Selasa, 16 Oktober 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MB S'gor: Masalah dahulu sudah dibetulkan

Posted: 16 Oct 2012 09:33 PM PDT



 
Masalah pentadbiran yang ditinggalkan oleh kerajaan BN dalam pengurusan syarikat negeri Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang menguruskan Universiti Selangor (Unisel) telah diperbetul, kata menteri besar Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, PIYSB berjaya melaksanakan banyak pembaikan terhadap kelemahan yang dikesan pada tahun sebelumnya.

Katanya, antara kejayaan itu termasuklah pertambahan pengambilan pelajar yang terus meningkat kepada 11, 880 pelajar pada Oktober tahun ini berbanding 9,902 pada Oktober 2011.

"Malah, kita yakin dan percaya proses timbang tara antara kerajaan negeri yang diketuai setiausaha kerajaan negeri dengan Jana Niaga Sdn Bhd akan mencapai keputusan positif," katanya.Read More / Baca Lagi >>

Noh Omar Jahil Soal Urusan Pentadbiran

Posted: 16 Oct 2012 09:31 PM PDT


SHAH ALAM, 17 OKT : Datuk Seri Noh Omar disifatkan seorang menteri yang jahil dan tidak tahu soal urusan pentadbiran apabila mengeluarkan kenyataan mengenai Kerajaan Negeri Selangor menghalang projek pengairan bagi pesawah.
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, projek yang diusahakan Noh itu langsung tidak dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri selaku pihak yang bertanggungjawab mengawal-selia urusan, pentadbiran serta pembangunan negeri.
"Mana-mana pembangunan yang ingin dibuat mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri terlebih dahulu, supaya mereka dapat membuat ulasan jika timbul sebarang masalah.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Sabah Teka Teki Isu Semasa : Benarkah Beliau Rakyat Malaysia?

Posted: 16 Oct 2012 09:24 PM PDT

Rakyat Sabah Teka Teki Isu Semasa di Berita Semasa. Benarkah Beliau Rakyat Malaysia?
Untuk berita kali ini, kami lebih mahukan maklum balas daripada anda semua berdasarkan beberapa persoalan di dalam ini. Ini semua dek kerana gambar di atas ini yang sudah pun menjadi "sebahagian" daripada keluarga besar rakyat Malaysia kita semua. Sebelum ini…..
Kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk "888,779 Pendatang Tanpa Izin @ Sah di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!". Mungkin selepas ini, angka tersebut terus angka bertamba? Mungkin?
Berbalik kepada gambar di atas ini :
  • Ramai pula anak yang dia daftar?
  • Saddam Hussin nama anaknya? Erm….
  • Semporna? Sabahan rupanya. Erm…
  • Apabila melihat pada borang pendaftaran, pusat pendaftaran hanya diadakan di Dewan Inabah. Buat di dewan sahaja? Hebat…..
  • Akhir sekali ada muka rakyat Malaysiakah? Sibuk nak mohon surat beranak lewat? Berapa tahun lewat? Dah tua bangka baru nak mohon? Ya…hanya di Malaysia
  • Lagi?
Hari ini, kita selalu terdengar cakap-cakap yang mengutuk bangsa Cina, Bangsa India. Sikit, sikit ada yang mahu menghalau mereka supaya balik semula ke India dan China. Tetapi kita lupa & tanpa kita sedar, pendatang asing semakin berkuasa sekarang ini…Jangan sampai terdesak untuk mencapai "sesuatu", sehingga sanggup menggadaikan negara ini kepada warga asing. Jangan selepas 10 tahun akan datang, barulah kita semua mahu menyesal. Pada masa itu, sudah tidak berguna…

P/S : Tahniah kepada Mohammad Bin Nor Mohd. Kamu tahukah Mohammad, ada rakyat Malaysia yang sehingga hari ini masih lagi tidak mendapat kad pengenalan? Ya…..kamu sememangnya "beruntung sangat".

Rumah Percuma di Selangor? Kerajaan Selangor Sila Bayar Hutang RM19 Juta Kami!! Siapakah Dalang Utama..???

Posted: 16 Oct 2012 09:22 PM PDT


Hutang Rumah PKNS Rumah Percuma di Selangor? Kerajaan Selangor Sila Bayar Hutang RM19 Juta Kami!!
Kami hanya mampu menepuk dahi apabila mendengar tuntutan yang sebegini rupa. Siapalah yang tergamak "menghasut" penduduk supaya meminta kerajaan negeri, mengambil aih hutang rumah mereka. Hebat…
Sedangkan kes Talam sebenarnya adalah berkaitan dengan proses mengutip semula hutang Talam terhadap kerajaan Negeri Selangor yang tertunggak sehingga RM392 juta. Bukannya, kerajaan negeri yang tolong menyelesaikan hutang Talam.
Rumah Lelong PKNS  Rumah Percuma di Selangor? Kerajaan Selangor Sila Bayar Hutang RM19 Juta Kami!!
Contohnya sangat mudah di sini :
  1. Diri sendiri yang membuat hutang rumah
  2. Tetapi kerajaan pusat pula yang diminta untuk menolong membayarnya sehingga habis
  3. Patutkah?
  4. Andaikata jikalau kelompok yang berfikiran sebegini boleh dapat "kemudahan yang tidak masuk akal seperti itu", apa kata rakyat Malaysia yang lain?
  5. Mereka juga akan mengatakan, "Eh…kalau macam itu saya/kami pun berhak juga dan sepatutnya mendapat kemudahan sebegitu rupa".
  6. Kemudian datang "mengamuk" tidak tentu hala…Patutkah?
Nasihat kami mudah sahaja. Jikalau tidak mampu membayarnya, dipersilakan menjual semula rumah tersebut. Kenapa "orang lain" pula yang perlu bayar hutang anda?
Adakah mereka ini sedar, sekarang ini lubang kubur pun kena bayar. Ini pula, nak minta tolong bantu langsai hutang rumah mereka? Kalau nak meminta pun biarlah menggunakan akal fikiran yang waras.
Berapa ramai kita ini dan ramai kalangan pembaca Berita Semasa contohnya yang kerja kumpul duit, catu sana sini nak beli rumah. Apakah mereka tidak mahu, kalau ada yang sudi mahu membantu melangsaikan hutang rumah mereka? Tetapi…hakikatnya mereka tidak sampai membuat tuntutan sebegitu rupa.

Bagaimana Isu Ini Boleh Timbul?

Read More / Baca Lagi >>

Pemikir Politik Dan Pengundi Perlu Fahami Tahaluf Siasi

Posted: 16 Oct 2012 09:11 PM PDT


"Kenapa Umat Islam Perlu Memahami Tahaluf Siasi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, Apabila kita membicarakan mengenai politik masa kita, kita akan bertemu dengan istilah arab, Tahaluf Siasi. Istilah ini akan di perbincangkan dan di perkatakan supaya umat Islam dapat memahaminya dan tdak lagi timbul kekeliruan yang sering di salah tafsirkan oleh media arus perdana.


Apakah maksud Tahaluf Siasi ?
Tahaluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir.
Tahaluf siasi yang dibenarkan syarak ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan perundangan Islam. Dalilnya: Nabi Muhammad SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

Read More / Baca Lagi >>

Pemandu teksi minta tempat khas tunggu penumpang

Posted: 16 Oct 2012 08:56 PM PDT

Mereka minta pihak berkuasa menyediakan laluan khas untuk teksi menunggu penumpang seperti disediakan di hampir semua pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

SEREMBAN: Berhadapan dengan keadaan sering disaman polis trafik, lebih 30 pemandu teksi yang beroperasi di sekitar Seremban merayu agar pihak berkuasa tempatan dan pengurusan kompleks membeli belah Terminal 1, menyediakan petak tempat letak teksi khas bagi menunggu penumpang di perkarangan Terminal 1.
Wakil pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Siva, 40, berkata ramai pemandu teksi seperti beliau disaman polis trafik kerana meletakkan kenderaan dan berhenti di tepi jalan (garisan berkembar) berdekatan dengan pintu utama Terminal 1.
"Kami disaman atas alasan menganggu lalu lintas. Kami faham tugas anggota polis trafik. Tetapi apa yang kami minta ialah pihak berkuasa menyediakan laluan khas untuk teksi menunggu penumpang seperti mana yang disediakan di hampir semua pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Paling tidak sediakan beberapa petak tempat letak teksi di perkarangan Terminal 1 ini untuk mengambil penumpang.
"Bukan kami suka-suka tunggu di sini tetapi inilah jalan utama orang ramai keluar masuk pusat membeli belah ini. Kalau tidak menunggu penumpang di sini, hendak tunggu di mana lagi?
Siva juga berkata ada dua lagi perhentian teksi di belakang Terminal 1 iaitu di luar Terminal Bas dan Teksi Seremban. Satu di Jalan Sungai Ujong dan satu lagi di Jalan Tuanku Munawir.
Read More / Baca Lagi >>

‘Penans protesting against dam since 2009′

Posted: 16 Oct 2012 08:47 PM PDT

Senior Minister Awang Tengah Ali Hassan's claim that NGOs with 'ulterior motives' are misleading the Penan community has showed up his ignorance, says SAVE Rivers Network.

Miri: SAVE Rivers Network (SAVE Rivers) a coalition of a number of non-governmental organisations, has slammed the Second Resource Management and Environment Awang Tengah Ali Hassan who claimed that the Penans in Murum have been led astray by certain quarters with ulterior motives.
"It is utterly false to say that the Penans are being made use of by NGOs," said Peter Kallang, chairperson of SAVE Rivers, adding that it showed up his ignorance.
"The indigenous Penan communities of Murum Dam have been against this mega-project from the beginning in 2009 when a group of Penans had sent a petition saying no to the dam to the Chief Minister of Sarawak.
"Some petitioners were arrested instead. So to say that the villagers are being made used of by NGOs is utterly false," he said.
Kallang was commenting on remarks made by Awang Tengah that the Penans who recently erected blockades to the proposed Murum Dam had been "led astray" by certain quarters with "ulterior motives".
He said it was the only explanation as to why Penans resorted to using blockades only now when the dam is 70% completed.
Read More / Baca Lagi >>

PR lancar Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban 3 Nov

Posted: 16 Oct 2012 08:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini, disusuli program jelajah ke seluruh negara.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, majlis yang bermula jam 4 petang hingga 12 malam itu bersempena program jelajah yang akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain.
"Kelima-lima negeri tersebut akan diketuai pemimpin tertinggi Pakatan membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
"Manakala, di negeri-negeri lain pula akan dihadiri lain-lain pimpinan Pakatan tanpa  melibatkan pimpinan di atas," jelasnya ketika dihubungi.
Sebelum ini, Pakatan memutuskan untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November.
Bagaimanapun, ia diubah untuk memberi laluan kepada program jelajah ke seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney on Jobs

Posted: 16 Oct 2012 08:37 PM PDT

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney clash on jobs and Detroit

Posted: 16 Oct 2012 08:36 PM PDT

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney on Energy

Posted: 16 Oct 2012 08:35 PM PDT

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney clash taxes and budget deficit

Posted: 16 Oct 2012 08:35 PM PDT

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney on Energy

Posted: 16 Oct 2012 08:34 PM PDT

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney on Outsourcing and China

Posted: 16 Oct 2012 08:33 PM PDT

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney on the Middle Class

Posted: 16 Oct 2012 08:32 PM PDT

Second Presidential Debate 2012: Obama and Romney on Foreign Policy and Libya

Posted: 16 Oct 2012 08:31 PM PDT

Sesi Soalan Projek Perumahan PAS Kuala Selangor

Posted: 16 Oct 2012 08:29 PM PDT

Pencelahan Penggulungan JPM Agama2 Tabung Haji, Tanah di Saudi

Posted: 16 Oct 2012 08:28 PM PDT

P'celahan Penggulungan KP1 Pelan Pembangunan Pelajaran PKR Lembah Pantai

Posted: 16 Oct 2012 08:28 PM PDT

P'celahan Penggulungan KP3 Pelan Pembangunan Pelajaran PKR Lembah Pantai

Posted: 16 Oct 2012 08:27 PM PDT

Parlimen Kecoh Padang Serai VS Ampang

Posted: 16 Oct 2012 08:26 PM PDT

Soalan Tambahan Bomba Pasir Salak PAS Bukit Gantang

Posted: 16 Oct 2012 08:26 PM PDT

Pencelahan Penggulungan Kem WK&M Taska

Posted: 16 Oct 2012 08:25 PM PDT

Pencelahan Penggulungan Kem WK&M Program Basmi Kemiskinan

Posted: 16 Oct 2012 08:24 PM PDT

Pencelahan Penggulungan Kem WK&M Peruntukkan Kementerian

Posted: 16 Oct 2012 08:24 PM PDT

Tiada ulasan: