Sabtu, 6 Oktober 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KANTOI! Bekas Wartawan Suara Keadilan Ejen Umno?

Posted: 06 Oct 2012 05:22 AM PDT

http://jalanpulang1978.blogspot.com

Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.

Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.

"Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
"Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media.

Untuk mengetahui siapa sebenarnya Dzulkarnain Taib ini dan mengapa dia dikatakan menjadi ejen Umno, ikuti tulisan seterusnya.


Ekoran pendedahan oleh PASPB blog di sini semalam amat memeranjatkan ramai pihak. 

Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.

Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor. 


Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Umno Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.

Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM. 


Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini.

Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini? 


Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli PKR yang membaca 'posting' ini agar menyiasat perkara ini. 

Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..

50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti Mohd Sabri Said, 06 Okt 2012 PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti. Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang. "Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu. "Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain. Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya. Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat. "Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri. Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

Posted: 06 Oct 2012 05:16 AM PDT

Mohd Sabri Said,
PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.

Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.

"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.

"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.

Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.

Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

Kerajaan pinggir SAR dalam Bajet 2013

Posted: 06 Oct 2012 05:14 AM PDT

Selangorku,

SHAH ALAM: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Tinggi Negeri, Dr Halimah Ali kesal dengan Kerajaan Pusat yang dikatakan tidak adil dalam pengagihan Bajet 2013 terutama dalam bidang pendidikan melibatkan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Katanya, perlaksanaan itu menggambarkan Umno-BN mendiskriminasi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka di peringkat sekolah rendah agama.

Beliau berkata, adalah menjadi hak setiap ibu bapa untuk memilih menghantar anaknya ke mana-mana jenis sekolah yang difikirkan perlu.

"Apa bezanya hak mereka ini? Bukankah keperluan mereka juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia," soalnya dalam satu kenyataan media semalam.

Jelasnya, berdasarkan Petikan Artikel Perlembagaan Malaysia (Bahagian 2 Hak Asasi) Perkara 12 berkenaan pendidikan, menyatakan tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.

Tambah Dr Halimah, dalam pembentangan bajet itu, tidak menyatakan peruntukkan kewangan untuk institusi pendidikan Islam seperti elaun guru, latihan perguruan dan Sekolah Kafa seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Jika peruntukkan RM100 juta boleh diberikan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Mubaligh yang bukan diperingkat dasar, kenapa SAR tidak dapat?

"Sedangkan SABK bukanlah bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar," katanya.

Untuk rekod, setakat ini, Sekolah Agama milik Kerajaan Negeri sebanyak 107 buah dengan bilangan guru 4,680 orang dan 62,929 pelajar.

Manakala, Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan RM264 juta bagi tahun 2011.

Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

Posted: 06 Oct 2012 05:09 AM PDT

Nazri Abdullah,
 
KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.

Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?

"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

Taklimat peguam Perancis mungkin di S'pura

Posted: 06 Oct 2012 05:00 AM PDT

 
Christine Chan


 
Peguam Perancis yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes urus niaga Scorpene mungkin akan memberikan taklimat kepada anggota Parlimen Malaysia di Singapura.

Rancangan awal untuk mengadakannya sesi dengan William Bourdon di Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

anwar receives award in paris 2Katanya, ia ekoran kemungkinan kumpulan peguam dari negara itu - termasuk Bourdon yang pernah diusir pulang sebelum ini - tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Terdapat kemungkinan sesi di Singapura itu akan diadakan pada November, kata Anwar lagi kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ucap utama dalam seminar "Adakah Kebangkitan Arab berpotensi menjadi kebangkitan Umat Islam?" di Paris semalam.

Anwar semalam mengesahkan bahawa Bourdon dan peguam Joseph Breham bersetuju datang ke Malaysia untuk menjejaskan butiran terperinci siasatan di Paris kepada Dewan Rakyat.

Tangani rasuah sedikit demi sedikit dapat pujian

Posted: 06 Oct 2012 04:57 AM PDT

 
Koh Jun Lin


 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dipuji kerana membanteras rasuah sedikit demi sedikit dan tidak tenggelam dalam menangani masalah itu, kata penasihat kepada American Bar Association Rule of Law Initiative (ABA-ROLI).

Daniel Eric Stonecipher berkata selain perkara itu, kejujuran SPRM dalam usaha mereka ditambah sokongan dari ahli politik kanan negara menjadikan SPRM badan yang amat disenangi dalam menjalinkan kerjasama.

azlan"Ada masanya kita bangun pagi dan berasa seolah-olah rasuah adalah satu masalah yang terlalu besar untuk ditangani.

"Perkara yang kita perlu faham tentang usaha SPRM, mereka menguraikan usaha itu ke dalam langkah yang lebih kecil dan melaksanakannya langkah demi langkah, yang pastinya memberi kesan sebenar.

"Banyak negara nampaknya tenggelam dalam cabaran menangani rasuah. Saya tidak rasa masalah ini boleh dihadapi dengan berkesan melainkan satu pendekatan strategik seperti dilakukan SPRM digunapakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual diaturkan SPRM sewaktu persidangan tahunan International Association of Anti-Corruption Authorities di Kuala Lumpur hari ini.

Penan terus 'kepung' empangan Murum

Posted: 06 Oct 2012 04:55 AM PDT

 
Dukau Papau


 
Masyarakat Penan terus berhimpun dan menghalang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan Murum, selaki gus memutuskan perhubungan keluar masuk kenderaan pengangkut bahan binaan bernilai ribuan ringgit.

NONEHalangan baru di buat pada Khamis di jalan balak lama melalui ladang kelapa sawit, yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

"Sarawak Energy Berhad (SEB) sebelum ini menggunakan jalan itu sebagai alternatif ke tapak empangan untuk tiga hari lepas," kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin.

Katanya, hadangan itu menyebabkan SEB dan syarikat lain berhenti menggunakan jalan utama untuk ke Murum dan tapak projek itu.

"Kerja-kerja penting pembinaan untuk empangan itu lumpuh sejak minggu lepas, manakala pemandu kenderaan sudah meninggalkan lori simen, trak dan lori treler mereka tersadai dengan bahan pembinaan dekat hadangan itu," katanya.

 NONE

'Buktikan demonstran Pengerang dibayar RM30'

Posted: 06 Oct 2012 04:50 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
Anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dituntut membuktikan dakwaannya bahawa peserta perhimpunan membantah projek petrokimia di kawasan itu pada 30 September lalu dibayar RM30 seorang.

"Kita menuntut supaya Azalina mengemukakan bukti dengan tuduhan berkenaan, kalau tidak, tarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," tuntut gabungan 30 NGO yang mengelarkan diri mereka "Johor Yellow Front".

NONEAzalina kelmarin berkata di Parlimen, orang ramai, yang kebanyakannya didakwa orang luar, hadir ke perhimpunan itu kerana setiap peserta dibayar RM30.

Beliau juga mendakwa kebanyakannya peserta yang hadir orang luar dan jumlanya hanya 3,000 orang sahaja dan bukan 7,000 seperti didakwa penganjur.

Dalam kenyataan bersama 30 NGO itu hari ini, mereka juga mengkritik Azalina yang didakwa gagal mendengar suara rakyat tempatan yang menolak projek itu.

"(Tetapi) Datuk (Azalina) bukan sahaja tidak menghadiri perhimpunan ini, yang lebih mengecewakan, Datuk membuat tuduhan yang mengelirukan rakyat jelata.

"Ini termasuklah kenyataan 'orang tempatan/orang luar'," menurut kenyataan itu lagi.

Mereka juga berkata, projek petrokimia itu ditolak kerana isu alam sekitar, pengambilan tanah penduduk dan terjejasnya rezeki mereka.

"Kami hendak memastikan kehidupan hadapan anak-anak kita jauh dari pencemaran. Kesemua tindakan ini menunjukkan kita mencintai tanah air kita dan berhati suci untuk memeliharanya," kata gabungan NGO itu lagi.

Tiada ulasan: