DUNIACACAMARBA |
- Akhirnya, Jimmy Shanley CERAIKAN Isterinya
- Salahuddin Nafi Laporan MK Bahawa Beliau PUTUSKAN Hubungan dengan Nasharuddin Mat Isa
- Doa Malaysia Jadi Negara Kristian: DAP Nafi Dakwaan Nasharuddin Mat Isa
- [PANAS] Khalid dan Salahuddin PUTUSKAN Hubungan dengan Nasharuddin Mat Isa?
- Lelaki Ditetak, Dibelasah Terpaksa Pula Tonton Teman Wanita Dirogol
- Pembekal Benih Padi: Kriteria Tidak Dipenuhi, Tetapi...
- Apa Maksud Tarif Elektrik Kekal Sehingga Jun Tahun 2013?
Akhirnya, Jimmy Shanley CERAIKAN Isterinya Posted: 10 Oct 2012 05:29 AM PDT [SH] SUBANG - Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh mengaku terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya apabila menceraikan Nursuhaila Eliani Suhaimy secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini. Jimmy, 32, sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila, 24, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai. Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang. Jimmy yang pernah mengacarakan rancangan Trek Selebriti juga bersetuju untuk tidak menuntut hutang sesama mereka. Sejurus selesai prosiding, Jimmy yang bergegas keluar dari mahkamah sempat berkata kepada media bahawa dia terpaksa mungkir janji dengan pengasas produk kecantikan Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya. "Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah," katanya. Sementara itu, Nursuhaila bersyukur keranan kemelut rumah tangganya telah selesai. Sebelum itu, peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan ada menerima tawaran daripada Jimmy pada Jumaat lalu untuk bercerai secara tebus talak RM1. "Sehubungan itu, pihak kami bersetuju supaya kes permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 yang difailkan plaintif di mahkamah ini ditarik balik. "Begitu juga dengan permohonan nusyuz dan kembali taat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam," katanya. Bagaimanapun permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan. Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa. Sa'adiah berkata, anak guamnya telah memfailkan permohonan tebus talak mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. "Pihak-pihak telah tidak tinggal sebumbung selama 720 hari dan tidak pernah melakukan hubungan kelamin sejak itu," katanya. Perkara itu diakui peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh. Abd Halim kemudian mengarahkan pasangan itu membaca lafaz khuluk sebelum membenarkan jatuh talak satu bain subra serta mengarahkan Nursuhaila bersuci edah tiga kali. Nursuhaila memfailkan permohonan cerai itu pada 25 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Permohonan itu dikemukakan selepas Jimmy dan Nursuhaila, 26, mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober lalu. Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. P/s: Eloklah daripada terus dilabel dayus dan sebagainya! |
Salahuddin Nafi Laporan MK Bahawa Beliau PUTUSKAN Hubungan dengan Nasharuddin Mat Isa Posted: 10 Oct 2012 01:15 AM PDT Berdosa Putuskan Hubungan - Salahuddin [HD] KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menafikan laporan bahawa beliau dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad memutuskan hubungan dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa. "Satu dosa yang besar memutuskan hubungan silaturahim dan kami tidak bercadang untuk berbuat demikian," kata Salahudin kepada Harakahdaily. Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang melaporkan kedua-duanya mengumumkan tidak ada hubungan lagi dengan Nasharudin. Malaysiakini dalam laporannya menyebut, Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa Bagaimana Salahudin mengesahkan beliau berkata, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan dan boleh jadi beliau mengikut arahan "orang di luar PAS". Menurut Salahudin, oleh kerana Nasharudin adalah ahli Majlis Syura maka terserahlah kepada majlis tertinggi dalam PAS itu untuk membuat keputusan. Malaysiakini melaporkan, Khalid Samad berkata Nasharudin dipengaruhi oleh orang luar PAS ketika membuat kenyataan. "Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS. "Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya. Laporan MK di sini. |
Doa Malaysia Jadi Negara Kristian: DAP Nafi Dakwaan Nasharuddin Mat Isa Posted: 10 Oct 2012 12:00 AM PDT [MK] DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu. "Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan. Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius. Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat. "Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya. Berita Berkaitan: DAP gesa Nasharudin minta maaf [SH] KUALA LUMPUR - DAP hari ini menggesa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta maaf kerana mendakwa pernah diadakan satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu, antara lain mendoakan supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'. Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa perkara tersebut tidak pernah berlaku. Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran itu bertujuan untuk menyatakan kesyukuran dan sekali gus menyifatkan kenyataan Nasharudin merupakan tuduhan yang berniat jahat yang tidak berasas. Menurutnya, kenyataan Nasharudin akan menggugat kesejahteraan negara dan DAP akan membuat laporan polis di atas tuduhan yang tidak berasas itu. "Kami jemput semua pemimpin PKR dan Pas negeri untuk menghadiri semua majlis kesyukuran, mereka tidak berdoa untuk Malaysia jadi negara Kristian. "Kenyataan Nasharudin itu tidak benar, kami minta dia mohon maaf dan polis mengambil tindakan kenyataan yang berniat jahat dan tak berasas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Dipetik satu portal berita tempatan semalam, Nasharudin mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu, menganjurkan doa supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'. Beliau mendakwa majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak awal tahun lalu. Mengulas lanjut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, isu tersebut diserahkan kepada Pas untuk mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas itu. Tambahnya, isu tersebut tidak akan membabitkan Pas kerana isu tersebut bersifat peribadi. P/s: Berdasarkan laporan di TMI, DAP akan membuat laporan polis tentang hal ini. Bagi Nasha, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan ahli DAP yang lain beragama Kristian. Lawak yang tidak masuk akal langsung! Bagi yang mempercayai dakyah Nasha, tolonglah fahami Perlembagaan Malaysia dan logik di balik dakwaan gila itu! Seperkara lagi, jika benar sekalipun, apa hak kita untuk menghalang doa penganut agama lain? Sudahkah Si Nasha ini lupa siapa yang memakbulkan doa sehingga dia takut doa yang berbunyi demikian? |
[PANAS] Khalid dan Salahuddin PUTUSKAN Hubungan dengan Nasharuddin Mat Isa? Posted: 09 Oct 2012 11:06 PM PDT [MK] Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa. Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian. Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS". "Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS. "PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam. "Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya. Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat. "Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya. P/s: Benarkah Salahuddin dan Khalid Samad berkata demikian? |
Lelaki Ditetak, Dibelasah Terpaksa Pula Tonton Teman Wanita Dirogol Posted: 09 Oct 2012 09:53 PM PDT Diperlaku Seperti Binatang [BH] Kuala Lumpur: Seorang lelaki kelihatan sebak ketika menceritakan teman wanitanya dirogol di depannya oleh seorang pengecat kereta dalam kejadian di sekitar Kepong, empat tahun lalu. Lelaki itu berusia 27 tahun memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, S M Komathy Suppiah semalam, beliau kini sudah berkahwin dengan teman wanitanya. Katanya, beliau diperlakukan seperti binatang termasuk kepalanya ditetak menggunakan parang. Hilang punca pendapatan "Saya pohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh. Saya hilang punca pendapatan. Ketika kejadian rompakan itu saya turut ditendang, dipukul dan ditetak menggunakan parang, malah kami berdua malu apabila kejadian itu dirakamkan tertuduh dan rakannya. Ia masih segar dalam ingatan kami, " katanya. Katanya, ketika kejadian itu beliau memujuk tertuduh mengambil barangan miliknya dan melepaskan mereka, tetapi tertuduh bersama tiga rakannya terus memukulnya sehingga menerima empat jahitan akibat tetakan di kepala. Mangsa rogol yang hadir dalam pakaian berpurdah hitam memberitahu, beliau memakai hijab untuk menjaga maruah diri malah kejadian itu memberi kesan kepada rumah tangga sehingga mengalami trauma untuk bersama dengan suaminya. Alami tekanan dan malu berjumpa orang "Saya mengalami tekanan dan malu untuk berdepan dengan semua orang. Kenapa saya tidak dibunuh saja daripada diperlakukan sedemikian rupa. Saya takut malah masih ketakutan untuk pergi ke Kuala Lumpur selepas pertama kali menjejakkan kaki ke kota raya pada hari kejadian untuk bekerja," katanya. Pasangan suami isteri dipanggil hakim untuk memberitahu kesan kejadian rompakan itu sebelum memutuskan tertuduh B Puvaneswaran, 23, dihukum penjara 16 tahun dan 20 sebatan. Tertuduh dituduh melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata terhadap pasangan itu di sebuah kawasan sekitar Kepong di sini, jam 2.30 pagi, pada 25 September 2008. Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu bersama tiga lelaki yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan dengan mengambil wang tunai RM190, dua telefon bimbit dan kamera milik pasangan itu dengan bersenjatakan parang. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. P/s: Lahanat! |
Pembekal Benih Padi: Kriteria Tidak Dipenuhi, Tetapi... Posted: 09 Oct 2012 08:30 PM PDT [MK] Salah sebuah pembekal benih padi terbesar di negara ini yang memenangi kontrak kerajaan, mengakui bahawa syarikatnya tidak memenuhi kriteria tender, tetapi menegaskan begitu juga dengan yang lain-lainnya. "Ini bukan satu isu," kata Mansor Md Nor, pengurus Haji Md Nor bin Haji Abd Rahmah (M) Sdn Bhd (HMN). Ditanya mengenai dakwaan bahawa syarikatnya melanggar kriteria tender yang memerlukan pembida mempunyai kilang sendiri, beliau mengakui sebuah daripada dua kilang yang dikendalikan oleh HMN, dipajak daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, yang merupakan sebuah agensi pusat. Menurutnya, kilang (di Sungai Burong, Selangor) dalam keadaan yang teruk dan selepas pihaknya mengambil alih, ia diubahsuai, dan dibaiki bagi memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. HMN mendapat kuota dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membekalkan 20,000 tan benih padi kepada petani dari tahun 2013-2014. Ini merupakan jumlah kedua tertinggi di kalangan semua 10 pembekal bumiputera, seperti yang dipaparkan di laman web kementerian berkenaan. Kuota yang diperolehi HMN itu dan Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd, yang mendapat kuota tertinggi sebanyak 22,000 tan - merupakan 52.5 peratus daripada keseluruhan jumlah kuota bekalan tahunan sebanyak 80,000 tan. Seorang jurucakap syarikat Seri Merbok enggan mengulas ketika dihubungi, dan menyerahkan isu tersebut kepada Kementerian Pertanian. Minggu lepas Naib Presiden PAS Mahfuz Omar telah mendedahkan di Parlimen surat yang didakwa bocor, yang kononnya dihantar oleh Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Surat tersebut menyatakan RM164.8 juta diperuntukkan untuk bekalan benih padi di bawah program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dikatakan telah diberikan kepada pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender. Menekankan bahawa HMN, yang ditubuhkan pada tahun 1992, adalah perintis dalam industri tersebut, Mansor berkata Mahfuz gagal untuk mengumpul maklumat yang komprehensif mengenai perkara itu. Mansor berkata, mereka yang mengadu mengenainya adalah ahli politik, tetapi rakyat sendiri tidak mengadu. Beliau menyifatkannya sebagai satu isu politik kerana menurutnya, jika rakyat tidak mahu, mereka tidak perlu membeli benih daripada syarikatnya. Sebaliknya, tegasnya, syarikat tersebut telah membuktikan bahawa ia mempunyai kapasiti untuk memproses benih padi. Berkaitan: Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8j |
Apa Maksud Tarif Elektrik Kekal Sehingga Jun Tahun 2013? Posted: 09 Oct 2012 06:26 PM PDT Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan [Kosmo] KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (gambar). Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu. Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara. "Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini semalam. P/s: Kalau ada yang masih tidak faham, masih memuji dan mengganggap BN prihatin dan bla bla, anda janganlah teruja sangat kerana selepas PRU 13 segala-galanya akan naik termasuk pelaksanaan GST untuk "cover up" kos bajet baru-baru ini dan terus mengayakan kroni. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan