MIMPI SENJA |
- HOTTTTT .. Cepat mai tengok gambaq amoi 3suku telanjang di Pesta Tanglong BN Parit Sulong ...
- Isu undi : Mahathir cemas, takut dihumban ke penjara
- Cerpen 'Politik Baru YBJ' : Utusan, Chamil Wariya mohon maaf pada Teresa Kok
HOTTTTT .. Cepat mai tengok gambaq amoi 3suku telanjang di Pesta Tanglong BN Parit Sulong ... Posted: 08 Oct 2012 03:31 AM PDT |
Isu undi : Mahathir cemas, takut dihumban ke penjara Posted: 08 Oct 2012 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR 8 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad panik nasibnya akan serupa seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak jika kerajaan Umno BN digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, PRU kali ini paling ditakuti Mahathir kerana bimbang kekayaan yang dikaut bersama anak-anaknya dalam Umno BN terhapus jika rakyat memilih Pakatan. "Pilihan raya nanti bukan saja menentukan hidup mati kerajaan Umno BN tetapi menentukan apakah nasib Dr Mahathir. "Sebab itu beliau terdesak mempertahankan diri dan anak-anaknya bagi memastikan empayar politik dan ekonomi Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, tuduhan Mahathir bahawa mengundi Pakatan Rakyat umpama menyokong George Soros sebagai reaksi panik kerana takut penyelewengan dan pemusatan harta kekayaan dipersoal rakyat. "Tuduhan (undi Pakatan bermakna undi Soros) adalah percubaan untuk melepaskan diri dan bersiap sedia untuk 'menyerang' seperti dulu," katanya. "Sekarang apa yang lebih utama, kita ingin mendesak satu (tribunal) siasatan ditubuhkan untuk menyiasat semua anugerah projek kepada anak-anaknya. Tidakkah dia sedar, tindakan itu boleh menyebabkan Malaysia bankrap?" soal Izzah. Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, Mahathir hipokrit kerana berdiam apabila menerima dana dari Open Society Institute (OSI) yang dimiliki Soros. "Dr Mahathir hipokrit. Kalau Soros bantu, dia akan diam. Bila Soros tak respon (permohonan biaya dana), dia melenting. Dalam sekelip mata dia menuduh Soros menjadi dalang (kerosakan ekonomi)," kata Yusmadi ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. Jelas Yusmadi, Soros lebih objektif dalam gerakan keamanan antarabangsa, berbanding Mahathir yang pura-pura menjadi jaguh menentang jenayah perang, hakikatnya takut dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat. "Dr Mahathir pentingkan diri sendiri. Dia hanya bercakap atas kepentingan dan agendanya sahaja. Dia tidak memikirkan hal negara dan rakyat. "Ini hanya percubaan serangan seperti mana dahulu. Dia tidak sedar bahawa NGO (diterajui) anaknya sendiri (Marina Mahathir) menerima dana OSI," kata Yusmadi merujuk pertemuan dua kapitalis itu di Kuala Lumpur pada 2006. Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, jika Mahathir berprinsip, pasti dia akan menyelar tindakan anaknya kerana pernah menerajui Majlis AIDS Malaysia yang mendapat dana OSI. "Saya sendiri hadir ke program penerangan tentang polisi menangani isu dadah Malaysia di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011. Mengapa (Mahathir) tak persoal?" kata Yusmadi. |
Cerpen 'Politik Baru YBJ' : Utusan, Chamil Wariya mohon maaf pada Teresa Kok Posted: 08 Oct 2012 12:59 AM PDT Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008. Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil. Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil. Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan