Kelab Greenboc |
- [GILA] Kos Tangki Air Plastik 1Malasyia RM2500 Seunit
- Azan Dikumandangkan Apabila Masuk Waktunya Oleh Ahli Parlimen Mesir
- Buruk Sangat Azalina Mengamuk, Fitnah Peserta Perhimpunan Dibayar RM30 Seorang
- Artis Bertudung Perdalami Ilmu Islam Melalui Usrah Fitrah
- Muhyiddin Terlupa Najib Pernah Minta Maaf Dengan Rakyat Selangor
- PKNS Ambil Tindakan Terhadap NGO Hasut Penduduk
- [WASPADA] Taktik Syaitan Dikenali Untuk Mengkhayalkan Mangsa
[GILA] Kos Tangki Air Plastik 1Malasyia RM2500 Seunit Posted: 05 Oct 2012 12:31 AM PDT Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut. Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima. "Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu," Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik. "Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?" soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini. Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang. "Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air," ujar Dr.Hiew. Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur. "Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar." jelasnya lagi. "Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin." – Roketkini |
Azan Dikumandangkan Apabila Masuk Waktunya Oleh Ahli Parlimen Mesir Posted: 04 Oct 2012 11:15 PM PDT Ketika perbahasan di parlimen Mesir, azan dilaungkan oleh salah seorang ahli parlimen apabila masuk waktu asar & maghrib. Patut juga dicontohi parlimen Malaysia sebagai amalan perlembagaan Malaysia yang menobatkan Islam sebagai agama rasmi. Tidak kira dimana-mana jua, tiada alasan untuk kita tidak melaksanakan... Ambil Iktibar |
Buruk Sangat Azalina Mengamuk, Fitnah Peserta Perhimpunan Dibayar RM30 Seorang Posted: 04 Oct 2012 07:53 PM PDT Pengerang: Peserta datang dengan rela hati Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar. Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30. Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan. Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang. "Itu tidak betul. Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui. Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa. Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu. "Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang. Kami bersedia bila-bila masa," katanya. Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut. Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur. "Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir. Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar. Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas. "Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali. Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah. -HD
|
Artis Bertudung Perdalami Ilmu Islam Melalui Usrah Fitrah Posted: 04 Oct 2012 05:01 PM PDT Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab. Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama. Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama. Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah. "Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru. "Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain," katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini. Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot. Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus. Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam. Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka. "Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain," katanya. -mynewshub |
Muhyiddin Terlupa Najib Pernah Minta Maaf Dengan Rakyat Selangor Posted: 04 Oct 2012 08:31 AM PDT Muhyiddin: 'Di Selangor, lebih banyak politik dari bekerja' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor. Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok. "Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed. Muhyiddin berkata, sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN. Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran. Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.- Bernama. Ulasan GB Muhyiddin terlupa pada suatu masa yang belum berapa lama, PM sendiri, Najib Tun Razak telah memohon maaf kerpada rakyat Selangor kerana kerajaan BN yang lalu telah banyak melakukan kesilapan. Kesilapan-kesilapan UMNO BN di Selangor tidak mudah untuk dilupakan malah sehingga sekarang pun UMNO BN terus mahu menipu dan mengkhianati rakyat Selangor dengan melakukan hal-hal yang tidak demokratik serta membelakangkan semangat federalisma. Politiking berlebihan di Selangor adalah kerana UMNO BNlah yang mencetuskannya apabila beberapa isu yang besar dipolitikkan sedemikian rupa untuk cuba menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seperti isu-isu air, Langat 2, Talam dan sebagainya. Rakyat Selangor tidak semudah itu untuk diperbodohkan dan tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali. |
PKNS Ambil Tindakan Terhadap NGO Hasut Penduduk Posted: 04 Oct 2012 06:01 AM PDT Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti terbabit dalam demostrasi di hadapan Ibu Pejabatnya baru-baru ini. Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, NGO terbabit dilihat memperdayakan penduduk dengan menghasut supaya penduduk membuat tuntutan yang tidak berasas. Pihaknya percaya penduduk terbabit dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu dan menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka. "Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berpengalaman 48 tahun dalam pembangunan hartanah, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap syarikat itu. "Kami tidak menyalahkan penduduk berkenaan. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka. "Namun, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan media. Norita menegaskan bahawa PKNS tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corporation seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Selain itu, PKNS turut mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada NGO terbabit. "Kami melihat adanya borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS untuk melangsaikan hutang rumah mereka. NGO itu juga dipercayai mengutip RM10 bagi setiap borang. "Kami tidak mahu maklumat itu akan disalahguna. Jika ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan," katanya. Baru-baru ini, seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta. |
[WASPADA] Taktik Syaitan Dikenali Untuk Mengkhayalkan Mangsa Posted: 04 Oct 2012 04:01 AM PDT Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah. Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Ulasan GB Begitulah Bajet 2013. Disuntikkan ke dalamnya beberap hal yang mengkhayalkan rakyat dengan pelbagai "pemberian" seperti rebat untuk smartphone, bayaran one-off dan lain-lain. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan