Rabu, 24 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi ... Surat Menakutkan Kepada Najib Razak

Posted: 24 Oct 2012 10:54 PM PDT


Dear PM Najib,
If you want to win big in this coming 13th General Election, all you have to do is give assurance to the Rakyat (people) that you will "gempar" them by taking on the following essentials:
1. Issue a warrant of arrest to your good friend Abdul Razak Baginda. Charge him in court for abetting in the murder of Altantuya Shaariibuu – yes again. The rakyat really suspect he is guilty of abetting the murder as he was the main player and benefited the most in the Scorpene acquisition. Actually, some of the rakyat even suspect you and your wife, Rosmah Mansor, but one step at a time. Whatever it is, this action against Baginda might clear a little of the scandal off you, and decrease the negativity from your credibility in the murder.
2. Arrest Samy Vellu immediately for the MAIKA, MIED and Telekom share scandal and charge him in court. The Indians will come back in droves to support you, regardless of Hindraf. You will gain the confidence of the Indians voters when you march into GE-13.
3. Fast forward the PKFZ scandal in courts to find Ling Leong Sik guilty and send him to jail immediately. This will make the Chinese sit up and watch while the Malays will be really proud of you and reward you when they vote.
4. Send Khir Toyo to jail for corruption and sack him from UMNO. He was appointed by Mahathir Mohamad as the Menteri Besar and this doesn't augur well for the ex-PM's credibility. By taking this action you might even win Selangor without working too hard, as you have claimed to be on the 'verge' of doing so. A win will tremendously boost your image because you are the Barisan Nasional Leader for Selangor.
5. Sack Shahrizat Jalil immediately from all posts in UMNO and freeze all assets of the NFC as well as the privately-owned firms of her family that are connected to NFC until every cent is accounted for. This might vindicate you from the Kazakhstan condo scandal that is brewing and about to erupt. It will also sky-rocket your ratings within UMNO and with the rakyat and give the Opposition a heart attack!
6. Come clean on your wife's spending as well as show evidence of the return of the US$24 million diamond ring back to New York. Also, you must be brave and make it a point to put your wife on a leash always. If need be, you must not be scared to put a muzzle on her mouth area.
You have to show the rakyat that you are above her in all matters concerning your office as well as declare to the rakyat that the First Lady of Malaysia is actually the Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, the King's wife. Your wife is just the Prime Minister's wife.
You know something Mr Prime Minister. If you actually do this, the women's vote will all be yours. This will help you tremendously to win with the two-thirds majority that we know you and Umno have given up on. Why? Sorry to say this but your wife is the most hated person after Mahathir in Malaysia.
7. Apologize publicly for the Perak coup de et-ad and admit it was a grave mistake. This will help to you to retain Perak again. Also, while you are at it, give a tight slap on the face to Hee Yit Foong which will please all the Chinese in Perak. They may vote for you after that.
8. Fulfill all of BERSIH 2.0′s 8 electoral reforms without prejudice. Show the people you are sincere in electoral reform and you do not need to cheat to win.
9. This is a real challenge. Arrest Mahathir Mohamed for all the corruption he was involved in his 22 years of rule. The power is now in your hands. Can you do it? If yes, then you win hands down, regardless Pakatan Rakyat and their hugely talented team. You will get the entire backing of the rakyat and a mandate that will be hard to beat by any other UMNO chief for decades to come.
10. And finally, get rid of PERKASA. Stay clear away from Hassan Ali and JATI. And most of all, declare you are 'Malaysian First and Malay Second' – not like that Muhyiddin Yassin who tried to be 'funny' and bully the non-Malays but look where he is now. So, uphold a fair 1 MALAYSIA for all races in Malaysia.
The People's Champion
If you can really implement all these suggestions you will be "The People's Champion". And you can ride on for another TWO terms on this euphoria alone. But the chances are, you will not be able fulfill ANY of these suggestions. So you will have to resign yourself to the idea that you will lose control of both UMNO and Barisan Nasional. - onlyatmalaysia

[Video] Ceramah Mat Sabu - Shah Alam - 21/10/12 : Umno ... parti yang paling jahat di dunia

Posted: 24 Oct 2012 09:41 AM PDT

Hasan Ali kata ada kerjasama antara DAP dan MCA, untuk tumbangkan politik Melayu, .... Betoi ka?

Posted: 24 Oct 2012 08:44 AM PDT

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina


"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu "grand design" merentasi fahaman dan aliran politik.

"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.  klpos

Chua Soi Lek diberi tempoh seminggu

Posted: 24 Oct 2012 07:10 AM PDT


Chua diberi tempoh seminggu minta maaf

Jamilah Kamarudin
 | October 24, 2012
Jika tidak, satu memorandum akan dihantar kepada Yang DiPertuan Agong.
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diberi amaran keras untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana lantang mengkritik hukum hudud.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata disebabkan keceluparan Chua yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam, tempoh seminggu diberikan kepadanya.
"Pemuda PAS mendesak Datuk Seri (Chua) memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atas keceluparan kenyataan Datuk Seri.
"Jika tidak, kami akan menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini untuk mengadukan perkara ini supaya tindakan tegas diambil terhadap Datuk Seri serta MCA," katanya dalam memorandum.
Pemuda PAS sebelum itu membuat satu perhimpunan aman diperkarangan Wisma MCA di Jalan Ampang di sini pukul 3 petang tadi.
Selain Pemuda PAS, turut serta Angkatan Muda Keadilan (AMK), NGO Jingga 13, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad, serta beberapa pemimpin PAS lain.
Perhimpunan aman yang disertai kira-kira 200 penyokong itu melaungkan takbir sambil membawa sepanduk "Soi Lek wajib minta maaf"  dan "Jangan hina Islam".
Memorandum itu kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Pemuda MCA Leonnad Tan Soon Huat di lobi Wisma MCA.
Selain menghina hudud, desakan maaf daripada Chua itu juga dituntut kerana menghina peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap seorang ulama yang disegani dan dijadikan rujukan.
Khairul Faizi berkata, kecaman dan penghinaan terhadap Nik Aziz adalah satu penghinaan terhadap rakyat Kelantan sekaligus terhadap Perlembagaan Malaysia yang menyatakan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
"Chua sebagai pemimpin parti kompenna BN sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan menghormati amalan agama dan kepelbagaian bangsa dan kaum di negara ini.
"Namun dalam hal ini beliau tidak boleh diteladani dan dihormati kerana keceluparannya mengeluarkan kenyataan.
"MCA juga dianggap sebagai parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau," katanya.
Selain Pemuda PAS, Jingga 13 turut menghantar memorandum mendesak perkara yang sama, malah mendesak Chua mohon maaf kepada Yang diPertuan Agong diatas sikapnya yang menderhaka memandangkan Seri Paduka merupakan Ketua Agama Islam Persekutuan
Mahathir ajar Chua biadap
Sementara itu Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ucapannya berkata, kebiadapan Chua 'diwarisi' daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Perkara ini (penghinaan hudud) sudah lama berada di dalam Umno.
"Mahathir semasa menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri menyatakan perkara mengenai janggut Rasulullah s.a.w.yang tidak dicukur kerana pada waktu itu tiada pisau cukur berjenama Gillette.
"Sekarang giliran Chua Soi Lek," tegasnya.
Perhimpunan selesai kira-kira sejam kemudian dan orang ramai dilihat meninggalkan perkarangan Wisma MCA dengan aman tanpa sebarang gangguan. - FMT

Selepas Anthony Loke , hari ini Guan Eng pula pertahan TGNA

Posted: 24 Oct 2012 02:52 AM PDT



KUALA LUMPUR: 
Selepas Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menepuk meja di Dewan Rakyat kerana marahkan fitnah MCA terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Setiausaha Agung DAP pula mengambil langkah yang sama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang bukan Islam dirogol satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Lim Guan Eng (gambar)dalam kenyataannya.

Semalam, Anthony Loke dalam ucapannya di Dewan Rakyat mempertikaikan kenyataan Chua Soi Lek yang bersetuju dengan Senator Heng dari MCA bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam.

"Saya rasa ini adalah kenyataan yang paling biadab dari MCA. Chua Soi Lek adalah Presiden MCA yang paling silap dalam perkara ini," kata Anthony Loke, anggota Parlimen Rasah sambil menumbuk meja.

Bagi Lim Guan Eng, MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup.


"MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.

Menurut Lim, fitnah terbaru Chua adalah bahawa kerajaan Pulau Pinang merampas peluang lebih 100,000 keluarga tempatan untuk membeli rumah di kawasan pulau akibat harga hartanah yang melambung.

Dalam tempoh setahun kenaikan harga kondominium/pangsapuri sebanyak 411%, rumah pangsa 339%, rumah kos rendah 157% dan rumah berasingan 103%.

"Ini merupakan fitnah yang tidak masuk akal kerana bagaimanalah harga kondo boleh naik sebanyak 411% dalam tempoh setahun?

"Pulau Pinang sudah tentu mengalami peningkatan harga hartanah paling tinggi di dunia apabila semua orang tahu harga hartanah paling tinggi adalah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang tinggi dari Pulau Pinang," katanya. - Harakah Daily

Tiada ulasan: