Selasa, 9 Oktober 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Suaraummmm!!!

Posted: 08 Oct 2012 11:56 PM PDT

Konsert Bersih-Bersih Konsert

Posted: 08 Oct 2012 06:13 PM PDT


Ada juga suara ahli parti PR yang sinis menyindir bahawa konsert ini tak perlu.
Ada juga yang berpesan agar jangan lupa solat, jangan lalok, jangan tak tutup aurat, jangan buat sampah dan jangan bergaul bukan mahram.

Baik!
1. Jika Pakatan Rakyat bukan bermaksud "Pakatan Tiga Parti Politik" atau termasuk PSM sebaliknya PR merangkumi semua 'rakyat' seperti slogan "For All" maka mereka harus faham akan perbezaan cara dan kepelbagaian gaya. Rakyat bermaksud semua golongan tak kira ahli parti atau di luar parti yang lebih ramai termasuklah pelacur, mat gian, haji dan hajah, OKU dan lain-lain. Ahli parti ini yang masih gagal menghayati pemikiran pemimpin mereka (dan mungkin ada sesetengah pemimpin juga masih tak faham) harus tidak menolak habis-habisan kelainan ini dan memaksa golongan ini menyertai mereka.

2. Perjuangan suci ialah perjuangan mencelikkan rakyat bukan perjuangan mengajak orang masuk parti politik yang ada sesetengahnya tak hayati perlembagaan parti sendiri. Sepatutnya ahli parti khususnya anak muda dalam parti mengambil kesempatan ini untuk turun dan menyantuni golongan yang pergi konsert. Jika hanya turun ke pentas ceramah sahaja, anak-anak muda konsert tiada di sana. Jika anda berpendapat konsert itu hiburan melalaikan mereka juga menganggap ceramah itu hiburan melalaikan juga. Bagi mereka terlanguk dan ketawa dengar ceramah tak jauh bezanya dengan menari dan menyanyi di konsert. Isi atau mesej? Ilmu? Hahahah! Nak cerita bab dan tertib menuntut ilmu sila buka kitablah. Takkan tak reti-reti.

3. Mat Minah konsert dan aktivis seni juga turut berjuang menentang kebobrokan pemerintah dengan cara mereka dan itu hak mereka. Rock lahir kerana protes terhadap penindasan. Blues merintih dalam kesengsaraan perhambaan manusia. Raggae, Dang Dut adalah suara marhaen bergelandangan. Folk adalah keluhan rakyat. Semua ini ekspresi yang lahir dari penindasan. Dalam perang ada lagu yang dinyanyikan untuk membakar semangat.Perjuangan ini bukan milik sesiapa. Ada aktivis 'tak islamik' telah mengambil tugas ahli politik muda yang jarang turun ke sarang anak muda di tempat konsert, di litar rempit dan di lorong-lorong. Memang susah tapi ia harus dilakukan. Rasulullah ditindas dan berhijrah ke Madinah. Rombongan hijrah disambut penduduk Madinah dengan pukulan-pukulan rebana dan tabuh yang berirama melagukan Tala'al Badru Alaina sementara ada anak-anak gadis dan kaum wanita berlari-lari anak mendapatkan rombongan. Bayangkan kalau Rasulullah marah dan berkata "Hoi! Ni apa berlari-lari nih? Tak malu ke?"
Hahaha!

4. Buang sampah, lalok, ganas? AHHH! Harap dapat dikawal dan berdoalah. Atau jom turun bantu. Bantu juga budaya lalok kuasa dan ganas berebut kedudukan di dalam parti sendiri dan buanglah sampah yang merosakkan parti serta perjuangan sama.

5. Ada juga yang risau konsert ini akan dimanipulasi media regim yang mengaitkannya dengan Parti Pembangkang seperti insiden 'tunjuk punggung' Carburetor Dung pada konsert protes minyak beberapa tahun dulu, aksi tayang punggung pada gambar PM malam 31 Ogos lalu.
Ahhh! Sejak bila media regim lapor yang baik-baik? Tanpa tayang punggung pun akan dimanipulasi. Pergi umrah, naik jet, hadir di majlis pluralisme pun akan dimanipulasi.

Sebab itu , turunlah! Tengok sendiri dan sampaikan tugasmu. Jangan hanya baca dan dengar cerita Carburetor Dung tunjuk punggung yang diperbesar-besarkan seolah-olah memang tunjuk punggung walhal ada tak anda nampak punggung dia terdedah?
Kepada mereka yang ambil bahagian dalam konsert ini juga ambillah nasihat yang wajar, jika perjuangan menentang kebobrokan itu suci, maka jangan juga dikotorkan acara.

Reformasi yang meminggirkan seni dan kebudayaan akan tempang. Reformasi adalah perjuangan berbagai jalur dan setiap jalur akan mengepung pemerintah yang makin lama makin tersepit.

JOM!

Tiada ulasan: