Isnin, 15 Oktober 2012

OTAI MANJUNG

OTAI MANJUNG


Hentikan Tangisan Penyu Segari (1): UiTM, Politik & Penyu.

Posted: 15 Oct 2012 06:19 AM PDT

Hentikan Tangisan Penyu Segari!

Sabtu, 6 Oktober yang lepas aku berpeluang bersama sekelompok aktivis dari pelbagai latar belakang khususnya dari negeri Perak, hadir ke program lawatan & gotong-royong bertemakan HENTIKAN TANGISAN PENYU di Pusat Pengurusan Penyu Segari, Pantai Pasir Panjang Segari anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA [proTeSTeR]) dan MediaPerak.Com.


Antara yang hadir dari Kelab Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Kampus Seri Iskandar, Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung, UniKL MIMET, Lajnah Alam Sekitar Dewan Muslimat Pas Perak & Warga MediaPerak. Pembabitan dari UiTM Perak ada isu 'kekalutan' & 'kekolotan' timbul selepas program diwar-warkan dalam sebuah blog - Middle Voices, pelajar menjadi mangsa.....aku akan cerita hari kejadian dalam posting ini, dan akan menjawab segala tohmahan ke atas isu 'bantahan projek kilang besi maegma steel & loji LNG Atigas' di bahagian 2 nanti. Tuduhan terhadap Media Perak itu Media PAS Perak, MSK dah jawab dalam blog terbabit diruang komen. Ni label terbaru buat team Media Perak, barua DAP sudah, barua Umno sudah dan kini barua PAS plak....lepas ni mungkin dilabel 'barua soros'.........aku boleh ketawa jelah! wakakaaaa.

Balik kpd tuduhan blog berkenaan, korang baca respon/komen dari Mantan Presiden Kelab Alam Sekitar UiTM Perak terhadap blog yang memangsakan pelajar dan rektor: 


 
 Apa yang mantan ni tulis, korang dapat fahami isu kandung blog berkenaan. Aku nampak posting blog berkenaan jurus kpd politik kepartian dari bahas isu pokoknya program terbabit terhadap alam sekitar......tahniah mantan, penjelasan yg bebas!

Antara Aktivis & Politik

KUASA tidak pernah menjemput melalui surat rasmi, dan setahu aku dari pihak SAM terbuka kepada sukarelawan orang ramai utk sertai....... Media Perak membantu war-warkan perkara ini dan KUASA tidak halang mana-mana pihak untuk sertai walaupun Rosmah nak join sekali pun, takde hal! Alam & Penyu bukan milik orang politik atau org tertentu, khazanah alam ini wajib dilindungi oleh kita semua walaupun tanpa pertolongan orang politik, bahkan tangan-tangan org politklah yg membenarkan kemusnahan alam berlaku. Ada antara mereka yang hadir hanya untuk berucap & bergambar........ itulah bezanya orang politik & aktivis.

Kiri: Sdr Meor Razak (SAM) Penganjur yang tak pernah kenal putus asa dalam perjuangan alam sejagat yang mendahuli isu ini, & Aktivis Loke Yung Sen (KUASA) Pengerusi Program Hentikan Tangisan Penyu Segari memulakan cetusan isu ini dikalangan aktivis tempatan.

Pelajar yang hadir untuk tujuan yang baik dimanipulsai oleh spesis pemikiran kolot sekumpulan pelajar yang tidak berpuashati....memeras dengan kata-kata agar diambil tindakan. Rektor UiTM Perak yang tak tahu menahu tentang kehadiran org politik dijadikan mangsa tohmah tidak prihatin kepada program ini! Aloo bai... meluluskan penyertaan pelajar melestarikan alam sekitar itu bukankah satu keprihatinan yang terpuji. Tolak ketepi idealogi politik masing-masing, tujuan hanya satu- selamatkan khazanah alam. Hak untuk beraktiviti harus dihormati..

Hadi (KUASA) MC Program & Sdri Izzati Alias (Kelab Alam Sekitar UiTM Perak) turut diberi ruang utk berucap. Sian dik oi! dgn aku pun kena terjah, btw tq atas penjelasan oleh Presiden Kelab yang pm aku secara personal.

Agenda apa KUASA sembunyikan? sedangkan sudah tersebar bebas apa aktiviti & tindakan utk atasi isu ini. Tanpa pelajar atau orang politik juga kami tetap turun dan teruskan tindakan tanpa sembunyi apa-apa sebaliknya. Terus terang dalam berkata-kata dan melaksanakan semampunya....

Aku simpati kepada Izzati yg mewakili Presiden Kelab yang tidak dapat bersama pada hari itu, mereka di'bonsai'kan fikrahnya. Dan tidak salahkan dia bila ditekan & terus membiarkan pembonsaian berlaku.

Izzatti respon terhadap tuduhan melulu blog berkenaan. Aku hormati haknya untuk tidak sokong usul SAM bantahan Kilang Besi & Loji LNG, setiap orang ada pendirian, berbeza pendapat dan bebas bersuara. Apa yg aku boleh katakan jika diambilkira penyelidikan pihak kerajaan sebelum laksana, ya benar..... runtuhan Highland Tower, itu juga diselidik & lulus! Banyak lagi contoh berlaku bencana di negara ini, bencana ini bukan sebab faktor semulajadi tapi oleh tangan-tangan manusia yang merosakan alam semulajadi, tergugat ekosistemnya! Di bahagian 2 nanti aku paparkan fakta-fakta kenapa amat jengkelnya manusia dalam membangunkan sebuah negara tanpa menitikberatkan faktor ekologi....... aku akan cuba paparkan dalam bentuk gambaran untuk semudah-mudahnya difahami kenapa KUASA berdiri bersama SAM dalam isu ini.

Kakak aku, Jasmine dari MediaPerak. Dan aku pasti En. Osman (tengah) juga terkesan mgkin lebih dari kekalutan yang berlaku selelpas program. Simpati juga kat bro, org yg memegang amanah memenuhi kerja kemasyarakatan & jaminan keselamatan pelajar. beraktiviti. Dan bro pun tahu takde cerita politik dlm program ni, jelas! Nak buat macamana bro, buat kerja baik memang banyak dugaan tambahan melawan arus, luar biasa risikonya bro! (kata habibseekers)

Sepertimana dalam isu Teluk Rubiah, org politik kata DAP bayar aku buat ni semua....label barua itu barua ini utk matikan isu, tapi isu pokok takde penyelesaian. bai! lantaklah ko nak label apapun, alam hijau harus dipertahankan bukan jawatan politik. Orang politik hilang jawatan boleh ganti orang lain, takde masalah....parti jatuh boleh ganti lain, tapi penyu hilang tak boleh kita gantikan! Di'politik-pembangkang'kan isu ini sebab orang kata aku & kaum KUASA melawan kerajaan menyokong usul SAM membantah projek kerajaan.

Bai...yang kami bentangkan- akta kerajaan... yang kami pertahankan- gazet kerajaan... yang kami lestarikan- aset kerajaan... dan yang kami kekalkan- khazanah alamsemulajadi negara ini. Ini cerita kerajaan langgar dasar rancangan fizikal negara! Dalam siri-siri posting 'Visit Perak Year 2012', aku katakan kerajaan sendiri buat akta, sendiri gazet, sendiri bikin undang2 tapi sendiri langgar...projek langgar di siang hari & malam! bukankah aku itu barua kerajaan.....wakakakaaaaa!


Politik Dalam & Luar Kampus

Tindakan blog berkenaan & sekumpulan pelajar yang tak puashati tu plak tak tengok isu ini dari sudut alam sekitar, lebih politik bersifat double standard. Oh aku lupe....ini universiti ketuanan melayu, patutlah no hal bila bekerjasama penuh dgn parti melayu terbabit... lantak koranglah nak berpolitik pun, tapi jgn pula hak org lain dipolitikkan! bebaskan suara & idealogi mahasiswa......

 Ni orang politik ceramah dalam UiTM, bukan luar kampus lagi ok plak, takde pulak bunyi agenda politik tanpa sembunyi. 

 Ni ketua pemuda, exco pemuda & pemuda rambut 'color putih' ala mohawk siap tshirt BN lagi, budaya ni elok je tembus UiTM Perak... layan video kat - : http://kunurhanis1991.blogspot.com/2012/02/khairy-jamaludinketua-pemuda-umno.html

Ni plak aktiviti luar kampus membabitkan badan politik secara langsung bukan selindung lagi, ok per! Korang boleh tgk gambarnya di http://www.umnobaganserai.org/veteren.php
Aktivisme

Ada antara aktivis tidak pernah sampai ke sini dan tidak tahu apa yang bakal berlaku sekitarnya. Antara tujuan program ini utk selami kehidupan penyu dan aktiviti pusat penyu yang semakin berkurangan akibat pembangunan yang sediada. Nah....kepupusan ini bukan akibat dr bencana semulajadi tapi oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Segala kegusaran ini diperdengarkan dari cerita pengalaman insan-insan yang berpuluh tahun membelai haiwan terlindung ini, rintihan ini dicatit untuk tindakan susulan.

Selain selami, kerja gotong royong dilakukan dan hasilnya jelas tahap sivik masyarakat masih tidak peka akan kebersihan terutamanya tempat yang sensitif ini. Kesian adik-adik aku ni, kutip sampah pun kena cemuh sampai cubaan kaitkan kelab pun haram! naya....... aku percaya korang serik dah.

Catitan ini & fakta projek langgar ini aku sambung di bahagian 2.....Utk cool'kan pelajar2 yg menjadi mangsa, sama-sama kita layan lagu ni! Penyu dah lama jadi mangsa sifat-sifat manusia ini!


Save Sea Turtle - Mercy Mercy Me (The Ecology) oleh Lindsey Yung, penyanyi & penulis lirik wanita yang mencintai penyu.

 Terima Kasih semua pihak yang terlibat, teruskan berdoa agar alam & penyu terus terpelihara di muka bumi ini. Setiap perjuangan itu ada cabarannya, anggaplah apa yang dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu itu sebagai pengalaman untuk harungi cabaran yang lebih besar di dunia luar kampus! Korang bakal pemimpin, pimpinlah ke arah yang tidak mencela alam Tuhan ini!

Disebalik Banner Zambry Disimbah, Isu Perkauman Dibangkitkan

Posted: 15 Oct 2012 02:24 AM PDT

Sedang aku menulis ini, banner-banner Zambry yang disimbah cat sedang diturunkan! Ye lah, najib nak datang 18hb ni, maka segala kebaikan akan ditonjolkan dan segala masalah yg timbul disembunyikan. Report polis sudah dibuat oleh pihak-pihak tertentu, maklumat yang aku dapat cctv yg ada di simpang Tesco menunjukan kejadian simbah berlaku dlm jam 3 pagi tadi, cctv blurr takleh cam siapa pembuatnya.

 Gambar dari AlHud - MediaPerak.

Tiba-tiba pagi ni kecoh perihal gambar zambry kena simbah, ini bukan perkara baru sebelum ni dah berlaku di Manjung. Mungkin kini kerana terpengaruh dengan adegan simbah cat Bas Jelajah Merdeka yang tidak dikenakan tindakan kepada pembuat maka orang ramai mungkin kata tak salah buat macam ni! Dan macam biasa bila kena tang orang politik depa akan tuduh pihak lawannya, dan ada jugak yang kata simbah oleh orang parti sendiri utk dapat simpati. Aku bukan nak tuduh sesiapa disini, cuma aku nak kongsi apa yg ManjungMari & Fawi tak sentuh dan aku pun mulanya tak perasan ada isu yang cuba dibangkitkan disebalik isu ini.

Gambar yang tersebar di dalam facebook berbeza dgn gambar yg aku cilok fb dari geng-geng Umno Lumut, dalam hal ni depa lebih awal ketahui. Yg tersebar sebelum ni takde tulisan cina ni....

Pemuda Umno cuba menuduh mensyaki orang DAP yang buat semua ni...wakakakaaaa, beb lu tak cakap pun aku dah agak sasaran korang. Adakah ini antara motif & agenda sebalik semua ini?

Kepala otak aku tertanya kenapalah org yg simbah tu tak buat malam sebelum Najib nak turun, kan realistik jika nak bagi najib tengok protes ini supaya MPM tak sempat nak turunkan banner ni. Lain kali kalau nak simbah, simbah depan-depan macam pemuda umno melaka buat...baru berani beb! Kenapa 3 hari sebelum...ohhh, masih sempat utk tukar baru! tukar baru job baru ada, ni ManjungMari ada ulas, korang baca kat Gambar Zambry Kena Simbah Cat, Ku Sangka Satu Rupanya Tiga .

Gambar Hadie-Media Perak. Jamuan 'Janji Ditepati'.....jam 12tghari baiknye planning, aku puji organiser sebab masa tu tak kira pekerja kerajaan atau swasta mencari makan. Secara tak langsung memeriahkan suasana walaupun yg hadir dtg utk makan...makan free sapa tak mau tambah harga barang dah naik, peluang mcm ni cukup bagus utk menjimatkan duit poket! makan free apa pun sedap beb!

Kerana isu ini, tak pasal orang luar Perak tahu begitu banyaknya banner wajah Zambry ni di sekitar Manjung. Aku tak pasti samada Zamry Man YDP MPM nak bodek Zambry atau nak penaya dia? Dato dah dapat...Datuk Bandar Ipoh mungkin dalam congak kepala hotak dia! tak salah, semua orang kalau boleh nak naik pangkat....Bukan takat banner Zambry yang tiada tertinggal tiada terpinggir di setiap simpang, malah tugu-tugu 1Malaysia didirikan disetiap Zon dgn duit kita juga. Kenapa aku kata Zamry Man nak penaya dia, sebab gambar-gambar yg bersepah ni semakin lama semakin orang meluat termasuklah org MPM & Umno sendiri! Orang pakatan lagilah kut! Nak buat macamana bila guna duit rakyat, maka rakyat berhak utk berkata! Dari orang tak menyampah, orang mula menyampah kat Zambry, mana taknya macam sorang pegawai navy kata, naik meluat tgk mukanya bila hari-hari lalu situ! wakakaaaa..... nasib lu lah bro!

Aku tertarik gambar dari pengguna fb bernama 'Tok Dalang' (harap bukan dia dalang semua ini), sorry aku cilok gambar hang sebab ada isu disebaliknya iaitu 'nota penulisan cina'....... apa ke bodoh sangat tukang simbah tu tinggalkan nota tulisan cina itu supaya orang tahu ini kerja org cina! macam isu letak babi dalam surau, siap ada kain pengalas utk pegang....kan nampaknya melayu sendiri yg bikin cemarkan rumah Allah. kononnya nak tarik perhatian melayu suruh berdendam dgn cina...sorrylah, orang Malaysia macam aku tak terhasut dgn dakyah tu! Sape yg suka sangat dgn isu perkauman ni....korang fikirkanlah sendiri, aku letih dgn politik semacam ini, isu rakyat tak diutamakan, bila gambar kena simbah tak sampai 24jam bertindak membetulkan keadaan sedangkan itu hanya sebuah gambar! siut......

Tiga banner ini ditampal nota tulisan cina ini, apa motifnya?! Sesape pun yang lakukan perkara ni aku katakan bingai, udah le bingai..buat kerja bingai laktu! Nyusahkan polis je..... Kalau tak puashati sekalipun, terjah terus PM........ aku & aktivis masa PM turun tahun baru cina di Sitiawan bagi memorundum sape pun tak susah.....wakakakaaaa! polis pun buat nohen...berjalan lancar. Tapi dalam hal simbah ni, ada ruang utk orang kaut keuntungan atau ada penaja yg cuba bodek menaja banner baru agar dapat job lagi.....amacam team B & C Umno Lumut, kasi sponsor la.......

Tiada ulasan: