RAKYAT MARHAEN |
- Bersih 3.0: Tian Chua diarah bela diri
- PR mampu bentuk K’jaan Pusat tanpa rasuah, politik kotor
- MCA bantu dedahkan Umno yang sebenar
- Lebong PRU13 : Pemberian BR1M kerana ekonomi dunia tidak menentu, kata timbalan menteri kewangan
- Pengeluaran bon Malaysia mencecah RM100b pada September
- 500 ribu ahli umno mengundi pakatan rakyat dan tidak percaya dengan kata kata Najib Razak..!!
- Lidah UMNO : Undi PKR, kukuhkan DAP — Zulkiflee Bakar
- Pembalakan haram: Mohamad Hassan bohong, KEADILAN ada bukti
- Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR
- Lensa : Jelajah Merdeka Rakyat Selangor Semalam.
- Zaman Anwar Ekonomi Berkembang, Zaman Najib Malaysia Diambang Muflis
- Mapim: Gerakan, MCA cetus isu kerana PRU13
- Pulai : Kedudukan Nur Jazlan terumbang-ambing
- Pas Tubuh Tribunal Tanah Di Sabah Jika PR Menang
- PAS tak akan rampas tanah Adun BN
- 11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya
- Apabila sekutu UMNO kian sukar dibela..MCA makin meroyan...!!!
- Polis lari bila Pencacai UMNO mulakan provokasi?
- Pemuda DAP kecewa polis bersikap tidak profesional
- Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad, cari alternatif
- Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad...bila pengajian Islam dipinggir pemerintah..!!!
- Malaysia kita : Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana
- ANWAR THE ONLY HOPE: M'sia in desperate need for LEADERSHIP to see through GE13
- Pakatan’s priority must be poverty eradication
- Malaysia Kita : Janda, isteri rebut durian runtuh Felda.....kemusnahan ciptaan UMNO@BN...!!!!
Bersih 3.0: Tian Chua diarah bela diri Posted: 28 Oct 2012 09:05 PM PDT Hakim Mahmud Abdullah semasa mengumumkan keputusan itu berkata, beliau membuat perintah tersebut mengikut prinsip undang-undang yang telah digariskan, setelah menilai secara maksimum hujah pihak pendakwa dan pembela. Mahmud berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie. "Mahkamah berhasrat untuk memanggil tertuduh untuk membela diri terhadap tuduhan yang dihadapi," katanya. |
PR mampu bentuk K’jaan Pusat tanpa rasuah, politik kotor Posted: 28 Oct 2012 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah. Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan. "Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media. Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar. Read More / Baca Lagi >> |
MCA bantu dedahkan Umno yang sebenar Posted: 28 Oct 2012 09:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun. Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya. Read More / Baca Lagi >> |
Lebong PRU13 : Pemberian BR1M kerana ekonomi dunia tidak menentu, kata timbalan menteri kewangan Posted: 28 Oct 2012 08:59 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Okt — Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang menghadapi kesempitan hidup dalam keadaan ekonomi ketika ini yang semakin buruk. Lim (gambar) juga berkata langkah ini diambil memandangkan kerajaan memahami kesusahan rakyat berhadapan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini dan bukannya gula-gula politik seperti dikatakan pembangkang. "Pembangkang ini hanya putar-belit sahaja. Semua yang kerajaan lakukan dikatanya tidak baik. "Kerajaan sedar keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini menyusahkan rakyat, sebab itu pemberian BR1M ini diberikan sekali lagi," kata Lim. Di samping itu, Lim juga menegaskan langkah yang diambil kerajaan di dalam memberikan bantuan seperti ini turut dilakukan oleh negara maju lain seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong. |
Pengeluaran bon Malaysia mencecah RM100b pada September Posted: 28 Oct 2012 08:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pasaran bon Malaysia terus berkembang pada rekod mencecah RM100 bilion pada September, melebihi rekod RM70 bilion tahun lalu kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Datuk Ranjit Ajit Singh. Jumlah keseluruhan bon pada akhir September mencecah jumlah RM980 billion berbanding RM841 billion penghujung tahun lalu. Ranjit (gambar) berkata Malaysia kini merupakan negara ketiga pengeluar bon di rantau Asia dan meliputi 70 peratus daripada pasaran sukuk global. Beliau turut menjelaskan penstrukturan bon yang sedang diusahakan suruhanjaya berkenaan akan memperluas lagi pasaran bond mencecah "pelabur-pelabur institusi kepada pelabur runcit bermula dengan bond yang dijamin kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
500 ribu ahli umno mengundi pakatan rakyat dan tidak percaya dengan kata kata Najib Razak..!! Posted: 28 Oct 2012 08:14 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak, berkata Pakatan rakyat tidak mampu memerintah Sehubungan dengan itu,Tun Dr Mahathir Mohammad ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu berkata, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.Pendek kata dimana sahaja perdana menteri dan bekas perdana menteri pergi pasti itulah serangan terhadap pakatan dan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakyat yakin dan mengundi umno/BN pada PRU 13 nanti. Setakat hari ini barangkali sebanyak 2.5 juta ahli umno percaya dan yakin dengan kata kata Perdana menteri Mohd Najib Razak bahawa Pakatan rakyat (pembangkang) tidak mampu memerintah.Tetapi belum tentu mereka yakin dengan kata kata Tun Mahathir, Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Read More / Baca Lagi >> |
Lidah UMNO : Undi PKR, kukuhkan DAP — Zulkiflee Bakar Posted: 28 Oct 2012 08:11 PM PDT 29 OKT — Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan atas dasar demi memperjuangkan nasib seorang pemimpinnya telah mencapai kejayaan agak cemerlang. Parti itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim "berjaya" menewaskan dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan PAS apabila memperolehi 31 kerusi. Ketika itu DAP memperolehi 28 kerusi manakala PAS 23 kerusi. Bagaimanapun jumlah kerusi yang diperolehi oleh PKR berkurangan apabila ramai ahli Parlimennya membuat keputusan meninggalkan parti itu menjadi wakil rakyat Bebas. PKR mampu berdiri tegak dan mendabik dada menjadi sebuah parti yang paling berkuasa di kalangan pakatan pembangkang kerana keupayaan mereka merampas kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini diwakili oleh Umno. Mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 terdapat kira-kira 15 kerusi milik Umno yang berjaya dirampas PKR. Kejayaan PKR itu juga dianggap kejayaan bagi DAP dalam usaha mengurangkan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat. Sebab itulah DAP tidak pernah ambil pusing mengenai kekuatan PKR kerana mereka memahami PKR berbeza dengan PAS. PKR tidak memperjuangkan Islam dan sentiasa sahaja menyokong apa juga yang dilakukan oleh DAP termasuklah dalam soal hak-hak orang Melayu. Aspirasi Read More / Baca Lagi >> |
Pembalakan haram: Mohamad Hassan bohong, KEADILAN ada bukti Posted: 28 Oct 2012 08:05 PM PDT KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit. "Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat," katanya. Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan. Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit. Read More / Baca Lagi >> |
Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR Posted: 28 Oct 2012 08:02 PM PDT Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat! Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah. Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR). Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi. Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah. |
Lensa : Jelajah Merdeka Rakyat Selangor Semalam. Posted: 28 Oct 2012 08:00 PM PDT Program diteruksan dengan jelajah ke Hulu Selangor, tazkirah dan solat berjamaah di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum ke Pekan Rasa dan seterusnya ke Pusat bandar Baru Batang kali, Hulu Selangor untuk Ceramah Perdana. Read More / Baca Lagi >> |
Zaman Anwar Ekonomi Berkembang, Zaman Najib Malaysia Diambang Muflis Posted: 28 Oct 2012 07:58 PM PDT Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof. Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011. "Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK," katanya. Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998. Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus. Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus) "Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus. "Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus," katanya. |
Mapim: Gerakan, MCA cetus isu kerana PRU13 Posted: 28 Oct 2012 07:57 PM PDT ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud. Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah 'buatan' Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau. "Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah," katanya. Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam. Read More / Baca Lagi >> |
Pulai : Kedudukan Nur Jazlan terumbang-ambing Posted: 28 Oct 2012 07:26 PM PDT 29 Okt - Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis 'projek' untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings. Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China. Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA. Read More / Baca Lagi >> |
Pas Tubuh Tribunal Tanah Di Sabah Jika PR Menang Posted: 28 Oct 2012 07:25 PM PDT Oleh: HJ. HAMZAH HJ ABDULLAH PAS Sabah mengikuti dengan serius pergolakan yang melanda para peneroka di Koyah A, Kinabatangan, di mana hak pemilikan ke atas tanah-tanah mereka telah dirampas secara licik oleh individu dan pemilik syarikat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin atasan UMNO/BN. Bagi pihak PAS Negeri Sabah, saya menegaskan bahawa isu ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun dan saya telah turut terlibat membantu para peneroka untuk mendapatkan semula hak-hak mereka seawal tahun 1994 lagi serta telah beberapa kali berusaha mengadakan pertemuan di antara para peneroka dengan 'penceroboh' tanah ini yang juga terlibat dalam operasi kuari haram di Silam, Lahad Datu. Namun, usaha-usaha yang saya lakukan ini telah gagal kerana 'penceroboh' tanah ini enggan bertemu dengan para peneroka. Setelah meneliti Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dimiliki 'penceroboh' tanah ini, maka saya membuat satu kesimpulan yang tepat bahawa di dalam syarikat tersebut terdapat beberapa pemimpin UMNO yang berpengaruh memiliki saham serta duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Di sinilah punca sebenar kenapa masalah ini tidak boleh selesai dan telahpun berlanjutan selama lebih 20 tahun. 'Penceroboh' tanah ini juga memiliki Sijil Anak Negeri dan mendakwa beliau sebagai seorang pribumi. Tetapi rekod-rekod dokumen kelahiran beliau mengesahkan bahawa beliau dan juga ayah beliau adalah seorang pendatang dari Fujian, China. Rekod dokumen peribadi beliau juga telah disiarkan dalam beberapa blog khususnya Sabahkini.net Read More / Baca Lagi >> |
PAS tak akan rampas tanah Adun BN Posted: 28 Oct 2012 07:23 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di antara kelompok makhluk politik paling jahat dan khianat dalam negara ini ialah para pemimpin dan pendukung Umno Terengganu. Kejahatan, kezaliman, kedengkian dan diskriminasi dilakukan mereka sangatlah memalukan. Manakala pihak paling terkesan sebagai mangsa tindakan-tindakan tidak bertamadun itu tidak lain daripada pendukung parti lawan Umno. Siapa lagi kalau bukan para pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu? Hampir tiada aspek hidup seharian yang tidak dicampur-adukkan dengan sentimen politik. Namakan apa saja – soal pengurusan masjid dan surau, bantuan kebajikan, bantuan pelajaran, kemudahan awam dan lain-lain – segalanya dipastikan tidak dimanfaatkan semudahnya oleh penyokong parti pembangkang. Ertinya, segala aspek hidup rakyat Terengganu tidak lari dari merit politik. Dalam hampir setiap keadaan, yang menguasai suasana dan memonopoli manfaat-manfaat itu ialah "puak-puak Umno". Sebab itu menurut rekod sejarah negara, Terengganu telah menyaksikan ketegangan politik antara PAS dan Umno yang paling dahsyat. Suhu politik negeri itu sentiasa panas, malah ada ketikanya ia sampai ke tahap "mendidih". |
11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya Posted: 28 Oct 2012 07:22 PM PDT Kuala Lumpur: "Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan." Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah. Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini. "Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka. "Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini. Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah. Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan 'Abdullah', malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha. Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya. |
Apabila sekutu UMNO kian sukar dibela..MCA makin meroyan...!!! Posted: 28 Oct 2012 07:20 PM PDT Oleh Lim Hong Siang Rata-rata menganggap MCA kini semakin terdesak, seandainya diperhatikan hujah-hujah yang dikeluarkan bukan sahaja Presidennya, Chua Soi Lek, tetapi juga pemimpinnya yang lain ketika dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59, baru-baru ini. Soi Lek terus menyerang dengan isu Hudud, selepas membeliakkan orang ramai dengan hujah "1.2 juta orang akan menganggur seandainya Hudud dilaksanakan", memetik angka dari sms yang tidak dikenali pengirimnya. Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie pula memetik hujah Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat di luar konteks, menyimpulkannya sebagai "Nik Aziz menghasut muslim untuk merogol bukan muslim", menurut laporan Malaysiakini. Ironinya, antara kain rentang yang menghiasi Perhimpunan Agung MCA ke-59 ini bertulis, "MCA menyanjung keamanan, DAP menghasut kebencian". Hujah-hujah yang berbaur prejudis ini telah mencungkil sensitiviti masyarakat Islam, malah PERKASA yang menyokong Barisan Nasional sepanjang ini tampil menyatakan pendirian untuk tidak menyokong MCA dalam PRU 13. Jika disimpulkan dalam satu perkataan, maka apa yang dilakukan MCA kebelakangan ini namanya BANGANG. Read More / Baca Lagi >> |
Polis lari bila Pencacai UMNO mulakan provokasi? Posted: 28 Oct 2012 07:15 PM PDT Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan. Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku. Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi. Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya. Read More / Baca Lagi >> |
Pemuda DAP kecewa polis bersikap tidak profesional Posted: 28 Oct 2012 07:14 PM PDT Ketuanya, Tan Hong Ping berkata, kumpulan itu didakwa melakukan provokasi dengan memasang pembesar suara di halaman pejabat parti yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi tapak ceramah anjuran DAP. "Cakera padat digital (DVD) dimainkan dengan kuat menerusi pembesar suara berkenaan sehingga mengganggu penceramah dan hadirin. "Pembesar suara itu diletakkan menghala ke arah ceramah yang dianjurkan. Kami ada memberitahu polis supaya menyelesaikan perkara ini, namun tidak berkesan. Kami tidak faham mengapa perlu ada provokasi sedangkan ceramah itu sudah mendapat permit," katanya kepada media di pejabat DAP di Taman Seri Orkid, di sini, semalam. |
Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad, cari alternatif Posted: 28 Oct 2012 07:04 PM PDT Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya pelbagai kesusahan dan keperitan terpaksa dilalui pengurusan sekolah tahfiz ini terutamanya sekolah persendirian untuk mencari sumber kewangan. Dengan hanya mengharapkan sumbangan derma dan sedekah daripada pihak tertentu dan orang awam, pengurusan sekolah tahfiz perlu tahu untuk berjimat cermat bagi memastikan survival mereka menjulang fi sabilillah ini berkesinambungan. Dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada sumbangan derma semata-mata, ada sesetengah pengurusan sekolah tahfiz menggunakan pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan seperti menganjurkan kem hafazan Quran pada musim cuti persekolahan, penjualan takwim mahupun buku-buku agama dan tidak ketinggalan mengutip derma di tempat awam. |
Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad...bila pengajian Islam dipinggir pemerintah..!!! Posted: 28 Oct 2012 06:30 PM PDT Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya pelbagai kesusahan dan keperitan terpaksa dilalui pengurusan sekolah tahfiz ini terutamanya sekolah persendirian untuk mencari sumber kewangan. Dengan hanya mengharapkan sumbangan derma dan sedekah daripada pihak tertentu dan orang awam, pengurusan sekolah tahfiz perlu tahu untuk berjimat cermat bagi memastikan survival mereka menjulang fi sabilillah ini berkesinambungan. Dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada sumbangan derma semata-mata, ada sesetengah pengurusan sekolah tahfiz menggunakan pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan seperti menganjurkan kem hafazan Quran pada musim cuti persekolahan, penjualan takwim mahupun buku-buku agama dan tidak ketinggalan mengutip derma di tempat awam. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia kita : Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana Posted: 28 Oct 2012 06:29 PM PDT Pengerusi Maahad Tahfiz al- Quran al-Amin Kampung Berhala Gantang, dekat Temerloh, Wahid Ghaffar Ibrahim mengakui kebanyakan maahad tahfiz di negara ini khususnya yang baru dibuka menghadapi masalah kewangan hingga memaksa mereka mengutip derma. Menurutnya, kutipan derma adalah kaedah terbaik mengutip dana dalam tempoh yang singkat bagi menampung kos perbelanjaan bulanan. "Kalau dahulu kutipan derma atas nama 'pondok' al-Quran tetapi sekarang atas nama tahfiz, ia sama sahaja tetapi masyarakat kita mungkin lebih pemurah apabila kutipan derma diberikan atas nama maahad tahfiz. |
ANWAR THE ONLY HOPE: M'sia in desperate need for LEADERSHIP to see through GE13 Posted: 28 Oct 2012 06:26 PM PDT In politics there will always be players with vested interest. In good times, the bad ones will be sidelined in due course. So that is not a problem. Read More / Baca Lagi >>But when a nation is being forced to put a particular political party on the winning slate as the country nears an election date, then we need to recognize the dangers imbeded. Only tested and proven leadership can save the day. It is time to recognize that Malaysians are desperate to have a strong, able and charismatic leader arise above the current piling stench of political party greed. Rise above party flag Voting a political candidate based on his party flag – knowing full well that the candidate is gutter rubbish is behavior of the past. It holds no glue any more for the onward progress of a multi-racial society in this 21st century. Unfortunately BN has for long propagated and appears too deeply rooted in this archaic concept of 'vote the party' and 'never mind the candidate'. This certainly will not do any more and certainly not in this New Age networked society. Hence the opposition party coalition must be quick to recognize that if it needs to emerge with stunning victories, merely fighting issues of corruption and misdeeds alone are not enough. It needs to groom, raise, propel and support a leader for all. That leader must be seen as one who has the knowledge, experience, track record and charisma to be a leader of all races, all religions and all political leanings. And every candidate the coalition fields must be benchmarked in public scrutiny for ability, character and strength. This calls for party ideology sacrifices. It calls for streaming a singular political message with a commonly pursued political thought that forms the cornerstone of the battle cry. |
Pakatan’s priority must be poverty eradication Posted: 28 Oct 2012 06:25 PM PDT akatan Rakyat should consider the creation of two new departments – a department for the eradication of poverty, and a minority affairs department. Pakatan Rakyat is planning to come out with its latest electoral manifesto with a plethora of new measures and policies that will literally transform the face of Malaysia. While the opposition members has hinted on some major measures, little has been heard of some vital ones. In the wake of the next budgetary performance by the Barisan National (BN), the Pakatan Rakyat will surely base its manifesto on the loopholes that will appear in Prime Minister Najib Tun Razak's speech at the august Parliament. This will give the opposition an edge in gearing towards the final preparations for its manifesto, which it is hoped will be a unified manifesto. Members of Pakatan, including Opposition Leader Anwar Ibrahim, has already hinted at measures to reduce car prices, demolish tolls and build cheaper houses. These measure will surely benefit the rakyat who are considered less fortunate. They will also be a real bag of goodies for the young generation of Malaysians. The younger generations are definitely having problems in getting their own homes due to the spiraling prices in the property sector. Cheaper cars, we are told, will also help the Malaysians save more money by paying less interest and less duties. These (duties and interests) have been earmarked by Pakatan as the very reason for the hardship many families had faced in the past. Additional measures needed Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita : Janda, isteri rebut durian runtuh Felda.....kemusnahan ciptaan UMNO@BN...!!!! Posted: 28 Oct 2012 06:23 PM PDT SHAH ALAM - Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak. Dia agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui. Pun begitu, Noor dari Felda Jengka 14, Pahang reda dengan keengganan bekas suaminya menyerahkan sebahagian duit durian runtuh yang sepatutnya diterima isteri peneroka Julai lalu. Noor, 43, berkata, sebelum bercerai, dia dan suami tinggal di Felda Bukit Sagu. Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan kepada bekas suaminya itu, namun tidak diendahkan. "Saya juga telah meminta bantuan pihak pengurusan Felda di sana (Bukit Sagu) supaya membantu saya mendapatkan bahagian saya, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bergantung sepenuhnya atas budi bicara bekas suami," katanya kepada Sinar Harian. "Sepatutnya janda dan isteri baru masing-masing akan menerima RM2,500 tetapi lain pula yang terjadi kepada saya.Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan