Sabtu, 20 Oktober 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


PRU13: PR kini pada situasi ‘simple majority’

Posted: 20 Oct 2012 01:53 AM PDT


KOTA BHARU: Berdasar kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

"Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

"Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

"Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif," katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Peneranan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

"Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

"Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali," ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat  setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad lapan bulan, Tun Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

"Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN," tambahnya. -Hrkh

Begitu Senang Jadi Anak Menteri Boleh Terlepas Begitu Saja

Posted: 20 Oct 2012 01:53 AM PDT


PKR : Penyelesaian Kes Anak Nazri Menyalahi Undang-undang

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan kes serangan pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz 'telah selesai' disifatkan melanggar integriti sistem keadilan di negara ini.

Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran, tindakan Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri itu jelas bertentangan dengan dasar awam dan kedaulatan undang-undang negara.

Beliau berkata, sebarang jenayah mahupun salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pihak seharusnya dibawa ke mahkamah untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

"Di bawah sistem perundangan kita, jenayah tidak boleh 'diselesaikan secara baik'. Dengan mengambil tindakan sebegitu, Hishammuddin boleh dikatakan mungkin bersubahat. Adakah dia berkompromi hanya kerana kes itu melibatkan anak seorang Menteri Kanan Umno?

"Seterusnya, apakah terma penyelesaian ini menyalahi undang-undang? Orang ramai berhak mengetahui perkara sebenar," katanya dalam satu kenyataan media.


Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, walaupun Hishammuddin mengakui perkara itu sudah disiasat, namun beliau tidak menyatakan sama ada Nedim dibersihkan daripada kesalahan itu.

"Setiap warganegara, tidak kira berapa tinggi atau rendah kedudukan sosial mereka, mereka adalah sama dari sudut undang-undang. Justeru, pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes ini mempunyai hak menuntut keadilan yang adil dan saksama.

"Kami menyeru Menteri Dalam Negeri untuk membuat pendedahan penuh dan berterus terang tentang fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan berhubung kes serangan ini," katanya lagi.


Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), menteri dalam negeri bagaimanapun memberitahu, kes itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Loh meminta Hishammuddin menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kematian pemuda bernama Darren Kang di Sri Hartamas sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut sebaliknya lima warganegara Thailand telah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.


Kes anak Nazri 'diselesai secara baik'


Kejadian memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim Nazri - anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, kata menteri dalam negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menurutnya, kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Kejadian itu berlaku apabila Mohamad Nedim dan pengawal peribadinya didakwa tidak dibenarkan memasuki kondominium mewah Mont Kiara Mac oleh seorang penyelia firma keselamatan.




"Kes ini telahpun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis itu ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

Loh meminta menteri dalam negeri itu menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibunegara pada Mac 2012 dan kejadian kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Reston Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut.

"Dalam kes ini, lima orang warganegara Thailand yang didapati bersalah, telahpun dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara," katanya.

Bukti menunjukkan AHLI UMNO sendiri yang akan menjatuhkan UMNO..!!!

Posted: 20 Oct 2012 01:51 AM PDT

Ahli-ahli UMNO tidak mahu ditambat lagi
Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti.

Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap Bahagian yang akan membuat lapuran online kepada jawatankuasa secara terus.

Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.


Mengikut lapuran SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang.

Itulah yang saya sebutkan selalu. UMNO sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat dibawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat dibawah dan itulah pernyakit yang di hidapi oleh UMNO sekian lama.

Kalau UMNO sudah sampai ketahap ini masalahnya, maka harapan UMNO untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh di selesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli. Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut.

Ini merupakan pertahanan terakhir UMNO dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi.

Kita sedar yang ahli-ahli UMNO kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah.

Ahli-ahli UMNO terutamanya dibawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus dikepuk padi. Ahli-ahli UMNO pun tidak mahu mereka di kerbaukan oleh pemimpin mereka.

Tetapi MKT UMNO bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu?

Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku.

Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah UMNO. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar UMNO dibawah payung dan wadah yang baru.

Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam.

Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli UMNO oleh pimpinan mereka.

Kita mesti faham yang ahli-ahli UMNO itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat dimana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai diantara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri.

Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam 'ambience' yang baru.

Selamat berubah dan berhijrah.

Saya akan ke Jerlun untuk berceramah pada malam ini dan esok. Saya akan kembali bersama saudara saudari pada Isnin yang akan datang. Sehingga berjumpa, salam!. -sunber

Tiada ulasan: