Muslimeen United |
- Syabas Pelumba Motor Negara, Sanggup Lari Daripada Terkena Arak!
- Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini
- Bukti Baru Kes Pembunuhan Altantuya Bakal Di Dedahkan?
- PAS jamin Sabah untuk orang Sabah
- [VIDEO] Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol-gol Menarik
- Chua Soi Lek Hina Islam Secara Melampau.. Ini Bala Yang Di Terimanya
- SPR jelaskan ratusan pengundi di satu alamat..alasan dangkal dan kelemahan SPR selama ini..!!!!
- Kelantan juara Piala Malaysia 2012
Syabas Pelumba Motor Negara, Sanggup Lari Daripada Terkena Arak! Posted: 21 Oct 2012 09:02 AM PDT Syabas! PENGERTIAN ARAK Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah. Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". (Surah Al- Maidah ayat 90) HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK Dalam Qanun jenayah syar'iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka". KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab: i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran. iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan. Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk. PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut: i) Baligh ii) Berakal iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar'iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila'. (Riwayat Bukhari dalam Sahih) BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR) Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:- 1) Syahadah (kesaksian) 2) Ikrar (pengakuan) Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan. -sumber Sepang: Sejarah tercipta petang ini apabila pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo berjaya menaiki podium dengan menduduki tempat kedua di dalam kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa 40'54.151s. Tempat kedua ialah pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo , manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s. Sejak semalam lagi sejarah telah tercipta apabila pelumba Moto 3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin memulakan perlumbaan di Motogp Sepang di petak pertama. Zulfahmi mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3 yang menggantikan kategori 125 bermula awal tahun ini dan pada hari ini sekalipun menduduki tempat kedua, tetap merupakan satu sejarah kerana ini merupakan kali pertama Malaysia menaiki pentas podium di dalam mana-mana perlumbaan kelas Grand Prix. |
Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini Posted: 21 Oct 2012 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini. "Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya. Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily. Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan. "MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan," kata sumber itu lagi. Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam. "Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS. "Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku," tambah beliau. Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. "Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal," kata beliau. -Hrkh |
Bukti Baru Kes Pembunuhan Altantuya Bakal Di Dedahkan? Posted: 21 Oct 2012 08:52 AM PDT SHAH ALAM, 21 Okt — Tan Sri Musa Hassan terperanjat dengan dakwaan beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok, Thailand esok mengenai isu pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 seperti yang tertera di laman sesawang Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT)."Saya terperanjat apabila mendengar berita ini. Saya tahu tentang ini pun apabila ada wartawan menghubungi saya semalam. "Mana ada, saya masih di sini (Malaysia)," kata bekas ketua polis negara (KPN) itu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.Tinjauan The Malaysian Insider di laman sesawang FCCT menyaksikan notis tentang sidang media Musa di Bangkok masih tertera di laman berkenaan dan boleh diakses di sini http://fccthai.com/items/966.html."Saya tak faham mengapa semenjak dua menjak ni saya sering menjadi sasaran pelbagai spekulasi,""Saya harap pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berhenti menganggu saya," katanya lagi. Notis itu menyebut, sidang media bekas KPN itu akan diadakan pada 22 Oktober jam 11 pagi waktu Thailand .Jemputan itu bertajuk "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" oleh bekas KPN Malaysia dan menyatakan notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT.Notis tersebut juga menulis, enam tahun lalu, seorang jurubahasa muda dari Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu, telah dibunuh di Malaysia oleh dua pegawai polis dari Cawangan Khas dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan. Selepas kematian beliau, terdedah bahawa dia telah dikaitkan dengan penjualan dua kapal selam buatan Perancis ke Malaysia dengan harga 1.3 bilion dolar Amerika Syarikat — perjanjian yang disyaki mengandungi rasuah peringkat tinggi.PM semasa Malaysia, (Datuk Seri) Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan dan (Tan Sri) Musa Hassan adalah ketua polis negara. Pendedahan ini dijangka akan mengubah landskap politik Malaysia.Musa Hassan, yang telah berhenti sebagai ketua polis, mempunyai pendedahan terbaru terhadap kes berprofil tinggi ini. Beliau akan berbuat demikian pada sidang akhbar di FCCT.Altantuya dibunuh secara kejam apabila mayatnya diletupkan menggunakan bom di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006. Beliau adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene.Abdul Razak Baginda rapat dengan Najib yang pada ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan Malaysia.Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan pengiring kepada Najib, Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009, setelah didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.Hakim dalam kes perbicaraan itu walaubagaimanapun tidak memutuskan motif pembunuhan Altantuya./~tmi |
PAS jamin Sabah untuk orang Sabah Posted: 20 Oct 2012 11:33 PM PDT KOTA KINABALU: PAS berpendirian bahawa urusan pentadbiran negeri Sabah harus diserahkan kepada orang Sabah yang lebih mengetahui selok belok paermasalahan di sini. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sebab itu PAS akan menyerahkan kepada orang Sabah mentadbir negeri ini jika menang pada pilihan raya umum akan datang. "Orang Sabah lebih tahu 'lorong-lorong' dia. Oleh itu, pentadbiran, pengrusan Sabah, orang Sabah yang mengurus, dia lebih tahu," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan penutup pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini semalam. Menurutnya, sudah cukup selama ini rakyat Sabah dipermainkan oleh parti pemerintah demi mengekalkan kuasa mereka bukan sahaja di negeri ini, malah kuasa di pusat. "Cukuplah Sabah dipermainkan, rakyat dipermainkan. "Rakyat dibeli untuk undi pilihan raya. Pemimpin dibeli untuk kekal kuasa di pusat," ujarnya lagi. Beliau turut menyeru kepada rakyat negeri ini untuk membuat perubahan bersama-sama rakyat Semenanjung demi menuju politik baharu Sabah yang lebih mengutamakan rakyat. Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka membela nasib rakyat, dalam bidang kuasa yang ada di beberapa negeri yang telah diperintah. Ianya termasuk di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, dan pernah di Perak serta di Terengganu. "Perubahan yang berlaku tidak boleh di Semenanjung sahaja, kena ubah sama-sama. "Insya Allah, ini kalilah," katanya lagi. Di Sabah, PAS juga memberi komitmen serupa iaitu mahu memberi keadilan dan hak kepada rakyat seperti yang dituntut oleh agama Islam. Islam ujarnya menentang sebarang bentuk kezaliman dan menganggap urusan pentadbiran adalah amanah untuk diurus dengan adil kepada rakyat. "Tak boleh atasi kemiskinan jika pemimpin anggap harta negeri sebagai harta sendiri. "Selagi tak selesai masalah rakyat di peringkat negeri, hasil negeri tidak boleh dipunggah ke pusat," jelasnya. Sebab itu juga katanya Pakatan Rakyat turut menuntut kenaikan pembayaran royalti darpada 5 peratus kepada 20 peratus. "Pada kita, 20 peratus sudah boleh selesai masalah rakyat negeri ini. "Kalau tak selesai, kena tambah lagi (peratusan) itu," katanya. -Hrkh |
[VIDEO] Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol-gol Menarik Posted: 20 Oct 2012 11:31 PM PDT Kelantan membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini. Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008. Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas. Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan. Tahun lalu, Kelantan kalah dengan Negeri Sembilan. Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar. ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan. Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam. Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol. Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13. Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi. Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun. Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43. Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48. Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua. Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM. Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit. Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan. Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka. Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali. Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali. -SH Berikut kedudukan jaringan: ATM (2) mln Kelantan (3) Jaringan ATM: Rezal Zambery Yahya minit ke-48 Marlon Alex James minit ke-61 Jaringan Kelantan: Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49 Indra Putra minit ke-95 |
Chua Soi Lek Hina Islam Secara Melampau.. Ini Bala Yang Di Terimanya Posted: 20 Oct 2012 11:27 PM PDT Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri! Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini. Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang. Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas. Ada di antara perwakilan pemuda yang ditemui enggan memberikan sebarang komen mengapa dewan yang boleh menempatkan lebih 1,500 perwakilan pada satu-satu masa terdiri daripada sayap pemuda, wanita dan senior parti itu kosong semasa persidangan berlangsung. Ketua Pemudanya, Wee Ka Siong dalam ucapannya tanpa berlapik terus menghentam Pakatan Rakyat kununnya hutang negara dalam keadan terkawal walaupun sudah mencecah RM502 bilion sehingga hujung tahun ini. Kelmarin, kenyataan Chua tersebut menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA. Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu. Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali. Manakala PERKASA membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali. Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut. Jika beginilah suasana dan semangat yang ditunjukkan sayap pemuda sebagai tunjang serta pelapis MCA pada masa depan, diyakini parti tersebut akan terus tenggelam seperti mana prestasi yang ditunjukkan pada pilihanraya umum lalu. MCA dan Chua Soi Lek jangan salahkan sesiapa, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana kaum Cina sendiri sudah lama meninggalkan parti perkauman yang hanya mengikut telunjuk Umno hatta dalam pemilihan presidennya sekalipun! ~jalanpulang |
SPR jelaskan ratusan pengundi di satu alamat..alasan dangkal dan kelemahan SPR selama ini..!!!! Posted: 20 Oct 2012 03:38 PM PDT Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini. "Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini. Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu. Tempat itu sekarang dibina kompleks membeli-belah Sogo. "Sebelum ini, apabila penduduk setinggan mendaftar, mereka mungkin pilih satu alamat, mungkin kediaman ketua kampung, dan semua surat menyuratnya masuk ke situ," katanya. |
Kelantan juara Piala Malaysia 2012 Posted: 20 Oct 2012 03:32 PM PDT [DIKEMAS KINI] KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini. Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008. Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas. Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan. Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan. Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar. ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan. Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam. Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol. Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13. Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi. Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun. Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43. Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48. Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua. Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM. Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit. Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan. Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka. Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali. Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali. Berikut kedudukan jaringan: ATM (2) mln Kelantan (3) Jaringan ATM: Rezal Zambery Yahya minit ke-48 Marlon Alex James minit ke-61 Jaringan Kelantan: Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49 Indra Putra minit ke-95 |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan