Kelab Greenboc |
- Polis Berpangkat Pen. Pesuruhjaya Jalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Konstabel
- Anwar: Mana Maruah Najib Bila Soi Lek Serang Islam?
- [VIDEO] Isu MCA Hina Nik Aziz, UMNO Membisu, DAP Bela "Tok Guru"
- Blogger Seks Akui Cukup Minat Dengan Chua Soi Lek
- [VIDEO] Zulfahmi Lari Dari Podium, Mengapa?
- Hati Mana Tak terharu, Masih Ada Yang Tinggal Dirumah Semacam Ini...
Polis Berpangkat Pen. Pesuruhjaya Jalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Konstabel Posted: 23 Oct 2012 01:31 AM PDT Johor Bahru: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggotanya telah ditukar dari ibu pejabat polis kontinjen Johor. Menurut sumber, pegawai yang mempunyai pangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditukarkan sementara menanti tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya dari Bukit Aman, lapor mStar Online. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Ismail Yatim, mengesahkan kes berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan. Sebelum ini, akhbar The Star pada 16 Oktober lalu, melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel membuat laporan polis di Melaka terhadap pegawai atasannya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut apabila beliau telah mengekori isterinya pada 13 Oktober lalu di sebuah resort di Ayer Keroh dan mangsa mengaku menemui pegawai polis tersebut. Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan beliau tidur dengan lelaki berkenaan. Konstabel itu kemudiannya membuat laporan polis di Johor BahRu beberapa bulan lalu terhadap pegawai polis yang sama atas alasan serupa. |
Anwar: Mana Maruah Najib Bila Soi Lek Serang Islam? Posted: 23 Oct 2012 12:38 AM PDT Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam. Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum. "Kemudian bila berucap tak tegur pun. "Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam. Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain. "Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek. "Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis. Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008. Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam. Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan. Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu. Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya. "YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya. Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud. "DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam. "Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya. -mk
|
[VIDEO] Isu MCA Hina Nik Aziz, UMNO Membisu, DAP Bela "Tok Guru" Posted: 22 Oct 2012 09:50 PM PDT Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz DAP hari ini (semalam) berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam. Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap". "Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja. Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan. Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. "Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan. Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar. Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam. Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons. Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu. Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam. |
Blogger Seks Akui Cukup Minat Dengan Chua Soi Lek Posted: 22 Oct 2012 07:53 PM PDT Selepas menyerang PAS dan memperlekeh Islam, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini boleh berbangga dengan aksi ranjangnya apabila menjadi idola penulis blog seks dan partinya kini juga mendapat sokongan daripada Perkasa. Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual. "Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi," kata Tan dalam laman Facebooknya. Tan dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan memuatnaiknya ke dalam blog mereka. Komen Tan terhadap Chua, yang terkenal dengan video skandal seksnya dengan seorang wanita di bilik hotel yang tersebar kepada umum, seperti satu penampar teruk kepada MCA yang mengambil peluang di perhimpunan agong mereka untuk menghentam habis-habisan pemimpin PAS. Selain itu, walaupun menghina hudud dan Islam bertubi-tubi, MCA hari mendapat sokongan daripada Perkasa. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertegas, "MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP" dan berkata penghinaan MCA terhadap hudud adalah "terpaksa". "Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu. Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh," kata Ibrahim yang dipetik laman FMT. Skandal seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010 apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya. Hujung minggu lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam. "Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah. "Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua. "Saya boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk menontonnya," kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi ucapan Nik Aziz. Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa sumber dalaman Umno berkata Umno kini resah bahawa undi Melayu akan beralih kepada PAS selepas parti syaitan yang dikenali membiarkan orang seperti Chua menyerang ulama seperti Nik Aziz dengan biadap sekali. "Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily. -HD Penulis blog seks berkata beliau peminat Soi Lek, secara seksual. |
[VIDEO] Zulfahmi Lari Dari Podium, Mengapa? Posted: 22 Oct 2012 05:12 PM PDT Syabas terlebih dahulu dari penulis kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam siri perlumbaan Grand Prix di litar lumba Sepang semalam . Ini adalah satu kejayaan yang amat menbanggakan buat negara Malaysia. Tetapi yang paling membanggakan kita ialah sikap beliau yang sanggup terjun podium kerana tak mau bersengkongkol dengan air Setan [arak]. [Lihat Video di bawah] ....bagaimana Zulfahmi lari meninggalkan podium setelah Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM mahu meraikan kemenangan dengan menyembur air arak terhadap satu sama lain. Tanpa membuang masa beliau terus lari dari situ. Taniah kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana menjaga adap dan batas agama Bersukan merupa satu riadah yang digalakan oleh agama dan bukan menyusahkan umatnya. -batuvskayu Ulasan GB GB pun hairan bagaimana negara Malaysia, yang pemimpinnya melaungkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam masih meraikan pemenang-pemenang di podium Sepang dengan semburan champagne. Sedangkan di litar Sakhir, Bahrain.. tiada semburan champagne sebaliknya digantikan dengan air minuman berperisa ros tetapi acara podium tetap meriah. Petikan dari wikipedia: Although alcoholic beverages are legal in Bahrain, the drivers do not spray the traditional champagne on the podium. Instead, they spray a non-alcoholic rosewater drink known as Waard klik untuk baca |
Hati Mana Tak terharu, Masih Ada Yang Tinggal Dirumah Semacam Ini... Posted: 22 Oct 2012 06:31 AM PDT Kunjungan kami ke rumah Poksu atau nama sebenarnya Mustapha Mamat, 75, di Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, amat menyayat hati dan menyentuh perasaan kami. Dengan tempat kediamannya yang sukar untuk dipanggil "rumah" seperti gambar yang tertera di atas, disitulah Poksu tinggal menahan sejuknya malam dan hangatnya mentari siang. Berasal dari Kg. Aur Telong, Bachok, telah menetap di Merlimau sejak 18 tahun yang lalu. Bekerja dengan mengambil upah menurunkan buah kelapa dengan dibantu oleh seekor beruk peliharaannya, itulah sumber pendapatannya untuk meneruskan hidupnya sehari-hari. Beliau tidak memiliki sebarang kenderaan, justeru itu terpaksa berjalan kaki untuk ke mana-mana sekalipun jarak dari rumahnya untuk ke mana-mana agak jauh juga, sehingga kami ternampak kesan bengkak di kakinya lantaran berjalan untuk mencari makanan walau sesuap nasi di kedai berhampiran. Dengan rasa penuh sebak dan keinsafan, Ketua Pemuda PAS Melaka, Sdra Yuhaizad Abdullah bersama-sama dengan Jawatankuasa PAS Cawangan Merlimau Timur, pada petang tadi telah menziarahi Poksu dan telah membawa Poksu untuk ke bandar Merlimau dan membelikannya sebuah basikal agar memudahkan pergerakannya mencari rezeki. Pihak PAS Cawangan Merlimau Timur juga berhasrat untuk membinakan sebuah rumah kediaman untuk Poksu - dengan kos lebih kurang RM10,000 - dengan harapan agar Poksu dapat hidup dengan lebih selesa daripada keadaan pondoknya yang terlalu uzur untuk didiami kini. Justeru itu, dirayu kepada yang bersimpati, untuk menghulurkan sumbangan dan derma supaya hasrat murni tersebut dapat direalisasikan. Berikut ialah maklumat akaun: PAS Cawangan Merlimau Timur Maklumkan sumbangan/derma anda dengan menghantar SMS ke nombor 016-7705820 (Sdra Yuhaizad) atau maklumkan melalui email kami Hari ini hari Poksu, justeru itu, taburkanlah bakti sementara kita masih berupaya, kelak Allah akan membantu kita sewaktu kita memerlukan pula. Jazakallahu khairan kathiran kepada semua penyumbang dan penderma, semuga Allah lipatgandakan pahala untukmu semua. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan