Jumaat, 5 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hidup Melayu kepala bapak hampa ... Ni la kerja hampa sebenarnya ... haramjadah betoi la ,,,

Posted: 05 Oct 2012 07:53 PM PDT




Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.

Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.

Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.
"Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"

Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.

Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..

Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!

Layan 200 lelaki sebulan ... lumayan tu

Posted: 05 Oct 2012 07:10 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Secara purata pekerja seks berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia melayan 10 lelaki sehari. Mereka biasanya bekerja 20 hari sebulan dan ini bermakna mereka melayan 200 lelaki sebulan.

"Keadaan itu menyebabkan kemungkinan untuk lelaki yang melanggan mereka dijangkiti penyakit kelamin termasuk virus HIV amat tinggi," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan. Ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya di D7, kebanyakan pekerja seks sama ada dari dalam atau luar negara yang ditahan dalam serbuan mengakui mereka menghidap penyakit kelamin.

"Jadi, kepada lelaki yang suka melanggani pekerja seks mereka perlu tahu risiko mereka dijangkiti penyakit kelamin dan virus HIV amat tinggi," katanya. Beliau turut menasihatkan supaya lelaki hidung belang terbabit supaya tidak terpedaya dengan kecantikan pekerja seks itu terutama dari Vietnam yang kini laris di kalangan pelanggan.
Ditanya kenapa permintaan terhadap pelacur Vietnam kini meningkat, Abd Jalil berkata, terdapat dua faktor utama situasi itu berlaku.

"Pertama, faktor usia. Kebanyakan bapa ayam menawarkan remaja Vietnam berusia seawal 16 tahun. Kedua, faktor komunikasi kerana perempuan Vietnam mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik," katanya.

Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr Ismail Tamby berkata, penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seks dengan pelacur tidak menjamin seseorang itu terselamat daripada terkena jangkitan penyakit kelamin.
Menurutnya, ini kerana kondom yang digunakan mungkin sudah rosak kerana tidak disimpan dengan elok atau terdedah cuaca panas.

"Ramai yang tak tahu kondom ada tarikh luput dan tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan pecah dan tidak lagi boleh berfungsi sebagai alat perlindungan," katanya.
Ismail berkata, lebih membimbangkan, kini, penyakit kelamin sukar dikesan kerana sikap masyarakat yang lebih gemar merawat sendiri tanpa merujuk pakar. - Metro

Lagi artis bertudung ... Kini Melissa Saila pula

Posted: 05 Oct 2012 07:59 AM PDT


Agak lama juga sejak kali terakhir ada kisah selebriti yang berhijrah atau mula bertudung. Dan, hari ini media melaporkan Melissa Saila terbuka hati untuk berhijab.
Menurut laporan Kosmo! hari ini, Melissa Saila telah mengambil keputusan untuk mengenakan tudung secara tetap semenjak Jun 2012 & ia sebenarnya awal dari niat asal.
"Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula memakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal"
Melissa Saila turut menyebut yang jika tidak sekarang, bila lagi perlu beliau lakukan perkara wajib ini sedangkan usia beliau sudah pun mencecah 40 tahun ketika ini.
Dalam temubual yang sama, Melissa Saila mengaku yang beliau terkilan dengan segelintir penerbit yang menganggap beliau sudah tidak berminat untuk berlakon sekarang ini.
"Ada juga rasa terkilan sebab mereka tidak panggil lagi saya untuk berlakon. Saya masih seorang pelakon," ujar beliau yang kini semakin sibuk menguruskan produksi sendiri.

Menteri, Dua Ketua Pemuda BN Dikait Dengan Gangsterisme

Posted: 05 Oct 2012 05:45 AM PDT


KUALA LUMPUR, 5 OKT : Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.

Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh 'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.


Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.

Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.

Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul.

Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan.

"Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti.

"Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat," katanya ketika ditemui di luar balai polis.

Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam. - sumber

TERKINI : SPRM sedang siasat Ali Rustam

Posted: 05 Oct 2012 02:29 AM PDT


Gambar file majlis perkahwinan anak lelaki Datuk Seri Ali Rustam. Pix: omakkau.blogspot.comGambar file majlis perkahwinan anak lelaki Datuk Seri Ali Rustam. Pix: omakkau.blogspot.comKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini. 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh. 
"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.



- Bernama

Ali Rustam... tak dak sapa nak dengki aih, cuma nak tau saja ....!!!

Posted: 05 Oct 2012 01:04 AM PDT

Harakahdaily,05 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, isu yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak lelaki Datuk Seri Mohd Ali Rustam sekadar mahukan penjelasan.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat menjelaskan, ianya bukan soal 'dengki' atau 'iri hati' seperti didakwa Ketua Menteri Melaka itu.

Sebaliknya, sekadar mahu bertanya beberapa persoalan yang timbul bukan sahaja membabitkan kos perkahwinan yang didakwa mencecah RM600,000, tapi juga beberapa isu lain seperti yang didedah di Dewan Rakyat.

"Tak ada sapa nak iri hati aih. Cuma nak tanya. Takkan rakyat tak boleh tanya. Kalau betul guna duit Datuk, memang Datuk kaya betul," katanya melalui tulisan di Facebook.


Semalam Ketua Menteri Melaka itu berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkahwinan 'mega' anak lelakinya.

Beliau berkata, perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

Mengulas persoalan yang timbul, Nasir berkata, rakyat mahukan penjelasan berhubung benarkah maklumat yang mendakwa kos makanan untuk satu kepala RM100 bagi 130,000 hadirin yang hadir.

Selain itu katanya, rakyat juga mahukan penjelasan berhubung benarkah majlis perkahwinan itu turut menggunakan agensi kerajaan serta melibatkan pegawai kerajaan negeri serta dakwaan bahawa boleh pegawai terlibat boleh klim kerja lebih masa untuk dua hari.

Maklumat yang menimbulkan persoalan itu sebelum ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat.

Isu berkaitan kos perkahwinan itu juga telah dilapor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan Mohd Ali atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya itu.

Tiada ulasan: