Kelab Greenboc |
- 18 Kain Rentang Jelajah Merdeka Rakyat Dirosakkan!
- [BERGAMBAR] Sultan Kelantan Sendiri Sembelih "Lembu-lembu" Sempena Aidil-Adha
- AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat - Sakmongkol
- [BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih
- Peniaga Serah Memo, Kecewa Dengan Projek Naik Taraf Pantai
- Ayoyo Samy Vellu, Sendiri Lulus Sendiri Demo Bantahkah?
18 Kain Rentang Jelajah Merdeka Rakyat Dirosakkan! Posted: 28 Oct 2012 01:01 AM PDT Siri Jelajah Merdeka Rakyat hari ini diteruskan di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor biarpun terdapat cubaan mengganggu program tersebut sejak malam tadi terutamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang tiba dari Pulau Pinang malam tadi tiba di Pekan Sungai Besi, kira-kira 15 kilometer dari pusat bandaraya dan disambut ahli parlimennya yang juga Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Ampang yang juga timbalan pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin. Menurut laman sosial Twitter KEADILAN, sebanyak 18 buah kain rentang sekitar Bandar Tun Razak dirosakkan dipercayai dilakukan samseng Umno yang diupah khas bagi mengganggu kelancaran program yang bermula dari jam 9 pagi tadi. Dianggarkan seramai lebih seribu masyarakat setempat dari Bandar Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama turut hadir bagi menyambut ketibaan Anwar dan rombongannya dengan bas khas dua tingkat yang disewa khas Khalid. Anwar dalam ucapannya menyifatkan sambutan di Bandar Tun Razak sebagai sesuatipu yang positif di samping menekankan pentingnya tidak melakukan tindak balas provokasi yang dilakukan Umno sejak berita mengenai van skuad sayang milik wanita parti itu kononnya disabotaj semalam. Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pernah melakukan lawatan ke sini pada Julai lalu pun tidak mendapat sambutan semeriah ini menurut penduduk yang ditemui di majlis Anwar sebentar tadi. -jalanpulang |
[BERGAMBAR] Sultan Kelantan Sendiri Sembelih "Lembu-lembu" Sempena Aidil-Adha Posted: 27 Oct 2012 11:15 PM PDT Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini. Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan. Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Acara tahunan kali ini menyaksikan sebanyak 49 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha. Daripada jumlah tersebut, dua ekor disumbangkan oleh Sultan Kelantan dan seekor lagi oleh Tengku Mahkota. Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin melalui masjid-masjid di Kota Bharu dan Masjid Muhammadi. "Dianggarkan 4,000 bungkus daging akan diagihkan bermula tengah hari ini," katanya kepada pemberita. Pada majlis tersebut Sultan Kelantan turut mencemar duli menyempurnakan sendiri majlis tersebut termasuk menyembelih sendiri dua lembu korban disumbangkan baginda. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -SH |
AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat - Sakmongkol Posted: 27 Oct 2012 08:15 PM PDT UMNO memimpin sebuah kerajaan yang angkuh dan sombong. Menteri kewangan nya sombong; dia engkar hadir di parlimen berdepan dengan penghujjahan ketua pembangkang. Ertinya, dia telah engkar memuliakan institusi parlimen dan memuliakan amanah yang rakyat Pekan beri pada nya. Demikian juga MP BN yang lain yang kencing berlari mengikut guru mereka kencing berdiri. Dia bongkak bila mengistiharkan bajet Pakatan tidak senilai dengan kertas dimana bajet tersebut dicitak. Adakah PM dan Menteri kewangan kita buta bila Lapuran Odit Negara menyatakan bahawa pentadbiran kewangan negeri2 dibawah Pakatan lebih baik dari negeri yang ditadbir UMNO/BN? fakta nya ialah- bila Pakatan Rakyat buat janji, mereka ada track record untuk menyokong janji mereka. UMNO/BN hanya dapat mengemukakan rekod yang buruk. Memang itulah perangai parti syaitan yang kita kenal. 2 sifat syaitan ialah engkar dan bongkak. Parti inilah sekarang menjalankan jenayah ekonomi merompak rakyat. Apa yang berlaku pada Felda sebagai contoh, adalah suatu rencana dan pakatan jahat Najib merompak rakyat. Kalau tidak masakan dia meletakkan seorang perasuah sebagai pengerusi Felda dan menukar pegawai2 yang ada conscience dengan pegawai yang korap. Itu bermakna, angkara durjana yang di perlakukan keatas Felda adalah suatu yang premeditated- kalau dalam istilah undang2 criminal, mereka ada mens rea. Bencana AES Satu lagi rencana merompak ialah kerajaan meluluskan tender memasang dan mengutip denda keatas pemanduan laju menggunakan kamera AES. Ini kerja dan projek perompak yang malas untuk membalun rakyat. Selama ini, kerta laju di denda oleh polis. Pendapatan lansung kedalam kocek kerajaan. Jika system yang ada memuaskan, mengapa perlu disubkontrakkan kepada pihak ke3 dan kerajaan berkongsi pula hasil kutipan? Kenapa beri kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle Sdn Bhd? Dua syarikat menggunakan dua system yang berlainan. Beta Tegap menggunakan system Australia dan Commercial Circle dengan system Germany. Menyeragamkan system ini macam mana? Adakah ia akan menambahkan kos kepada kerajaan? Bukankan pihak Polis mempunyai 3000 lebih kamera diserata tempat? Apa jadi kepada kamera tersebut? Boleh tak polis jual secondhand untuk kita pasang di rumah2 supaya kita rasa lebih selamat. Keadaan keselamatan dalam negeri kita sekarang tidak terjamin. Berjuta warga asing yang ada rekod jinayah dan membawa penyakit yang sudah lama dibasmikan dinegara ini. sekarang ini jaga lah kesihatan keluarga kita sebab penyakit TB datang semula dibawa oleh warga asing. Kamera AES merupakan satu lagi projek BN merompak dan menindas rakyat dan membocorkan pendapatan negara. Ianya keadah orang malas berfikir bagaimana mahu mengurangkan kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya diselesaikan bukan dengan menghukum pemandu dengan kos yang tinggi tapi melalui cara mendidik rakyat etika memandu. Selama ini pun kamera Polis yang sedia ada mengenakan denda RM 300 atau lebih- adakah system yang ada mengurangkan kemalangan? Kemalangan jalanraya mungkin disebabkan terlalu banyak kereta. Atau jalan tidak baik. Bolehkah bayaran denda yang banyak mengurangkan kemalangan? Jika demikian, baik naikkan harga kereta supaya tidak ramai yang boleh memiliki kereta. Menteri Pengangkutan yang bingung mengatakan bahawa sistem AES ini sebetulnya dikehendaki oleh majority yang senyap atau silent majority. Kalau mereka senyap, macam mana menteri ini tahu apa yang mereka mahu? Yang mereka mahu ialah kerajaan berhenti dari merompak rakyat. Kos projek ini ialah RM700juta. Kerajaan tak perlu belanja apa apa. Hanya kongsi untung denda. Bagaimana harga RM 700juta ini di perolehi? Kerajaan cuai kalau tidak mengodit angka ini. Kerajaan hanya kongsi hasil denda bila RM700juta sudah di recover. Ertinya, setelah 2 syarikat ini recover RM 700juta , baru berkongsi pendapatan. Soalan nya- boleh tak kita percaya kos nya RM700juta? 2 syarikat yang mendapat projek ini tidak mempunyai kemampuan mengadakan RM700juta. Adakah ini angka silap mata yang dikeluarkan entah dari mana dan pegawai kerajan yang sama bingung nya dengan menteri menerima bulat2 harga RM700juta? Rakyat sudah masak dengan penipuan harga atau harga projek yang diUMNOkan. Rakyat masih ingat bagaimana kos membina PLUS yang RM3billion menjadi M6 billion. Dan setelah RM20 billion dikutip menerusi kutipan tol dan compenstation, pengendali TOL masih diberi lesen melanun rakyat? RM700 juta amat mudah di ujudkan. Lantik orang tengah ala Perimekar Sdn Bhd suruh mereka lantik alih bahasa dari Mongolia - suruh alihbahasa ini deal dengan pembekal- dalam tempoh ulang alik ke Australia dan Germany, wakil dari syarikat orang tengah boleh memantat dengan pengalih bahasa. Siap kerja, muncul depan menteri dan beritahu- boss kos nya RM 700 juta. Fringe benefits pun ada kalu bos mahu! Kemudian boleh letupkan dengan C4. Cara kerajaan UMNO/BN memberi kontrak kepada 2 syarikat ini penuh dengan misteri. Mengapakah perlu nya butiran kontak, terma2 dan syarat2 tender ini di lindung dibawah Akta Rahsia Kerajaan( OSA)? Perkara yang menyentuh kepentingan rakyat kerana rakyat yang kena bayar, dirahsiakan dari pengetahuan mereka? Rakyat berhak mengetahui bagaimana kontrak yang akan mendenda mereka danmenyusahkan meraka disetujui oleh kerajaan? Adakah laungan Najib mengenai ketelusan dan pertanggunjawaban hanya omongan kosong? Nampak nya begitulah. Najib memang suka bong! Kerajaan yang membengkrapkan negara ini sepatutnya mempertahankan sumber pendapatan bukan mengkontrakkan nya. Kita diberitahu bahawa system penguatkuasaan otomatik boleh memberi pulangan sebanyak RM50billion setahun. Jika demikian mengapa mahu kontrakkan? Bukankah lebih baik menambahbaikkan system polis yang ada dengan 3000 lebih kamera nya? RM 50 billion wok, boleh menyebabkan cukai jalan dimansuhkan dan menutup semua syarikat kutipan tol dinegara kita ini. Ini satu lagi projek BN untuk melanun dan merompak rakyat! |
[BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih Posted: 27 Oct 2012 05:19 PM PDT Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas. Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan. Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata. Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan: Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. |
Peniaga Serah Memo, Kecewa Dengan Projek Naik Taraf Pantai Posted: 27 Oct 2012 07:05 AM PDT Seremban – Lebih 100 peniaga kecil termasuk pengusaha bot di pantai Teluk Kemang kecewa terhadap projek naik taraf pantai di pantai Teluk Kemang Batu 8, Port Dickson. Harian difahamkan, projek tersebut yang kini dihentikan sementara memberi kesan kepada peniaga terbabit. Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang, Shaharudin Abd Talib ketika ditemui berkata, mereka gembira sejak dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa pantai tersebut akan dinaik taraf dan dijadikan pusat utama pelancongan antarabangsa. Namun katanya, mereka tidak menyangka projek tersebut memberi kesan kepada laut dan juga pendapatan diperoleh berikutan kerja yang dilaksanakan itu memberi gambaran kurang menyenangkan. "Indah khabar daripada rupa, lain yang diberitahu lain pula yang jadi. Kami tidak menjangkakan projek ini memberi kesan buruk kepada semua penjaja kecil mahupun pengusaha bot di sini. "Lebih memburukkan keadaan, pantai yang dikorek menjadi semakin dalam dan kita bimbang ia akan memberi impak kepada pengunjung, seperti yang berlaku di pantai Batu 4 yang kerap terjadi kes lemas kerana pantai yang semakin dalam," katanya kepada Sinar Harian. Justeru katanya, pihaknya membantah projek berkenaan kerana tidak mahu keaslian pantai tercemar. "Biarlah pantai Teluk Kemang ini tidak 'disentuh' bagi membolehkan keaslian dan kecantikan pantainya kekal seperti sebelumnya," katanya. Serah memorandum bantahan Pendapat sama turut dipersetujui peniaga, Mariah Bachik, 67, yang membantah projek tersebut sejak awal lagi. Menurutnya, sejak awal perbincangan bersama PBT lagi, mereka tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri yang cuba mengubah keadaan pantai berkenaan. "Bagi saya, daripada mereka mengubah keaslian pantai ini, lebih baik mereka (PBT) mengubah struktur bangunan gerai niaga kami yang kini uzur dan perlukan perubahan. "Jangan buang masa buat perkara yang tidak berfaedah semata-mata mahu melebarkan pantai kerana kesannya, peniaga di sini yang gigit jari," katanya. Sehubungan itu, satu memorandum bantahan telah diserahkan kepada wakil Menteri Besar, Zulkifli Awang di Wisma Negeri semalam, bagi mendesak supaya Kerajaan Negeri menghentikan projek tersebut, sekali gus membantu peniaga kecil terbabit. Tiada isu kemusnahan laut Dalam pada itu, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak supaya isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia membabitkan banyak pihak. Katanya, bukan setakat alam sekitar tercemar tetapi hak peniaga juga terjejas akibat daripada projek yang dilaksanakan itu. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak pernah timbul isu kemusnahan laut berlaku kerana setiap projek yang dijalankan mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Alam Sekitar mahupun pihak berkaitan. Katanya, keadaan di kawasan berkenaan nampak terganggu berikutan projek dihentikan sementara kerana masalah kekurangan pasir. "Apabila semuanya telah selesai dan berjalan semula, maka keadaan pantai akan menjadi lebih cantik. "Kita hanya mahu memberi wajah baru kepada pantai yang sedia ada dan mengindahkan lagi pantai Teluk Kemang, tidak pula timbul isu peniaga teraniaya, kemusnahan pantai atau sebagainya," katanya. |
Ayoyo Samy Vellu, Sendiri Lulus Sendiri Demo Bantahkah? Posted: 27 Oct 2012 05:00 AM PDT Demonstrasi yang diketua bekas Presiden MIC, Samy Vellu yang berlakon sandiwara kononnya membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor berhampiran dengan patung Lord Muruga, semalam, diberitakan tak sampai 300 saja yang turun berikan sokongan!!!!! Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut. Sepatutnya jika diukur dari kata-kata besar berdegar-degar para pemimpin MIC, paling koman, sengkek dan kokak pun 30,000 kaum India/Hindu yang wajib hadir kerana MIC telah mainkan isu agama Hindu tergugat demi meraih simpati dan sokongan. Namun hambar!!!!! Mengapa boleh jadi sebegini rupa? Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut. Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya. Samy Vellu dalam ucapannya yang berapi-rapi membidas pedas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu. Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kononnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan. Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat. Tan Sri Khalid Ibrahim pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama. Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu. Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang. SENDIRI LULUS SENDIRI BANTAH DAN TUDUH KERAJAAN PR YANG LULUS!!!!! CUBA NAK HERET ISU AGAMA DENGAN PATUNG LORD MURUGA DAN BATU CAVES TEMPAT PERAYAAN THAIPUSAM DIJADIKAN BAHAN NAMUN WARGA INDIA/HINDU TIDAK TERMAKAN. INI PETANDA JELAS YANG MENGATAKAN UNDI KAUM INDIA SUDAH BERPINDAH KE BARISAN NASIONAL HANYALAH OMONG-OMONG KOSONG!!!! MESEJNYA, DATANG PRU 13 NANTI UNDI KAUM INDIA AKAN BERADA DITANGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!! -omakkau |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan