Rabu, 3 Oktober 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Wat Siam bantu bina Lebuh Raya Rakyat

Posted: 03 Oct 2012 06:06 AM PDT

Rizal Tahir,

TUMPAT: Usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat kini terus mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan agama. Mereka tampil selepas projek itu diketepikan kerajaan persekutuan sejak 1986.

Dan pada Jumaat ini sebanyak 32 buah wat Siam di negeri ini mengambil inisiatif mengumpul dana Lebuh Raya Rakyat yang akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Sami Buddha Tumpat, Than Tit berkata, pihaknya turut mengambil tangungjawab bersama membantu kerajaan negeri membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu bagi keperluan orang ramai.

"Jangan pula ada pihak menganggap pemberian sumbangan kami itu sebagai isu politik.

"Lebuhraya tersebut merupakan keperluan semua tidak kira agama, bangsa atau pegangan agama mereka," katanya di sini.

Menurutnya majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk ufti akan diadakan di Wat Machimmaran dekat sini yang turut dihadiri penduduk Siam tempatan.

Difahamkan sebelum berlangsung majlis penyerahan tersebut syarikat yang bertanggungjawab membina Lebuh Raya Rakyat, Baidah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd akan menyampaikan taklimat mengenai projek lebuh raya tersebut.

Kelmarin peneroka dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor menyerahkan sumbangan bagi projek Lebuh Raya Rakyat sebanyak RM21,300 kepada Menteri Besar pada satu program di JKR 10.

Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas

Posted: 03 Oct 2012 06:04 AM PDT

Muhamad Yusri Amin,

KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.

Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion.

"Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.

"Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002," katanya di sini semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik kerajaan pusat.

Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada kerajaan baru.

"Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang pada PRU-13 nanti.

"Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah," ujarnya.

Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka hati.

Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina

Posted: 03 Oct 2012 06:02 AM PDT

Anis Nazri,

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian.

"Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau.  Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau.

(Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)

Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat.

Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Mengapa projek Rapid  tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?

"Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.

Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari.

Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam.

Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kapal-kapal dagang.

"Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau.

Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu.

Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.

Rapid: Salahuddin pelawa MB Johor dialog

Posted: 03 Oct 2012 05:55 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengulangi pendiriannya mempelawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman agar berdialog secara terbuka berhubung isu pengambilan tanah di 10 kampung tradisi di Pengerang, bagi memberi laluan kepada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Menurutnya, hanya Menteri Besar Johor yang mempunyai kelayakan menjawab sebab tanah rakyat diambil bagi membangunkan projek Rapid.

Katanya, "saya tetap dengan pendirian saya bahawa isu itu melibatkan pengambilan tanah, jadi orang betul untuk memberi kenyataan adalah Menteri Besar."

"Jadi, saya mengajak berdebat atau berbahas atau berdiskusi atau berdialog, saya nak tahu kenapa kampung tradisi itu diambil bukannya tanah kerajaan.

"Kalau nak kata laluan kapal, tanah kerajaan di Pengerang juga dekat dengan laluan kapal itu, jadi apakah sebabnya tanah 10 kampung tradisi itu perlu diambil," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang,  Datuk Seri Azalina Othman mengajak Salahuddin berdebat mengenai isu itu.

Namun Salahuddin telah menolak dan menyatakan niatnya untuk berdebat dengan Abdul Ghani bagi menyelesaikan isu tersebut.

Semalam, Azalina sekali lagi mempelawa Naib Presiden Pas itu untuk berdebat dengannya.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, perjuangannya sekarang adalah di tahap menghalang tanah rakyat diambil.

Tambahnya, isu  pengambilan tanah akan diselesaikan terlebih dahulu dan isu-isu lain akan diselesaikan selepas mendapat kenyataan daripada Menteri Besar Johor.

'Syarikat berkaitan Umno juga disiasat jika ada aduan'

Posted: 03 Oct 2012 05:54 AM PDT

 
Zulaikha Zulkifli


 
Bukan hanya syarikat Suaram, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings yang ditimbulkan DAP semalam.

NONE"Kita baru tahu dan kita akan siasat. Kita akan siasat jika menerima aduan.

"Kita tak pilih sesiapa (untuk jalankan siasatan)," katanya pada sidang media selepas menyerahkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengulas dakwaan anggota Parlimen DAP Tony Pua bahawa NADI - rakan kongsi syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways - tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 2007.

Pua mendakwa syarikat YGP Holdings Sdn Bhd juga tidak memfailkan akaun audit sejak 31 Disember 2006.

Beliau mendakwa anggota Parlimen BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Abdul Rahman Dahlan pengarah syarikat itu, manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pemegang sahamnya.

Sementara itu, Ismail turut mengulas mengenai siasatan ke atas entiti perniagaan Suaram, Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwanya tiada kaitan dengan NGO tersebut.

'Apa istimewanya Suaram?
Katanya, agensi bawah kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang berdaftar bawah pendaftar pertubuhan syarikat (ROS).

Tegasnya, tiada syarikat yang mendapat pengecualian daripada disiasat sekiranya pihaknya mendapat aduan.

azlan"Saya tak nak orang anggap tindakan pada Suara Inisiatif ini ada kaitan dengan Suaram. Kita bertindak sebab ada aduan.

"Apa istimewanya Suara Inisiatif ini sehingga tiada siapa boleh sentuh dia? Kalau kita tak siasat bila ada aduan, orang akan kata kita pilih kasih," kata Ismail lagi.

Menurut Ismail, bawah kementeriannya, purata sebanyak 200 buah syarikat setahun disiasat dan diambil tindakan.

"Kalau saya ambil tindakan dekat 200 syarikat dan dekat dia tak ambil tindakan, itu orang akan kata pilih kasih.

"Ini negara kita. Kerajaan ada hak untuk memelihara negara," katanya lagi.

Tinjauan: 100,000 di majlis kahwin tanda sokongan

Posted: 03 Oct 2012 05:44 AM PDT

 
Elissa Helmy


 
Beberapa individu yang ditemui wartawan Malaysiakini mempertahankan penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.

NONEWalaupun ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis sebesar itu diadakan, individu-individu itu, ketika ditemui di Bandar Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba dibangkitkan itu bermotifkan politik.

Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman (kiri), 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu.

"Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.

"Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak besar sedikit," kata surirumah tersebut.

Neo: Menunjuk-nunjuk


Seorang lagi individu, Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.

"Beliau seorang pemimpin dan jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa terdekat ini.

NONE"Bagi saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya (kanan) yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Namun berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan.

"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik.

"Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu.

'Elok salur untuk rumah PPRT'
Seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar.

Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

NONE"Wang sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat termiskin (PPRT).

"Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak berturap," dakwanya.

Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.

Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.

Tinjauan: 100,000 hadir majlis kahwin 'mega' tanda sokongan
KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'

Isu royalti: Mahkamah Persekutuan benar dua permohonan Kelantan

Posted: 03 Oct 2012 05:37 AM PDT

SITI AZIELAH WAHI

PUTRAJAYA- Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan dua permohonan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung isu menangguhkan prosidingyang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurdan permohonan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan isu royalti minyak.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Tan Sri Mohd Raus Sharif membuat keputusan itu setelah dipersetujui sebulat suara oleh hakim-hakim lain, selepas mendengar permohonan dibawa peguam bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan, Tommy Thomas.

Panel hakim yang lain ialah Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri SulongMatjeraie dan Datuk Jefferey Tan.

Semasa prosiding berlangsung, Thomas berkata, pihaknya memohon agar kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap permohonan yang difailkan di mahkamah tersebut.

Mahkamah Persekutuan turut membenarkan permohonan rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,yang sebelum ini telah memutuskan kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas dijalankan mengikut isu perundangan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan isu dalam kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas, yang difailkan kerajaan Kelantan, dijalankan melalui isu perundangan.

Kerajaan Kelantan seterusnya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana mahu kes tersebut dijalankan menerusi perbicaraan penuh untuk memanggil saksi-saksi dan barangan-barangan kes yang terlibat.

Bagaimanapun pada  26 April lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Kerajaan Kelantan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kes saman tersebut perlu  didengar dan diselesaikan mengikut isu perundangan.

Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk menjalankan perbicaraan secara penuh kerana tanpa perbicaraan penuh, ia sangat prejudis terhadap Kerajaan Kelantan.

Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas supaya membuat pembayaran tunggakan dan bayaran tunai seterusnya bagi petroleum dihasilkan di luar pantai Kelantan seperti ditetapkan dalam perjanjian petroleum; serta menuntut ganti rugi dan kos.

Dalam tuntutan, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.

Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September.

TNC UTHM didakwa terima rasuah RM15,000

Posted: 03 Oct 2012 05:31 AM PDT

SINAR HARIAN

TNC UTHM didakwa terima rasuah RM15,000
TNC Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baharu.
 
JOHOR BAHRU - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor, pada Disember 2010.
  
Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.
  
Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.
  
Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.
  
Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Abdul Aziz boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
  
Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga B dan Ahli Lembaga Perolehan UTHM turut mengaku tidak salah atas satu pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM15,000 terbabit daripada Mohammad Anal, pada tarikh dan menerusi akaun bank yang sama.
  
Dia dituduh melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
  
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghafar Ab Latif menawarkan jaminan RM30,000 terhadap Abdul Aziz.
  
Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Shahrul Syazwan Salehin yang mewakili tertuduh bagaimanapun, merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin atas alasan Abdul Aziz menanggung seorang isteri dan enam orang anak.
  
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

MB Selangor: Sidang Dun khas bincang isu Talam, air

Posted: 03 Oct 2012 05:29 AM PDT

SINAR HARIAN

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan mengadakan sidang khas bagi membincangkan, antara lain isu hutang Talam Corporation dan penyusunan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

"Saya telah pun menghadap Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) hari ini bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengadakan sidang khas dewan," katanya dipetik Bernama.

"Sekiranya mendapat perkenan Tuanku Sultan, saya jangka sidang khas ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu hingga tiga minggu akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kes saman fitnah Nizar terhadap TV3 mula 2 Jan

Posted: 03 Oct 2012 05:27 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2 Januari depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili Mohammad Nizar dan peguam Lim Qi Si mewakili pihak TV3.

Lim, ketika ditemui pemberita memberitahu beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneruskan perbicaraan kes itu walaupun Mohammad Nizar bersedia untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 10 Disember untuk pengurusan kes tersebut. Mohammad Nizar memfailkan saman itu terhadap TV3 kerana menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Sementara itu, bagi saman berjumlah RM50 juta yang difailkan Mohammad Nizar terhadap Utusan Melayu berkaitan pernyataan fitnah yang sama, mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk mendengar permohonan Utusan Melayu bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang diperintah oleh mahkamah pada 8 Ogos lepas.

Mohd Fitri memberitahu pemberita bahawa pendengaran kes itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof. Pada 10 Julai lalu, Mohammad Nizar memfailkan dua saman tersebut secara berasingan (terhadap Utusan Melayu dan TV3) dan dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan.

Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.

Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.

Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor. - Bernama

Pakatan anjur himpunan mega 3 Nov tuntut p’raya bersih, adil

Posted: 03 Oct 2012 04:14 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menganjurkan himpunan mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November depan.

Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan mensasarkan kehadiran sejuta rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.

Mat Sabu berkata, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menunjukkan bagaimana anggota keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 28 April lalu.

"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan, maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 November nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dipetik Harakah Daily.



Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya bebas dan telus.

"Apa terus meragukan misalnya ditemui 60,000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.

"Bagaimana hendak adakan pilihan raya, sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran Mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," kata Mat Sabu lagi.

Justeru, Pakatan bimbang SPR boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk pilihan raya umum kali ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Fuziah Salleh (Kuantan), Anthony Loke (Rasah), Tian Chua (Batu) dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

Pendedahan kes Scorpene gugat Umno BN – Suaram

Posted: 03 Oct 2012 04:12 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR : Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tekanan Umno BN kepada NGO hak asasi itu berpunca daripada pendedahan skandal urus niaga Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

"Apakah yang anda fikir mengenai 'serangan' terhadap Suaram masa ini?" soalnya sambil disambut jawapan "Scorpene" oleh kira-kira 100 hadirin.



"Scorpene? Anda fikir begitu? Ya!" jawab Cynthia pada forum 'Who is in the spotlight? Suaram or Scorpene' di Petaling Jaya malam tadi.

Forum tersebut memfokuskan motif serangan Umno BN terhadap NGO tersebut kebelakangan ini.

Turut serta peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, peguam Tommy Thomas dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.

Kos operasi Suaram hanya RM450,000 setahun

Cynthia menjelaskan, NGO itu hanya membelanjakan RM450,000 untuk kos operasi setahun.

Menurutnya, dana tersebut diguna untuk menjalankan beberapa kempen hak asasi selain membayar gaji staf Suaram.

"Media propaganda kerajaan mendakwa Suaram menerima dana asing berjuta-juta ringgit yang kononnya bertujuan menjejaskan kestabilan negara.

"Ia tidak tepat sama sekali kerana dalam setahun Suaram hanya membelanjakan kira-kira RM450,000. Adakah ia jumlah yang banyak?

"Ia hanya cukup untuk menjalankan lima kempen dalam setahun dan membayar gaji serendah RM2,500 kepada lapan kakitangan kami. Mereka boleh mendapatkan gaji lima kali ganda, jika bekerja di sektor korporat," katanya.

Menerangkan lebih lanjut, Cynthia berkata, dana tersebut dibiayai pihak swasta yang kebanyakannya dari dalam negara, pengutipan dana melalui kempen yang dijalankan selain kempen jualan buku dan barangan.
"Dana diterima dengan tegas tanpa campur tangan penderma," tegasnya.

Dalam pada itu Cynthia berkata, aktiviti Suaram berlandaskan prinsip yang ditetapkan dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948.

Katanya, Suaram mengkhususkan hak-hak sivil dan politik seperti kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menubuhkan persatuan, hak untuk perbicaraan yang adil, kebebasan kehakiman, akauntabiliti awam dan demokrasi tulen.

Umno BN makin paranoid terhadap NGO

Sementara itu, Irene berkata, sama seperti Suaram, Tenaganita juga menerima pelbagai tekanan selepas mendedahkan isu penindasan pekerja asing dan rasuah di kalangan penguatkuasa.

Katanya, tekanan itu berlaku apabila pendedahan mengenai sesuatu penyelewengan itu boleh menggugat kerajaan Umno BN.

"Mereka mengalih tumpuan untuk menangkap saya. Sepanjang tempoh itu, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) menyerbu pejabat kami tiga kali. Mereka mendakwa Tenaganita kononnya menyediakan maklumat kewangan palsu dan akaun yang tidak wajar," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Jakarta Post 7 Mei lalu, Irene menyifatkan Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing, lantaran layanan buruk diterima dari majikan dan penguatkuasa.

Ekoran itu, dua badan bukan kerajaan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat laporan polis ke atasnya 16 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kemudian memaklumkan bahawa siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan.

Pergerakan hak wanita tak perlu di M’sia, Najib perlekeh wanita

Posted: 03 Oct 2012 04:10 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat membidas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak kerana memperlekeh peranan wanita dalam pembangunan negara.

Ini berikutan Najib dalam ucapannya sempena Hari Wanita Kebangsaan 2012 semalam mengatakan pergerakan menuntut hak wanita adalah tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak mereka sejak kemerdekaan lagi.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Perdana Menteri itu meremeh dan menghina golongan wanita kerana cuba membandingkan golongan itu dengan negara luar.

"Najib memperlekehkan wanita sedangkan kita berada di tahap pemberdayaan wanita dan mengarus perdanakan peranan wanita.

"Proses pemberdayaan ini amat lemah apabila laporan dalam The Global Gender Index Gap 2011 menyatakan Malaysia berada pada kedudukan 97 dari 135 negara dalam empat aspek penilaian iaitu penglibatan dan peluang ekonomi, pencapaian pembelajaran, kelangsungan kesihatan dan hidup dan pemberdayaan politik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Wanita Pakatan Rakyat berpendirian lantikan Najib sebagai Menteri Wanita adalah kesilapan besar yang terpaksa ditanggung seluruh wanita Malaysia.

"Najib gagal mendapat nasihat yang tepat dari kepimpinan Wanita Umno BN.

"Berbeza dengan Pakatan melalui Agenda Wanita Malaysianya menawarkan polisi yang mesra gender akan mengangkat martabat dan membela wanita, bukannya meremeh temehkan peranan wanita," katanya lapor Harakah Daily.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff tidak menolak jika Najib terus memegang jawatan Menteri Wanita menyebabkan kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Index akan menjunam jauh daripada kedudukan sekarang iaitu 115.

"Ini satu penghinaan kepada wanita Malaysia, seolah-olah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu.

"Sebaliknya Agenda Wanita Malaysia yang ditawarkan Wanita Pakatan Rakyat fokus kepada tujuh tumpuan yang mana empat tumpuan di atas diterapkan sebagai kayu pengukur dalam pemberdayaan wanita Malaysia," kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu lagi.

KENAPA KKLW MANGSAKAN RAKYAT MISKIN?

Posted: 03 Oct 2012 04:04 AM PDT

Oleh : MEDIA USNO


LOKALITI.....Pelan Lokaliti sebuah rumah PPRT yang roboh terletak di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari Pekan Semporna. Gambar sisipan, Mamat Bin Balhana, Ketua Penaja USNO Senallang.


DILAPORKAN sebuah lagi rumah PPRT yang dibina Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tumbang menyembah laut di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari pekan Semporna.

Pulau berkenaan yang terletak dalam DUN Senallang yang diwakili Datuk Nasir Tun Sakaran. Malangnya, mengikut maklumat yang diterima, Nasir tidak kelihatan melawat mangsa kemalangan yang berlaku di tempat permainannya di zaman kanak-kanak kerana keluarganya pernah tinggal di pulau ini.
Sebelum ini pada April 2012, Sabahkini.Net telah melaporkan mengenai masa hadapan penghuni rumah PPRT di ambang maut melalui artikel bertajuk 'PBR Maut Lambang Kejatuhan Shafie?'.

Manakala wakil USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad telah membuat lawatan ke kawasan berkenaan bagi meninjau peristiwa tersebut dan rakamannya telah diuploadkan ke YOUTUBE.

Selepas peristiwa di Semporna, sebuah lagi rumah PPRT yang dibina KKLW tumbang di Kampung Bokara, Sandakan pada awal bulan September 2012 dan seterusnya tidak sampai sebulan; kejadian rumah PPRT tumbang kembali lagi ke Semporna; iaitu kampung asal mantan Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Askalani Abdul Rahim.

Wakil USNO Dun Senallang, Mamat bin Balhana telah mendapat maklumat telah mengadakan lawatan segera ke kawasan itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat; bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Mamat berjanji akan terus berkhidmat untuk rakyat kawasan itu walaupun USNO belum mendapat kelulusan pendaftarannya; namun tetap akan menurunkan calonnya di Dun Senallang kerana Wakil Rakyat BN gagal menjalankan tugas.

ALI BABA.....Inilah kualiti jambatan kayu yang dibina secara Ali Baba. Mangsanya adalah rakyat jelata yang miskin.

MB Pahang ugut Selangor, lucu!

Posted: 03 Oct 2012 03:41 AM PDT

Oleh Subky Latif


TIADA yang lebih lucu dalam politik kerajaan Barisan Nasional selain dari amaran Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob untuk membatalkan membekalkan air ke Selangor kiranya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak rancangan kerajaan pusat.

Amaran MB Pahang itu dikira satu ugutan kepada kerajaan Selangor. Kiranya Selangor berkeras dengan sikapnya dalam isu air ini, maka kerajaan Pahang akan membatalkan persetujuannya untuk membekalkan air ke negeri jirannya itu.

Semua tertawa lucu dengan amaran itu.

Adakah Adnan merasakan kerajaan hendak sangat air dari Pahang itu yang menyebabkan ia akan membayar kira-kira 80 juta setahun kepada Pahang.

Kerajaan Selangor seronok sangat kalau Adnan membuat keputusan itu. Kurang tapak tangan, akan ditadah nyiru oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jika benar Adnan anak jantan, dia umumkan pembatalan itu sekarang! Nescaya pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor selesai kiranya kerajaan Pahang bertindak demikian.

Tidak berbangkit lagi isu pembinaan Langat-2 yang menurut Timbalan Perdana Menteri ia akan diteruskan tidak kira Selangor setuju atau tidak setuju dengan rancangan kerajaan pusat atas isu itu. Malah kerajaan pusat memang bernafsu untuk membuka tender pembinaan Langat-2 itu.

Memang kita nampak siapa yang hendak membida tender Langat-2 itu dalam keadaan kerajaan Selangor tidak member laluan. Selangor tidak sedia membenarkan buminya digunakan untuk projek itu.

Jika Langat-2 ditender juga, maka yang masing-masing nampak ruang yang kerajaan pusat boleh gunakan ialah ruang udara dari Pahang ke loji Langat-2 itu di mana-mana tanah milik kerajaan pusat di Langat.

Kerajaan pusat terpaksa menggunakan teknologi yang tidak menggunakan tiang buat projek itu sepanjang dari sempadan Pahang-Selangor hingga ke tapak Langat-2 itu. Sebagaimana langit dibina tanpa tiang, maka demikian juga Langat-2.

Selangor telah menyatakan ia tidak membenarkan tanah di negeri itu digunakan untuk projek itu. Tentulah ia tidak akan membenarkan tiang-tiang projek itu menggunakan tanahnya bagi tapak tiang–tiang yang diperlukan.

Dengan dasar Selangor yang demikian siapakah yang sedia untuk membida projek itu?

Pihak yang paling keciwa jika Adnan Yaakob membatalkan pembekalan air itu ialah keraaan pusat yang membuat propaganda untuk membina juga projek itu sama ada Selangor setuju atau tidak.

Untuk apa lagi Langat-2 itu jika Pahang membatalkan pembekalan airnya?

Selangor pada masa ini tidak memerlu bekalan air dari luar baik yang sudah dirawat mahupun tidak. Negeri Selangor cukup air untuk keperluan penduduknya jika sumber air yang banyak itu dirawat.

Kebarangkalian Selangor putus bekalan air bukan kerana negeri yang setiap hari hujan itu tidak cukup air tetapi ialah pihak yang diberi tanggungjawab tidak merawat air yang banyak itu.

Pertikaian isu air ini berlaku pada ketika adanya kemajuan teknologi merawat air laut dan sungai yang amat canggih.

Singapura dan Israel sudahpun memanfaat teknologi yang canggih itu bagi menggunakan air laut untuk keperluan penduduknya. Jepun dan lain-lain negara maju tentu sudah mengirim orang ke Selangor bagaimana air pantai Selat Melaka di Selangor itu boleh menjadi alternatif kepada air Pahang atau kiranya berlaku kemarau.

Jika benar Adnan hendak bertindak, tiadalah yang lebih gembira selain dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerajaan Selangor rasanya dengan senang hati mempersilakan Adnan Yaakob buat apa saja yang patut.

Najib tidak mahu berdebat kerana tidak ada keyakinan diri

Posted: 03 Oct 2012 03:37 AM PDT

Oleh Aspan Alias


Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belanjawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung.


Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.


Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual 'minyak'nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.

Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.

Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.

Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat 'gentleman' dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak daripada berdepan dengan Ketua Pembangkang secara terus.

Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita. Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang lain.

Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.

Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang secara terbuka di hadapan rakyat.

Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu ditegah untuk bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.

Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu. Jika benar Najib mempunyai 'clarity' dalam pemikiran yang beliau persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.

Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai 'conclusive' tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.

Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.

Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.

Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu adalah 'self insulting'.http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kerajaan N.Sembilan Beri Tambahan Bonus Sebulan

Posted: 03 Oct 2012 03:28 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
SEREMBAN: Penjawat awam Negeri Sembilan akan turut menikmati bayaran tambahan bonus sebulan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Kita harap pemberian bonus ini akan memberikan sedikit kesenangan kepada penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Pemberian bonus itu melibatkan perbelanjaan tambahan RM12 juta, katanya.

Beliau berkata sepertimana langkah kerajaan Pusat, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lepas sempena Aidilfitri. -BERNAMA

Peraturan Larang Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit Di Sekolah Masih Kekal

Posted: 03 Oct 2012 03:27 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.

"KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa danmurid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng(BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini, Rabu.

Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.

Katanya, kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.

Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajarmembawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermulatahun depan.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibubapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebihbanyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. - BERNAMA

Bajet Rakyat, Tarif Elektrik Dinaikkan

Posted: 02 Oct 2012 04:58 PM PDT

Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.

"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.

"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD

Pilihan raya UIA: Pro-Mahasiswa dakwa menang

Posted: 02 Oct 2012 04:56 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus. 
 
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi kawasan fakulti  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pilihan raya semula yang berlangsung semalam.

Pengundian semula menggunakan sistem manual.

Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto, kesemua kerusi yang diperuntukkan bagi kawasan kuliah dimenangi Pro-Mahasiswa.

"Kami sapu bersih semua 26 kerusi kawasan fakulti daripada 31 kerusi yang diperuntukkan UIAM.

"Baki lima kerusi lagi merupakan kawasan Antarabangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Pengumuman keputusan dibuat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar setiap fakulti bermula jam 8.15 malam di Kompleks Sukan Lelaki, UIAM.

Keputusan semalam menjadikan Pro-Mahasiswa menguasai tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 17 IPTA.

Bagaimanapun Pro-Aspirasi juga mendakwa mereka memenangi pilihan raya kampus UM.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perhubungan Media dan Promosi UIAM, Suki Ahmad berkata, kaunter pengiraan undi tambahan dibuka untuk mempercepatkan proses pengiraan.

"Kami jangka pengumuman akan tamat sekitar 12 malam tetapi ia berjaya diselesaikan lebih cepat dari yang dijangka.

"Malah, ia berjalan lancar tanpa sebarang provokasi," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, "pengiraan undi bermula sekitar jam 6.30 petang." UIAM mempertandingkan 31 kerusi di kedua kampusnya.

Sebelum ini, UIAM mengumumkan pengundian semula selepas berlaku kesilapan teknikal pada sistem e-undi yang digunakan.

SAMM lapor polis kos kahwin anak Ali Rustam

Posted: 02 Oct 2012 04:49 PM PDT

 
Catat rekod kehadiran tetamu paling ramai, perbelanjaan mungkin melebihi RM3 juta



PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan perbelanjaan persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26.

Acara berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain. Siti Nurhaliza juga didatangkan khas dalam majlis tersebut untuk mendendangkan lagu.

Penyelaras SAMM Melaka Zuraidi Abdullah berkata, persoalanya kini menurut laporan media kehadiran lebih 100,000 tetamu (ada juga laporan yang mengatakan 130,000 orang).

"Jika dalam kiraan minima dan mudah untuk seorang tetamu majlis persandingan itu menelan perbelanjaan RM10, maka berdasarkan laporan media lebih 100,000 tetamu menjadikan kos hidangan makanan tetamu biasa sahaja sudah RM1juta lebih.

"Dengan kehadiran yang angkanya jauh lebih besar dari rumah terbuka PM dan persediaan serta sambutan yang lebih hebat, angka mungkin menelan belanja mencecah lebih RM2juta.

"Itu kiraan minima tetapi melihat persediaan majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Sultan Selangor dan ramai VVIP lain rasanya menjangkau perbelanjaan mungkin lebih RM30 seorang maka akan jumlah besarnya akan melebihi RM3 juta.

Siapa yang menajanya?


"Maka persoalannya kini, dari mana sumber penganjuran majlis berkenaan. Jika RM sendiri, adakah ia angka munasabah simpanan seorang Ketua Menteri, jika ia tajaan, siapa yang menajanya dan apa kepentingan pihak yang menaja?

"Dalam majlis yang gilang-gemilang ini bukan sedikit agensi kerajaan juga turut kelihatan dikerah untuk menjayakan program ini. Berapa banyak wang rakyat terbazir dalam kos pengangkutan membawa anggota kerajaan terbabit, elaun lebih masa termasuk makan dan minum mereka ?

"Adakah wajar dalam keadaan anggota keselamatan negara kurang maka mereka dikerah menjayakan kenduri kahwin anak Ketua Menteri ? Adakah ini tidak wujud unsur penyalah-gunaan kuasa?, katanya.

Menurut Zuraidi, atas dasar tanggungjawab terhadap wang rakyat Malaysia khususnya negeri Melaka, SAMM Melaka mendesak Ketua Menteri yang sebelum ini pernah dihalang bertanding dalam Umno kerana 'rasuah politik wang' untuk tampil memberikan penjelasan jujur dalam perbelanjaan majlis perkahwinan anaknya ini atau SAMM akan tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara itu.

Katanya, SAMM melihat ini simbol ketidak pedulian pimpinan BN dalam keadaan rakyat hidup susah dan negeri berhutang banyak tetapi pemimpin terus bermewah.

Inilah dia wasyatiyah ala BN.

Kedudukan hutang negara ‘hilang’ dalam laporan Bajet 2013

Posted: 02 Oct 2012 04:46 PM PDT

 
Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya. 



KUALA LUMPUR: Penyata kedudukan hutang negara disyaki 'dihilangkan' dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.

Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang,  memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.

"Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.

"Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya.

"Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku," katanya

Mashitah, dua lagi diarah fail pembelaan saman FITNAH Hadi

Posted: 02 Oct 2012 04:35 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan mereka berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum 30 Oktober ini.

Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan.

Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur Diana Mat Radzai bagi pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala kesemua defendan diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan Zunita Kamaruzaman.

Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu.

Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti.

Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan.

Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat.

Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat peguam bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah cuai, gagal atau mengabaikan permintaannya.

Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah.utusan

Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri

Posted: 02 Oct 2012 04:31 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.

"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.

Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.

Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.

Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.

Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.

"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.

Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".

"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.

"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.-harakahdaily

Tiada ulasan: