MIMPI SENJA |
- HAHAHA Malaysia dah maju ... Blogger Lucah [Malaysia] Mahu Terus Beraksi
- Santai pagi ni .... Mai kita tengok slip gaji CEO Tabung Haji ...
- Remaja buat laporan polis dirogol bapa sendiri
- Blog sex : Pelajar Malaysia hadapi tindakan disiplin, kemungkinan tindakan undang-undang
- Jom ramai-ramai kita pi Senawang 3 Nov ni
HAHAHA Malaysia dah maju ... Blogger Lucah [Malaysia] Mahu Terus Beraksi Posted: 17 Oct 2012 10:17 PM PDT PETALING JAYA: Blogger erotik, Alvin Tan Jye Yee mahu terus melakukan 'banyak aksi seks' dengan pasangannya, Vivian Lee selain bercadang untuk menyimpan rakaman hubungan intim mereka. Malah dia tidak menyesal mengenai kontroversi yang dicetuskan akibat penyiaran gambar erotik di blog mereka. "Kami akan terus bersama dan melakukan banyak hubungan seks serta merekodkannya," katanya kepada The Star pada Rabu. Pemegang biasiswa Asean kini mendapat perhatian ramai selepas imej lucah mereka disebarkan di internet. "Ibu bapa saya tidak begitu bimbang tentang isu moral, tetapi mereka lebih prihatin masalah yang mungkin saya hadapi dengan undnag-undang dan peraturan universiti saya (National University of Singapore)," katanya. Pasangan dari Malaysia itu juga berkata mereka berminat untuk memanfaatkan aktiviti. Malah mereka juga kini mewujudkan akses khas kepada peminat mereka dengan menghantar e-mel selepas blog mereka disekat. "Ini adalah tempoh kritikal dan kami berhasrat untuk menggunakan masa ini untuk mencari pengikut. Mungkin kita tidak akan memuatnaik video dan gambar itu untuk tatapan umum, tetapi kita boleh terus menjadi blogger. Kami mahu Alvin dan Vivian menjadi satu nama yang dikenali kerana melakukan seksual terbuka," kata Tan. Pasangan itu turut mendedahkan mereka menerima banyak e-mel termasuk cadangan untuk aksi seks daripada lelaki dan wanita. Selain itu Tan juga menolak daripada ancaman tindakan undang-undang. Tan dijangka menghadapi pendengaran tatatertib oleh lembaga Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) bulan ini. "Saya terkejut mereka memberikan saya begitu banyak masa untuk bersedia. Saya akan pertahankan asas saya. Semua yang ingin saya katakan, telah disampaikan kepada media," katanya. PETALING JAYA: Vivian Lee, wanita yang memuat naik gambar bogel dan erotik dirinya dan teman lelakinya di blog mereka mengaku tidak menyesal mendedahkan kehidupan seksual mereka secara terbuka. "Saya tidak melihat apa yang salah apabila meletakkan gambar-gambar bogel dan video hubungan seksual kami di internet. Ia bertujuan untuk dunia melihat betapa kami mencintai antara satu sama lain. Saya tidak faham mengapa orang perlu kecoh tentang perkara ini. Ia adalah urusan peribadi kami, "katanya. Lee, 23, dan teman lelakinya, Alvin Tan JYE Yee, 24, mencetuskan kontroversi di alam siber apabila memuat naik gambar mereka di blog Sumptuous Erotica dan dikesan media Singapura. "Bagi kami gambar-gambar di blog ini adalah karya seni. Kami adalah orang-orang yang berfikiran terbuka dan kita hanya mahu berkongsi dengan dunia. Kami mahu mereka melihatnya," katanya. Lee berkata, dia gagal untuk memahami mengapa orang mempunyai persepsi yang berbeza di Asia apabila mereka memuat naik gambar itu di ruang siber. "Semua ini adalah hak bagi Barat namun tidak di Asia. Ini double standard. Saya tidak faham mengapa orang perlu untuk menilai kami," katanya. Katanya orang Asia tidak harus terlalu konservatif tetapi terbuka mengenai kehidupan seks mereka. "Tiada apa yang salah bercakap atau mengadakan hubungan seks. Ia adalah perkara biasa antara dua orang dewasa. "Sepatutnya tidak ada apa-apa stigma apabila pasangan mahu bercakap atau berterus-terang tentang perkara ini," katanya. - mStar | ||
Santai pagi ni .... Mai kita tengok slip gaji CEO Tabung Haji ... Posted: 17 Oct 2012 03:56 PM PDT Slip Gaji CEO Tabung Haji, Bersedia untuk Terbeliak Biji Mata.Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan wang bagi perbelanjaan di sana pula. Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an. Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang. Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar. Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di atas. Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja! Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan! Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut? Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak? Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian! Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.- Jalan Pulang MS : Hahahaha bonus dia 10 x gaji la tu ...slip gaji ni bulan 12 [Dec], jadi hampa jangan la terkejut sangat , bayaran bonus bukan la dibayar setiap bulan, tapi hanya sekali dalam setahun iaitu pada bulan December. Tapi apa-apa pun memang melampau la gaji dan elaun-elaun dia tu. Yang menariknya bonus tu. Aku yang dah berpuluh tahun dengan GLC ni yang memang banyak duit ni pun belum pernah merasa terima bonus 10 bln, Paling tinggi yang kami pernah dibayar hanyalah 6 bulan saja. CEO kami pun tak dibayar macam ni punya tinggi gajinya. Tapi setiap tahun depa [Tabung Haji] akan naikkan tambang Haji, dengan pelbagai alasan. Agaknya inilah salah satu sebabnya. Nak bayar gaji CEO yang tinggi tu la | ||
Remaja buat laporan polis dirogol bapa sendiri Posted: 17 Oct 2012 03:39 PM PDT Kuala Lumpur: Gara-gara tidak tahan dikongkong dan dilarang keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan membuat laporan palsu mendakwa bapa kandung merogolnya di Brickfields, di sini, awal bulan ini. Sebelum ini, remaja yang berusia 19 tahun itu tinggal bersama ibunya di Klang, selepas kedua-dua orang tuanya tinggal secara berasingan sejak beberapa bulan lalu, dilaporkan sukar dikawal dan sering keluar hingga lewat malam serta tidur di rumah teman lelakinya. Remaja itu membuat tuduhan palsu supaya bapanya ditahan dan dia boleh keluar bersama teman lelakinya," - Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala LumpurSelepas melihat ibunya gagal mengawal anaknya, bapanya yang tinggal di ibu negara memutuskan untuk menjaganya dan meminta remaja itu berpindah serta tinggal bersamanya di sini, sejak 2 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata ketika tinggal bersama bapanya, remaja itu sering dimarahi dan dilarang keluar bertemu teman lelakinya sehingga memaksa dia membuat laporan palsu mendakwa dirogol oleh bapanya. Polis terima lima laporan palsu berkaitan dirogol Katanya, hasil siasatan dijalankan, remaja itu membuat tuduhan palsu dengan niat jahat supaya bapanya ditahan berikutan laporan yang dibuat dan dia boleh keluar bersama teman lelakinya. "Sepanjang tahun ini, polis menerima lima laporan palsu berhubung dakwaan dirogol dan ini pertama kali kes laporan palsu oleh pengadu yang mendakwa dirogol bapa kandung," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini semalam. Chin Wah berkata, polis memandang serius isu berkenaan dan meminta semua pihak terutama remaja perempuan, mengambil iktibar daripada kes itu supaya tidak melakukan perkara sama terhadap bapa kandung sendiri. Sehingga kini, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat laporan palsu. Remaja itu turut ditahan kerana terbabit dalam kes pecah amanah ketika bekerja sebagai jurujual di sebuah kiosk barangan di Klang. | ||
Blog sex : Pelajar Malaysia hadapi tindakan disiplin, kemungkinan tindakan undang-undang Posted: 17 Oct 2012 05:42 AM PDT SINGAPORE: The Malaysian student who posted sexually explicit photos and videos of himself and his girlfriend on his blog is now facing a disciplinary inquiry. Asean scholarship holder Alvin Tan Jye Yee has been served notice to appear before a board that will take appropriate action against him, said a spokesman for the National University of Singapore (NUS). He added that the 24-year-old law student is not receiving scholarship funds because he is on a leave of absence, and has been advised to take down the offensive posts. The spokesman told The Straits Times the university has a rigorous selection process for scholarship recipients based on their academic achievements and personal accomplishments. "This is not a reflection of all our scholars, most of whom are accomplished students making a meaningful contribution to the NUS community." Meanwhile, there is also a possibility that Tan could be charged with posting obscene material on the Internet. However, lawyers argued that whether the obscene postings have contravened Singapore laws or whether there is a case for prosecution is subjective, depending on where the visuals and postings were made. Channel News Asia quoted Josephus Tan, senior associate at Patrick Tan LLC, who said: "The material question is where the offences were being committed and in this case it seems to be Malaysia. I think Malaysia actually shares an almost identical Penal Code to ours, so the person can actually be charged for a Penal Code offence back in Malaysia, or even under their so-called Malaysian Films Censorship Act." Tan and his girlfriend, identified as Vivian Lee, 23, also a Malaysian, made headlines when news of their blog spread yesterday. The couple claimed claimed that they only upload self-made content and invite any attractive couples in Malaysia and Singapore who are into swinging to contact them. The blog is believed to have started on September 20, when the couple began posting photos of them engaged in sex. They followed it up with a home-made sex video. In the video's explanation, the couple said the "humble self-production will serve as a small start to bigger things to come; we have always aspired to be adult film actors since puberty." The couple even opened up the blog to questions from viewers, with candid responses. One viewer had posted a question to the couple on Oct 15, asking them why they do such things. The reply was that they believed those who are open-minded about sex shouldn't be branded as criminals. "Because we believe that there's nothing inherently wrong with sex." "We don't see why people who are sexually-active and/or being open about their sex lives should be treated as sinners or criminals. Sex is a natural reproductive process that really doesn't deserve to have a stigma attached to it. Close-minded people need to get over it," went the response. In a subsequent interview with Yahoo! Singapore, Tan admitted that they started the blog at the end of September this year as the photos kept on getting flagged on Facebook and had to be taken down. It has since gone viral. He said he has "mixed feelings" about all the attention the blog has gotten, and was prepared to be expelled or have his scholarship taken away. Tan said he would like to come back to Singapore to finish his studies if allowed. - MD | ||
Jom ramai-ramai kita pi Senawang 3 Nov ni Posted: 17 Oct 2012 05:37 AM PDT Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat, Senawang 3 Nov
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadakan Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu, lapor Keadilandaily. Program tersebut dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat. Antaranya termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF. Ianya telah diumumkan ditunda ke Januari Tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka. Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan. Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula katanya akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri. Menurut Mohamad, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan. Himpunan kali ini katanya adalah bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan