Ahad, 14 Oktober 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


PAS Dapat Untung Hasil Kerjasama Dengan DAP - Hadi

Posted: 13 Oct 2012 06:39 PM PDT


 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu menegaskan parti itu memperoleh pelbagai keuntungan hasil kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.
Beliau berkata kerjasama dengan DAP memudahkan PAS menarik sokongan masyarakat bukan Melayu di negara ini seterusnya membolehkan parti itu kini mentadbir dua negeri di Malaysia.
"Kita juga sebenarnya dapat tadbir Perak dengan kerjasama erat DAP...kita langsung tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama kita. Malah kita juga dapat keuntungan kerjasama dengan BN (Barisan Nasional) sebelum PAS keluar pada 1978.

"Kita buat kerjasama yang dapatkan keuntungan kepada kita tetapi dalam masa sama kita tiada tolak ansur sekiranya kita kena korbankan perkara tunjang perjuangan kita," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah, nasihat dan beramah mesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Tok Jiring di Kampung Tok Jiring di sini.
Media sebelum ini melaporkan Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS memerlukan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Kerjasama itu mengundang pelbagai kritikan daripada akar umbi PAS sendiri antaranya daripada Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang berpendapat perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi berkata kerjasama dengan DAP adalah berlandaskan 'tahaluf siyasi' (kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama) dan dibuat berdasarkan garis panduan yang disediakan Majlis Syura Ulama PAS.
"PAS hanya kerjasama dengan DAP memerangi kezaliman dan tegakkan kebenaran untuk rakyat. PAS tidak kerjasama sampai kita sama buat perkara ditegah Islam. DAP bukan Islam itu terpulang dia, kalau orang Islam PAS ikut buat (perkara yang ditegah agama) kita buang (mereka daripada parti), jangan mari sini doh (jangan merayu untuk kembali menyertai PAS)," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu kabinet bayangan pembangkang, beliau berkata perkara itu hanya bayangan dan PAS tidak bergantung kepada bayangan untuk memperkuatkan parti itu.
"Bila sebut bayangan tak perlu saya komen, PAS tidak mahu keliru dengan bayangan ini," katanya.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kabinet bayangan itu helah pembangkang mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka.

Tiada ulasan: