OTAI MANJUNG |
- Selamatkan Sekolah Gandhi!
- CSL: Bukan soal kau UMNO, kau PAS
- Setan, Syaitan, Sultan, Skmm, Pdrm, Media Perak
Posted: 23 Oct 2012 05:30 AM PDT Ada rakan FB aku minta tolong hebahkan perihal misi 'Selamatkan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan' atau lebih dikenali orang lama sebagai Sekolah Gandhi. Dimaklumkan ia bakal ditutup hujung tahun ini, 31.12.2012. Mengenang kisah 2010 yang mendapat tentangan (Siri Kianati Gandhi & Sultan Perak) dari satu pihak (team B) melawan satu pihak (team A) dalaman Dindings Indian Association (DIA), ingatkan sudah berakhir namun lain pula ceritanya. Signal yang dipaparkan di Fb Coretan Peristiwa 2010 - Siri Kianati Gandhi & Sultan Perak: Klik utk baca & video - Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19 dan Part 20. Bermulalah Simpang Empat English School pada awalnya dan bertukar aliran kpd Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Pada 1952, Sultan Perak yg ke32 Raja Sri Yusuf Izzudin Shah telah merasmikannya sempena hari kelahiran Gandhi pada 2 Oktober seperti yang tertera di Dewan Peringatan Gandhi (Memorial Gandhi Hall) dan kerana tu ia lebih dikenali sebagai 'Gandhi School' dikalangan masyarakat setempat. Antara maklumat lain korang baca print screen di bawah ni. Print Screen dr FB SK Simpang Empat Sitiawan Bila aku tahu sekolah ini akan ditutup, ia menjadi persoalan dalam kepala aku pro & kontra. Dimanakah pihak yang sebelum ini (team B DIA) menentang projek pembangunan rumah kedai di tanah ini pada 2010? Apa sebenarnya yang berlaku krisis dalaman DIA? Adakah permainan politik turut bersekongkol dalam isu ini? Atau Kerajaan terpaksa akur kerana kepimpinan DIA adalah dari kalangan anggota komponen parti mereka? Adakah kerana kementerian terbabit tidak pedulikan tanah milik DIA ini, lantas mereka mahu uruskan sendiri dgn menghalau sekolah dari tanah ini? Aku masih belum mendapat kepastian dan cuba akan dapatkan maklumat apa yg berlaku sebenarnya. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Sumber FB SK Simpang Empat. Aku cuba selami hati mereka yang merintih ini, sedangkan aku yang takde kena mengena pun amat terasa dengan kehilangan tempat yg bagi aku cukup besar nilai sejarahnya. Di bawah ini surat DIA kepada Ketua Pengarah Pendidikan Manjung. (klik gambar utk baca):- Siapa Krishna? Oh...... Presiden DIA yang juga ahli Malaysian Indian Congress. Ketika aku masih bersekolah rendah, padang sekolah ini antara tempat perlawanan bolasepak persahabatan. Dari Seri Manjung, kami berkayuh basikal ke Sitiawan untuk bermain bola. Tak silap aku, hari ini juga padang berkenaan masih terbentang untuk mana-mana perlawanan persahabat generasi kini. Dulu tikanya aku yang aktif pasukan pengakap pernah ber'camping' di sini juga. Hari ini aku terpanggil untuk bersama guru-guru, pelajar & ibubapa sekolah ini untuk mempertahankan SK Simpang Empat. Aku terlepas peluang utk sertai taklimat isu ini dan beberapa program yang mereka aturkan demi sekolah ini. Antara program 'Selamatkan SK Simpang Empat'...aku terlepas semuanya! Aku tak pasti apa yang cuba pihak DIA rangkakan projek bersama 'kontraktornya' ke atas tanah milik mereka ini. Samada mereka mahu meneruskan sebagai pusat pendidikan atau sebaliknya aku masih mencari jawapan itu. Tapi untuk mengorbankan sebuah sekolah yang terbina lama yang punyai nilai sejarah silam tersendiri ini, aku ragui kenapa ini harus dikorbankan! Peristiwa 2010 menyaksikan kebangkitan masyarakat India tempatan terhadap tanah ini dimana pejabat DIA dipecah masuk hingga meleret demostrasi ke balai polis Sitiawan. YB Kulasegaran sebagai peguam & anak buahnya Sugu ditangkap polis hingga dia tercedera tangan, aku turut merakam peristiwa ini dlm siri 1 hingga siri 20 yg di'link'kan di atas tadi. Dan paling mengejutkan aku, bangunan DIA yang terletak dlm sekolah berkenaan didapati ada 'PUB' yang menjual arak. Tengok video dibawah ini :- Bagaimana sebuah kawasan sekolah boleh operasi kelab hiburan yang menjual minuman arak? Aku tak pasti ia masih beroperasi atau sudah tutup? Jadi aku ragu dengan tindakan DIA ini yang menghalau sekolah ini dari tanah milik orang-orang terdahulu! Ya DIA bertanggungjawab ke atas tanah ini kerana milik mereka, tapi harus ingat sejarah orang-orang terdahulu berhempas pulas mencari rezeki dan menderma kepada kesatuan utk membina sekolah, mereka mahukan pendidikan kepada anak-anak mereka & generasi akan datang...kenapa kita harus hentikan niat mereka ini! Aku pasti jika mereka masih hidup, mereka akan memecat orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas tanah ini telah melanggar niat asal mereka! Kekecewaan & Rintihan Rintihan Pilu dan Harapan.... Sementara aku mendapatkan jawapan ke atas isu ini, aku harap kerajaan negeri dan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mendengar rungutan ini dan melihat kembali apa yang boleh diambil tindakan menyelamatkan sekolah ini! SAVE GANDHI SCHOOL! # Kepimpinan DIA majoriti adalah orang MIC, adakah Zambry & Muhyidin (Menteri Pelajaran) terpaksa akur & membiarkan perkara ini hanya kerana kepentingan politik? Atau adakah kerana Umno mahukan kerusi MIC di Pasir Panjang, lalu meneruskan permintaan MIC disebalik DIA? ahhhhh.... ini semua politik, jika ia benar, sekolah menjadi mangsa orang-orang politik!... |
CSL: Bukan soal kau UMNO, kau PAS Posted: 22 Oct 2012 10:00 PM PDT Penulis Tamu OM: Norman OPRAH BERANI MEMBAWA ISU DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM Bismillahirahmanirahim. Isu yg ingin dibicarakan bukan soal kau Umno, kau Pas, kau PKR atau kau org kerajaan dan kau org pembangkang. Saya menulis atas nama Allah utk agamanya. Kita bukan hamba tulisan tetapi hamba yg telah menentukan tulisan. Bila kita mengikut yg telah menentukan tulisan, barulah tulisan kita menjadi tulisan. Penulisan ini terbahagi kepada beberapa siri kerana tidak mahu pembaca merasa jemu. Nasihat guru penulisan saya, Datuk Jalil Ali artikel kita jgn terlalu panjang dan jgn guna ayat boombastik, nanti org jemu ingin membacanya. Saya menegur kerana Allah,"Dan jgnlah kamu mencampur adukkan antara yg haq dgn yg bathil dan jgnlah kamu sembunyikan yg haq,sedang kamu mengetahui"( Al-baqarah). Saya mesti lakukan utk Allah dan Rasul kerana di sana esok tiada Tun, Tan Sri atau Datuk Seri yg boleh bantu. Hanya Allah dan Rasul sahaja yg boleh berbuat demikian dan disebabkan kehidupan sana yg kekal maka dgn Izin Allah saya menulis. Buat sahabat2 ku di dlm UMNO, bacalah dgn tenang walaupun kamu mungkin sgt membencinya. Waraskan fikiran dan hatimu utk membuka baju politik kamu seketika agar kamu mampu membuat pertimbangan yg sebenar-benarnya, agar kamu tidak dibutakan. Seperti firman Allah,"....Kerana sebenarnya bukan mata yg buta, tetapi yg buta ialah hati dlm dada." Ikutilah org kerana kebenaran, jgn ikuti kebenaran kerana org, pelajarilah yg benar, agar engkau tau siapa yg benar. Kadang2 bukannya benci sgt dgn UMNO ni tapi geram sgt sebab sikap suka memperbodoh-bodohkan oleh lain itu yg membuat kita jadi menyampah. Ibu saya, bapa mertua, abg ipar, ibu saudara, saudara dan rakan2 saya ramai yg berpartikan UMNO...bukan setakat ahli biasa tetapi org penting dlm parti. Saya katakan kpd seorang rakan yg dtg dari Kuala Lumpur kerana mengikuti rombongan Menteri pusat, "Parti kamu ini telah menjadi begitu sombong sampaikan dgn Allah pun kamu mampu mempertikaikannya...gila !" Akibatnya parti2 komponen kamu sendiri yg kamu sendiri takut takutkan tentang Islam menghina Tuhanmu sendiri. Jika mak bapa kita dihina, kita bukan main mengamuk tetapi mengapa utk Allah kamu berdiam diri. Di manakah Khairy Jamaluddin, perwira harapan bangsa? Tapi yg paling mengecewakan saya ialah Perdana Menteri yg saya kasihi.Saya mengharapkan PM saya seorang yg tegas dan berani seperti Tun Mahathir dulu. Ini tidak, ajak berdebat tak berani, dgn isteri pun tak berapa berani, nak tegur Chuai Soi Lek lagi la tak berani...??? Inilah akibatnya jika mempunyai ketua yg lemah. BUKAN SEMUA CINA CETEK ILMU SEPERTI CHUA SOI LEK Biarlah saya bicara mengenai isu terkini mengenai Chua Soi Lek. Jika org luar menghina Islam kita bukan main lagi marahkan mereka sampai berdemontrasi. Tapi bila Chua Soi Lek berbuat demikian, sekutu MCA iaitu Umno diam membisu. Bukan sekali tetapi sudah berkali-kali. Di mana kekuatan CSL sehingga tiada manaa pihak bangun menentangnya saya pun tidak tahu. Cuma saya beranggapan Chua Soi Lek ini seperti sesetengah org Melayu yg kita panggil Melayu Kampung atau Melayu Ulu, CSL ini bolehlah saya anggap sebagai Cina Bukit. Org dari kampung yg tidak mahu menghormati agama org lain. CSL patutnya pergi ke negeri China utk melihat atau mengenali lebih dkt sejarah lagenda negara China iaitu Laksamana Cheng Ho dan Pahlawan Nasional China, Wong Fei Hung. Kalau tanya CSL, mesti dia terkejut apabila membaca sejarah kedua tokoh terbilang itu adalah Ulama Islam yg terkenal. Mesti dia tak percaya nama Islam Cheng Ho adalah Haji Mahmud Shams adalah pelayar yg terhebat di dunia di eranya. Begitu juga Wong Fei Hung atau nama Islamnya Faisal Hussein Wong bukan sahaja hebat bermain senjata tetapi seorang ulama dan pakar perubatan. CSL mesti ingat dia jika berkeinginan, dia boleh makan babi satu lori sekalipun kerana agamanya tidak melarang tetapi dia mesti menghormati dan tidak boleh memaksa org Islam berbuat demikian. Jika org Islam boleh menghormati CSL utk makan babi atau minum arak kenapa dia tidak boleh menghormati hak org Islam yg lain. CSL bimbang pusat judi, rumah urut dan sebagainya tiada, saya merasakan pusat hiburan tetap akn dibenarkan kpd masyarakat bukan Islam sebagai tanda menghormati hak mereka. Tapi pusat judi, semua agama melarangnya kecualilah CSL memang suka buat benda yg tak patut dibuat. CSL mesti ingat berapa ramai yg kita tidak sedari yg membunuh diri atau diburu Along atau juga digelar bankrapsi gara-gara perjudian. Begitu juga berapa ramai yg menghabiskan duit kerana rumah2 urut yg wujud kebanyakan berselindung di sebalik lesen tersebut utk aktiviti maksiat. Duhai sahabatku di dlm UMNO, apapun kalau CSL atau Karpal Singh menolak hudud saya boleh terima kerana mereka itu bukan Islam. Mereka tak kenal Islam mcm kita tak tahu sgt hukum hakam dlm agama Sikh dan Budhist. Tapi jika pemimpin2 UMNO yg menolak malahan mempersendakan syariat Allah itu yg kita sedih sgt? Antara pemimpin UMNO dgn CSL dan Karpal Singh yg menolak hudud, siapa yg lebih bahaya? Tidak menjadi murtad kpd Chua Soi Lek atau Karpal Singh kerana menghina atau menolak hudud, tetapi bagaimana jika org Islam menolak hukum Allah tersebut? Bukankah kita dilihat lebih jahat apabila menghina agama sendiri dan sekaligus mempengaruhi kpd masyarakat bukan Islam utk menjadikan mereka Islam fobia. OPRAH- KENALI ISLAM Dlm rancangan The Oprah Winfrey Show di tonton berpuluh juta masyarakat dunia, Oprah telah membawa isu yg cukup berani mengenai diskriminasi terhadap umat Islam di AS. Seorang lelaki dari AS yg sgt benci terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Islam selama sebulan dan disuruh 'menyamar' ebagai seorang Islam, lengkap dgn janggut dan pakaian yg dipakai oleh org Arab. Salah satu misinya adalah utk mengetahui kehidupan seorang Islam yg sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang Islam yg sering menerima diskriminasi oleh kebanyakan warga AS. Dipendek cerita, dia dapat memahami dan mengalami sendiri bagaimana pahitnya menjadi seorang Islam yg dicurigai hanya kerana memiliki janggut dan memakai pakaian Islam yg sopan, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. 30 hari yg dihabiskannya bersama sebuah keluarga Islam benar2 menunjukkan sebaliknya dari apa yg dia jangkakan selama ini. Dia merasakan bahawa keluarga itu sangat bahagia, walaupun byk yg tidak difahami, namun dia mengakui bahawa banyak masalah dpt diselesaikan dgn ajaran Islam. Di hadapan Oprah dan semua penonton di studio ketika itu, akhirnya dia mengakui bahawa prinsip hubungan di antara berlainan jantina dlm Islam seperti yg dialaminya benar2 dpt menyelesaikan banyak masalah yg terjadi dlm pergaulan sosial di AS yg serba bebas. Wahai sahabat Umno ku...dengarlah..."Wahai jiwa2 yg tenang jgn sekali kali kamu mencuba menjadi Tuhan dgn mengadili dan menghakimi. Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya serta kekuatan utk menentukan kebenaran yg sejati. Bukankah kita memang tercipta laki2 dan wanita serta suku2 dan bangsa2 yg pastinya berbeza. Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati, bukan utk bercerai berai dan berperang mengangkat senjata!" BERSAMBUNG |
Setan, Syaitan, Sultan, Skmm, Pdrm, Media Perak Posted: 22 Oct 2012 04:00 PM PDT SKMM, PDRM, Media Perak Ada sultan perangai syaitan buat kerja setan..... bukan setakat MediaPerak.Com yang memancutkan dan pemecah alkisah jembalang ini, bahkan bersepah bloggers selamba menyantak raja hari ini. Gambar raja ber'arak', ber'gay', ber'seks', ber'himpunan kereta', ber'himpunan aweks', ber' www1', ber'atan bin hashim' tersebar tanpa batasan, rakyat yang berjiwa jebat sambut derhaka dan rakyat yang berjiwa tuah pertahan sembah bagaikan Tuhan mereka! Nak tutup bau hancing, skmm & pdrm menjadi mangsa terpaksa dikerah... blog uncleseekers sudah dikatup, tapi wujud pula uncleseekers version 2 miliknya dan pelbagai versi klon lain spt kita semua uncleseekers, uncleseekers 3 la, we are all uncleseekers la dan mcm2 lagi tumbuh, lagi dilanyak lagi bertambah... sesal sungguh si raja hancing! Pemecah berita paling panas masakini yg tumbuh tak sampai setahun semakin digeruni...Media Perak! sana kritik sini kritik, mana salah katanya salah, mana silap katanya silap....salah tak boleh dikatakan benar, silap tak boleh dikatakan betul. Sebab tak boleh sorok salah, Media Perak diberi amaran skmm namun warga MP buat pekak! buat nohen.....kenapa perlu dengar cakap setan...?!? Amaran SKMM tarikh 4 Sept 2012 Blogger egonya tinggi kata Abah (Pak Habib - Syed Hussien Al-Attas), jadi MP buat dek je amaran ini, masih memancutkan pembongkaran. Tup-tup 3 hari yang lalu, sudah tiada lagi MediaPerak.com.... di block atas restu skmm & pdrm mengikut arahan. Namun perjuangan siber tidak terhenti di situ, ia sebahagian dari liku-liku kesulitan perjalanan. Tumbang satu, bangkit berpuluh, tumbang berpuluh, bangkit beratus, tumbang beratus, bangkit beribu..dan begitulah seterusnya! Maka wujudlah Media Perak Reloaded dengan jenama barunya lahir pada semalam hari yakni MEDIAPERAK.NET ! Selamat kembali dunia pemecah berita panas! Sebaliknya wujudlah MediaPerak.Net, boleh juga bergaul di:- Twitter: www.twitter.com/mediaperak Youtube: www.youtube.com/mediaperak Setan, Syaitan, Sultan Kembalinya Media Perak, hadir juga sebuah buku 'Setan, Syaitan, Sultan' dari Abah (Pak Habib). Tiadalah haram buku ini tapi tiadalah tokey-tokey kedai yang berjiwa jebat untuk menyebarkannya, mereka berjiwa hamba & mereka berjiwa tuah yg lebih berani menculik tun teja jika diarah raja. "Ampun...Tuanku..sembah patik harap diampun!" hmmm....belum buat salah dah minta ampun!? Maka terselamatlah tuah dibumi yang bertuah ini. Sembah mereka mengalahkan Tuhan! Buat pendokong kebebasan bersuara yang mengalu-alukan perbezaan pendapat walaupun sikit jiwa jebatnya bolehlah dapatkan buku ini sebelum diharamkan dengan membuat pesanan melalui email otaimanjung@gmail.com. Bukan dipaksa mempercayai penulisan ini, ada otak jalankan...jadilah pemikir yang bebas dari kongkongan manusia! bukan meletakkan orang lain untuk berfikir arah tuju hidup dan membiarkan diri terus menyembah manusia yang diagung-agungkan. Selamat berfikir! |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan