DIALOG RAKYAT |
- TanyaNajib : Dipuji & Dikritik di Twitter & Youtube. Apakah Pula Soalan Anda Kepada Datuk Najib?
- Hakim benarkan proses singkir saksi bekas menteri
- DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah
- NGO buat laporan polis terhadap Anwar dan tiga MP Pakatan
- SPRM siasat Ali Rustam mengenai kenduri 130,000 hadirin
- PR Anjur Siri Jelajah Selangor "Benamkan Umno"
- [DEDAH] Menteri, Dua Ketua Pemuda BN Dikait Dengan Gangsterisme
- [GILA] Kos Tangki Air Plastik 1Malasyia RM2500 Seunit
- Nelayan Pengerang rayu bancian dipercepatkan
- Kes rayuan Khir Toyo ditangguh kepada Disember
- BN Pulau Pinang diminta bayar RM22j dalam 30 hari
- Pakar kata prosedur SPRM cacat, bukan undang-undang
- Buku teks lebih 200 kesilapan
- Terjemah bantah Bajet 2013 pada himpunan 3 Nov
- Pakatan: GLC negeri boleh urus carigali minyak
- #TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like
- Royalti: Kelantan tuntut bayaran RM10.4 bilion
- Lupus al-Quran dengan membakar, nasihat Mufti Pahang
- Bajet: Mana peruntukan tangani gejala sosial?
- Pengerang: Peserta datang dengan rela hati
- Muhyiddin terlupa Najib pernah minta maaf dengan rakyat Selangor
- Gagal Siap Laporan Bertulis MTUC Gesa Kerajaan Tangguh Bayar Faedah Persaraan Hakim
- Abil terima tawaran jadi pakar motivasi
- Umno-BN Amal Pengurusan Ekonomi Silap Mata
- Nurul Izzah : Bajet Umno-BN Pinggir Agenda Generasi Muda
TanyaNajib : Dipuji & Dikritik di Twitter & Youtube. Apakah Pula Soalan Anda Kepada Datuk Najib? Posted: 05 Oct 2012 07:26 AM PDT Sebelum ini bagi komuniti di Internet contohnya, kita boleh perhatikan program #TanyaNajib telah dipromosikan cukup meluas, ada iklannya di mana sahaja termasuklah menggunakan saluran pengiklanan besar seperti Google Adsense dan pengiklanan di Youtube termasuklah promosi secara berterusan di media arus perdana. Akhirnya pada hari yang dinantikan…. Dalam keadaan kami menonton yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.di Youtube, secara tiba-tiba video #TanyaNajib telah diletakkan pada status "private". Kami tidak pasti, adakah yang datang menonton video tersebut semata-mata mahu menekan butang "dislikes" atau mahu menonton sebenarnya. Yang mana satu? Video Penuh TanyaNajib di YoutubeWalaubagaimanapun video penuh bagi rakaman semasa sesi TanyaNajib telah pun dimuat naik semula di Youtube yang boleh anda tonton di bawah ini Sumber : Saluran "Njoi" di Youtube TanyaNajib : Reaksi Rakyat Malaysia di TwitterKami sempat memerhatikan satu persatu tweet yang dihantar. Kami sempat merakam beberapa tweet, ada soalan yang serius tetapi sebenarnya banyak juga yang terkeluar daripada topik asal mengenai Bajet 2013. Terlalu banyak tweet yang dihantar. Beribu jugalah…..antaranya ialah : Jikalau anda diberikan ruang dan peluang, apakah soalan-soalan yang bakal anda kemukakan kepada Datuk Seri Najib Razak. Tidak kira sebarang is dan topik, kongsikan soalan-soalan tersebut di sini…. P/S : Kami suka untuk membaca pendapat, luahan dan persoalan anda di sini… | ||
Hakim benarkan proses singkir saksi bekas menteri Posted: 05 Oct 2012 07:12 AM PDT TERKINI Oleh Hafidz Baharom Dalam penghakimannya, Datuk Asmadi Asmawi mengatakan testimoni Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (foto fail) semalam dan hari ini mengatakan kabinet tidak perlu meluluskan sebarang semakan dalam harga terakhir yang diluluskan bagi pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bercanggah dengan kenyataan kepada Supt. R Rajagopal pada 6 Julai 2011. "Selepas menyemak kenyataan yang diberikan dalam mahkamah oleh saksi dan membandingkan dengan kenyataan yang dibuat kepada polis di bawah Seksyen 112, Kanun Acara Jenayah, saya mendapati terdapat kontradiksi jelas. "Pihak pendakwaan boleh teruskan untuk menyingkirkan saksi," kata Ahmadi. Semasa penyerahan, peguam pembelaan Wong Kian Kheong meminta hakim membenarkan mereka untuk melihatkeseluruhan kenyataan bersumpah dibuat kepada pihak polis dan bukannya hanya kenyataan yang menyinggung perasaan. "Kami meminta mahkamah membenarkan kita mengakses kenyataan penuh daripada pihak polis supaya kita dapat mengkaji soalan dan konteks kenyataan kepada polis untuk keadilan," kata Wong dalam mahkamah. Ini telah dibantah oleh DPP Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang berkata tidak ada keutamaan bagi apa-apa permintaan. "Kami membantah permintaan itu kerana sentiasa bahawa tertuduh dan pembelaan hanya menunjukkan kenyataan yang salah dan bukan kenyataan penuh," katanya. Ahmadi kemudian memutuskan bahawa dia akan mendengar hujah-hujah mengenai perkara itu pada hari Isnin. Tun Majid juga memberi notis bahawa dia akan membantah pihak pembelaan yang mahu membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan. Sementara itu, Tun Dr Ling Liong Sik memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengeluarkan sepina untuk ketiga-tiga perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan Najib – untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tanah PKFZ. "Mereka menuduh saya berbohong kepada kerajaan, jadi saya mahu ketiga-tiga ini memberi pandangan mereka mengenai perkara ini," katanya selepas mahkamah ditangguhkan hari ini. Abdul Kadir merupakan saksi dalam kes pendakwaan terhadap bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, yang dituduh menipu kabinet bagi meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah untuk projek PKFZ yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan. Projek tersebut pada mulanya dianggarkan bernilai RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Liong pada tahun 1997, meningkat lebih empat kali ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007. Dr Ling berkhidmat sebagai menteri pengangkutan dari January 1986 sehingga May 2003. Pendedahan kajian kedudukan oleh firma perkaunan terkenal PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 2009 bahawa kos untuk membayar hutang boleh mencecah RM12.5 bilion. Semenjak Disember 2009, enam individu sudah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA Dr Ling dan bekas menteri pengangkutan selepasnya dan timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy. Kedua-dua dituduh menipu kabinet. Dr Ling turut menghadapi dua dakwaan alternatif menipu kabinet sehingga percaya terma pembelian — RM25 sekaki persegi dicampur dengan faedah sebanyak 7.5 peratus — diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun mengetahui tiada sebarang perjanjian. Beliau menghadapi kemungkinan dipenjara selama tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan pertuduhan pertama dibawah seksyen 418 Kod Jenayah. Pertuduhan alternatif pula hukumannya lebih ringan lima tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya sekali. Perbicaraan ditangguhkan ke Isnin hadapan dimana Dr Mahathir akan memberikan keterangan pada pukul 3.00 petang. | ||
DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah Posted: 05 Oct 2012 07:07 AM PDT Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa. Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. "Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?," kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media. Menurut Guan Eng lagi, penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti kukuh kegagalan kerajaan BN untuk membanteras rasuah. Turut disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah melibatkan perkahwinan "Malaysian Book Of Record" anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hingga menyebabkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan hari ini. "Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut," tambah Guan Eng. Malahan pemimpin DAP tersebut juga mempersoalkan sikap Najib yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. "Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia." Tegas Guan Eng lagi, Najib sebagai seorang pemimpin negara perlu segera mengambil langkah yang tegas tanpa memilih bulu serta komited dalam usaha membanteras rasuah dan bukannya sekadar bercakap kosong tetapi tidak melakukan sesuatu. "Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka, gugurkan pemimpin BN yang hidup mewah dan menginstitusikan tender terbuka," ujar Guan Eng lagi. | ||
NGO buat laporan polis terhadap Anwar dan tiga MP Pakatan Posted: 05 Oct 2012 07:04 AM PDT Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara. "Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen? "Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer. "Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini. Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut. Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang. Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media. | ||
SPRM siasat Ali Rustam mengenai kenduri 130,000 hadirin Posted: 05 Oct 2012 06:59 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh. "Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula. Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf "Malaysia Book of Records" sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. — Bernama | ||
PR Anjur Siri Jelajah Selangor "Benamkan Umno" Posted: 05 Oct 2012 06:53 AM PDT KELAB GREENBOC Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan. Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor. Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat. "Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini. "Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi. Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation. Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee. Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat. "Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP. "(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar," kata Adun Hulu Kelang itu. -KD | ||
[DEDAH] Menteri, Dua Ketua Pemuda BN Dikait Dengan Gangsterisme Posted: 05 Oct 2012 06:51 AM PDT KELAB GREENBOC Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India. Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh 'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan. Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36. Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36. Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul. Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan. "Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti. "Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat," katanya ketika ditemui di luar balai polis. Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam. -selangorku | ||
[GILA] Kos Tangki Air Plastik 1Malasyia RM2500 Seunit Posted: 05 Oct 2012 06:49 AM PDT KELAB GREENBOC Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut. Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima. "Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu," Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik. "Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?" soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini. Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang. "Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air," ujar Dr.Hiew. Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur. "Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar." jelasnya lagi. "Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin." – Roketkini | ||
Nelayan Pengerang rayu bancian dipercepatkan Posted: 05 Oct 2012 06:43 AM PDT Menurut mereka, jika lambat membuat bancian, akan lambatlah pampasan diperolehi. PETALING JAYA: Beberapa nelayan di Pengerang, Johor yang terlibat dengan projek mega petro kimia bernilai RM60 bilion mendakwa nama mereka belum dibanci untuk mendapatkan pampasan kerajaan negeri. Menurut mereka jika lambat membuat bancian, akan lambatlah pampasan diperolehi. "Saya mendapat tahu sekumpulan nelayan yang terbabit dengan bancian awal sudah mendapat pampasan bernilai RM30, 000 sekeluarga. "Cuma kami tidak tahu bila kami semua akan mendapat pampasan kerana saya mendapat tahu nelayan akan dipindahkan awal tahun depan," kata Ramli Ahmad. Manakala seorang nelayan lain memberitahu, memandangkan mereka berpendapatan rendah, pihak berkenaan perlu mengutamakan nasib golongan tersebut. Zulkifli Ibrahim berkata, wakil-wakil rakyat di Pengerang kena turun padang untuk melihat sendiri masalah nelayan. `Tidak nampak muka wakil rakyat' "Bila lagi kami hendak dibanci kerana masa untuk berpindah sudah hampir…hanya beberapa bulan lagi. "Saya tidak nampak muka wakil rakyat datang," tambahnya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Pengerang, Abu Bakar Mohamad memberitahu, pihaknya hanya membuat bancian terhadap nelayan yang menjadi ahli persatuan. Manakala yang tidak menjadi ahli diuruskan oleh pejabat ADUN dan Parlimen, katanya lagi. "Tetapi kami telah membanci kira-kira 3, 000 keluarga nelayan tetapi untuk yang lain belum diketahui tarikhnya," kata beliau lagi. | ||
Kes rayuan Khir Toyo ditangguh kepada Disember Posted: 04 Oct 2012 09:52 PM PDT Prosiding rayuan bekas MB Selangor Mohd Khir Toyo terhadap sabitan rasuah terhadapnya telah ditangguhkan kepada 7 Disember. Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya, A Athimulan ketika ditemui di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini. Beliau berkata kes itu akan didengar lagi di Mahkamah Rayuan pada 7 Disember untuk "hujah selanjutnya". Mohd Khir merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkannya terhadap tuduhan menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan harta berharga pada harga di bawah nilai pasaran. Mohd Khir dijatuhkan hukuman penjara dan hartanya telah diarahkan dirampas. Bagaimanapun, hukuman penjara itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan. | ||
BN Pulau Pinang diminta bayar RM22j dalam 30 hari Posted: 04 Oct 2012 09:50 PM PDT BN Pulau Pinang diberitahu supaya membayar baki RM22 juta untuk tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin setelah mereka berkeras untuk memperolehnya bagi pembinaan perumahan awam. Kerajaan negeri memberikan tempoh 30 hari kepada BN negeri, bermula hari ini, untuk membuat pembayaran mereka. Setiausaha politik kepada ketua menteri Ng Wei Aik (kiri) berkata, kerajaan negeri sudah bersedia untuk menyerahkan tanah itu kepada BN dengan harga RM450 sekaki persegi atau bayaran penuh RM22,407,300 untuk 1.1 ekar tanah. Ng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar bagaimanapun mengingatkan, tanah itu hendaklah digunakan untuk perumahan awam dan tertakluk kepada syarat kerajaan negeri. "Walaupun sayap Pemuda BN negeri sudah membayar 'cengkeram' berjumlah RM224, 073 atau satu peratus daripada nilainya, pembayaran penuh mesti dibuat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Komtar semalam. "Baki RM22, 183,227 mesti dibayar. Jika pembayarannya tidak bagus, kita tidak boleh beri tanah kepada mereka," tambahnya. Isu sekitar tanah itu timbul apabila pemimpin BN negeri sebelum ini mendakwa Taman Manggis yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat dijual kepada pemaju untuk membina hotel, hospital dan lima tempat letak kereta. | ||
Pakar kata prosedur SPRM cacat, bukan undang-undang Posted: 04 Oct 2012 09:48 PM PDT Pakar undang-undang tidak bersetuju dengan penilaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa undang-undang perlu dipinda sebelum ia boleh menjadi lebih berkesan untuk bertindak terhadap tokoh-tokoh politik yang rasuah. Rabu lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, yang juga anggota panel khas SPRM, mendedahkan bahawa suruhanjaya itu telah berhujah bahawa ia terhalang oleh "peruntukan kuno" dalam undang-undang yang sedia ada. Salahuddin (kiri) telah memberikan satu contoh kes yang dibangkitkan oleh SPRM kepada PSC di mana seorang pemimpin negeri yang kaya, tidak boleh didakwa kerana kelemahan dalam undang-undang, walaupun enam kertas siasatan dibuka terhadap individu tersebut. Antara lain, kata Salahuddin, SPRM telah memberitahu PSC bahawa ia mahu seksyen 23 dan 50 (lihat di bawah) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dipinda. Seorang peguam kanan, Datuk Baljit Singh Sidhu, yang juga mengajar undang-undang, tidak bersetuju dengan keperluan untuk meminda dua bahagian tersebut. "Malah, seksyen 23 yang diambil dari, dan serupa dengan undang-undang Hong Kong. Oleh itu, saya tidak faham mengapa SPRM mendakwa undang-undang itu kuno, sedangkan ia hanya baru sahaja digubal (tiga tahun lalu). "Tambahan pula, anda ada peruntukan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 di bawah Kanun Keseksaan dan Perintah Darurat. Apakah lagi undang-undang yang SPRM perlukan?" katanya kepada Malaysiakini. Sebaliknya, Baljit mencadangkan supaya SPRM meningkatkan usaha penyiasatan dan berhenti bergantung kepada pengakuan untuk memenangi kes. Pengakuan telah tidak digunakan atau tidak boleh diterima di mahkamah sebagai sebahagian daripada bukti yang sejak 2006. "Mereka tidak boleh semata-mata bergantung kepada mengambil kenyataan untuk mengumpul bukti kerana terdapat cara lain lagi," katanya. Sementara itu, seorang lagi peguam kanan CV Prabhakaran berkata soal tafsiran undang-undang hendaklah diserahkan kepada mahkamah dan tugas utama SPRM adalah untuk mendakwa individu selagi ada bukti yang mencukupi. Prabhakaran berkata seksyen 23, yang melibatkan penggunaan jawatan dalam menerima suapan, dan seksyen 50, yang berkaitan dengan tanggapan dalam kesalahan tertentu, adalah "undang-undang yang baik". | ||
Posted: 04 Oct 2012 09:35 PM PDT
1. Sungguh memeranjatkan! Bagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan sebuah buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 yang menjadi silibus Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] mengandungi lebih 200 kesalahan utama. Kesalahan yang melibatkan nahu tatabahasa, methodologi bahasa dan susunatur bahasa dan ejaannya. 2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar. Apakah kegagalan hampir 50% pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah berpunca dari silibus yang salah? 3. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah [KBSM] Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 5 yang diterbitkan oleh Cerdik Publication Sdn Bhd [203370-D] dan dicetak oleh Percetakan Rina Sdn Bhd [31964-X]. 4. Kesilapan ketara seperti ini sewajarnya tidak berlaku. Bukan sahaja ia merosakkan masa depan pelajar yang gagal menguasai bahasa arab dengan baik tetapi juga melibatkan pembaziran dengan kos yang tinggi. Justeru itu pihak kami Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengetahui berapakah jumlah cetakan buku tersebut dan berapa pula kos percetakannya? Jangan hanya kerana kelalaian atau kecuaian yang didiamkan, mengorbankan wang rakyat. 5. Sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para saterawan negara dan cerdik pandai. Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||
Terjemah bantah Bajet 2013 pada himpunan 3 Nov Posted: 04 Oct 2012 09:29 PM PDT
Beliau yang ditemui Harakahdaily juga turut meminta Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) atau "R" juga turut hadir memberi sokongan. "Gabungan R bukan sahaja dari Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak juga boleh melibatkan diri pada perhimpunan tersebut tanda sokongan kita untuk suatu perubahan besar negara ini. "Inilah satu himpunan untuk kita menunjukkan sokongan padu kita kepada Pakatan Rakyat yang mana satu perubahan demi kebaikan golongan anak muda akan terlaksana apabila kemenangan milik kita pada pilihanraya umum nanti," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia. Beliau yang mengulas Bajet 2013 pada kali ini sudah menghala kepada golongan anak muda adalah satu belanjawan yang bersifat sementara. "Belanjawan kali ini lebih fokus kepada golongan anak muda dan ia hanyalah bersifat nikmat sementara bukannya berterusan. "Bantahan terhadap belanjawan bersifat sementara itu harus kita terjemaahkan pada perhimpunan tersebut, kita tidak mahu anak muda dilayan untuk nikmat sementara tetapi apa yang kita mahukan adalah sebuah kerajaan yang menitik berat masa depan anak muda untuk selamanya," sambung beliau lagi. Dalam pada itu, Mohd Firdaus turut menegaskan agar anak muda ataupun sesiapa sahaja yang ingin turut serta pada perhimpunan tersebut tidak takut dengan tohmahan mahupun ugutan yang dilakukan melalui media arus perdana milik Umno Barisan Nasional. "Ini merupakan perhimpunan terbesar yang terakhir sebelum pilihanraya umum dan harapan saya agar semua anak muda dari PAS, DAP serta PKR di seluruh negara melapangkan diri untuk hadir. "Kita dengar amanat yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat terutama isu belanjawam 2013 serta persiapan kita bagi menghadapi pilihanraya," tambah beliau lagi. Beliau juga turut menjangkakan satu program berkaitan dengan anak muda akan diadakan sebelum berlangsungnya program utama pimpinan Pakatan Rakyat. | ||
Pakatan: GLC negeri boleh urus carigali minyak Posted: 04 Oct 2012 09:27 PM PDT
PENGKALAN CHEPA: Negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. "Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad. "Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya pada ceramah di Putik malam tadi. Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Program tersebut anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, pemimpin-pemimpin Umno begitu kelam kabut apabila ada pihak yang sedia memberi khidmat jet bagi kegunaan pemimpin Pakatan Rakyat ketika sambutan Hari Malaysia di Sarawak baru-baru ini. Katanya hartawan tersebut membuat tawaran percuma kerana tahu Ketua Pembangkang tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk memberi projek kepada orang terbabit. Katanya juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawar menaiki jet milik keluarga pemerintah Arab Saudi terbang ke Jeddah selepas mendapat rawatan tulang belakang di Jerman setelah dibebaskan di penjara. "Namun berlainan dengan pemimpin-pemimpin Umno apabila terdapat dakwaan sering menggunakan kemudahan jet dan helikopter milik jutawan yang ada kaitan dengan sesuatu projek milik kerajaan. "Saya diberitahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sering menaiki helikopter milik seorang korporat yang mendapat projek besar di Johor," katanya. Begitu juga katanya terdapat maklumat pegawai-pegawai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat menaiki jet milik seorang jutawan yang mendapat banyak permit import (AP) ketika balik ke Kota Bharu. Mohamad Sabu pula berkata, PAS sekarang bukan lagi hanya disokong orang Melayu seperti ketika awal penubuhan pada 1951, sebaliknya mendapat sokongan pelbagai kaum dan agama. Kata beliau pada peringkat awal PAS hanya mampu bertapak di negeri-negeri yang mempunyai bilangan penduduk Melayu ramai seperti Kelantan dan Terengganu. "Namun sekarang PAS sudah menjalar ke kawasan yang majoriti dihuni orang bukan Melayu. Bermula dari situlah PAS boleh membentuk kerajaan di Kedah yang mempunyai bilangan penduduk bukan Islam melebihi 30 peratus," katanya. | ||
#TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like Posted: 04 Oct 2012 09:24 PM PDT
KUALA LUMPUR: Rakaman sesi Google Hangout #TanyaNajib 2013 yang dimuat naik ke Youtube oleh beberapa pengguna sejak semalam terus memperlihat lebih ramai penonton memilih 'dislike' berbanding yang 'like'. Pada saluran 'njoiawani', sejumlah 51,432 penonton direkodkan dengan angka dislike sebanyak 11,555 berbanding like iaitu 298. Saluran 'CliffyTRGx3' pula merekodkan sejumlah 1,653 penonton dengan jumlah 261 dislike berbanding 16 likes. Najib pada malam 2 Oktober lalu berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013. Sebelum ini difahamkan rakaman tersebut turut dimuat naik ke saluran Youtube rasmi Najib tetapi kemudiannya diprivatekan sebelum ianya ditarik balik. Rekod penonton sebelum ditarik balik memperlihatkan jumlah 'dislike' adalah 1,409 dan 'like' pula 605. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penarikan balik itu ada kaitan dengan jumlah dislike yang diterima pada video tersebut atau tidak. Di saluran Youtube Astro Awani pula, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90 dan difahamkan ianya juga telah ditarik balik. Rakaman video di semua saluran tersebut bukan sahaja memeperlihatkan jumlah dislike lebih tinggi, malah turut diiringi dengan komen-komen kritikan. Antara lain ramai dikalangan penonton mempersoal tindakan Perdana Menteri yang tidak mahu menyahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga turut mempersoal tindakan Najib yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika Anwar membahaskan bajet tersebut Isnin lalu. | ||
Royalti: Kelantan tuntut bayaran RM10.4 bilion Posted: 04 Oct 2012 09:21 PM PDT
KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan. Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri. Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini. Dalam memorandum itu, NGO 'R' membuat resolusi menuntut Datuk Seri Najib memastikan pembayaran Wang Royalti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974. Mereka juga menuntut bayaran keseluruhan termasuk tunggakan iaitu berjumlah RM10.4 Billion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975. Dalam pada itu, mereka juga menggesa Perdana Menteri dan Petronas membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas di Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan hanya 140 kilometer sahaja ke Pantai Senok, Bachok. Berbanding ke Kerteh, ianya lebih jauh dengan jarak pembinaan paip sepanjang 300 kilometer. Menurut Pengerusi R, Nazri Deraman, pembinaan hab di Bachok itu secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan. "Ianya juga selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yang telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya. Pembinaan itu juga ujarnya akan membuka peluang kerja yang sangat luas sekiranya projek gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan. | ||
Lupus al-Quran dengan membakar, nasihat Mufti Pahang Posted: 04 Oct 2012 05:16 PM PDT SINAR HARIAN KUANTAN - Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman menasihatkan umat Islam di negara ini agar menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf pihak berkuasa bagi melupuskan kitab suci itu. Beliau berkata ini bagi memastikan proses pelupusan dilaksana mengikut syariat Islam. Kaedah terbaik pelupusan ialah menerusi pembakaran dan usaha pelupusan melalui kaedah pembakaran ini sudah dimulakan sejak zaman Saidina Uthman lagi dan diteruskan sehingga kini, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau sebelum itu melaksanakan proses melupuskan abu al-Quran seberat tiga tan yang dibuang kira-kira tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tajung Gelang dekat sini. Abu terbabit dibawa ke lokasi pelupusan oleh kapal TLDM KD Pahang dan program itu merupakan yang pertama di negeri ini. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata proses pelupusan perlu dilakukan sebaik mungkin bagi menjaga kesucian al-Quran. "Abu al-Quran yang dilupuskan hari ini membabitkan sejumlah teks serta kitab lama yang sudah rosak serta mempunyai kesilapan percetakan dan tidak boleh dibaca yang kemudian dikumpulkan dari seluruh negara oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya. Beliau berkata proses pembakaran dilakukan oleh pihak Percetakan Soufi di Cheras, Selangor. Ditanya sama ada perlu diwujudkan satu tapak pembakaran khusus untuk al-Quran di negeri ini, beliau berkata perkara berkenaan boleh dipertimbang. "Tidak dinafikan proses pelupusan ini memerlukan belanja yang besar namun sekiranya bersesuaian kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan satu di negeri ini. "Namun sekiranya pihak Percetakan Soufi masih mampu menampung keperluan pelupusan, lebih elok serahkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran," katanya. Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.- Bernama | ||
Bajet: Mana peruntukan tangani gejala sosial? Posted: 04 Oct 2012 05:12 PM PDT
Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala. Kami menyatakan rasa kesal tiadanya satu peruntukan khas dalam Bajet 2013 yang menjurus kepada usaha serius dan bersepadu menangani gejala sosial dan sosial yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari, statistic membuktikan terdapatnya peningkatan pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku. Peningkatan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tak sah taraf:
o 83.3 kes sehari o Satu kes setiap 15 minit Kes pembuangan bayi yang begitu ketara:
Pada 6 Julai yang lalu, negara ini digemparkan dengan insiden bayi disorokkan di dalam beg sekolah selama berhari-hari sebelum ditemui. Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan negara, terbabit dalam pelbagi jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gengsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabuk dan bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa. Kami ingin menekankan, peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan di luar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan. Memperuntukkan sumber kewangan dan dana yang mantap, stabil dan mencukupi bagi melaksanakan usaha penting ini sewajarnya menjadi keutamaan pihak kerajaan buat masa ini. Kami ingin menegaskan, usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata, tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan insaniah yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudarat dan kerosakan. Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekian lama terbabit secara langsung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, IKRAM membuat penegasan menuntut semua pihak – setiap ahli masyarakat, remaja, ibu bapa, orang dewasa dan khususnya pihak kerajaan:
Kami menuntut agar penegasan ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan negara, demi Malaysia yang lebih sejahtera, untuk semua! Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pengerusi JK Pembangunan Sosial Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Rosmawati Zainal Pengarah Raudhatus Sakinah Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek Pengerusi Rumah Iman 1 dan 2 (SIDIM) Ustaz Roslan Mohamad Isa Penyelia Baitul Islah PERKID Shah Alam Hazlina Abdul Razak Pengarah Darul Wardah Pn Hjh Norlina Haji Alawi Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi | ||
Pengerang: Peserta datang dengan rela hati Posted: 04 Oct 2012 05:02 PM PDT
Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30. Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan. Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang. "Itu tidak betul. Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui. Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa. Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu. "Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang. Kami bersedia bila-bila masa," katanya. Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut. Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur. "Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir. Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar. Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas. "Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali. Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah. Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan. | ||
Muhyiddin terlupa Najib pernah minta maaf dengan rakyat Selangor Posted: 04 Oct 2012 05:00 PM PDT
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor. Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok. "Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed. Muhyiddin berkata, sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN. Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran. Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.- Bernama. Ulasan GB Muhyiddin terlupa pada suatu masa yang belum berapa lama, PM sendiri, Najib Tun Razak telah memohon maaf kerpada rakyat Selangor kerana kerajaan BN yang lalu telah banyak melakukan kesilapan. Kesilapan-kesilapan UMNO BN di Selangor tidak mudah untuk dilupakan malah sehingga sekarang pun UMNO BN terus mahu menipu dan mengkhianati rakyat Selangor dengan melakukan hal-hal yang tidak demokratik serta membelakangkan semangat federalisma. Politiking berlebihan di Selangor adalah kerana UMNO BNlah yang mencetuskannya apabila beberapa isu yang besar dipolitikkan sedemikian rupa untuk cuba menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seperti isu-isu air, Langat 2, Talam dan sebagainya. Rakyat Selangor tidak semudah itu untuk diperbodohkan dan tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali.-harakah daily | ||
Gagal Siap Laporan Bertulis MTUC Gesa Kerajaan Tangguh Bayar Faedah Persaraan Hakim Posted: 04 Oct 2012 04:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 OKT : Kegagalan Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari mengemukakan keputusan bertulis dalam kes semakan kehakiman Malaysian Trade Union Congress (MTUC) melawan Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas). Oleh itu, MTUC meminta badan kehakiman untuk menunda pembayaran faedah persaraan kepada Hakim Zaleha yang akan bersara beberapa minggu lagi. Dalam kes ini MTUC memohon untuk mengekses laporan audit dan dokumen perjanjian konsesi air yang ditandatangani oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas pada Disember 2004. Zaleha yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa responden tidak berhak untuk mengakses laporan audit dan dokumen perjanjian konsesi air tersebut. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, langkah ini perlu kerana Zaleha didakwa melanggar aturan 'Judges Code of Ethics 1994′ apabila gagal mengemukakan keputusan bertulis bagi kes yang didengar pada 25 Feb tahun lalu. Klausa (f) kod etika itu menyatakan hakim tidak boleh: "dengan sengaja dan tanpa alasan munasabah menunda penyelesaian kes, membuat keputusan dan menulis alasan bagi keputusan yang dibuat." Charles berkata, Zaleha berjanji untuk mengemukakan keputusan bertulis, yang memihak kepada defendan, dalam masa sebulan. "Kes ini tertunda di mahkamah rayuan selama 19 bulan. "Adalah sangat penting bagi keputusan bertulis itu dikemukakan segera kerana Zaleha akan bersara dalam masa beberapa minggu lagi," kata Charles pada sidang media di lobi Parlimen. Charles yang juga koordinator NGO Gabungan Menentang Penswastaan Air (Coalition Against Water Privatisation) berkata tujuh surat dihantar setakat ini kepada Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria dan presiden mahkamah rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, bagi meminta penyelesaian, tetapi belum ada maklum-balas diterima. Beliau menegaskan bahawa kes tidak boleh difailkan di peringkat Mahkamah Persekutuan selagi keputusan bertulis oleh Zaleh belum dikemukakan. | ||
Abil terima tawaran jadi pakar motivasi Posted: 04 Oct 2012 04:51 PM PDT SHAH ALAM – Bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, Abil Fikri Ahmad, 43, yang berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu, mendapat tawaran menjadipakar motivasi beberapa pasangan suami isteri. Sebelum ini, kisah Abil-Fauziah mendapat perhatian media apabila beliau menulis catatan hidup bersama isterinya, Fauziah Muhamad, 38, yang diserang asma sehingga menyebabkannya mengalami kerosakan pada saraf otak sejak Jun 2011. "Saya diminta memberi taklimat motivasi terutamanya kepada pasangan suami isteri di sekitar Bangi, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor, namun saya masih belum memberi jawapan pasti, hanya insya-ALLAH. "Kalau yang dekat mungkin boleh tetapi yang jauh itu buat masa sekarang ini mungkin tidak dapat dipenuhi hajat tersebut," katanyakepada Sinar Harian Onlineketika dihubungi, hari ini. Abil yang menjaga isterinya sepenuh masa memberitahu, kos perbelanjaan bulanan mereka menelan kos sekitar RM2,500.Itu pun hanya untuk keperluan asas sahaja. Mengulas lanjut mengenai tawaran untuk menjadi pakar motivasi, Abil berkata, soal bayaran tidak pernah timbul dan menghargai penghormatan yang diberikan. "Tidak timbul soal bayaran kerana saya hargai sokongan dan doa yang diberikan. Sehingga kini, saya tidak mahu memberi jawapan yang pasti, apabila tiba hari majlis itu nanti, kalau jadi, jadi lah. "Sebelum ini, pernah berlaku apabila sudah berjanji, saya sampai ke lokasi, tetapi tiada apa-apa, program tidak jadi. Saya seolah-olah tertipu," katanya sambil menambah, dia bimbang sekiranya terpaksa berjauhan dengan isterinya bagi memenuhi tuntutan menjadi pakar motivasi. "Ketika ditemu bual sebuah stesen TV sebelum ini, saya asyik berfikir tentang Fauziah. Hati saya tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan dia ketika itu. "Mak cik saya sudah beri susu belum kepada dia, dia ada mencari saya tak, dia sudah tidur ke belum dan macam-macam lagi saya fikir. Itu yang membuatkan saya mahu cepat-cepat balik ke rumah," katanya lagi. Tambahnya, "walaupun ada juga pihak yang sanggup menyediakan tiket penerbangan ke pergi balik ke Johor tetapi saya memang meminta maaf kerana saya tidak dapat memenuhinya." "Jika tugas saya di sini sudah habis, isteri sudah sihat, jangankan di dalam negara, Amerika Syarikat juga saya boleh pergi," katanya sambil berseloroh. Jika sebelum ini, kediaman pasangan ini meriah dengan kunjungan orang ramai yang datang tanpa mengira waktu, tetapi kini Abil mengakui, sokongan itu semakin berkurang sedikit demi sedikit. "Kunjungan yang diterima semakin berkurang, namun sokongan moral yang saya terima daripada pembaca blog masih sama seperti dulu, tidak pernah berkurang," katanya. Ketabahan Abil dikagumi pelbagai lapisan masyarakat kerana keputusannya berhenti kerja dan meluangkan sepenuh masa untuk menjaga isteri yang menderita penyakit saraf otak. Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri. | ||
Umno-BN Amal Pengurusan Ekonomi Silap Mata Posted: 04 Oct 2012 04:44 PM PDT SHAH ALAM : Bajet 2013 membuktikan Umno-BN mengamalkan pengurusan ekonomi silap mata yang penuh dengan kosmetik, transformasi hiasan dan bukan reformasi struktur. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, sejak tahun 1999 kerajaan Umno-BN sudah menggunakan bajet defisit setiap tahun yang meletakkan ekonomi negara ditahap paling lemah berbanding negara-negara Asia lain. Malah, hutang Kerajaan Pusat akan mencecah lebih 53.7 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM502.4 bilion, menjadikan hutang itu menghampiri jumlah siling yang dibenarkan di bawah undang-undang. Jelasnya, hutang itu akan melebihi 65 peratus KDNK sekiranya dijumlahkan dengan 'hutang tersembunyi' di dalam bentuk 'Contingent Liability'. Tambahnya, statistik serta unjuran pertumbuhan ekonomi kerajaan Umno- BN seringkali tidak mencapai sasaran sebaliknya hanya mencapai purata sebanyak 4.2 peratus KDNK daripada jumlah sasaran 6 peratus. "Setiap tahun pula akan ditambahkan bajet dengan peruntukan pembekalan tambahan (supplementary budget). Kecenderungan 'bermain nombor dan angka' hanya mencacatkan kewibaan pengurusan ekonomi di mata dunia," katanya dalam ucapannya di Parlimen hari ini. Izzah turut mempersoalkan hutang terkumpul oleh syarikat-syarikat Syed Mokhtar sebanyak RM34.3 bilion yang tidak diberi jaminan untuk cuba 'diselamatkan' oleh kerajaan. "Ia melibatkan 10 peratus dari hutang korporat nasional dan jika dibanding dengan kes Renong yang merupakan RM20 bilion iaitu lapan peratus dari hutang korporat nasional ketika itu," katanya. | ||
Nurul Izzah : Bajet Umno-BN Pinggir Agenda Generasi Muda Posted: 04 Oct 2012 04:40 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan