Jumaat, 12 Oktober 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Warga tua umur 122 tahun dikesan dalam daftar undi SPR

Posted: 11 Oct 2012 10:09 PM PDT

RASANYA berita ini bukan lagi berita pelik atau mengejutkan kepada kita. Sebelum ini pun sudah terlalu banyak tembelang dalam pengkalan data Suruhanjaya Pilihanraya, SPR didedahkan.

Terbaru, hasil tinjauan di laman sesawang rasmi SPR menemukan seorang warga tua didaftarkan sebagai pemilih yang sah berumur lebih 122 tahun.

Tarikh lahir warga tua tersebut seperti yang tersiar dalam laman sesawang rasmi SPR adalah pada 6 Febuari 1890, iaitu sebelum perang dunia pertama lagi.



Sila ke laman sesawang rasmi SPR, rujuk sini [SPR] dan masukkan no kad pengenalan 900206740068 untuk mengesahkan sendiri maklumat ini.

Warga tua ini patut dinobatkan sebagai wanita paling tua di dunia.


Sent from my BlackBerry®

Himpunan Kebangkitan Rakyat, ditangguh kepada 12 atau 19 Jan 2013

Posted: 11 Oct 2012 09:30 PM PDT

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 3 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012.

Bagaimanapun pelancaran himpunan Kebangkitan Rakyat itu tetap akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan pada tarikh yang sama 3 November 2012.

Himpunan Kebangkitan Rakyat TETAP akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tarikh 12 atau 19 Januari tahun depan yang akan dimaklumkan kemudian.

Ini maknanya kita akan tetap berhimpun pada 3 November ini di Negeri Sembilan.



Sent from my BlackBerry®

Video seks pemimpin Pakatan Rakyat Perak disebar oleh blogger Umno

Posted: 11 Oct 2012 06:40 PM PDT

RASANYA sudah berpuluh kali blogger United Malays No Otak, Umno menyebarkan video seks kononnya pemimpin Pakatan Rakyat. Kali ini mereka mendakwa ada memiliki video seks Pemimpin Pakatan Rakyat Perak.

Blogger-blogger Umno waktu ini sedang rancak menyebarkan cerita ini. Kononnya ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari Perak yang berwatak alim telah melakukan seks haram di Indonesia bersama pelacur di sana.

Dakwa mereka lagi video itu kini dalam simpanan salah seorang kawan baik pemimpin itu dan akan disebarkan kerana sahabatnya itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan.

Di bawah ini screenshot salah seorang blogger United Malays No Otak, Umno atau UMporNO (Umno + Porno) yang sedang rancak menghebahkan berita ini.



Seperti biasa, nama pun blogger United Malays No Otak, Umno (Kesatuan Melayu-melayu Tiada Otak), tentu sekali kebodohan mereka tidak dapat dibendung lagi. Al-maklumlah, nak tulis blog tapi tiada otak, maka keluarlah cerita bodoh daripada tengkorak mereka yang kosong itu.

Sebelum mereka menyebarkan cerita bangang ini, mari kita kantoikan mereka seperti biasa.

Cerita lucah ini sebenarnya diambil daripada salah satu blog Indonesia yang sudah menyiarkan cerita ini sejak bulan 5 yang lalu.

Menurut blog tersebut, video ini adalah adengan panas seorang warga Sanden, sebuah kawasan di Indonesia. Lelaki yang melakukan adengan seks ini dikatakan seorang pelajar SMA (sekolah menengah) yang sengaja merakam aksinya bersama teman wanita di sebuah bilik hotel.

Di bawah ini printscreen diambil daripada blog tersebut. Gambar yang digunakan di blog Indonesia itu sebijik macam yang disebarkan oleh blogger-blogger Umno pada masa ini. Link blog lucah ini tidak akan disiarkan kerana blog ini bukan blog lucah harap maklum.




Kalau kita lihat handphone yang ditunjukkan dalam gambar pun jelas sekali jenis model lama. Rasanya dah tak ada orang pakai di Malaysia ini. Jelas sekali handphone itu milik warga Indonesia.


ReJaM© "Umno gunakan cerita lucah untuk meraih sokongan rakyat... "

Saudara baru dihalang gunakan nama Anwar selepas masuk Islam

Posted: 11 Oct 2012 04:00 PM PDT

BARU terima mesej (Direct Mesej) daripada Koordinator Jingga 13 Malaysia, saudara Fariz Musa  melalui Twitter MiLo SuaM memaklumkan bahawa beliau ada bertemu seorang saudara baru (muallaf) yang dihalang menggunakan nama Anwar.

Difahamkan menurut Fariz, saudara baru ini telah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP. Apabila diminta untuk memilih nama barunya setelah memeluk Islam, beliau telah memilih nama Anwar.

Difahamkan juga, saudara baru ini memberitahu bahawa beliau mulai tertarik dengan Islam apabila sering mengunjungi rumah Anwar Ibrahim dan melihat Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu menunaikan solat berjamaah.



Bagaimanapun, Pihak Jabatan Agama Islam Pahang dikatakan tidak membenarkan beliau menggunakan nama Anwar, sebaliknya memberikan beliau nama Adnan dan nama itulah yang beliau gunakan sehingga ke hari ini sejak memeluk Islam.

Hidayah itu milik Allah, siapa sahaja yang dikehendaki olehNya akan diberi petunjuk, faktor tertarik kepada Anwar itu hanyalah asbab. Namun tindakan menghalang saudara baru ini memeluk Islam dilihat tidak wajar dan bermotifkan politik.

Bagaimanapun, ReJaM© akan membuat satu sesi rakaman temubual ekslusif bersama Adnan selepas ini untuk mendapatkan penjelasan beliau tentang perkara ini.

ReJaM© " Takutnya dengan Anwar, nak pakai nama Anwar pun tak boleh? "

Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000

Posted: 11 Oct 2012 01:40 AM PDT

MAHKAMAH di Shah Alam hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen BN Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pegawai khasnya.

Ini bermakna hukuman penjara selama 6 tahun serta denda sebanyak RM400,000 yang dijatuhkan ke atas beliau dan pembantunya pada 1 Mac lalu kekal.



Ahli Parlimen Barisan Nasional itu sebelum ini disahkan bersalah oleh mahkamah atas kesalahan membuat 8 tuntutan palsu sebanyak RM80,000 empat tahun lepas. Program tak buat tapi mohon duit "claim".

Hakim juga menolak rayuan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara. Ini bermakna bermula malam ini, dia akan tidur di penjara bersama pegawai khasnya.

Difahamkan Ahli Parlimen BN itu melakukan aktiviti mencuri wang rakyat ketika bertugas sebagai Adun Sungai Tawar manakala pembantunya pula turut bersubahat.

Hakim mendapati wang yang diterima tidak digunakan untuk program-program seperti dalam tuntutan, sebaliknya untuk kegunaan sendiri.

ReJaM "Ini anak bilis je ni, bapak jerung tengah makan kacang sambil tengok TV kah kah kah"

Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: