Rabu, 3 Oktober 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


"Saya berharap soalan-soalan anda tidak SEPANAS anda"

Posted: 03 Oct 2012 05:00 AM PDT


"Saya berharap soalan-soalan anda tidak 'SEPANAS' anda"
 
Kata-kata yang mungkin bernada gurauan oleh seorang ahli politik Mesir kepada seorang pengacara TV telah mencetuskan kemarahan segelintir rakyat Mesir.

Menteri Maklumat Salah Abdel Maksud berkata demikian kepada pengacara TV Dubai, Zeina Yazjy dalam
satu program temu bual minggu lalu dan kata-kata itu dianggap sesuatu yang tidak wajar.

Yang menariknya, pengacara TV yang "panas" itu tanpa teragak-agak dan dalam keadaan tenang menjawab,"Soalan saya mungkin panas tetapi saya sebaliknya, saya seorang yang 'sangat sejuk'."

Salah merupakan ahli Ikhwan Muslimin, parti politik yang kini berkuasa di Mesir.

Ratusan rakyat Mesir mengutuk kata-kata ahli politik tersebut. Bagi mereka, kata-kata Salah dianggap 'tidak sesuai' dan 'keluar dari tempat'. - DCM/DM


Host Zeina Yazjy replied with a smirk by saying: 'My questions may be hot but I am the opposite, I'm very cold'
Minister of Information Salah Abdel Maksud is caught on camera telling a Dubai TV news show host: 'I hope your questions won't be as hot as you.'



P/s: Sememangnya pengacara itu PANAS!




Mengapa Mat Sabu Minta Isteri Menteri Jalan Seorang Diri? Baca!

Posted: 03 Oct 2012 12:30 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.

"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.

Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.

Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.

Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.

Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.

"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.

Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".

"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.

"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.


P/s: Tepat dan padat!

Pistol Bonnie dan Clyde Dilelong RM1.5 Juta

Posted: 03 Oct 2012 12:00 AM PDT


[Kosmo] NEW HAMPSHIRE - Dua pucuk pistol yang pernah dimiliki oleh pasangan gengster Amerika Syarikat (AS), Bonnie dan Clyde apabila mereka terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa dijual pada harga AS$504,000 (RM1.5 juta) pada satu majlis lelongan di sini kelmarin.

Senjata api itu merupakan antara sejumlah 134 artifak yang mencatatkan harga keseluruhan AS$1.1 juta (RM3.3 juta) dalam acara berkenaan.

Sekitar dua pertiga barangan yang dilelong milik pasangan Clyde Barrow dan Bonnie Parker. Sementara sebahagian lagi dimiliki oleh beberapa penjenayah kejam lain di AS termasuk Al Capone, Pretty Boy Floyd dan John Dillinger.

Timbalan Presiden firma lelongan RR Auction yang mengendalikan lelongan tersebut, Bobby Livingston berkata, pistol jenis .38 kaliber Detective Special yang dilekatkan oleh Bonnie di pahanya apabila dia terbunuh pada 1934 mencatat tawaran tertinggi untuk dijual pada harga AS$264,000 (RM806,916).

Menurut Livingston, pistol automatik Colt. 45 milik Clyde pula dilelong pada harga AS$240,000 (RM733,560) kepada pembida sama yang tidak mahu identitinya didedahkan.

"Anda boleh menjangkakan keterujaan seperti ini apabila ada barangan yang sukar didapati dilelong," kata Livingston.

Seutas jam poket milik Clyde pula dijual pada harga AS$36,000 (RM110,034) dalam lelongan itu. - Agensi


Babi MAKAN Petani di Oregan, Amerika Syarikat

Posted: 02 Oct 2012 11:20 PM PDT


[HM] OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya.

Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.

Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit.

Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram.

Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.

Frasier memberitahu akhbar The Register-Guard: "Apa yang kami tahu, ia kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan." Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. - Agensi



Hebat, Ali Rustam Tidak Keluar Sesen Pun untuk Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan Majlis Perkahwinan Anaknya

Posted: 02 Oct 2012 08:01 PM PDT



[TMI] KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.

Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.

"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.


"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.

"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.

Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.

"Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.

"Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.

"Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.

Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty.

Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut.

"Itu duit siapa?" tulis Nga.

Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta.

"Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja," tulis Kit Siang dalam Twitter.

Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Kit Siang ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.

"Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit," tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter.



P/s: Anda percaya? Silakan! TM musykil!!!!

Syarikat katering mana yang sanggup sedekah makanan bernilai jutaan ringgit kepada keluarga Ali Rustam?

Pemuda, pemudi mana yang sanggup berkhidmat untuk melancarkan majlis perkahwinan anak KM Melaka secara percuma?

Adakah ini paling jawapan kreatif Ali Rustam yang ditunggu-tunggu oleh rakyat 1Malaysia?

Kah kah kah!


Budak 12 Tahun Dirogol Jiran Kakak Angkatnya

Posted: 02 Oct 2012 07:15 PM PDT


[SH] TAPAH - Kunjungan seorang kanak-kanak ke kediaman kakak angkatnya menjadi igauan ngeri apabila dirogol oleh lelaki tak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini, 12 September lalu.

Mangsa yang berusia 12 tahun itu bukan sahaja dirogol, malah turut diugut suspek supaya tidak memberitahu perbuatan jijiknya kepada orang lain.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pada 6 September lalu, kanak-kanak yang berasal dari Slim Village mengikut seorang rakan ke rumah kakak angkatnya di Kampung Petalin Baru untuk bermalam di sana selama beberapa hari.

Bagaimanapun, menurutnya, pada 12 September lalu, seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumah telah memecah masuk kediaman berkenaan.

"Suspek yang juga penganggur itu pecah masuk rumah tersebut melalui pintu dan merogol mangsa yang berada seorang diri di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan, kira-kira 12.30 malam.

"Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau orang lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.

Kata Som Sak, pada keesokan harinya mangsa pulang ke rumah di Slim Village dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berkenaan kes itu.

Jelasnya, mangsa dihantar ke Hospital Slim River sebelum ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk pemeriksaan dan mendapati anak sulung daripada lima beradik itu disahkan dirogol.

"Hasil siasatan polis, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang dikenal sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, dari Kampung Petalin Baru, Bidor.

"Suspek juga berada di bawah pengawasan polis dalam kes dadah dan dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur," katanya.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau ke balai polis berhampiran.


Tauke Ubat Kurus Antara 4 Orang Doktor Digantung Keanggotaan Majlis Perubatan Malaysia

Posted: 02 Oct 2012 05:42 PM PDT


[Bernama] KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun).  



P/s: Berdasarkan maklumat iklan produk doktor ini di akhbar (hari-hari disiarkan), rasanya tidak payahlah Kementerian Kesihatan membeli ubat dari negara luar. Memadailah jika kementerian membeli produk daripada syarikat doktor ini. Bayangkanlah semua penyakit boleh sembuh dengan pengambilan produk kesihatan syarikatnya. Daripada menyembuhkan sakit jantung, diabetes, penyakit kulit kepada menyelesaikan masalah kecerdasan otak.


Itu soal penggantungaan keanggotaan MMC. Bagaimana pula dengan masalah pelanggaran etika pengiklanan produk kesihatan yang melibatkan syarikat doktor ini dan syarikat-syarikat lain? Walhal dakwaan sesuatu produk dapat merawat atau menyembuhkan sesuatu penyakit sudah jelas melanggar Akta-akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976.


Tiada ulasan: