Kelab Greenboc |
- Budak Lelaki Dua Tahun Maut Dihempap TV
- YB Bukan Islam Dengar Ceramah Agama
- Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa Sedar
- Beza Dua Baju, Yang Satu Hormati Hudud, Yang Satu Lagi Ini Menentangnya
- Untuk Irfan, Sebab Pulut Santan Binasa...
- Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan
- Kes Dana RM40 juta: Najib Sudah Kantoi, Tuduh Pula Pakatan Juga Terima Dana
Budak Lelaki Dua Tahun Maut Dihempap TV Posted: 15 Oct 2012 01:17 AM PDT Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang semalam. Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar (gambar kecil) menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh. "Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut - Bernama Anak longlai dihempap TV |
YB Bukan Islam Dengar Ceramah Agama Posted: 14 Oct 2012 11:42 PM PDT |
Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa Sedar Posted: 14 Oct 2012 10:07 PM PDT Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki. "Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat. "Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily. Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno. Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun. "Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional. "Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi. Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat. "Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi. Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain. Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. Ulasan GB "Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional. Tetapi bagi GB, sumbangan terbesar Mahathir menumbangkan UMNO ialah pengakuannya bahawa UMNO BN sebagai syaitan yang dikenali. Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mendedahkan siapa UMNO BN yang sebenarnya... dan yang mendedahkan hal itu tidak lain dari Mahathir sendiri, tanpa beliau menyedari. Lagi dipanjangkan usianya, lagi banyak perkara yang bakal dilakukan yang akan menghancurkan UMNO sehinggalah UMNO dikuburkan. |
Beza Dua Baju, Yang Satu Hormati Hudud, Yang Satu Lagi Ini Menentangnya Posted: 14 Oct 2012 07:32 PM PDT Gempar!!! MB Negeri Sembilan datang merasmikan Dinner "say no to Hudud" anjuran MCA, kita tidak marahkan MCA sebab mereka tidak beriman dengan Islam, tapi yang menjadi masalahnya muslim dari BN sokong mereka. Karpal sendiri pun telah mengingatkan BN jangan manipulasi kenyataannya (hudud' over my dead body) awal 90an dulu, bermakna kenyataan itu telah ditarik semula dan beluau sendiri mengakui yang perundangan sivil juga menggunakan kaedah dalam Al Quran. Sememangnya pimpinan Umno berlidah biawak, bagaimana mungkin perjuangan BN dirahmati Allah SwT seperti yang disebut PM Najib jika menjadi 'Syaitan bisu' apabila rakan non muslim mereka tolak, hina, perlekeh Hukum Al Quran? Berbeza sungguh dengan kaum Tionghua di dalam Pakatan Rakyat seperti di bawah ini: |
Untuk Irfan, Sebab Pulut Santan Binasa... Posted: 14 Oct 2012 03:48 PM PDT Irfan: 'Saya amat kecewa' "KEKALAHAN ini amat mengecewakan. Itu keluhan jurulatih Selangor, Irfan Bakti selepas menyaksikan pasukan bimbingannya menamatkan kempen Piala Malaysia musim ini dengan tewas kepada Kelantan semalam. Kelantan mengatasi Selangor dengan agregat 3-0. Jelasnya, kekecewaan itu bertambah perit apabila kegagalan tersebut berlaku di Stadium Shah Alam, di hadapan ribuan penyokong skuad The Red Giants. "Saya amat kecewa. Kita melepaskan banyak peluang untuk mencipta kemenangan. "Kita banyak kehilangan bola di bahagian tengah, malah apabila jaringan Ghaddar dihasilkan, ia terus memusnahkan segala-galanya. Ia sama berlaku ketika beraksi di Kota Bharu," kata Irfan ketika ditemui selepas berakhirnya perlawanan antara Selangor dan Kelantan. Tambah Irfan: "Meskipun kita menguasi separuh masa pertama, tetapi momentum separuh akhir kedua menurun, pemain bahagian tengah kurang membantu pemain lain. " "Disebabkan itu kita banyak melepaskan peluang," katanya. Katanya, beliau juga sedih sebab apabila dilihat pada kehadiran penonton malam tadi, hampir 30,000 penonton memberikan sokongan. "Mereka nyata bersemangat, saya betul-betul minta maaf sebab mengecewakan mereka, tapi nak buat macam mana, setakat ini sahaja kami mampu," jelas beliau lagi. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depannya di Selangor, Irfan bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada pengurusan. "Terpulang kepada pihak pengurusan, saya terima apa sahaja keputusan daripada mereka. Keputusan mungkin akan diketahui dalam masa terdekat," kata Irfan yang turut menyifatkan pasukan Selangor harus mencari pemain-pemain yang berkualiti untuk dibawa masuk bagi memantapkan lagi skuad itu musim depan. "Untuk musim depan, kita kena cari beberapa pemain yang berkualiti dalam pasukan Selangor. "Dan setahu saya pihak pengurusan telah mengenal pasti beberapa pemain untuk bermain dengan Selangor dan semuanya tengah diuruskan. "Selain itu, kita juga harus memberi tumpuan di bahagian tengah yang dilihat longgar bagi memperbaiki menjadi lebih kemas," katanya yang mengucapkan tahniah kepada Kelantan setelah berjaya mara ke final. -SH
Ulasan GB Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa... GB sudah dapat merasakan kekalahan Selangor apabila sehari sebelum perlawanan Irfan Bakti telah mengeluarkan perkataan angkuhnya: Kelantan, jangan berimpi di siang hari. Di dalam apa jua keadaan, kita tidak pasti dan tiada siapa yang dapat tahu dengan pasti untung rugi, kalah menang kita di esok hari. Kalau ada pun kita hanya boleh membuat "pemerhatian" dari pengalaman silam... dengan dibantu oleh observasi dari ilmu-ilmu berkaitan, TETAPI tidak sekali-kali kita boleh mengeluarkan perkataan-perkataan yang takbur dan angkuh.. kelak memakan diri. |
Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan Posted: 14 Oct 2012 08:00 AM PDT Seremban – Kunjungan pertama kali Pakatan Rakyat (PR) ke Kampung Baru Air Hitam, Jempol, malam kelmarin bagi menyampaikan ceramah 'disambut' dengan simbahan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kejadian hanya disedari petugas PR kira-kira 11.30 malam selepas mendapati dua beg plastik cat merah dilempar atas jalan raya berhampiran tempat meletak kenderaan. Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang hadir menyampaikan ceramah menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap majlis PR. "PR pertama kali mengadakan ceramah di kawasan itu dan amat mengecewakan apabila berlaku insiden tidak diingini seperti itu sedangkan kehadiran kami hanya menyampaikan ceramah. "Saya percaya ia dilakukan antara jam 11 hingga 11.30 malam kerana melihat keadaan cat yang masih baru. Saya rasa pihak terbabit mahu mencampakkan cat itu ke atas kereta, tapi tidak mengenai sasaran menyebabkan ia jatuh ke atas jalan raya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Loke berkata, pihaknya tidak menolak berkemungki-nan ia dilakukan 'orang suruhan' parti lawan yang dilihat semakin terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Saya nampak isu baling cat ini semakin berleluasa menjelang PRU13 dan bagi saya, ia adalah amalan politik samseng dan perlu dihakis segera agar tidak berlakunya insiden lebih buruk ketika waktu PRU nanti," katanya. Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, PR akan meningkatkan tahap keselamatan pada setiap program anjuran mereka pada masa akan datang. "Hentikanlah amalan politik samseng seperti ini kerana rakyat sudah bijak membuat penilaian. Apa pun saya tegaskan PR tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan bagi menakutkan kami," katanya. -SH |
Kes Dana RM40 juta: Najib Sudah Kantoi, Tuduh Pula Pakatan Juga Terima Dana Posted: 14 Oct 2012 03:52 AM PDT PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik Pemberian dana berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah hanya derma politik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul. Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan. Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian. "Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya. "Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti," katanya. Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta. Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu. -FMT Ulasan GB Apabila sudah terkantoi, Najib menuduh dan memfitnah pula PR juga menerima derma politik. Dasar penipu yang cuba melepaskan diri apabila tersepit. Sebenarnya, jika SPRM bebas dan adil, UMNO sudah boleh dibatalkan penyertaannya di dalam pilihanraya umum dengan pengakuan penerimaan dana RM40 juta itu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan