Muslimeen United |
- TG Nik Aziz Merasmikan Majlis Perasmian Pasar Saidina Ali,Kok Lanas.
- Imam Hoslan dilepaskan di bawah perintah Parol
- MP Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini
- SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan
- Syabas Jabatan Amal Malaysia!!
- Rupanya Najib Pernah Bertemu George Soros Secara Rahsia
- Ahli Parlimen BN & PR Tolak Saman AES
- PANAS!! Tengok gambar ni! apa Najib dah buat nih??
TG Nik Aziz Merasmikan Majlis Perasmian Pasar Saidina Ali,Kok Lanas. Posted: 11 Oct 2012 02:04 AM PDT YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan menghadiri Majlis Perasmian Pasar Baru Kok Lanas yang telah diberi nama dengan Pasar Saidina Ali,Kok Lanas.Turut hadir sama pada majlis ini Exco Kerajaan Tempatan,Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan,YB. Dato' Takiyuddin Hassan. -sumber FB | ||||
Imam Hoslan dilepaskan di bawah perintah Parol Posted: 11 Oct 2012 02:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin hari ini dilepaskan di bawah perintah Parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November ini. Beliau dilepaskan bersyarat di Pejabat Parol Daerah Cheras kira-kira jam 12.30 tengah hari. Beliau dikehendaki melapor diri seminggu sekali mengikut arahan Parol Cheras sehingga tarikh tersebut. Beliau di bawa ke sini jam 10.38 pagi dari Penjara Kajang. Beliau sebelum ini dikenakan hukuman penjara selama tujuh bulan tiga hari. Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol. Hoslan yang ditemui di sebaik sahaja dilepaskan melahirkan kesyukuran kerana dibebaskan awal dari tempoh yang sepatutnya. "Saya bersyukur apa yang berlaku ke atas saya, saya masuk penjara kerana kehendak Nya," katanya. Beliau yang sedang menunggu isterinya Noorliza Mat Isa, 43 yang bergegas dari hopsital dari menjaga anaknya kerana demam denggi, terus memeluk isterinya dan anaknya sebaik sahaja mereka bertemu. Isterinya yang diiringi wakil Pemuda PAS Pandan serta saudara mara tiba di sana kira-kira jam 12.20 tengah hari. Hoslan yang mengenakan jubah hitam bersemutar hijau turut berterima kasih kepada sahabat handai, pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah memberi sokongan moral kepada keluarganya sepanjang beliau di penjara. Sepanjang hampir tujuh bulan berada di penjara, beliau mengambil pengajaran dan mengibaratkan penjara itu sebagai madrasah tarbiyah. Malah beliau memaafkan pihak yang menganiaya, namun akan terus memperjuangkan keadilan kerana ia adalah ijtihad dalam hidupnya. "Masalah manusia adalah kerana dengki dan kianat dalam jiwa yang bersarang jadi jalan keluar ialah kita kena mengaji dan solat dan jaga silaturahim yang Allah perintah, sangat besar martabatnya kalau kita jaga. "Saya sentiasa memaafkan kerana Rasulullah adalah seorang pemaaf, " ujarnya yang enggan mengulas lanjut berhubung kesnya kerana masih dalam perintah Parol. Hoslan yang dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah. Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, antara 10.15 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Feb lepas. -Hrkh | ||||
MP Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini Posted: 11 Oct 2012 02:01 AM PDT Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas. Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu. Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah. "Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli). Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain. "Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya. Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri. "Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu. "Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya. Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden. Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan. Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas. Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu. Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008. Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu. - Bernama | ||||
SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan Posted: 10 Oct 2012 11:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013. Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama. Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh. "Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam. Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. "Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya. Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain. Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka. Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR. Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain. -Hrkh | ||||
Syabas Jabatan Amal Malaysia!! Posted: 10 Oct 2012 08:35 PM PDT Oleh Mohd Abdul Hadi PAHANG : Segulung ucapan syabas dan tahniah ditujukan kepada Jabatan Amal Malaysia kerana telah berjaya menjalankan program Jambori Amal Kebangsaan Ke-16 yang diadakan di Balok, Kuantan, Pahang pada 5 hingga 7 oktober 2012 lepas. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi didalam ucapannya memberikan semangat taujihat kepada semua ahli untuk terus memberikan khidmat kebajikan sukarela kepada masyarakat. "Tahniah dan syabas . Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap dengan kematangan yang dimiliki oleh Jabatan Amal Malaysia ianya dapat membantu pergerakan Jabatan Amal Malaysia untuk bergerak dengan lebih teratur, licin dan sistematik", katanya lagi. Di dalam ucapannya juga tidak tinggal untuk mengingatkan kepada sukarelawan dan ahli-ahli Unit Amal tentang amal dan khidmat yang dilakukan oleh mereka ini juga adalah suatu kebajikan. Dasar penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini memfokuskan perkhidmatan secara sukarela untuk membangunkan semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berteraskan Islam. Bahkan mereka juga di latih untuk melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh. Sejarah penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini bermula pada tahun 1991 .Majlis Pelancaran Unit Amal yang pertama telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai Peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu. Keahlian yang dianggotai oleh unit ini pada mulanya adalah seramai 12 orang yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam banyak khidmat-khidmat masyarakat seperti membantu mangsa banjir yang berlaku di Johor. Ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir, "tentera merah" ini lah yang pertama turun membantu dan menjalankan tugas- tugas penyelamat. Bencana yang melibatkan ramai penduduk terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup. Bantuan yang disalurkan oleh badan-badan NGO, melalui bantuan Unit Amal ini melibatkan pengagihan makanan, minuman dan juga pakaian kepada penduduk setempat. Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di Selat Klang yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki rumah-rumah mangsa akibat dilanda hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal. Program yang berlangsung selama 3 hari ini, melibatkan aktiviti perkemahan, riadah, kuliah ilmu, gotong royong amal bersama masyarakat, derma darah, memancing, pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan Islam. Bertemakan "Beramal Kerana Alah" , perasmian penutup telah disempurnakan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi dan berakhir kira-kira pukul 4.30 petang. -- Jazakallahu Khaira al-Jaza' PAS for ALL Membangun Bersama Islam | ||||
Rupanya Najib Pernah Bertemu George Soros Secara Rahsia Posted: 10 Oct 2012 08:26 PM PDT Perdana Menteri, Najib Altantuya rupanya telah bertemu dengan spekulator matawang berbangsa Yahudi, George Soros dalam sebuah pertemuan tertutup di sebuah hotel mewah, Plaza Hotel (gambar bawah) di New York, Amerika Syarikat dua tahun lalu.Pertemuan rahsia tersebut diadakan semasa Najib Altantuya tiba untuk menyampaikan ucapan sulung sebagai perdana menteri di mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kotaraya yang sama. Maklumat tersebut didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang memetik sumber yang rapat dengan pertemuanntersebut semasa berdebat dengan bekas ahli KEADILAN yang kini Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim minggu lalu. Hotel tersebut yang terletak di pusat kewangan sibuk Manhattan merupakan tempat pertemuan pertama Najib Altantuya dengan Soros yang turut dihadiri beberapa menteri kanan kabinet, berlangsung pada 27 September 2010.Belum dapat dipastikan pertemuan tersebut diatur sebelum atau selepas Najib Altantuya menyampaikan ucapan bertajuk 'Global Movement of Moderates' di persidangan tahunan tersebut. Tetapi sumber memberitahu bahawa selepas Najib Altantuya mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon, dia terus mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang antarabangsa yang dituduh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebagai dalang krisis kewangan Asia pada 1997-98. Ini jelas membuktikan tuduhan Umno kononnya NGO yang pro-Pakatan Rakyat menerima bantuan kewangan dari spekulator tersebut meleset sama sekali seperti yang didakwa Mahathir beberapa hari lalu."Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis Mahathir dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama. Dalam surat tersebut, Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.Empat hari kemudiannya, Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. ~jalanpulang/mpr | ||||
Ahli Parlimen BN & PR Tolak Saman AES Posted: 10 Oct 2012 08:25 PM PDT Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata "Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya. "Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan," katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan. Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu. Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat. "Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat. "Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya. Papan tanda amaran Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati. AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu. Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan. Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. | ||||
PANAS!! Tengok gambar ni! apa Najib dah buat nih?? Posted: 10 Oct 2012 08:24 PM PDT Suatu ketika dulu sekitar akhir June 2012, Najib terus mengelak apabila ditanya oleh wartawan mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat. Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan. "Debat bukan budaya kita. Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya dalam membuat pilihan. "Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Bagaimanapun semalam Najib membuktikan bahawa alasan yang diberikannya untuk mengelak dari berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah satu alasan untuk menutup sifat bacul yang ada dalam dirinya. Ini terbukti bilamana Najib dilaporkan telah hadir menyaksikan dan menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) semalam. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti. Kata dia kononnya "Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza dari kerajaan," Hakikatnya kalau berbeza pandangan pasti tak akan dibenarkan contohnya korang lihat di video #TanyaNajib di YouTube yang dimuat naik melalui akaun beliau sendiri tidak dibenarkan untuk pengunjung memberikan ulasan (ditapis). Malah sistem rating pun sudah dibuang.. -sumber |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan