Isnin, 1 Oktober 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Najib Kecut, Anwar Kemuka Data Bajet BN 2013 Defisit RM22 Bilion, Hutang Negara RM8 bilion

Posted: 01 Oct 2012 07:00 AM PDT


Hasrat Anwar untuk berdebat dengan Najib di Dewan Rakyat  atau sekurang-kurang melihat Najib duduk mendengar perbahasan Bajet 2013 tidak kesampaian apabila Najib berserta menteri kabinetnya tidak hadir pada sesi Perbahasan Bajet 2013 yang diadakan bermula 11.30 pagi ini.

Debat di luar Dewan Rakyat pun kecut, ajak berdebat di dalam Dewan Rakyat, gelanggang yang didominasinya pun kecut. Jadi, di mana Najib berani? Di rumahnya? Jika begitu, ajaklah Anwar berdebat di rumahnya!


 Berita Berkaitan:

Anwar Bidas PM Tiada di Dewan Ketika Bajet Dibahas
[MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.

 
Defisit RM22 Bilion dalam Bajet 2013, Hutang Negara RM8 bilion
 
[KD] KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara.

Katanya, peningkatan bayaran hutang paling ketara sebanyak 56 peratus atau meningkat ke RM8 bilion berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan,

"Jika diperhatikan, sejak Najib menjadi Menteri Kewangan (2009-2013), saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan.

"Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (yang diguna) untuk membayar khidmat hutang telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu 85 peratus.

"Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran," katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen hari ini.

"Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hinga 2013 adalah (RM)184 bilion," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya.

Malangnya, kata Anwar, sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh.

Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya.

Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga.

"Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan," jelas Anwar.

Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi

Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yang menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut:

1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yang membolot sebahagian besar ekonomi.

2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi.

3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yang berlaku oleh Khazanah Nasional.

Manakala pendidikan dan kemahiran yang khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi.

Dasar khusus yang menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah.
Anwar Bahas Bajet 2013 Tanpa Kehadiran Najib

 [SH] KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini.

Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang.
 


[Panas] Hebat Malaysia, Warga Asing Beli IC Palsu Boleh Mengundi

Posted: 01 Oct 2012 05:30 AM PDT


Lahanat!!!

Baca kenyataan media di sini.

P/s: Dakwaan bahawa pihak tertentu yang melibatkan SPR dan JPN untuk memastikan BN menang dalam PRU13 bukan lagi bersifat dakwaan. Sudah banyak bukti dan data yang berjaya diperoleh untuk membongkar kerja-kerja lahanat pihak tertentu yang sanggup menggadai keselamatan negara semata-mata untuk memastikan orang tasan mereka terus berkuasa!

 


Saiz Purata Zakar Lelaki Mengikut Negara Terpilih

Posted: 01 Oct 2012 01:46 AM PDT


Ha ha ha ha!

Santai!

Rasanya carta ini dapat menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda anda. Misalnya, mengapa perempuan Malaysia begitu kemaruk dengan Awang Afrika.

Yang berikut ialah purata panjang zakar lelaki mengikut negara terpilih. Saiz ini mengikut ukuran inci ketika ereksi.

Republic of Congo - 7.1

Ecuador - 7

Ghana - 6.8

Columbia - 6.7

Iceland - 6.5

Italy - 6.2

South Africa - 6

Sweden - 5.9

Greece - 5.8

Germany - 5.7

New Zealand - 5.5

UK - 5.5

Canada - 5.5

Spain - 5.5

France - 5.3

Australia - 5.2

Russia - 5.2

USA - 5.1

Ireland - 5

Romania - 5

China - 4.3

India - 4

China - 4

Thailand - 4

South Korea - 3.8

North Korea - 3.8

Di mana data ukuran saiz panjang zakar lelaki Malaysia?  Malangnya, lelaki Malaysia tidak terpilih dalam kajian ini. Jika begitu, pandanglah data lelaki Thai atau Korea. Paling tidak pun jenguklah data lelaki China.

Data sensitif ini merupakan sebahagian hasil kajian Richard Lynn, Profesor Emeritus Psikologi di Universiti Ulster.  Beliau sebelum ini menyuarakan pandangan kontroversi bahawa tekanan evolusi telah membawa kepada perbezaan kecerdasan minda mengikut kaum dan bangsa.
 

Prof Lynn mendakwa bahawa penemuan kali ini mengesahkan teori-teori sebelumnya, iaitu 'perbezaan kaum membezakan saiz panjang zakar' dengan Negroid mendahului Mongoloid.
 

Beliau menyimpulkan bahawa 'Bagi majoriti populasi, panjang zakar boleh diramal dan disahkan.'

Namun, pengkritik mendakwa penyelidikan Prof Lynn tidak meyakinkan kerana belaiu sendiri  mengaku bahawa data yang dikumpul diperoleh dari laman sesawang. 


 Jelte Wicherts, Profesor Metodologi di Tilburg University, Belanda, berkata:  'Kajian melibatkan isu kontroversi ini sungguh berani tetapi malang datanya tidak mempunyai metodologi.' -DCM/DM



Ejen Perancis Didakwa Bunuh Muammar Ghadafi

Posted: 30 Sep 2012 11:00 PM PDT


[HM] PARIS: Seorang anggota perisik Perancis yang bertindak atas arahan Presiden Nicolas Sarkozy disyaki membunuh bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Dia didakwa menyusup masuk ke dalam kumpulan yang menahan Gaddafi tahun lalu sebelum menembaknya di kepala.

Motifnya, menurut sumber di Libya ialah untuk menghalang Gaddafi daripada disiasat mengenai hubungan rapatnya dengan Sarkozy, Presiden Perancis ketika itu.

Bekas pemimpin Barat lain, termasuk Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga rapat dengan pemimpin Libya itu.

Dia sering mengunjungi mereka dan membantu untuk memudahkan urusan perniagaan berjumlah berbilion dolar.

Sarkozy yang pernah menyambut Gaddafi sebagai 'saudara pemimpin' ketika lawatan pemimpin Libya itu ke Paris, dikatakan menerima jutaan dolar daripadanya untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007.

Teori konspirasi itu sudah pasti menjadi kebimbangan besar kepada Britain yang mengerahkan jet untuk mengebom Libya tahun lalu dengan matlamat 'untuk menyelamatkan orang awam.'

Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan itu dengan jelas menyatakan, Barat tidak boleh mencampuri urusan dalaman Libya.

Sebaliknya, pengeboman hampir setiap hari itu berakhir dengan penggulingan Gaddafi sementara penasihat tentera Perancis dan Britain dikatakan membantu pemberontak Libya di darat.

Mahmoud Jibril yang menjadi Perdana Menteri sementara selepas penggulingan Gaddafi memberitahu televisyen Mesir semalam: "Ejen asing menyusup ke dalam briged revolusi untuk membunuh Gaddafi."

Sementara itu, sumber diplomatik di Tripoli memberitahu akhbar Itali, Corriere della Serra, pembunuh asing itu mungkin rakyat Perancis.

"Sejak Nato mula menyokong revolusi Libya, yang mendapat sokongan kuat daripada kerajaan Nicolas Sarkozy, Gaddafi secara terbuka mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas Presiden Perancis itu, termasuk wang berjuta-juta dolar yang diberikan untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007," lapor akhbar itu.

Satu sumber di Tripoli berkata: "Sarkozy mempunyai banyak alasan untuk menutup mulut Gaddafi dan ia perlu dilakukan secepat mungkin."

Pandangan itu disokong oleh maklumat yang dikumpulkan oleh penyiasat di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya dan tempat revolusi 'Kebangkitan Arab' menentang Gaddafi bermula pada awal 2011.

Bekas Ketua Perhubungan Awam Majlis Peralihan Libya, Rami El Obeidi berkata, dia tahu Gaddafi dijejaki menerusi sistem telekomunikasi satelit ketika pemimpin itu berbual dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pakar Nato berjaya mengesan komunikasi antara mereka dan menjejaki Gaddafi di bandar Sirte, tempat dia dibunuh pada 20 Oktober 2011.

Jet Nato menyerang konvoi Gaddafi sebelum pemberontak mengheretnya keluar dari sebuah longkang, tempat dia bersembunyi dan kemudian menjadi sasaran serangan ganas. - DM


BN Tohmah PR Tidak Mampu Perintah Negeri, Tetapi Negeri PR antara 5 Tertinggi Terima FDI

Posted: 30 Sep 2012 10:56 PM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk dalam lima negeri yang mencatat jumlah pelaburan asing (FDI) paling tinggi bagi tempoh 2008 hingga Julai tahun ini.

Di kedudukan pertama adalah Sarawak dengan nilai pelaburan sebayak RM30.3 bilion dikuti Pulau Pinang (RM25b), Selangor (RM23.9b), Johor (RM20.1b) dan Kedah (RM11.1b).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir pada sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang mahu kementerian itu menyatakan jumlah pelaburan asing mengikut negeri bagi tenpoh tersebut.

Jumlah keseluruhan pelaburan FDI negara sepanjang tempoh itu menurut Mukhriz adalah RM145.3 bilion.

Selain Sarawak, dua lagi negeri yang terkenal dengan sumber bumi iaitu Sabah dan Terengganu masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-10 dengan nilai pelaburan RM6.3 bilion dan RM4.2 bilion.

Negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada ditangga ke-11 dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion diikuti Kelantan pada tangga ke-12 dengan nilai pelaburan RM297 juta.

Yang berikut adalah kedudukan negeri mengikut kadar jumlah pelaburan paling tinggi:

1- Sarawak (RM30.3b)
2- P.Pinang (RM25b)
3- Selangor (RM23.9b)
4- Johor (RM20.1b)
5- Kedah (RM11.1b)
6- Melaka (RM7.9b)
7- Negeri Sembilan (RM7.2b)
8- Sabah (RM6.3b)
9- Perak (RM5.8b)
10- Terengganu (RM4.2b)
11- Pahang (RM2.8b)
12- Kelantan (RM297 juta)
13- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM196 juta)
14- Perlis (RM109 juta)
15- Wilayah Persekutuan Labuan (RM22.9 juta)


Gadis Ukraine Ubah Diri Jadi Karakter Animasi Jepun

Posted: 30 Sep 2012 10:00 PM PDT

Anastasiya

[HM] KIEV: Dengan mata besar dan berkaca, rambut ungu serta gaya menggoda ketika bergambar, gadis ini seolah-olah menjelma dari sebuah filem animasi Jepun.

Peminat kartun animasi komputer, Anastasiya Shpagina telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung.

Gadis Ukraine berusia 19 tahun itu memperoleh inspirasi gaya itu daripada kartun dan animasi komputer yang mempunyai ramai pengikut di Jepun.
Malah, Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun, Fukkacumi.

Karakter animasi sering mempunyai mata besar dan kepala yang lebih besar berbanding dengan tubuh mereka.

Anastasiya yang hanya setinggi 159 sentimeter dilapor melangsingkan badannya kepada hanya 38 kilogram dalam usaha untuk menjadikan dirinya karakter animasi hidup.

Selain itu, dia turut menghabiskan masa 30 minit sehari untuk mengenakan mekap pada setiap matanya.

Anastasiya dijangka akan bertindak lebih jauh untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya.
Ada laporan mendakwa dia merancang menjalani pembedahan mata untuk membolehkan dia kelihatan lebih mirip dengan idola kartunnya.

Gadis itu yang mempunyai lebih 10,000 peminat dalam Facebook, juga memuatnaikkan video menerusi YouTube, menunjukkan bagaimana dia bermekap.

Satu klip video yang menunjukkan dia bersolek ditonton sebanyak lebih 150,000 kali.

Bagaimanapun, Anastasiya bukan gadis pertama menggunakan gaya yang diperoleh daripada dunia fantasi.

Dakota Rose atau Kota Koto dari Amerika Syarikat digelar 'Barbie hidup' kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang genit.

Langkahnya memuatnaikkan bimbingan fesyen dan kecantikan menerusi YouTube ditonton oleh pengunjung dari seluruh dunia. - DM


P/s: Macam-macam. Mahu tengok gambar lain? Sila google di internet.

 

Pelajar Ponteng Sekolah Dirogol Lelaki di Sungai Pelong

Posted: 30 Sep 2012 07:58 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] KUALA LUMPUR: Termakan pujukan rakan ponteng sekolah, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung dua hari dan dirogol dalam kedai mencuci kereta di Sungai Pelong, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi, 24 September lalu, mangsa yang berjalan ke ke sekolahnya di Kundang dikatakan dipujuk rakan sebaya dengannya ponteng sekolah pada hari berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dibawa ke kedai mencuci kereta sebelum dirogol dan dikurung di kawasan berkenaan hampir dua hari.

"Mangsa meloloskan diri dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong, di sini, jam 8 pagi (kelmarin)," kata sumber itu kepada Harian Metro semalam.

Menurutnya, di dalam aduannya mangsa mendakwa dia dibawa ke sebuah kedai mencuci kereta dengan motosikal dinaiki dua lelaki tidak dikenalinya berusia awal 20-an. 


P/s: Cari bala, cari nahas!


 

Kredibiliti Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor Dipersoal Kerana Didakwa Terlibat Kes Pecah Amanah

Posted: 30 Sep 2012 07:27 PM PDT




[Selangorku] SHAH ALAM, 1 OKT: Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor.

Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini.

Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap.

Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan.

"Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut," menurut sumber itu.

Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co.

Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah.

Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.

Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.

Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.

"Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya.

"Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS," menurut sumber itu lagi.
 
 
 
P/s: Sibuk bercakap soal penyelewengan tetapi diri pernah didakwa dengan kes pecah amanah.
 



 

Pelajar LELONG Dara untuk Tujuan Kebajikan

Posted: 30 Sep 2012 06:26 PM PDT



FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.

Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.

"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. - Agensi
 
 
P/s: GILA!
 
 
 
 

[Kemas Kini] Anwar Cabar Najib DEBAT Belanjawan 2013

Posted: 30 Sep 2012 06:06 PM PDT



KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini.

"Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.

 
"Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan.

"Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh.

"Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan)," tegasnya.

Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku.

Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan.

"Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.

"Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran," tegas Anwar.



P/s: Entah berapa kali Anwar mencabar Najib untuk berdebat. Malang, setiap kali dicabar, Najib menikus, takut untuk berdebat! Cakap berdegar-degar, apabila diajak berdebat terus kena "demam"!

Anwar akan membuat perbahasan Belanjawan 2013 di Parlimen 11:30 pagi  (Isnin, 1 Oktober 2012). Adakah Najib akan muncul di Parlimen?

Kemas Kini:

tianchua profile
tianchua Parlimen: Ketua Pembangkang @AnwarIbrahim mula berucap membahas #Bajet2013. Kerusi2 jemaah menteri kosong, tiada seorang menteri pun hadir. 6 minutes ago · reply · retweet · favorite
n_izzah profile
n_izzah PM @NajibRazak tiada dalam dewan, sedang Ketua Pembangkang DS @anwaribrahim memulakan ucapan bahas BajetBN dan kemuka
 
 
P/s: Memang Najib TAKUT!
 
 
 

Dana PRU 13: Surat Cinta Anwar kepada Azizah Dilelong dengan Nilai RM50 Ribu

Posted: 30 Sep 2012 06:00 PM PDT



[KD] SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak.

Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata.
"Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara," kata Presiden KEADILAN itu.

Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: "Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan."

"Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.
Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.

Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.

"Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama," katanya.

 
 
Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000

Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.

 
 
Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.

Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.

 
 
Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000.

Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.

Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.

Barangan peribadi milik bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.

Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.

Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508.

[Wajib Baca] Audit Buktikan Ada Penipuan Besar-besaran dalam Daftar Pemilih

Posted: 30 Sep 2012 05:55 PM PDT



Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat

[KD] SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

"Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

"Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.

"Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

"Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

"Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

"Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

"Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

"Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

"Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya.
 
 
 

Bilangan Tetamu Majlis Perkahwinan Anak Ali Rustam Pecah Rekod, Soalnya Siapa Keluar Kos RM4 - RM13 Juta?

Posted: 30 Sep 2012 05:31 PM PDT

Isteri kepada Yang DiPertua Negeri Melaka, Mohd Khalil bin Yaakob, Toh Puan Zurina Kassim (dua kanan) di iringi oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (kiri) bersama isteri Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (dua kiri) yang hadir pada majlis perkahwinan anak sulung lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka, Ahad. Perkahwinan anak sulung lelaki Ketua Menteri, Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama cucu kepada bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Nur Azieha Mohd Ali di banjiri lebih 100,000 orang tetamu termasuk para tetamu kehormat yang hadir bagi meraikan kedua-dua mempelai itu.-fotoBERNAMA, teksMstar

[HD] MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.

Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.

"Itu duit siapa?" soal beliau.

Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.

Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.

Mohd Ridhwan dan Nur Azieha berarak masuk ke Dewan Tun Ali, semalam. Foto/teks HM

Tiada ulasan: