted: 29 Oct 2012 08:22 PM PDT

Ihklas: Central Market management bullying traders

Posted: 29 Oct 2012 08:21 PM PDT

Anwar Ibrahim: Kalau Kita Nak Bawa Perubahan, Rakyat Mesti Berani

Posted: 29 Oct 2012 05:12 PM PDT

Activists report intense bombing by Syrian planes

Posted: 29 Oct 2012 05:10 PM PDT

MP PKR Selayang Bahas Bajet 2013 (2)

Posted: 29 Oct 2012 05:09 PM PDT

MP PKR Selayang Bahas Bajet 2013 (1)

Posted: 29 Oct 2012 05:09 PM PDT

MP PAS Kubang Kerian: Isu Iskandar Malaysia

Posted: 29 Oct 2012 05:08 PM PDT

Menteri Di JPM Gulong Isu Hina Islam (1)

Posted: 29 Oct 2012 05:05 PM PDT

Menteri JPM Gulong Usul PM 18 (1)

Posted: 29 Oct 2012 05:04 PM PDT

Parlimen : Beza Isu Zionis Dan Yahudi..!!!

Posted: 29 Oct 2012 05:01 PM PDT

MP PKR Indera Mahkota: Kenapa Subsidi gagal kurangkan beban

Posted: 29 Oct 2012 04:59 PM PDT

MP BN Kota Belud panas dengan Susu 1Malaysia, kenapa?

Posted: 29 Oct 2012 04:58 PM PDT

Tiada ulasan: