Sabtu, 6 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Najib, Pak Lah, Mahathir punya kepentingan peribadi dalam Zon Bebas Pelabuhan Klang [PKFZ]

Posted: 06 Oct 2012 10:22 PM PDT


(Oleh: Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang.
Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.
Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.
"Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.
"Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak  itu diteruskan Najib.
"Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir," katanya.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.
Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37451

Lawak pagi Ahad ... gelak sampai boleh guling2 la ... hahahahaha

Posted: 06 Oct 2012 09:29 PM PDT


MS :  Ha, hampa ikut la Malaysia perangi RASUAH, lingkup la hampa 
         [Apa la yang puak-puak Haramjadah ni dah Kelentong kat wakil-wakil persidangan tu?]
          Ni nak habaq kat hampa, tang PAKAR TU BETOI dah, tapi sebenarnya PAKAR RASUAH 
         bukan pakar PERANGI RASUAH ... kesian kat hampa dah kena kelentong dengan puak-puak
         Najib

        * Lingkup - musnah
        * Kelentong - berbohong, menipu,

Ni... kroni sapa yang buat kerja HARAMJADAH macam ni? Ada ka benda ni depa jual RM2500 pada rakyat ....

Posted: 06 Oct 2012 07:35 AM PDT



Kos Tangki Air Plastik 1Malaysia RM2500 Seunit?

Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.



"Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu," Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.

"Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?" soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.

"Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air," ujar Dr.Hiew.

Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.

"Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar." jelasnya lagi.

"Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin." – Roketkini

P/S : KALAU TANGAN SENDIRI YG BERKUDIS DAN BERNANAH JANGANLAH NAK POTONG TANGAN ORANG LAIN PULAK........KAT SELANGOR AIR PAIP PERCUMA TAPI KAT SABAH & SARAWAK AIR HUJAN JELAH....

Pemimpin BN menggelabah ... Majalah Antarabangsa samakan Najib dengan PM Britain Gordon Brown

Posted: 06 Oct 2012 05:56 AM PDT




Politik Malaysia tidak sama dengan negara luar, kata BN 

Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut.
Dalam satu rencana dalam majalah The Economist hari ini, Najib telah disamakan dengan Brown yang memegang tampuk pemerintahan selepas diberikan oleh PM terdahulu, Tony Blair, namun kelewatannya mengadakan pilihan raya menyebabkan Parti Buruh tewas pada tahun 2010.

"Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain," kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.



"Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama.

"Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?"

Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain.

"Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat," kata Mugilan.

"Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya."

The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru itu ia memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti.

"PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan," kata Tengku Adnan lagi.

"Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang."

Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti.

"Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN," kata Mugilan.

"Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri.

No time like tomorrowTHE prime minister, Najib Razak, fancies himself as the Tony Blair of Malaysian politics.

Like the former British prime minister, Mr Najib purports to be a progressive reformer, on a mission to "modernise" his country. The British-educated Mr Najib also likes to pay as much attention to the spin on his policies as to their substance. He even hires former Blair advisers to make sure he gets it right.

For all that, Mr Najib increasingly resembles the hapless Gordon Brown, Mr Blair's nemesis and successor. For years Mr Brown agitated to push his rival aside. When at last he succeeded, Mr Brown blew it by missing the chance to call an early election while he was still relatively popular. Rather than winning his own mandate, Mr Brown, unelected and indecisive, watched his authority drain away until he was boxed into calling an election right at the end of his term—which he then lost. Similarly, Mr Najib took over after an internal party coup in April 2009 against the then prime minister, Abdullah Badawi. Talk of an early election for Mr Najib to secure his own mandate first surfaced towards the end of 2010. He himself began to talk up his chances the following June. Then an election was expected towards the middle of this year. All along, Malaysia has been on an election footing, with the cautious Mr Najib ponderously cultivating the voters.

He has crafted new policies for Malaysia's younger, unaligned citizens while giving away plenty of money to retain his party's traditional supporters, especially among the ethnic-Malay (and Muslim) majority. In the budget in late September more cash handouts went to poorer households and a one-month salary bonus to all government workers. They usually vote for Mr Najib's United Malays National Organisation (UMNO).

Would that there were more to show for all the shadow electioneering. Opinion polls conducted by the respected Merdeka Centre (the latest were for June) gave the prime minister an approval rating of 64%, down from the high point of his popularity in the middle of 2010. Still not bad, you might think, but the popularity of the ruling coalition, the Barisan Nasional (BN), is much lower than the prime minister's own. So now Mr Najib's options are diminishing fast. He is required to call an election by April at the latest. In the process he has acquired a reputation for dithering, and now has the regrettable distinction of being Malaysia's second-longest-serving unelected prime minister, just behind his own father, the country's second prime minister.

Given UMNO's deep pockets and its practice of gerrymandering constituency boundaries, winning a simple majority has always looked relatively easy for Mr Najib. After all, the ruling coalition, made up of UMNO and several smaller parties, has achieved that in every election since independence in 1957. Yet Mr Najib's real aim is to win back the two-thirds majority that the BN lost for the first time at the last election, in 2008. In so doing the BN lost its power, among other things, to tinker with the constitution. That failure led directly to the coup against Mr Badawi and the elevation of Mr Najib. The prime minister knows that if he fails to reverse the humiliation of 2008, a genuinely hard task, then he could go the same way as his predecessor (His chief protection is that personally he remains more popular than the BN.)

Mr Najib has also been spooked by a series of political setbacks. His government mishandled a couple of huge rallies by a coalition of NGOs called Bersih (meaning "clean" in Malay) campaigning for fair elections. And poring perhaps too closely over the minutiae of local-election results, the BN has fretted over a fall in support among Chinese voters. They form the largest minority in the country's complex ethnic mosaic.

The problem for Malaysia is that the rival parties have been at such a high pitch of combat-readiness for such a long time that the resulting partisanship is poisoning national politics. Pretty murky at the best of times, politics is becoming dirtier by the day. UMNO and its friends in the press and television have been relentless in their assaults on any organisation, such as Bersih, that is deemed to be sympathetic to the opposition. Another target has been an excellent independent website called Malaysiakini. All the old canards about these sorts of groups being in the pay of Zionists, America or George Soros, a foreign financier, have been trotted out. 
It is not clear whether such slanders still impress Malaysia's voters, especially its Muslims. They are certainly a sign of desperation.

Janet Jackson peluk Islam ...akan berkahwin dgn jutawan Qatar .. Jam tangan Rolex cederahati untuk tetamu

Posted: 06 Oct 2012 01:57 AM PDT


alt
Penyanyi antarabangsa, Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam dan bakal berkahwin dengn seorang jutawan yang berasal dari Qatar.
Menurut laporan alarabia.net, adik kepada Micheal Jackson ini bersama tunangnya, Wissam Al Mana akan melangsungkan perkahwinan mengikut cara Islam di Doha, Qatar pada tahun hadapan.
Selain itu, perkahwinan tersebut dilaporkan akan menelan belanja 20 juta dollar (RM60juta) dan menjadi antara majlis perkahwinan paling mewah serta bersejarah pada abad ini.
Janet dan Wissam dikatakan akan mengundang 500 orang tetamu yang diterbangkan khas dari seluruh dunia dengan menggunakan pesawat peribadi.
Mereka juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati perkahwinan kepada para tetamu.
Janet telah menjalin hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya sejak tahun 2010 lagi.
Walaubagaimanapun, Janet memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat - klpos

Mat Sabu bertanding di Kedah dalam PRU13

Posted: 06 Oct 2012 01:10 AM PDT


mohamad_sabuKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, diterima untuk bertanding dinegeri Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13, kata Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
Menurut Ir Phahrolrazi, tidak mustahil Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu (foto) kembali bertanding di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang dalam PRU 1999 di negeri jelapang padi tersebut.

"Ada kemungkinan besar beliau bertanding di Kedah, namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan," katanya dipetik dari Sinar Harian Online. "Jika benar beliau berminat jadi calon di Kedah, kita tiada halangan."


Walaubagaimanapun, katanya, cadangan itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat perhubungan PAS Kedah, sebelum dimuktamadkan.

"Jika Mat Sabu bertanding di Kedah, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau masih kuat di sini, terutama Kuala Kedah.

PAS Kedah sedia timbang cadangan itu, namun perlu persetujuan semua pihak," katanya.

Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah itu berkata, sebelum ini Mohamad pernah bertanding di empat negeri, selain Kedah, iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

"Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU ke 13, termasuk calon import, tetapi ianya masih belum muktamad. Keputusan rasmi hanya akan diumumkan menjelang tarikh pilihan raya," katanya.

Pada Febuari lalu, krisis dalaman PAS Kedah membabitkan dua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco), yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, iaitu Dr Ismail Salleh dan Phahrolrazi, turut dikaitkan dengan usaha pihak tertentu untuk menempatkan Mohamad bertanding di Kedah pada PRU ke 13, yang didakwa tiada dalam percaturan politik menteri besar.

Walaubagaimanapun sebulan selepas itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selaku Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, pihaknya bersedia menerima Mohamad bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini, sekiranya mendapat "restu" PAS kawasan atau menerima pencalonan yang mahu beliau mewakili kerusi di Kedah.

Sebelum ini The Malaysian Insider pernah melaporkan Mohamad bakal bertanding di kerusi Parlimen Pendang, kerusi yang suatu ketika dahulu pernah disandang oleh bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Penyandang kerusi itu sekarang, Dr Mohd Hayati Othman, dikatakan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri (Dun) bagi membantu kerajaan negeri sekiranya PAS dapat mempertahankan negeri jelapang padi itu.

- The Malaysian Insider

32 Wat Siam serah “pokok duit” pada TGNA bina lebuh raya rakyat

Posted: 05 Oct 2012 11:48 PM PDT



TUMPAT- 6 Okt 2012 :  Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.

Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.

Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.

Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.

Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.

Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

"Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

"Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi," katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.

"Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.

"Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat," katanya.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


YAB. Tuan Guru ke Majlis Pelancaran Sumbangan Masyarakat Bukan Islam Untuk Tabung Lebuhraya Rakyat di Wat Machimaram,Kg.Jubakar,Tumpat selesainya solat Jumaat pada petang tadi(19 Zulkaedah 1433H). [admin] 32 Wat Siam serah "pokok duit" bina lebuh raya rakyat TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap...See More
Photos: 20

Tiada ulasan: