Selasa, 16 Oktober 2012

PERAKITE

PERAKITE


Hassan Ali lupa dia dah dipecat dari PAS

Posted: 16 Oct 2012 04:35 AM PDT

Hasan Ali, mungkin lupa bahawa dia dipecat daripada Pas sejak 10 bulan lepas. 

Presiden Jati ini semakin melalok kerana masa mula dipecat dia dok berceramah menyeru yang hadir jangan lagi undi PAS. 

"Jangan undi PAS," kata Dato Hassan dalam ceramah dia. 

Tup-tup hari ini, Ahsan kata beliau akan tetap bersama PAS.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. (Sebenarnya Umnopun tak mahu terima dia) Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada BERNAMA.


Lapora Ketua Audit Negara padam berbilion kerugian ...

Posted: 16 Oct 2012 04:16 AM PDT



Pakatan Rakyat akan menjelajahi seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat tentang Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang mempunyai banyak ketirisan dan kelemahan dalam perbelanjaan kerajaan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"(Penjelasan dibuat kerana) Berbilion ringgit hilang dan hutang-hutang dipadamkan begitu sahaja.
"Projek melibatkan kepentingan rakyat termasuk rumah guru dan tentera tergendala (malah) dimaafkan begitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya pada sidang media di Parlimen selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.
LKAN semalam, antara lain menyebut kerugian Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) sejumlah RM293.82 juta dan 37.8 peratus dari projek pembinaan jalan raya Sarawak yang kelewatan.
Dalam pada itu, Pakatan turut sepakat meminta kerajaan Umno BN menangguhkan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Anwar berkata, Pakatan pada dasarnya tidak menolak pembangunan tetapi melihat pelaksanaan projek itu bercanggah dengan prinsip yang ditetapkan.
Katanya, pelbagai permasalahan rakyat seperti pengambilan 10 kampung tradisional, walaupun ada kawasan alternatif lain.
Selain itu katanya, penambakan laut sebelum pengambilan tanah menyebabkan kerugian besar kepada nelayan dan tiada rundingan teliti bersama penduduk terlibat seperti dicadangkan oleh Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
"Jadi kita minta projek ini ditangguhkan dahulu untuk memenuhi keperluan yang disebutkan ini," kata Anwar lagi.
Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh dan Nurul Izzah Anwar.
Dalam sidang media sama, Salahuddin menunjukkan peta kawasan alternatif yang boleh digunakan untuk projek Pengerang.
"Dari kampung Datuk Seri Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor) ke Desaru, ada lebih 2,500 hektar tanah…Jadi kenapa diambil hampir 10 tahun kampung tradisi," soalnya.
Pada 30 September lalu, kira-kira 5,000 menyertai Himpunan Hijau Lestari di Pengerang bagi membantah projek tersebut.

Projek restoran Malaysia di peringkat antarabangsa rugi kerana saji makanan tidak sedap?

Posted: 16 Oct 2012 04:12 AM PDT

Projek rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui program MyFranchise mengalami kerugian sehingga RM16.4 juta kerana diurus secara tidak profesional ekoran tidak berpengalaman.

Menurut Laporan Audit Negara 2011, syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.

NONERancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang menipu MyFranchise.

Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York.

Projek itu berjalan atas geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.

Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana "lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan kurang enak".

Pengurusan Kewangan MAIPP cemerlang

Posted: 15 Oct 2012 11:26 PM PDT


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mencatat peningkatan dalam pemarkahan, daripada 71.8 peratus pada 2007 kepada 91.7 peratus pada 2011.
"MAIPP mengambil langkah proaktif meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dengan memperoleh markah tahap cemerlang," Laporan Ketua Audit Negara dipetik.
Ini berikutan berdasarkan pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara Pulau Pinang pada 2011 di 17 jabatan/pejabat negeri Pulau Pinang.
Laporan itu turut memuji prestasi pengurusan kewangan di peringkat jabatan dan agensi negeri berkenaan.
"Sejumlah RM557.25 juta peruntukan diluluskan dalam tempoh lima tahun untuk melaksanakan 2,489 projek pembangunan yang dikenal pasti.
"Prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibiayai kerajaan negeri, sangat baik.
"Sebanyak 2,455 projek atau 98.6 peratus daripada 2,489 projek yang dirancang berjaya disiapkan," laporan berkenaan, dipetik.

Musa Hassan tarik balik saman pada Anwar

Posted: 15 Oct 2012 10:19 PM PDT


Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis pada 1998, yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah itu.
Peguam Kamarul Hisham Kamarudin, yang mewakili bekas Ketua Polis Negara,  memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Asmabi Mohamad bahawa anak guamnya telah menarik balik saman itu.
Saman itu telah ditetapkan untuk perbicaraan selama tiga hari bermula hari ini (Selasa).
Kemudian, Musa memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak telah membincangkan isu ini dan memberitahu terdapat salah faham peranan beliau dalam kes terhadap Anwar dan beliau menerima penyelesaian di luar mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 21 Julai, 2008, Musa berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak benar dan telah mencemarkan reputasi peribadi beliau, imej, ketulusan dan nama yang baik.
Musa memfailkan saman tiga minggu selepas Anwar membuat laporan polis terhadapnya.
Pemimpin PKR, dalam laporan polis yang dibuat pada 1 Julai, 2008, mendakwa Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memalsukan bukti dan fakta-fakta yang tersembunyi dalam siasatan serangan fizikal ke atas beliau oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada tahun 1998.
Musa terus menegaskan bahawa Anwar bertindak dengan niat jahat dalam membuat laporan terhadapnya.
Beliau berkata laporan polis Anwar, dalam maksud semula jadi dan biasa, mendakwa bahawa dia telah menyalahgunakan kuasanya untuk memalsukan bukti.

Tiada ulasan: