Pahang Daily Online |
Panas: Gara-Gara Terlibat "Projek" Pembangunan Meragukan, Wang KWSP RM30.43 Juta Kini Lesap Posted: 18 Oct 2012 07:57 PM PDT KUANTAN, 19 Okt - Pakatan Rakyat Indera Mahkota hari ini mempersoalkan tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan diri mereka dalam satu projek pembangunan meragukan dengan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dekat sini. Menurut kenyataan pihak terbabit mereka mendapati proses penganugerahan, pembinaan dan pembayaran terhadap projek Bandar Indera Mahkota itu penuh dengan unsur rasuah dan penyelewengan. Difahamkan, projek perumahan ini dirancang oleh KWSP secara usaha sama dengan MBSB. Projek diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP pada bulan Ogos 1993. Sebanyak 1,151 unit pelbagai jenis rumah telah dirancang dalam 4 fasa untuk disiapkan dalam tempoh 2 tahun bagi setiap fasa. Semakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa pemaju MBSB (melalui syarikat subsidiari) telah gagal menyiapkan projek perumahan yang dirancang. Pemaju hanya menyiapkan 720 unit rumah iaitu 62% daripada 1,151 unit rumah dalam tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1995-2001. Selain itu, laporan juga menyebut sebanyak 97 unit rumah di fasa 2 iaitu 19 unit rumah kedai dan 78 unit rumah teres dua tingkat bernilai RM17.58 juta tidak dapat dijual. Lapor kenyataan itu lagi, KWSP meluluskan penyelesaian tuntutan oleh MBSB sebanyak RM5.64 juta untuk bayaran Fasa 3 dan 4 projek tersebut. Sebenarnya, Jabatan Undang-undang berpendapat KWSP tidak terikat dengan projek perumahan Fasa 3 dan 4 dan maka tidak perlu dibayar. "Disebabkan penamatan perjanjian, KWSP kena bayar RM2.51 juta bagi Fasa 1B. Malah KWSP juga tidak memasukkan terma denda atas kelewatan. KWSP telah lewat meluluskan baki tuntutan MBSB pada bulan Jan 2004 menyebabkan KWSP akhirnya dikenakan faedah kelewatan berjumlah RM4.7 juta", kata kenyataan tersebut. [Mengikut pengiraan pihak terbabit, hanya perkara kerugian faedah atas kelewatan, adalah bersamaan dengan yang RM4.7 juta, ataupun kira-kira RM9,650 sehari, RM289.5 ribu sebulan. Kami berpendapat bahawa disebabkan kecuaian/kesilapan KWSP, jumlah kerugian yang ditanggung oleh KWSP serta para pencarum KWSP adalah setinggi RM30.43 juta. Persoalannya, mengapakah kesilapan tersebut boleh berlaku dan tidak dijalankan sebarang siasatan, siapakah yang memanfaat daripada projek tersebut, dan pihak manakah yang harus bertanggungjawab atas kesilapan itu? Oleh itu, mereka mendesak Lembaga Disiplin dan Tatatertib KWSP serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulakan siasatan atas penyelewengan tersebut bagi menegakkan keadilan bagi 11.4 juta pencarum KWSP! Mereka juga menganggap seruan di atas adalah munasabah selari dengan arus dunia moden hari ini yang mengetengahkan prinsip kepertanggungjawaban (Accountability). Jika tindakan yang begitu mudah juga tidak dapat dipenuhi, apa lagi yang rakyat boleh tuntut?. Soalnya sekarang apakah pencarum KWSP harus berdiam diri atas senario yang berlaku ini. Ada pihak sewenangnya mengaut keuntungan dengan projek itu. MBSB dipercayai merupakan anak syarikat KWSP, namun sikap segelintir pihak yang ambil kesempatan inilah yang perlu dihindari sebenarnya. Jika tidak, lama kelamaan habis wang KWSP dibolot mereka]. |
Posted: 18 Oct 2012 09:08 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan