Ahad, 21 Oktober 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Setengah bilion bina rumah kos rendah, S’ngor, P Pinang catat sejarah

Posted: 21 Oct 2012 09:14 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Oktober: Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah ulung menyediakan RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) itu sedia meneruskan pembangunan projek tersebut walaupun ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.
"Kita bukan nak serang seperti yang dibuat Umno, tapi kita akan berikan fakta, rumah kos rendah ini tanggungjawab siapa? Tetapi Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah buat pertama kali sediakan setengah bilion untuk bina rumah kos rendah.
"Masa saya jadi Menteri Kewangan, tanggungjawab bina rumah kos rendah adalah kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya beri tanah dan mempercepatkan proses kelulusan pembinaan," katanya di depan 8,000 hadirin pada Majlis Makan Malam KEADILAN Selangor 2012 di perkarangan parkir Stadium Melawati Shah Alam, malam tadi sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Najib Bukti BN Sudah Gelabah Dan Semakin Terdesak

Posted: 21 Oct 2012 09:14 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup memburukkan perikatan itu kononnya DAP-PKR-Pas bersandiwara dalam membentuk kerjasama politik.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin yang BN kini semakin takut dan merasakan yang PR merupakan saingan sengit mereka hingga Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Tun Razak sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan menunjukkan kebimbangan yang tinggi terhadap pimpinan PR.

"Saya rasa Najib mula bimbang dengan sokongan rakyat yang diberi kepada kami (PR) ketika ini dan beliau juga mula rasa takut menerima kenyataan dengan prestasi dan ketokohan yang ada dalam PR ketika ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

PKPIM saran 'kelas pemulihan' hudud pada Soi Lek

Posted: 21 Oct 2012 09:13 PM PDT

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta agar Presiden MCA, DAtuk Seri Chua Soi Lek membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau mengenai isu hukuman hudud.

Dalam satu kenyataan media, Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, permohonan maaf itu perlu bagi memastikan isu tersebut tidak dijadikan modal politik untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

"PKPIM khuathir sekiranya Chua Soi Lek akan berterusan menjadikan hudud sebagai agenda murahan beliau dalam memenangi kelompok pengundi cina dalam PRU ke-13 akan datang.

"Kami dengan tegas menyarankan Chua Soi Lek dan MCA keseluruhannya membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai kenyataan yang dibuat berkenaan hudud ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

4 tuntutan 'Grand Final PR' sebelum PRU13

Posted: 21 Oct 2012 09:11 PM PDT


Mohamad Sabu


KUANTAN – Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari depan bagi membuat tuntutan terhadap empat perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pada perhimpunan 'Grand Final' itu peserta akan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berkaitan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu diadakan susulan daripada Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi tidak dilayan kerajaan.

Menurutnya, selain perhimpunan 'Grand Final' berkenaan, pelancaran perhimpunan kebangkitan rakyat akan berlangsung di Seremban pada 3 November ini.

"Pada awalnya perhimpunan besar-besaran itu dijangkakan pada 3 November tetapi atas alasan tertentu ia akan diadakan pada 12 Januari 2013 sekiranya Pilihan raya belum berlangsung.Read More / Baca Lagi >>

Umno rakus sebabkan rakyat Sabah paling miskin

Posted: 21 Oct 2012 09:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Oktober: Kerakusan pemimpin Umno menyebabkan rakyat Sabah paling miskin walaupun negeri itu mempunyai kemewahan hasil bumi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berbeza di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan), Ketua Pembangkang itu mengambil contoh kejayaan kerajaan Selangor meningkatkan hasil kewangan negeri dalam tempoh empat tahun mentadbir.
"Selangor lebihan wang kita RM2 bilion, Pulau Pinang pula lebihan wang RM2 bilion, tapi dikatakan kerajaan negeri Pakatan tidak tahu mentadbir.
"Najib (Razak) yang memerintah baru tiga tahun, hutang negara sudah cecah lebih RM500 bilion, tapi negara kata Najib Menteri Kewangan pandai…pandai berhutang!," katanya disambut sorakan 200 hadirin ketika berucap pada program sarapan pagi bersama pimpinan di padang Desa Ayer Hitam, Puchong semalam sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

PAS gesa MCA hati-hati menuduh Nik Aziz galakkan rogol bukan Islam

Posted: 21 Oct 2012 09:09 PM PDT

SHAH ALAM, 22 Okt — PAS menggesa MCA agar berhati-hati membuat kenyataan tentang dakwaan MCA mengatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggalakkan wanita bukan Islam untuk dirogol, kata Mohamad Sabu (gambar).
Menurut timbalan presiden PAS itu, MCA bukan menghina sahaja PAS tetapi menghina agama Islam.
"MCA perlu berhati-hati apabila buat kenyataan, sebab itu bukan lagi menghina parti, tapi sudah menghina agama. Jangan putar belitkan kenyataan Nik Aziz," kata Mohamad yang ditemui oleh The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Sabtu lalu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  bersetuju dengan pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam, dengan berkata bahawa  Nik Aziz telah mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu.
Presiden MCA itu mendakwa dalam ucapan pada 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak menutup aurat memang wajar untuk dirogol.
"Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.
"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video (ceramah Nik Aziz) tersebut jika kamu berminat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang perhimpunan agung parti itu.
Media  melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung parti tersebut.

Najib!! RM207 Billion ni dah hilang kemana?

Posted: 21 Oct 2012 09:08 PM PDT

Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.
Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.
Read More / Baca Lagi >>

Husam Musa - Rakyat Kelate Amat Meminati & Mengagumi Politik Sabah Yg Inginkan Perubahan

Posted: 21 Oct 2012 07:06 PM PDT

Sesi Soalan : Perikanan Balik Pulau PKR Balik Pulau

Posted: 21 Oct 2012 07:00 PM PDT

Sesi Soalan : Wanita Nusyuz PAS Shah Alam

Posted: 21 Oct 2012 07:00 PM PDT

Sesi Soalan : RM40 juta, Org Politik & Rasuah DAP Cheras

Posted: 21 Oct 2012 06:59 PM PDT

Pinggir Melayu : Penyewa mahu pengarah urusan UDA letak jawatan

Posted: 21 Oct 2012 06:58 PM PDT

Maniam - Saya Hindu Boleh Terima Islam (PAS) Tapi Kenapa Melayu UMNO TIdak Boleh

Posted: 21 Oct 2012 06:57 PM PDT

Why is BIG BROTHER Umno so quiet? MCA - real concern or using Islam to scaremonger?

Posted: 21 Oct 2012 06:48 PM PDT

Why is BIG BROTHER Umno so quiet? MCA - real concern or using Islam to scaremonger?MCA should worry less about PAS and the Islamic values that come with the party manifesto. MCA should worry more about the rampant "corruption" among politicians and the preferment of "race politics" and "social injustice" that is sullying Barisan.
Religious values in politics within a democratic framework cannot be the cause for worry. In a democracy the voice of the people – majority and minority – matters.  But when religion is exploited for political gains and power within an autocratic, despotic or irresponsible government it becomes precarious.
Failed to propel nations
The failure of some countries can be attributed to religious doctrines being practised within an autocratic or despotic regime. But then the collapse of many countries in the past has also been attributed to corruption, nepotism, abuse of power, cronyism and they being undemocratic.
The opposition to western liberal democracy brought about to the ideology of communism in some countries at one time. However, communism has somewhat failed to propel nations economically.  North Korea is a glaring example.
China is a "pretend-to-be" communist country today. China in 2012 has 95 billionaires, 1,020,000 millionaires and 63,500 "super-rich". The country.is opening up its economy to foreign investments despite its loathe for a free market system and capitalism.
By adopting a centralised government it has managed to handle the country without much politicking and this has brought about some stability and the unprecedented economic growth it is experiencing today.
But there is still an extreme gulf of difference between the rich and poor in the country and incidences of bribery and corruption are not uncommon. Like in many other poor and rich countries problems related to gambling and prostitution, for instance, have become social menaces in China.
Some countries trying to adopt the "Islamic" way of governance too have their share of social problems and worse still they are not economically successful. The rich or the elites in these countries seem to rule the poor.
These states do not practise democracy but leaders adopt "false" religious values to stay in power. They are today mostly in turmoil and some have ended up being under military rule.
An Islamic state
Read More / Baca Lagi >>

Politik MCA Surut Ke Belakang

Posted: 21 Oct 2012 06:46 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Orang ramai semakin hari semakin faham kenapa reputasi dan pengaruh rakan karib Umno iaini MCA juga mengalami nasib dan suasana sama dengan parti kebangsaan itu (Umno), yang kini kehilangan pengaruh dan wibawa. Tidak pelik kalau ada orang meramalkan MCA menghadapi masalah besar selepas pilihan raya akan datang hingga kemungkinan parti nombor satu Cina itu akan lupus di bumi Malaya ini

Soi Lek dan Guan Ng: Perbezaan pendekatan politik jelas.
Keresahan dan kecelaruan MCA dalam mencari momentum untuk berdepan dengan masyarakat Cina yang mulai menolak parti itu semakin terang dan jelas. Kegelisahan dan keresahan para pemimpin MCA yang parti itu akan kehilangan pengaruh dan tidak lagi menjadi parti harapan Cina, begitu nyata sekali.

Realiti ini dapat disaksikan dari beberapa aksi politik, kenyataan-kenyataan dan provokasi dilakukan  pemimpinnya terhadap DAP serta cakap-cakap atau pengungkitan isu tidak relevan diucapkan. Malahan serangan-serangan itu bukan saja tertuju kepada DAP tetapi ia turut melencung kepada rakan kongsi DAP iaitu Pas. Kelakuan MCA ini sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku sebelum ini dan aksi ini menggambarkan akan kekalutan MCA. Apakah ini sebahagian dari tanda-tanda awal kiamat untuk parti berkenaan?

MCA selama ini dianggap parti yang rasional memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina menerusi BN di negara ini. Ia dianggap organisasi atau company menjaga kuasa dan kedudukan orang Cina di negara ini. Sebelum ini gerakan atau cara parti itu berpolitik senantiasa diperhati dan dianggap bijak dan licit sehingga dicemburui oleh parti dominan Melayu.

Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Sentiasa Berjaga, Sementara Ahli Politik Kerap Tertidur

Posted: 21 Oct 2012 06:45 PM PDT

Oleh Zolkharnain Abidin
Fitnah sentiasa berjaga sementara ahli politik pula kerap tertidur. Ungkapan ini bermaksud, ahli politik sentiasa terdedah kepada apa sahaja yang boleh menjejaskan reputasi mereka pada mata rakyat kerana kealpaan mereka sendiri. Kadang-kadang, ahli politik berkenaan seorang yang 'baik', namun yang membuat onar adalah anak atau isterinya.

Pengalaman sendiri; saya terpaksa mengambil masa menjelaskan kepada umum pada suatu masa dahulu (antara tahun 1999 - 2004) hanya kerana saya membeli kereta Proton Saga Automatik, pada hal kereta jenis itu bukan termasuk kereta mewah. Bahkan kereta yang saya beli itu sudah berusia enam tahun. Itu pun selepas kawan-kawan menyarankan saya memiliki kereta yang lebih baik memandangkan kereta saya yang sedia ada kurang sesuai.
Ramai pemimpin Umno dicemuh masyarakat kerana anak atau isteri mereka. Najib dicemuh kerana perangai isterinya. Nazri Aziz dicemuh kerana kerenah anaknya. Suatu ketika dulu, Dr M pernah dihentam juga kerana anaknya. Tidak ketinggalan, ada yang dicemuh kerana adik atau abang, bahkan sampai kepada rakan baik sehingga perkataan kroni menjadi perkataan yang begitu bernilai tinggi bagi orang politik untuk menjatuhkan lawannya.
Read More / Baca Lagi >>

Sabotaj : Angkara pegawai UMNO dalam kerajaan negeri?

Posted: 21 Oct 2012 06:45 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2011, kerajaan negeri Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) sepanjang 2010 hingga 2011.

PAKR yang terlibat ialah Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.
Laporan sama turut mendedahkan carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 15 Februari lalu mendapati Pengarah bagi lima syarikat terbabit adalah individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain atau daripada keluarga yang sama.
Merujuk kepada laporan tersebut, SSM dalam maklumbalasnya pada tarikh sama mengesahkan salah satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.
''Semakan lanjut terhadap baucar bayaran mendapati sebanyak RM500,000 telah dibayar kepada kontraktor tersebut dengan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain pada 2011," jelas laporan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Belia : Tuntut Soi Lek minta maaf...!!!

Posted: 21 Oct 2012 06:40 PM PDT


Shaharol Niza Omar



ALOR SETAR - Majlis Belia Negeri Kedah menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan, boleh membantutkan usaha kerajaan mewujudkan suasana harmoni antara kaum.

Bendahari Kehormatnya, Shaharol Niza Omar berkata, kenyataan beliau dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurutnya, kenyataan berkenaan boleh mengundang salah tanggapan penganut agama lain bahawa Islam adalah agama menindas golongan pekerja umatnya, sedangkan hakikatnya bukanlah yang diamalkan dalam perundangan Islam.

Read More / Baca Lagi >>

SPR: Faktor cuaca bukan penghalang urus PRU13

Posted: 21 Oct 2012 06:09 PM PDT


Menjelang PRU 13 PUTRAJAYA – Sekiranya Parlimen dibubarkan dalam bulan ini atau awal November, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mencari tarikh "paling cantik dalam keadaan yang buruk" untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Hal ini kerana dikhabarkan, bermula pertengahan bulan depan, beberapa negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Namun SPR selaku agensi yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses pilihan raya, kata beliau, terpaksa akur untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Diserang 200 Mat Rempit

Posted: 21 Oct 2012 06:07 PM PDT

Diserang 200 Mat Rempit
TERUK...kereta mangsa dipecahkan kumpulan bermotosikal, kelmarin.
TERUK...kereta mangsa dipecahkan kumpulan bermotosikal, kelmarin.
ADU...mangsa memberi keterangan kepada pegawai polis bertugas.
ADU...mangsa memberi keterangan kepada pegawai polis bertugas. 
 
ALOR SETAR: Sekumpulan 200 lelaki dipercayai Mat Rempit bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dinaiki dua lelaki sebelum membelasah mereka, menyebabkan seorang daripada mangsa parah dalam kejadian di Jalan Pegawai, di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa remaja berusia 18 tahun parah di kepala serta badan dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala rakannya berusia 21 tahun dirawat sebagai pesakit luar HSB.
Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga Aeroback dikatakan dalam perjalanan ke sebuah restoran di Lebuh raya Darulaman, di sini, untuk menikmati makan tengah malam bersama rakan.

Sebaik tiba di satu persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu mahu membelok ke kiri sebelum dikatakan terlanggar seorang Mat Rempit sehingga terjatuh menyebabkan kumpulan berkenaan mengejar mangsa bersama rakan-rakannya sejauh satu kilometer.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, kumpulan remaja yang menunggang motosikal itu dipercayai menyerang dan terus membelasah mangsa serta memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan topi keledar dan besi papan tanda.

Pengundi hantu jadi warganegara hantu

Posted: 21 Oct 2012 04:26 PM PDT

Kalau SPR buat macam tu, SPR tak payah nak susah hati dah pasai Daftar pemilih, semua reba pasai daftar pemilih SPR boleh pindahkan kepada JPN. Kalau timbul apa-apa masalah SPR dah tak perlu menjawab tapi JPN yang kena jawab. Kalau ada jugak pengundi hantu maknanya Malaysia ada warganegara hantu.

Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.

"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.

Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu. Tempat 
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan needs a decisive strategy now!

Posted: 21 Oct 2012 04:21 PM PDT

Pakatan must prove to the rakyat that it can tackle national misfortunes and produce a strategy to overcome grim election possibilities now, before the general election.

Since the beginning of the Mahathir era until today, the Umno-led government has accumulated a trail of unresolved national misfortunes, by-products of long-term bad governance and gross abuses of power.
It has compelled Malaysians to collectively act (read 2008 polls tsunami) in order to save the nation from the these ills and their consequences.
Hence Pakatan Rakyat, as the opposition coalition, must take the initiative now to address these failed policies and practices instead of waiting until it is elected to office as the next federal government.
These long-standing, unresolved products of mismanagement have generated into toxic national waste harmful to the national, political and economic environments that have earned Malaysia the tag as a "sick nation" and the laughing stock of Asia.
Pakatan must tackle these national disasters now ahead of the impending 13th general election, bearing in mind the grim possibility of a double tragedy – declaration of an emergency and a crackdown on the opposition before the election is held, thereby clearing the path for an easy election victory for the Umno-led Barisan Nasional.
Pakatan must therefore foresee these possible circumstances and stop any and all impending election tragedies now to enable it to overtake the incumbent federal government.
It is critical that Pakatan proves to the rakyat that it can tackle these national misfortunes and produce a strategy to overcome these grim election possibilities prior to the general election.
The Pakatan leaders should set up steering committees to analyse and establish the facts and offer solutions for each one of these issues and situations.

Set up steering committees

Key issues that the steering committees should address are:
Read More / Baca Lagi >>

MCA – the champions of petty issues

Posted: 21 Oct 2012 04:20 PM PDT

Taking pot-shots at Pakatan leaders for the most trivial issues shows how bankrupt of ideas MCA has become.

When one thinks that the MCA has run out of petty issues to lament about, out of the blue comes another salvo from MCA president Dr Chua Soi Lek who now claims that PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat condones rape on women who are not properly attired.
Rummaging through the closet, the party came up with a "four-year-old" issue to try and frighten non-Muslims against voting for PAS, as PAS leaders condone raping any woman who does not cover up, whether Muslim or non-Muslim.
Not only is that a gross insult to a Muslim leader, it is also an insult to all Muslims and non-Muslims as well. Nik Aziz was merely admonishing his Muslim audience on the need to cover up, so as not to invite disaster.
How can that be taken literally as evidence that PAS leaders condone the rape of women who do not dress decently?
Did the Muslims go berserk, and started a raping spree in Kelantan and elsewhere after hearing his speech? Did any Malaysian took Nik Aziz's speech literally and contemplated a desirous urge to rape, or was it just an isolated case narrowed down to the MCA president that harboured such unhealthy thoughts?
Sometimes, Malaysians would never know how dumb some of our political leaders are, until they open their big mouths.
And to ensure that Malaysian citizens are safe from rape and other immoral sex crimes, MCA thinks that the Chinese should refrain from voting PAS or Pakatan Rakyat.
Caught red-handed on tape
Read More / Baca Lagi >>

'Pembangkang kena tahu juga, SPR bukan Superman'...tapi Super Barua UMNO@BN...!!!!

Posted: 21 Oct 2012 04:19 PM PDT


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof PUTRAJAYA - Di sebalik serangan pembangkang dan beberapa pihak yang terus mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai agensi yang gagal memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan telus, lama-kelamaan ia umpama jerat yang memakan tuan.

Hal ini kerana menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, boleh dikatakan semua tuntutan pembangkang itu bersama-sama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sudah pun diperhalusi dan ia akan dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bahkan katanya, dakwaan bahawa daftar pemilih masih tersangat kotor adalah tidak benar dan mereka harus maklum, agensi itu bekerja keras dari semasa ke semasa untuk membersihkan daftar pemilih.

"Tetapi pembangkang kena tahu juga, SPR bukan Superman.
Read More / Baca Lagi >>

Undi anggota Perkasa akan sokong calon BN pada PRU-13, kata Ibrahim Ali...haram undi MCA kan..kan...katak..!!!!

Posted: 21 Oct 2012 04:17 PM PDT

SHAH ALAM, 21 Okt — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia  (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.

"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.

"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. — Bernama

Tiada ulasan: