Jumaat, 5 Oktober 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Ezam Mohd Nor kata umno lemah

Posted: 05 Oct 2012 06:19 AM PDT


Betul ke umno lemah, sedangkan Datuk Seri Mohd Najib Razak presidennya sendiri mengatakan umno sudah kuat dengan semangat baru.

Dahulu semasa Datuk Seri  (Tun)Abdullah Ahmad Badawi jadi presidennya umno dikatakan sangat lemah dan didesak letak jawatan.

Kalau sekiranya umno yang diterajui Najib lemah, maka amat wajar didesak untuk meletakkan jawatan dan diganti dengan Tan Sri Mahyuddin Yasin pula.

Senator Ezam yang dikatakan akan dilantik sebagai menteri besar Selangor selepas PRU 13 nanti berkata umno lemah.

Gelaran "lemah" diberi kepada umno yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak tidaklah sejahat Tun Mahahtir Mohamad mengatakan umno "buruk" dan "busuk" ketika  diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tujuan Ezam mengatakan umno lemah selepas Najib membentangkan Bajet beli undi  2013 seakan ada kebenarannya.

Sesetengah mengatakan gelaran itu dibuat untuk memperkasakan umno/BN sebagai persediaan menghadap PRU 13 yang dikatakan paling sengit berbanding PRU sebelum ini.

Pada hemat penulis, Barangkali Ezam yakin dan percaya umno/ BN akan tumbang dalam Pru13 nanti miskipun banyak bantuan untuk mensenjahterakan.

Atas sebab itulah dia mengelarkan umno lemah miskipun Bajet 2013, bajet beli undi yang dinafikan Najib sekeras kerasnya ketika  jelajah janji ditepati ke negeri Sembilan tempoh hari.

Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah",

Tiada ulasan: