Khamis, 11 Oktober 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Sedih dengan pandangan Tan Sri Profesor unggul Dr Kamal Hassan

Posted: 11 Oct 2012 06:09 AM PDT


Tan Sri Profesor Unggul Dr. Mohd Kamal Hassan sedih dengan Melayu yang berpecah belah kerana percaturan dan perbezaan politik.

Yang peliknya mengapa  apabila masuk usia 70 tahun baru merasai kesedihan. Pada hal Allah melarang keras  orang beriman berpecah. Sebaliknya  memerintah orang orang beriman bersatu padu. 

Apakah kita baru tahu  percaturan dan perbezaan politiklah yang membuat orang Melayu di Negara ini berpecah belah.sedangkan Islam melarang orang beriman berpecah. Apath lagi memutusakan silaturahim.

Jika dilihat secara sepintas lalu semacam munasabah perpechan orang Melayu berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik, kerana ada parti politik yang memisahkan agama dengan arti kata islam suku politik suku.

Sehubungan dengan itu, hari ini tidak kelihatan sebarang tanda orang melayu akan bersatu, miskipun sesetengah mengatakan orang Melayu akan bersatu semula suatu masa nanti jika keadaan terdesak.

Saya berani mengatakan orang melayu" dua beradik" yang pernah bersatu dalam BN (1970) dan berpisah ini mahu bersatu kembali kerana percaya bersatu itu kuat dan berpecah itu  lemah.

 Yang paling pelik kemahuan bersatu dua beradik ini bukan atas nama akidah, tetapi atas nama bangsa yang sah sampai kucing tumbuk tanduk pun tidak akan mencapai kejayaan.miskipin ada sesetnagh yakin mereka akan bersatu juga satu  masa nanti.

Jika dahulu mereka bersatu dek 13 Mei. Apakah perlu 13 Mei sekali lagi baru dua beradik ini bersatu semula.

Penulis sedih dengan pandangan Profesor unggul Dr Mohd Kamal Hassan, kerana mengatakan  perpecahan orang melayu di Negara ini berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik antara tiga  beradik.

Sewajarnya abang tua kena tanya diri sendiri, disamping adik yang mahu mendaulatkan Islam di Negara ini.
Sehubungan dengan itu, selama lamanya pembangkang (PAS) dituduh penyebab melayu di Negara ini berpecah belah.Seolah olah adiknya yang menjadi puncanya dan abang tidak bersalah sama sekali.

Buktinya, Tun Mahathir Mohamad sendiri baru baru ini mengulangi dan mengatakan pembangkanglah punca orang Melayu berpecah, sedangkan Pembangkang, PAS dan parti keadilan rakyat adalah serpihan umno.Pasal apa boleh jadi demikian. Pasti ada sebab musababnya.

Maka alangkah tidak benarnya pandangan Tan Sri Profesor unggul Negara Dr Mohd Kamal Hassan yang mengatakan percaturan dan perbezaan politik sebagai punca hakiki perpecahan orang melayu di Negara ini.

Penulis sekali lagi merasa sedih apabila Tan Sri Profesor unggul Negara berkata demikian, kerana punca mutlak perpecahan Melayu di Negara ini  tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada akidah yang juga disebut dalam karya wasiatnya.

Kalau mereka tidak rosak  akidah Islamiah sudah barang tentu tidak berlaku perpecahan. Mana mungkin orang Melayu yang beriman (mukmin)memilih untuk berpecah belah, sedangkan Allah melarang keras dan memerintah bersatu.

Sangat tidak lojik mereka bertindak seumpama  itu. Atau mana mungkin mereka melanggar perintah Allah dan Rasul SAW. Kecuali bagi mereka yang rosak akidahnya. Ikuti  sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir".(Kafir umat Islam).

Kajian yang dibuat 83 peratus orang melayu tak solat. Bermakna 17 peratus saja yang kekal akidahnya. 83 peratus sudah jadi kafir yang masih mengaku Islam.Yang sedihnya apa pendakwah yang mengatakan masa bujang, solat boleh lebih kurang.bermakna tak apa tak solat pun.

kita juga tidak lupa bahawa umat Islam terbahagi pada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang diterima pakai. Mereka  yang mengikut ajaran Rasulullah SAW.

Lebih lebih lagi Allah telah menyatakan, hendak kamu berpegang teguh dengan tali Allah (akidah). Bermakna Jika tidak berpegang teguh dengan tali Allah, pasti kacau bilau dibuatnya.

Kita lihat " Kalau kamu orang orang yang beriman".maksud firman Allah ini harus dijadikan nas dan dalil dalil dan tidak harus dolah dalih lagi jika mahu jadi kuat dan teguh.

Sejak dulu dan kini orang melayu ada yang jadi kafir dan sikit saja yang kekal beriman. Jadi bagaimana mereka yang kafir boleh dan mahu bersatu dengan orang orang yang beriman yang sudah tentu akan menjadi penghalang kepada kegiatan mungkar para pemimpin yang rosak akidah.


Tiada ulasan: