OTAI MANJUNG |
Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu Segari! Posted: 02 Oct 2012 09:00 PM PDT Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar...ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih - korang baca kisahnya di Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak Ini maklumat dari website Perikanan: Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan Pusat Penetasan Penyu di kawasan ini dalam usaha menangani ancaman kepupusan penyu. Pusat ini berfungsi sebagai tempat pengurusan dan penyelidikan penyu di samping memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai. Ia terletak di atas tapak seluas 2.4 Hektar dan dilengkapi dengan kemudahan pameran dan juga kolam penyu hidup untuk tatapan pengunjung. (baca lanjut di Segari Turtle Centre) Projek loji simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel berhampirannya [rujuk artikel sebelum ini- Visit Perak Year (2.0)] boleh menambah gugat ekosistem sedia ada, tambahan ia dikatogerikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (ESA Rank 1), diulang TAHAP SATU! Ia lebih sensitif dari Teluk Rubiah (Tahap 2) yang mana merupakan laluan, pendaratan & penetasan penyu satu-satunya di Perak. Sekali lagi Kerajaan Negeri terang-terang langgar Rancangan Fizikal Negara! NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah membantah projek-projek yang boleh menggugat kawasan semulajadi darat mahupun persisiran pantai di Segari daerah Manjung, rujuk keratan-keratan akhbar (klik untuk besar) di bawah. Keratan Akhbar Berita Harian 13 Julai 2012 Keratan Akhbar The Star 12 Julai 2012 Keratan Akhbar Sinar Harian 13 Julai 2012 Malaysia bukanlah terletak digaris bencana alam yg dasyat selain banjir dsbgnya, tapi peristiwa bencana seperti contoh tanah runtuh adalah angkara manusia sendiri. Ia seharusnya memberi pengajaran utk dikekalkan dalam zon guna tanah sedia ada dan tidak harus dibenarkan untuk di ubah-guna menjadi kawasan pembangunan atau penempatan yang boleh menimbulkan masalah keselamatan awam, haiwan yang dilindungi & sistem ekologi pada masa akan datang. Duit punya pasal apa pun boleh di negara ini! Lepas tu peruntukan duit keuntungan itu utk hadapi kecelakaan bencana dalam menyelamatkan atau mengurangkan beban mangsa.......pun buat duit! Dalam menangani isu ini, Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) akan sertai lawatan & gotong royong anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk mengetahui lebih dekat segala kelemahan & permasalahan yang ada dan apa yang terkesan dengan bakal kehadiran 2 projek terbabit. Kami mahu bekerjasama dengan semua pihak yang prihatin bagi menghindarkan kepupusan penyu di negeri ini. Kami bukanlah anti pembangunan tapi kami anti pembangangan, tiada kompromi dalam melestarikan alam sejagat! QR Code: facebook.com/SaveTelukRubiah - Hentikan Tangisan Penyu @ Segari Hamidah sbg Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan bla bla...sukses menjadikan zon pelancongan & sensitif alam kepada industri berat, mungkin pelabur asing juga dianggap pelancong baginya. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan berjaya melihat diam seribu bahasa kejayaan transformasi tempat pelancongan bertukar wajah dan Zambry Kadir mengiyakannya dalam memastikan Perak Amanjaya! Aman melancong atau berjaya melencong bai!?!..... #Selepas ini Visit Perak Year 2012 (3) - berkisar pusat pelupusan sisa radioaktif disebalik banjaran kledang, projek menikus tanpa pengetahuan meluas kepada orang awam. kenapa dan apa yang ada disitu? nantikan.... |
Visit Perak Year 2012 (2.0): Ng Yen Yen bagus! Posted: 02 Oct 2012 06:00 PM PDT Teluk Rubiah sudah tergadai dan hilang dari dunia pelancongan, malah akan menjejaskan kawasan pelancongan sekitarnya Teluk Batik & Pulau Pangkor. Baca di bahagian 1 - Visit Perak Year 2012 (1) atau boleh layari cerita yang lebih detail di Teluk Rubiah: Vale of Tears for The Malaysia Project. Cuma di bahagian 1 aku tak bagitau musnahnya Teluk Rubiah berkait dengan 'Rampasan Kuasa Perak 2009', apabila seseorang yang mendapatkan jawatan MB dari kuasa monarki pihak Istana, maka agak sukar bagi MB itu untuk mengatakan tidak apa yang berkaitan dengan kehendak istana. Utk lebih lanjut korang baca di Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (1) & Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (2). Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas.... hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik. Aku dapat tahu apabila kerajaan beralih kuasa secara kotor, sebuah hotel terkemuka di Ipoh juga menjadi pertaruhan. Dulu dikenali Casuarina Parkroyal Hotel, apabila termakan budi, MB juga meluluskan peralihan jualbeli dengan 'harga ajaib' yang mana sekarang dikenali Impiana Hotel. Syarikat siapa korang, berapa dijual cari sendiri. Apa yg aku nampak seperti isu Teluk Rubiah juga dahulunya dikenali Royal Teluk Rubiah Country Club, kini Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd atau lebih dikenali Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd. Jadi, jenama 'Royal' sudah tidak ada lagi dalam kedua-dua kes ini! Jadi tak heran jika suatu masa nanti 'Royal' juga bakal ghaib dimuka bumi Perak dan menjadi bahan sejarah di muzium negara dek kerana tangan-tangan mereka sendiri....tambahan pula hari ini rakyat mula bicara & kritik raja-raja secara terbuka, mereka tak peduli dah! Gambar Hiasan: Hamidah & AC Mizal sama-sama cun, sama-sama cari makan.... Jika Exco Pelancongan Perak, Hamidah yang merestukan segala mak nenek industri di pusat pelancongan Perak, Zambry sbg MB sudah tentulah berperanan utama tapi dimanakah Menteri Pelancongan untuk pertahankan industri pelancongan dari terus dijahanamkan. Jika hamidah tidak memantau website peraktourism serta tidak bertindak dalam membetulkan fakta terkini Teluk Rubiah yang masih diletakkan dalam promosi pelancongan, Ng Yen Yen ada bagusnya sebab mempromosikan 'kempen memastikan kebersihan tempat pelancongan' di dalam website '1Malaysia Green & Clean - Think Tourism, Act Tourism'. Gambar Hiasan: Ng Yen Yen 'melancong' ke Masjid Bagus! tapi cakap tak serupa bikin! atau mungkin Ng Yen Yen gunakan percaturan alam maya hanya untuk Curi Curi Wang Malaysia, siapa tak tahu berapa bayaran untuk kendalikan facebook Cuti Cuti 1Malaysia nya! Aku pernah komen difacebook terbabit perihal isu Teluk Rubiah, tak sampai 1minit komen aku hilang & terus dibanned. Wow, memang mahal gaji pengendali fb berkenaan....cepat & cekap menjaga 'kepentingan' menteri terbabit. Ini copypaste dari website kempen tersebut, baca dan nilaikan sendiri... dia suruh orang ramai paparkan untuk tindakan kementeriannya tapi berlaku sebaliknya. Ini betul-betul belit punya cakap! Jom kita ke tempat pelancongan seterusnya yang bakal diindustrikan. Kali ini bukan sahaja nelayan, pelancongan dan alam tergugat, penyu haiwan terlindung pun bakal menjadi mangsa perakus. Apa yang ada di tempat pelancongan seterusnya....Data berkaitan akan dipaparkan dalam bahagian 2.5; Hentikan Tangisan Penyu. Tahun lepas aku ada linkkan kisah satu lagi projek musnah alam, antara petikannya - EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dibawah DS Zambry Abd Kadir telah meluluskan tanah 150 ekar kepada syarikat Ati Gas yang hanya punyai modal berbayar RM100.00 sahaja pada Mei, 2011 untuk stor gas asli di SEGARI Manjung bernilai RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Rakyat mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. (baca lanjut di SINI). Korang layan dulu kenyataan hamidah......makcik cun ini memang sukses! Ini salah satu projek yang dibantah oleh Aktivis Alam Sekitar, dan satu lagi Kilang Besi Maegma Steel - antara maklumat baca di SINI. The Star Online: Dalam isu ini, sekali lagi Ng Yen Yen diam seribu bahasa malah aku juga di'diam'kan dalam facebook milik kementeriannya yg jutaan nilainya......nyonya, lu memang bagus! Sambung: Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu @ Segari |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan