Muslimeen United |
- Gambar Ceramah Tuntutan Royalti Minyak
- Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air Di Balakong Kini Tuntut Air Percuma Di Puchong
- Pro-M sapu bersih kerusi UIA
- Royalti: TG Nik Aziz lancar konvoi 'R' pagi ini
- Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran
- RAKAMAN: PERBAHASAN BELANJAWAN 2013 OLEH DS ANWAR IBRAHIM
- Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari Daripada Isu Pokok
- Terpanas [hot] : KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'
Gambar Ceramah Tuntutan Royalti Minyak Posted: 02 Oct 2012 09:13 AM PDT |
Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air Di Balakong Kini Tuntut Air Percuma Di Puchong Posted: 02 Oct 2012 09:06 AM PDT Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom! Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu. Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor. Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)." Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang. Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen. Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort! Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat. |
Posted: 02 Oct 2012 09:03 AM PDT Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa. Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu. Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti. Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa. UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa. Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -M'kini |
Royalti: TG Nik Aziz lancar konvoi 'R' pagi ini Posted: 01 Oct 2012 11:13 PM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 500 kenderaan menuju ke Putrajaya dalam misi mereka menuntut hak royalti. Pelepasan itu diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Turut serta pada majlis itu ialah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan. Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan atau singkatannya 'R' sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum di Istana Kehakiman Putrajaya esok. Selain Kelantan, konvoi serupa turut bergerak dari Johor untuk Zon Selatan , Perlis untuk Zon Utara dan juga turut disertai oleh wakil Sabah dan Sarawak. Upacara sambutan ketibaan konvoi itu ke Kuala Lumpur akan dibuat di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 4.30 petang ini. Konvoi itu kemudian akan bergerak ke Shah Alam bagi program Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam malam ini. Pasukan konvoi dari dua lagi zon juga akan bergabung di Shah Alam petang ini. Dianggarkan lebih 8,000 orang keseluruhan yang menyertai konvoi kali ini. Sementara itu, program malam ini akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Selain mereka, turut akan hadir Datuk Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain. Esok, konvoi dijangka bergerak ke Putrajaya kira-kira jam 7 pagi dari Shah Alam yang akan diketuai sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz. -Hrkh |
Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran Posted: 01 Oct 2012 08:18 PM PDT Majlis Rakyat Mesir (Parlimen Mesir) sekarang ini memiliki : - Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran. - Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith. - Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran. - Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran. - Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta. - Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun. |
RAKAMAN: PERBAHASAN BELANJAWAN 2013 OLEH DS ANWAR IBRAHIM Posted: 01 Oct 2012 06:04 PM PDT Perbahasan Belanjawan 2013 : Datuk Seri Anwar Ibrahim Part 1Perbahasan Belanjawan 2013 : Datuk Seri Anwar Ibrahim Part 2 |
Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari Daripada Isu Pokok Posted: 01 Oct 2012 06:01 PM PDT Datuk Seri Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya kini "Noh tidak boleh alih isu ini, rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat," dakwa Adun Sekinchan, Ng Sue Lim. Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu. "Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi saya percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut. "Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang," kata Sue Lim lagi. Sue Lim juga mendakwa Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yang memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah. Menurut Sue Lim mengikut amalan lazim, seseorang rakyat biasa hanya dapat mengesahkan permohonan tanah mereka diluluskan setelah menerima borang tawaran terima iaitu Borang 5A. Beliau juga memberitahu, keputusan meluluskan permohonan tanah dalam mana-mana mesyuarat sebelumnya juga boleh dipinda selagi borang tawaran itu tidak dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. "Sebelum Borang 5A yang sah dari Kanun Tanah Negara tidak berada dalam tangan, selagi itulah rakyat di bawah tidak dapat mengatakan 'sipolan bin sipolan' dapat tanah. "Melalui mesyuarat exco, dari segi pentadbiran dan pengurusan mengiktiraf mereka memiliki tanah tersebut apabila Borang 5A dikeluarkan kepada rakyat," kata Sue Lim. Sue Lim turut memberitahu, rakyat biasa hanya mengetahui permohonan tanah mereka sudah diluluskan apabila mereka menerima Borang 5A kecuali bagi pihak yang mempunyai hubungan atau pengaruh dengan pihak yang membuat keputusan tersebut. -selangorku |
Terpanas [hot] : KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega' Posted: 01 Oct 2012 05:58 PM PDT Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu. Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu. "Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain. "Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya. Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka. "Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri? "Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya. ADUN Ayer Keroh itu juga mendakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan. Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan katanya. 'Tak wasatiyyah' "Ini menunjukkan sikap ketua menteri itu yang mementingkan diri tanpa memikirkan kepayahan masyarakat lain yang mahu ke lokasi tertentu," katanya. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, penganjuran majlis tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ali tidak mengambarkan semangat wasatiyyah yang selama ini dilaungkan kerajaan. Menurutnya, pembaziran berlaku di setiap sudut sedangkan wang berkenaan sepatutnya perlu digunakan untuk menjelaskan hutang negeri yang semakin kritikal. "Saya tidak nampak, dengan mengadakan majlis secara besar-besar seperti ini, ianya satu keperluan selain dari melakukan pembaziran," katanya. Beliau turut meminta Mohd Ali menjelaskan sekiranya agensi kerajaan digunakan untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu. Tinjauan di sekitar kawasan itu semalam menunjukkan ramai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bertugas mengawal keselamatan dan lalulintas sepanjang majlis itu berlangsung. Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain. Hadirin di majlis itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan