Kelab Greenboc |
- Prosedur Kompaun AES Kelirukan Rakyat
- [ZALIM] Kerajaan Umno Roboh Rumah Rakyat Di Kuala Besut
- Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah!
- Ayu Raudhah Diuji Supaya Tanggalkan Tudung
- [WASPADA] Ada Gambar Khinzir Pada Tasbih
- PR Anjur Siri Jelajah Selangor "Benamkan Umno"
- [DEDAH] Menteri, Dua Ketua Pemuda BN Dikait Dengan Gangsterisme
Prosedur Kompaun AES Kelirukan Rakyat Posted: 06 Oct 2012 01:01 AM PDT Kerajaan Pusat diminta memperkenalkan satu mekanisme baru berkenaan notis kompaun pesalah trafik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini supaya tidak membebankan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, prosedur yang jelas mengenainya perlu ada agar tidak timbul kekeliruan di kalangan orang ramai. "Bila rakaman imej itu diperolehi, kerajaan kata akan terus keluarkan notis saman sedangkan notis itu sebenarnya adalah notis bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta kepastian samaada betul atau tidak betul imej yang dirakam itu adalah pesalah yang sebenar. "Maka kerajaan tidak boleh terus mengatakan bahawa individu itu mesti ditawarkan kompaun. Tidak boleh begitu, ia mestilah selepas ada pengesahan bahawa seseorang itu mengaku itu imejnya barulah individu terlibat boleh ditawarkan untuk bayaran kompaun atau didakwa di mahkamah," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri bahawa AES sudah merakamkan 63,558 imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di 14 lokasi panas dari 23 September hingga 30 September lalu. Abd Rahim juga menjelaskan semua imej tersebut sedang dalam proses semakan dan pengesahan JPJ sebelum saman dikeluarkan. Mahfuz berkata, persoalan mengenai pelaksanaan AES itu sudah dibangkitkan banyak kali terhadap kerajaan di Parlimen namun sehingga kini ia belum diperjelaskan. Katanya, pengguna kebiasaan menghadapi masalah ketika waktu puncak di mana anggota polis mengawal lalu lintas serta persimpangan lampu merah. "AES yang dipasang di simpang lampu merah, bagaimana pada waktu puncak dan ada empat simpang serta polis akan datang untuk mengawal laluan. Lampu tidak digunakan dan pengguna jalan raya perlu mengikut arahan polis. "Pada waktu itu ada lampu yang berwarna merah, kalau kita langgar lampu merah bermakna kita melakukan kesalahan. Kalau polis suruh jalan waktu lampu warna merah dan kita tidak ikut arahan polis, kita juga dianggap salah. Ini satu penganiayaan kepada pengguna," katanya. Beliau seterusnya berkata, kerajaan juga diminta menjelaskan berhubung status AES tersebut dan pihak mana yang mengelola atau mengawalnya. Tambahnya, kerajaan menetapkan Kementerian Pengangkutan dan JPJ adalah sebagai pemilik maka ia melibatkan penggunaan wang ringgit sedangkan sebelum ini kerajaan mengatakan tidak mengeluarkan satu sen pun sebaliknya ia dilakukan secara penswastaan kepada dua syarikat. "Sehingga hari ini kita masih belum mendapat kepastian tentang dua syarikat tersebut maka kerajaan harus beritahu secara jelas apa kedudukan sebenarnya mengenainya. Jika ia dibangunkan oleh dua syarikat in maka sudah tentu ada satu perjanjian antara kerajaan dengan mereka," katanya. |
[ZALIM] Kerajaan Umno Roboh Rumah Rakyat Di Kuala Besut Posted: 05 Oct 2012 10:41 PM PDT Besut - PAS menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu merobohkan rumah-rumah rakyat ketika penghuninya tiada di rumah sebagai tindakan zalim yang mengambil kesempatan atas kesusahan hidup rakyat. Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kerajaan tahu, pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah yang mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit. Walau pun begitu, beliau berkata, kerajaan terus menekan dan memburu rakyat miskin, sehinggalah rumah mereka di robohkan. "mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah "rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegasnya. Beliau berkata, antara rumah yang terlibat adalah rumah penerima bantuan yang juga seorang ibu tunggal. Katanya, beliau dimaklumkan, pihak berkuasa merancang pelan untuk merobohkan kesemua rumah yang dibina diatas tanah tersebut yang berjumlah sebanyak 84 lot. "penjelasan dari satu pegawai (terbabit) ada pelan A, pelan B dan pelan C (untuk merobohkan semua rumah) dalam lot tanah sekitar 84 buah, "opereasi (roboh) dibuah dalam (keatas) rumah yang sedang dibina dan ada yang telah siap......dan ada yang telah duduk barang-barang penuh dalam rumah (diroboh) berselerak, "ada satu (sebuah rumah milik) ibu tunggal yang dapat peruntukan (bantuan) peringkat awal dulu di buat rumah sikit-sikit (akhirnya) (di)roboh semua"jelasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Jabi, dekat sini pada Jumaat, 5 Oktober. Oleh itu, Wan Azhar mendakwa, tindakan tersebut adalah cubaan untuk menghapuskan semua bahan bukti kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PAS. Menurutnya, dengan merobohkan rumah-rumah itu, Umno-BN harap rakyat akan lupa kepada jasa-jasa kerajaan PAS Sehubungan itu, beliau menyeru setiap rakyat supaya merekodkan setiap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dan membuat perbandingan diantara zaman pemerintahan kerajaan Umno-BN dengan kerajaan PAS. Kata beliau, pihaknya akan memikirkan samada satu tindakan tuntutan melalui mahkamah adalah diperlukan, kerana katanya, dalam perkembangan mutakhir tindakan-tindakan Umno-BN adalah berdasarkan perkiraan politik. "kita akan ambil sikap tengok dan lihat dulu sebab perkembangan diperingkat akhir ini, dia ( tindakan Umno-BN) tidak akan lari dari tindakan politik "pendekatan mahkamah kita akan terus tengok pada masa yang sama kita akan 'mobilise' (menggerakkan) rakyat untuk (kerana) ia adalah lebih cepat untuk proses keadilan apabila kerajaan bertukar,"katanya. Beliau berjanji sekiranya PAS dapat megambil alih kuasa di peringkat negeri Terengganu, rumah-rumah yang dirobohkan di Rancangan Tanah Berkelompok Kuala Besut itu, akan dibangunkan semula dalam tempoh seratus hari. -buletinonline |
Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah! Posted: 05 Oct 2012 07:32 PM PDT DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah KUALA LUMPUR, 5 Okt — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kes-kes rasuah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk membanteras rasuah. Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa. Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. "Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?," kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media. Menurut Guan Eng lagi, penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti kukuh kegagalan kerajaan BN untuk membanteras rasuah. Turut disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah melibatkan perkahwinan "Malaysian Book Of Record" anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hingga menyebabkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan hari ini. "Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut," tambah Guan Eng. Malahan pemimpin DAP tersebut juga mempersoalkan sikap Najib yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. "Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia. " Tegas Guan Eng lagi, Najib sebagai seorang pemimpin negara perlu segera mengambil langkah yang tegas tanpa memilih bulu serta komited dalam usaha membanteras rasuah dan bukannya sekadar bercakap kosong tetapi tidak melakukan sesuatu. "Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka, gugurkan pemimpin BN yang hidup mewah dan menginstitusikan tender terbuka," ujar Guan Eng lagi. -TMI Kabinet bayangan kata orang kabinet bayangan kata Najib |
Ayu Raudhah Diuji Supaya Tanggalkan Tudung Posted: 05 Oct 2012 04:31 PM PDT Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing. Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah. "Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut. "Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya. Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga. Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya. "Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa. "Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya. "Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah 'bad hair day' seperti yang dilalui sebelum bertudung," selorohnya. – Informasi |
[WASPADA] Ada Gambar Khinzir Pada Tasbih Posted: 05 Oct 2012 08:32 AM PDT Permatang Pauh : Seorang penduduk Taman Pauh Indah di sini terkilan apabila tasbih yang dibelinya didapati terdapat gambar binatang. Ramli Awang, 50, berkata, dia terkejut apabila isterinya memaklumkan bahawa gambar yang terdapat pada tasbih itu kelihatan seperti khinzir. Menurutnya, tasbih itu dibeli di sebuah gerai yang dibuka pada hari minggu berhampiran dengan kediamannya. "Saya tertarik dengan tasbih yang diperbuat daripada kayu ini kerana terdapat kalimah ALLAH pada hujungnya. Sewaktu hendak membelek-belek untuk melihat dengan lebih dekat lagi, peniaga di situ terus meletakkan tanda harga pada belakang kalimah Allah. "Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju membeli tasbih ini kerana peniaganya menawarkan harga RM8 berbanding harga asal RM11. "Saya sendiri tidak perasan ada sesuatu pada tasbih itu sehinggalah pada hari Selasa lalu," katanya yang ditemui Sinar Harian. Ramli bagaimanapun tidak mahu menyalahkan peniaga itu yang berkemungkinan turut tidak sedar barang jualannya mengandungi gambar seperti itu. "Saya tidak mahu tuduh peniaga kerana mungkin dia tidak sedar. "Bagi saya, isu ini merupakan perkara yang sensitif kerana membabitkan agama. Tambahan pula, tasbih digunakan untuk berzikir dan di tasbih ini juga mengandungi kalimah Allah," katanya. Tambah Ramli, dia juga tidak mahu ada umat Islam lain yang turut tertipu dengan membeli tasbih seperti itu –SH |
PR Anjur Siri Jelajah Selangor "Benamkan Umno" Posted: 05 Oct 2012 06:57 AM PDT Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan. Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor. Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat. "Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini. "Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi. Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation. Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee. Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat. "Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP. "(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar," kata Adun Hulu Kelang itu. -KD |
[DEDAH] Menteri, Dua Ketua Pemuda BN Dikait Dengan Gangsterisme Posted: 05 Oct 2012 05:07 AM PDT Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India. Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh 'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan. Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36. Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36. Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul. Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan. "Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti. "Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat," katanya ketika ditemui di luar balai polis. Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam. -selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan