Komentar Kini |
Tony Pua cuba selamatkan Mahahtir Posted: 21 Oct 2012 02:03 AM PDT Tajuk tulisan ini membuat iangatan penulis bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang presiden PAS yang juga cuba membersihkan nama buruk Mahathir Mohamad. Sedikit masa dahulu, Mahathir ketika mengkritik umno yang diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kedua dua pemimpin ini cuba sedayaupaya bersih nama busuk bekas perdana menteri dengan ucapan "Alhamdulillah" Mahathir sudah sedar dan insaf. Perkataan "Alahamdulillah" tidak boleh diucapkan sebarangan, kecuali pada suatu yang baik sahaja.Adalah suatu kesalahan (dosa) ucapan "Alhamdulillah" ditujukan pada perkara yang buruk buruk. Berdasarkan inilah penulis berani mengatakan dua orang tokok kepimpinan Gerakan Islam pernah cuba membersihkan nama buruk Tun Mahathir yang disebut Tony Pua, Mahathir sebagai sudah "nyayuk" di lobi parlimen baru baru ini. Penulis yakin gelaran nyayuk kepada Tun Mahathir suatu senjata yang besar dan berkesan untuk menyelamatkan bekas perdana yang sedang menjadi saksi Tun Ling Liong Sik yang dituduh menipu cabinet membabit hilangnya wang yang begitu banyak. Cuba anda bayangkan, saksi orang yang sudah nyayuk. Atau seorang saksi yang sudah nyayuk. Macam mana nak pakai cakap cakap saksi yang nyayuk. Dalam islam orang nyayuk bebas dan tidak boleh diambil kira akan segala yang dilakukan. Apatah lagi apa apa yang dicakapkan. Malahan mereka yang nyayuk tidak berdosa dengan gerak laku yang salah. Jika demikian sudah tentu segala hujah yang keluar dari mulut mereka tidak boleh dipakai dan mahkamah tidak akan jadikan dalil ketika buat keputusan. Setakat hari ini peguambela Tun Dr Ling Liong Sik sudah membuat permohonan untuk mengugurkan tuduhan terhadap bekas menteri pengangkutan yang dikatakan jujur oleh Tun Mahathir itu. Oleh sebab itu, pada penulis gelaran nyayuk yang jadi kemarahan kebanyakan para pemimpin umno dan disenangi Tun Mahathir sendiri sebagai usaha cuba selamatkan bekas perdana menteri yang banyak melakukan kemungkaran sepanjang menerajui Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan