Ahad, 28 Oktober 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Fitnah: PAS tuntut Malaysia Nanban mohon maaf

Posted: 28 Oct 2012 06:55 AM PDT

Khairil Abdul Rahim,
 
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil, Malaysia Nanban supaya memohon maaf serta menarik balik sebuah berita yang memfitnah Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, dalam berita berkenaan disiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

(Gambar: Tuan Ibrahim di samping akhbar Malaysia Nanban yang ditunjukkan seorang India di Taman Seri Kemuning.)

"PAS amat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf  atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.

"Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat kaum India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iatu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan," katanya.
 
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, beliau membuat penjelasan ini setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar dalam isu berkenaan yang disiarkan oleh akhbar itu 23 Oktober lalu.

Berita dari Klang itu tersiar di muka surat dua dan ditulis oleh MR Balu.

"Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan," kata Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, moral PAS dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian PAS sebagai parti paling senior, tidak teguh dalam gabungan berkenaan.

Tambahnya, yang bermain isu perkauman adalah Umno dan parti lain dalam BN sedangkan Pakatan tidak terusik dengan pelbagai provokasi dan tidak akan melatah.

Umno berjaya sesatkan MCA

Posted: 28 Oct 2012 06:51 AM PDT

Subky Latif,

APA Presiden MCA dan lain-lain pemimpin MCA tentang hudud telah diketahui semua. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang tidak menganut Islam sedang hudud itu adalah salah satu dari hukum Islam.

Jika mereka percaya dan menerima hudud, hampir dekat mereka dengan Islam dan mereka pun  Islam.

Cuma yang peling menarik ialah kenyataan media Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Selepas perhimpunan agung Pemuda MCA itu dia memberitahu media betapa gerakannya menolak hudud  ala PAS.

Jika yang ditolaknya itu hudud ala PAS, ia boleh diertikan ada hudud yang dia terima. Tidaklah sama dia dengan lain-lain pemimpin MCA yanga umumnya menolak apa saja yang dinamakan hudud.

Apa yang dilafazkan oleh ketua Pemuda MCA itu samalah yang Dr. Mahathir dan sekalian UMNO kata.  Temasuk yang ADUN BN Johor kata ketika dia menyeru keraaan Johor melaksanakan hudud yang bukan hudud  PAS.

Hudud itu tidak ada hudud PAS atau hudud UMNO. Hudud yang ada dalam Islam itulah hudud yang disebut dalam Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kemudian disebut juga dalam Injil yang  diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Hudud itu sama seperti solat dan lain-lain ibadat disebut dasarnya saja. Macam solat dilaksanakan dijelaskan oleh  Nabi SAW dengan kata-kata dan perbuatannya. Demikian jugalah hudud. Ulama fekahlah masing-masing mazhab pula yang memperincikan panduannya. PAS pula menggubal undang-undang iaitu enakmen bagaimana  kerajaan hendak melaksanakannya.

Jika ada kelemahan, maka bolehlah ia dikemaskan.

UMNO mengaku ia beriman pada hudud, tetapi ia tak buat apa-apa. Sidang mufti dan Majlis Fatwa tidak pernah kata enakmen yang Kelantan  dan Terengganu itu hudud PAS. Jika UMNO  anak jantan ia boleh minta Majlis Fatwa kata ia hudud PAS dan minta semua hakim syariyah buat dikatakan hudud Islam.

Apa yang Ketua Pemuda MCA kata itu ialah sebiji macam yang UMNO kata. Ketua Pemuda MCA itu seperti UMNO logiknya percaya ada hudud yang betul bukan yang PAS buat.

Seronokkah  UMNO dengan kata-kata Pemuda MCA itu? Seolah-olah UMNO berjaya yakinkan Pemuda MCA yang tak bettul hudud PAS. Yang betul ia tidak dapat tunjukkan.
Katakanlah Pemuda MCA mahu menerma hudud yang Islam peraturkan itu tetapi mereka  tidak tahu yang kana satu. Jika dapat ditinjukkan, maka mungkin mereka terima.  Yang ada hanya hudud yang PAS gubal. Jika yang PAS gubal itu adalah hudud,  mungkin Pemuda MCA boleh terima.

UMNO kata yang PAS buat bukan hudud. Pemuda MCA terima apa UMNO kata.

Isunya sekarang Pemuda MCA tidak tahu yang mana satu yang dikatakan hudud. Mungkin mereka mahu tahu. Tetapi dengan mengata yang PAS buat itu Hudud PAS, MCA tidak  akan jumpa hudud lain.

Mungkin Pemuda MCA hendak mencari kebenaran, tetapi dengan apa yang UMNO jelaskan kepada mereka, tidak akan dapat menunjukkan kebenaran tetapi ia menyesatkan lagi orang yang tidak tahu itu.

Sepatutnya UMNO jelaskan apa yang benar kepada Pemuda  MCA. Tetapi sekarang mereka disesatkan lagi.

Apabila UMNO kata ia hudud PAS, maka tidaklah mudah kita kata UMNO itu sesat. Tetapi apabila UMNO kata begitu pada Pemuda MCA, maka UMNO menyesatkan lagi MCA. Seronokkan UMNO kalau MCA terus sesat.

Semua yang terjadi itu adalah disebabkan YADIM, JAKIM, IKIM dan semua majlis agama tidak berfungsi. Tidakkah boleh dikatakan bahawa  Penasihat Agama  Perdana Menteri makan elaun buta?

Nasi Dagang bakal tembusi pasaran London

Posted: 28 Oct 2012 06:43 AM PDT

ANTARA POS.COM
Post Pic

KEMAMAN: Makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor akan diperkenalkan di London melalui pembukaan restoran T-Kafe tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata sebelum ini makanan Terengganu itu sudah diperkenalkan di Perth, Australia, apabila restoran T-Kafe dibuka di sana bulan lepas.

"Sambutan terhadap makanan tersebut di Australia sangat menggalakan dan kita hendak makanan Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor juga sampai ke London," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohamed berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan meninjau dan melihat kesesuaian membuka T-Kafe di pinggir kota London.

Beliau berkata kerajaan negeri disertai wakil pelbagai agensi dan jabatan akan berada di sana menghadiri persidangan dan seminar antarabangsa koperasi di Manchester pada 31 Okt ini.

"Semasa menghadiri seminar itu, kita akan mengambil peluang meninjau dan melihat tempat sesuai untuk perkenalkan masakan Terengganu itu," katanya.

Mohamed berkata beliau yakin masakan Terengganu akan mendapat sambutan memandangkan ramai orang Malaysia berada di kawasan berkenaan.

Beliau berkata YPU mungkin akan mencari seorang rakyat Malaysia yang menetap di Manchester untuk membuka T-Kafe dan menjual nasi dagang di samping makanan barat.

Mengulas mengenai jualan nasi dagang di Perth, beliau berkata sambutan sangat menggalakan dan mendapat maklumat bahawa ramai orang di sana sukakan nasi dagang dan keropok lekor, dan berharap di London pun begitu juga" katanya.

Khalid kekal bertanding kerusi Bandar Tun Razak

Posted: 28 Oct 2012 06:38 AM PDT

ANTARA POS.COM


Post Pic

[Dikemaskini] KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi parlimen Bandar Tun Razak kekal bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat berdasarkan komitmen yang ditunjukkan Khalid selain disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah menyalahgunakan kuasa walaupun pernah menguruskan jumlah wang yang besar dan memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
"Saya mahu mengumumkan bagi pihak Pakatan Rakyat bahawa saya ingin mencalonkan Tan Sri Khalid sebagai calon parlimen kawasan Bandar Tun Razak," kata beliau dihadapan hadirin pagi tadi.
Bagaimana pun Anwar tidak menyebut sebarang perkara berkaitan kedudukan Khalid sebagai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.
Pertelingkahan dalaman antara penyokong Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan "orang kanan" Khalid sebelum ini tercetus apabila masing-masing didakwa cuba merebut jawatan Menteri Besar Selangor.
Campurtangan turut melibatkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin yang turut mengkritik Azmin bersabit cadangan meletakkan Khalid sebagai menteri persekutuan sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU13 nanti.
Bercakap kepada pemberita, Khalid mencadangkan agar PKR mengikut jejak langkah DAP yang berhasrat menggunakan pendekatan "seorang wakil rakyat, satu kerusi", kecuali keadaan-keadaan tertentu.
"Karpal Singh membuat pengecualian kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, jadi saya percaya tindakan PKR (untuk tidak membenarkan wakil bertanding di dua kerusi), untuk mengekalkan kestabilan, akan membuat keputusan mengenai halatuju ini.
"Tapi ini hanya sekadar spekulasi. Tunggu pengumuman," katanya lagi.

K'jaan PR tak jamin batal projek kondo B. Caves

Posted: 28 Oct 2012 06:36 AM PDT

Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak memberi jaminan projek pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Batu Caves akan dibatalkan.
 
Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi berkata, setakat ini kerajaan negeri telahpun mengeluarkan arahan untuk menghentikan projek itu buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melakukan siasatan.
 
Namun keputusan sama ada projek tersebut boleh diteruskan atau tidak, bergantung kepada ehsan kerajaan negeri selepas mengambil kira hujah-hujah yang bakal dikemukakan oleh unit perancangan negeri.
 
"Perkara ini memerlukan masa untuk diselesaikan selepas mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan mendapatkan penjelasan daripada pelbagai jabatan dan sebagainya. Selepas itu kita akan buat keputusan," katanya.
 
Xavier selain itu menyifatkan kerajaan Selangor prihatin dengan isu yang dianggap sensitif berikutan kawasan tersebut merupakan tempat beribadat bagi kaum Hindu selain itu mengingatkan media agar tidak menggembar-gemburkan isu tersebut sebelum keputusan dibuat.
 
Jumaat lalu, sekumpulan 300 orang aktivis dari Kuil Sri Maha Mariamman telah mengadakan bantahan secara aman di hadapan kuil yang memilik patung Dewa Murugan tertinggi di dunia terletak di kaki bukit berkenaan mendesak kerajaan Selangor membatalkan projek kondominium itu.
 
Selain projek tersebut didakwa akan memusnahkan patung itu yang terletak 300 meter daripada tapak pembinaan, turut dikhuatiri ianya akan menutup pandangan kuil tersebut yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong seluruh dunia.
 
Justeru Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman, Datuk R. Nadarajah memberi tempoh selama sebulan kepada kerajaan negeri untuk bertindak.
 
Xavier yang sebelum itu enggan melayan jawatankuasa berkenaan dalam kenyataan balasnya menggesa agar Nadarajah berhenti memberi kata dua kepada kerajaan negeri.
 
Malah beliau turut menyifatkan bantahan berkenaan bermotifkan politik kerana projek tersebut telah diluluskan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 di bawah pentabiran kerajaan Barisan Nasional (BN), manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan Rakyat hanya mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

Bekas pekerja Ladang Bangi: Pemaju berniat jahat

Posted: 28 Oct 2012 06:24 AM PDT

 
Laporan polis dibuat terhadap pemaju perumahan kerana tidak memberi peluang kepada bekas pekerja untuk mendapatkan khidmat guaman dan tidak memberi makluman awal.



KAJANG: Sekumpulan bekas pekerja Ladang Bangi membuat laporan polis terhadap pemaju perumahan Trans Loyal Development Sdn Bhd pada pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Menurut wakil bekas pekerja Ladang Bangi, S Arutchelvan yang juga ialah ahli Majlis Perbandaran Kajang, pihak pemaju hanya menyerahkan notis saman pemula kepada bekas pekerja semalam walaupun saman tersebut difailkan pada 17 Oktober.

Kumpulan bekas pekerja Ladang Bangi tersebut dikehendaki menghadirkan diri di mahkamah pada hari Isnin dan sekirannya gagal akan menyebabkan keputusan diambil tanpa megambil kira kepentingan bekas pekerja.

"Kita anggap ia tindakan kotor kerana tidak memberi peluang untuk ke mahkamah. Esok kita ke mahkamah tanpa peguam. Ini memberi satu kelebihan kepada pihak pemaju.

"Aduan ini dibuat untuk memberitahu mahkamah bahawa mereka main kotor," kata Arutchelvan yang juga adalah setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia ketika ditemui bersama pengerusi jawatankuasa bekas pekerja Ladang Bangi C Krishnan.

Menurut Arutchelvan para pemaju tersebut juga memilih masa yang salah untuk memberikan notis kerana kebanyakan bekas pekerja Ladang Bangi sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Deepavali dalam tempoh dua minggu.

Beliau menambah bahawa Trans Loyal dan peguam mereka juga tidak memaklumkan tindakan ini pada hari Khamis lalu semasa satu mesyuarat di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

"Mereka mengambil kesempatan ke atas kerajaan negeri dan MPKJ," dakwa Arutchelvan.

Lading tersebut pada asalnya dimiliki Golden Hope dan bertukar pemilik kepada Sime Darby, dan kepada Serie Emas. Serie Emas dilaporkan berjanji untuk membina rumah bistari untuk 43 pekerja dalam tahun 2006.

Sejumlah RM18,000 telah ditawarkan kepada bekas pekerja yang telah keluar dari Ladang Bangi 10 tahun lalu.

Trans Loyal telah mengambil kawasan bekas ladang beberapa tahun lepas namun gagal  melunaskan keperluan bekas pekerja ladang.

"Kerajaan Selangor mempunyai dasar yang mewajibkan pemaju membina perumahan untuk pekerja sebelum diusir. Dulu dia guna gangster sekarang guna mahkamah untuk mengusir keluarga bekas pekerja ladang," kata Arutchelvan.

Beliau turut menggesa kerajaan Selangor untuk mengambil tindakan terhadap Trans Loyal Developers kerana "berbohong kepada semua pihak".

Isu pampasan bekas pekerja ladang ini pernah dibangkitkan di mahkamah di dalam tahun 2001 dan 2006 di mana bekas pekerja menang namun tuntutan perumahan tidak ditunaikan

PKNS dapat kelulusan Kementerian Kewangan

Posted: 28 Oct 2012 06:21 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

MB Selangor berkata beliau tidak perlu menjawab isu itu kepada Noh Omar mengenai penjelasan rancangan penggabungan lima aset komersial bernilai RM321 juta. 



TANJUNG KARANG: Tindakan kerajaan negeri menggabungkan lima aset komersial Perbadanan Kemajuan negeri Selangor (PKNS) untuk dipindah milik kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS telah mendapat persetujuan daripada Perbendaharaan Negara.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS Datin Paduka Norazlina Zakaria sudah memperjelaskan isu tersebut termasuk kelulusan pihak Kementerian Kewangan.

Justeru itu, katanya, beliau tidak perlu menjawab isu itu kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai penjelasan rancangan penggabungan lima aset komersial PKNS bernilai RM321 juta itu.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKNS, berkata demikian kepada pemberita pada satu majlis Aidiladha di sini hari ini.

Pada majlis Korban Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendesak Menteri Besar itu memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Lima aset PKNS tersebut ialah SACC Mall, Shah Alam, Menara PKNS, Petaling Jaya, Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi serta Wisma Yakin di Kuala Lumpur.- Bernama

Mat Sabu: PR tambah MP Melayu banding BN

Posted: 28 Oct 2012 03:28 AM PDT

ARZIANA MOHMAD AZAMAN
 
TANJONG KARANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.

"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.

Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.

Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN."

Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.

"Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen? Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.

"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.

Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.

"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia"' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam.

Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.

"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya," katanya.

AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat - Sakmongkol

Posted: 28 Oct 2012 12:22 AM PDT

 
KELAB GREENBOC

UMNO memimpin sebuah kerajaan yang angkuh dan sombong. Menteri kewangan nya sombong; dia engkar hadir di parlimen berdepan dengan penghujjahan ketua pembangkang. Ertinya, dia telah engkar memuliakan institusi parlimen dan memuliakan amanah yang rakyat Pekan beri pada nya. Demikian juga MP BN yang lain yang kencing berlari mengikut guru mereka kencing berdiri. Dia bongkak bila mengistiharkan bajet Pakatan tidak senilai dengan kertas dimana bajet tersebut dicitak.

Adakah PM dan Menteri kewangan kita buta bila Lapuran Odit Negara menyatakan bahawa pentadbiran kewangan negeri2 dibawah Pakatan lebih baik dari negeri yang ditadbir UMNO/BN? fakta nya ialah- bila Pakatan Rakyat buat janji, mereka ada track record untuk menyokong janji mereka. UMNO/BN hanya dapat mengemukakan rekod yang buruk.

Memang itulah perangai parti syaitan yang kita kenal. 2 sifat syaitan ialah engkar dan bongkak. Parti inilah sekarang menjalankan jenayah ekonomi merompak rakyat.

Apa yang berlaku pada Felda sebagai contoh, adalah suatu rencana dan pakatan jahat Najib merompak rakyat. Kalau tidak masakan dia meletakkan seorang perasuah sebagai pengerusi Felda dan menukar pegawai2 yang ada conscience dengan pegawai yang korap. Itu bermakna, angkara durjana yang di perlakukan keatas Felda adalah suatu yang premeditated- kalau dalam istilah undang2 criminal, mereka ada mens rea.

Bencana AES

Satu lagi rencana merompak ialah kerajaan meluluskan tender memasang dan mengutip denda keatas pemanduan laju menggunakan kamera AES. Ini kerja dan projek perompak yang malas untuk membalun rakyat.

Selama ini, kerta laju di denda oleh polis. Pendapatan lansung kedalam kocek kerajaan. Jika system yang ada memuaskan, mengapa perlu disubkontrakkan kepada pihak ke3 dan kerajaan berkongsi pula hasil kutipan? Kenapa beri kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle Sdn Bhd?

Dua syarikat menggunakan dua system yang berlainan. Beta Tegap menggunakan system Australia dan Commercial Circle dengan system Germany. Menyeragamkan system ini macam mana? Adakah ia akan menambahkan kos kepada kerajaan?

Bukankan pihak Polis mempunyai 3000 lebih kamera diserata tempat? Apa jadi kepada kamera tersebut? Boleh tak polis jual secondhand untuk kita pasang di rumah2 supaya kita rasa lebih selamat.

Keadaan keselamatan dalam negeri kita sekarang tidak terjamin.

Berjuta warga asing yang ada rekod jinayah dan membawa penyakit yang sudah lama dibasmikan dinegara ini. sekarang ini jaga lah kesihatan keluarga kita sebab penyakit TB datang semula dibawa oleh warga asing.

Kamera AES merupakan satu lagi projek BN merompak dan menindas rakyat dan membocorkan pendapatan negara. Ianya keadah orang malas berfikir bagaimana mahu mengurangkan kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya diselesaikan bukan dengan menghukum pemandu dengan kos yang tinggi tapi melalui cara mendidik rakyat etika memandu. Selama ini pun kamera Polis yang sedia ada mengenakan denda RM 300 atau lebih- adakah system yang ada mengurangkan kemalangan?

Kemalangan jalanraya mungkin disebabkan terlalu banyak kereta. Atau jalan tidak baik. Bolehkah bayaran denda yang banyak mengurangkan kemalangan? Jika demikian, baik naikkan harga kereta supaya tidak ramai yang boleh memiliki kereta.

Menteri Pengangkutan yang bingung mengatakan bahawa sistem AES ini sebetulnya dikehendaki oleh majority yang senyap atau silent majority. Kalau mereka senyap, macam mana menteri ini tahu apa yang mereka mahu? Yang mereka mahu ialah kerajaan berhenti dari merompak rakyat.

Kos projek ini ialah RM700juta. Kerajaan tak perlu belanja apa apa. Hanya kongsi untung denda. Bagaimana harga RM 700juta ini di perolehi? Kerajaan cuai kalau tidak mengodit angka ini.

Kerajaan hanya kongsi hasil denda bila RM700juta sudah di recover. Ertinya, setelah 2 syarikat ini recover RM 700juta , baru berkongsi pendapatan.

Soalan nya- boleh tak kita percaya kos nya RM700juta? 2 syarikat yang mendapat projek ini tidak mempunyai kemampuan mengadakan RM700juta. Adakah ini angka silap mata yang dikeluarkan entah dari mana dan pegawai kerajan yang sama bingung nya dengan menteri menerima bulat2 harga RM700juta?


Rakyat sudah masak dengan penipuan harga atau harga projek yang diUMNOkan. Rakyat masih ingat bagaimana kos membina PLUS yang RM3billion menjadi M6 billion. Dan setelah RM20 billion dikutip menerusi kutipan tol dan compenstation, pengendali TOL masih diberi lesen melanun rakyat?

RM700 juta amat mudah di ujudkan. Lantik orang tengah ala Perimekar Sdn Bhd suruh mereka lantik alih bahasa dari Mongolia - suruh alihbahasa ini deal dengan pembekal- dalam tempoh ulang alik ke Australia dan Germany, wakil dari syarikat orang tengah boleh memantat dengan pengalih bahasa.

Siap kerja, muncul depan menteri dan beritahu- boss kos nya RM 700 juta. Fringe benefits pun ada kalu bos mahu! Kemudian boleh letupkan dengan C4.

Cara kerajaan UMNO/BN memberi kontrak kepada 2 syarikat ini penuh dengan misteri. Mengapakah perlu nya butiran kontak, terma2 dan syarat2 tender ini di lindung dibawah Akta Rahsia Kerajaan( OSA)? Perkara yang menyentuh kepentingan rakyat kerana rakyat yang kena bayar, dirahsiakan dari pengetahuan mereka? Rakyat berhak mengetahui bagaimana kontrak yang akan mendenda mereka danmenyusahkan meraka disetujui oleh kerajaan?

Adakah laungan Najib mengenai ketelusan dan pertanggunjawaban hanya omongan kosong? Nampak nya begitulah. Najib memang suka bong!

Kerajaan yang membengkrapkan negara ini sepatutnya mempertahankan sumber pendapatan bukan mengkontrakkan nya. Kita diberitahu bahawa system penguatkuasaan otomatik boleh memberi pulangan sebanyak RM50billion setahun.

Jika demikian mengapa mahu kontrakkan?


Bukankah lebih baik menambahbaikkan system polis yang ada dengan 3000 lebih kamera nya? RM 50 billion wok, boleh menyebabkan cukai jalan dimansuhkan dan menutup semua syarikat kutipan tol dinegara kita ini.

Ini satu lagi projek BN untuk melanun dan merompak rakyat!

MB : Task Force Bebas Diwujud Bagi Nasihat Pembangunan Batu Caves

Posted: 28 Oct 2012 12:15 AM PDT




BANDAR TUN RAZAK, 28 OKT : Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa task force' bebas bagi memberikan pandangan dan nasihat berhubung pelaksanaan pembangunan di sekitar Batu Caves.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui task force ini diharap akan memberikan nasihat yang adil dan saksama berkenaan pelaksanaan pembangunan yang sesuai dilakukan di kawasan itu yang berhampiran dengan kuil Batu Caves.

"Kita akan menilai dari semua segi samada pembangunan itu menurut undang-undang pembangunan, saya tidak memberikan apa-apa jawapan sehingga kita kaji dan meneliti.

"Ia akan mengambilkira bagaimana pembangunan itu boleh dilakukan dengan terbaik kerana Batu Caves ini adalah sebuah tempat yang sangat dihargai oleh masyarakat Hindu di mana kuilnya telah didirikan beberapa pembangunan," kata Abdul Khalid dalam sidang media di Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat di sini.

Abdul Khalid berkata, beliau akan membuat kajian dan menggunakan kepakaran semua berhubung isu pembangunan itu bagi mengelakkan sebarang spekulasi daripada mana-mana pihak.

"Ini adalah cara yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama empat tahun jadi kita menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak yang lepas tetapi mesti mengikut syarat-syarat dan undang-undang," kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dalam sidang medianya mendedahkan dokumen lengkap "Kebenaran Merancang" yang diluluskan pada 30 November 2007 dalam persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

Ronnie juga membidas bekas ahli majlis Perbandaran Majlis Selayang (MPS) kerana berlakon tidak tahu tentang projek kondo, Dolomite Park Avenue tersebut.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat.


PKNS Nafi Terbabit Bina Jalan Plumbum

Posted: 28 Oct 2012 12:14 AM PDT




SHAH ALAM,: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan penglibatannya dalam pembinaan jalan dalaman di zon penampan kawasan pembangunan bersempadan dengan kawasan peerumahan di Jalan Plumbum Seksyen 7 di sini.

Pengurus Perhubungan Awamnya, Ishak Hashim berkata, pihaknya kesal apabila dilibatkan dengan isu pembinaan itu sebagaimana dilaporkan beberapa media arus perdana baru-baru ini.

 "PKNS ingin menegaskan bahawa perbadanan ini tidak terbabit langsung dalam pembinaan jalan ini, justeru ia tidak harus dikaitkan dalam perkara ini.

"Seharusnya siasatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan yang kurang menyenangkan dikeluarkan yang boleh menjatuhkan imej PKNS," katanya dalam kenyataan dikeluarkan kepada TVSelangor di sini hari ini.

Ishak berkata, PKNS percaya pelan pembangunan kawasan berkenaan telah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan.

PKNS sendiri, tegasnya, dalam setiap projek pembangunan akan sentiasa memastikan ianya dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara itu, pihak berminat boleh menghubunginya di talian 03-5520 1245/1247 atau emel : ishak@pkns.gov.my

BN telah gagal dalam 6 ujian anti rasuah

Posted: 28 Oct 2012 12:04 AM PDT

Harakahdaily,
 
MELAKA: BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod.

"Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000," ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP mencadangkan enam langkah untuk membanteras rasuah.

Pertama, ujar beliau pengisytiharan harta secara terbuka hendaklah diinstitusikan.

Ini, katanya telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan seluruh barisan Exco negeri telah mengisytiharkan harta secara terbuka, malah diiktiraf oleh firma akauntan antarabangsa.

"Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kenapa Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan atau Ketua Menteri Sarawak dan barisan Exconya tidak boleh buat yang sama?" soal Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kedua, katanya pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan memiliki rumah-rumah mewah, kereta, akaun bank peribadi yang besar di luar negeri harus digugurkan; ketiga, ahli keluarga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelak lagi satu skandal RM250 juta "lembu dan kondo".

"Keempat, peniup wisel tulen yang membongkarkan kes rasuah yang mengakibatkan dakwaan mahkamah harus dilindungi dan bukan dianiaya.

"Kelima, BN harus berterus terang tentang sumbangan politik seperti sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah. Akhirnya, tender terbuka harus dilaksanakan," katanya lagi.

Beliau menambah, tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding terus dan dianugerahkan kepada para kroni, lantas menyebabkan kerugian dana awam seperti jualan murah tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi.

Jangan hantar kaset lawan ceramah Pakatan

Posted: 28 Oct 2012 12:03 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,
KUALA LUMPUR: Jangan hantar kaset, hantarlah penceramah yang berkemampuan untuk melawan ceramah Pakatan Rakyat (PR), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sambil menyelar tindakan Umno Barisan Nasional (BN) yang memasang kaset melalui pembesar suara untuk mengganggu ceramahnya semalam, beliau menyifatkan tindakan itu membuktikan betapa betapa terdesaknya Umno untuk menentang kebangkitan dan kesedaran rakyat di Johor.

"Umno dah 'desperate' sangat dah. Nak datang ceramah sendiri tak berani berhadapan dengan rakyat, mereka pasang kaset kuat-kuat mengganggu ceramah kita," katanya.

Dalam ceramah di Seri Alam dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang sempena musim Aidil Adha itu, Umno menggunakan taktik terbaru mereka untuk mengganggu ceramah PR.

Menurut laporan, taktik memasang kaset ceramah mereka untuk mengganggu ceramah PR itu telah beberapa kali digunakan oleh Umno sebelum ini di beberapa tempat di seluruh negara.

"Lebih buruk lagi kaset yang dipasang untuk mengganggu ceramah kita itu ialah ceramah yang mengapi-apikan perkauman yang nampak benar untuk memecahbelahkan rakyat yang datang mendengar ceramah kita itu.

"Tetapi mereka bukan sahaja gagal malah menambahkan lagi kebencian rakyat kepada mereka," kata Salahuddin.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.

"Melayu dan Cina sama banyak dan itulah yang sangat membimbangkan Umno.

"Umno tentulah sangat sakit hati kerana mereka berharap orang-orang Melayu tidak datang ke ceramah kita.

"Maklumlah, undi Melayu adalah harapan utama mereka," katanya.

Oleh kerana Umno terlalu mengharapkan undi Melayu untuk mengekalkan kuasanya, Salahuddin memberitahu, pihaknya menyusun lebih banyak lagi gerak kerja untuk mendapatkan sebanyak-banyak undi Melayu.

"Bukan sahaja di Johor yang kini menjadi inspirasi kebangkitan rakyat di seluruh negara, malah gerak kerja untuk mendapatkan sebanyak-banyak undi Melayu kita perhebatkan di seluruh negara.

"Berita buruk untuk Umno ialah kita terus melipatgandakan usaha kita walaupun di negeri-negeri yang menjadi kubu tradisi kita bagi undi Melayu seperti Kelantan dan Kedah," kata Salahuddin.

PAS tidak pernah berehat untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mahu kuasa Umno BN ditamatkan, tegas beliau lagi.

Perkasa bebas untuk boikot penyanyi Jaclyn Victor, kata menteri

Posted: 27 Oct 2012 11:59 PM PDT

TERKINI 

Perkasa adalah bebas untuk boikot artis terkenal Jaclyn Victor, menurut Dr Koh Tsu Koon.
KUALA LUMPUR— Badan bukan kerajaan Perkasa bebas untuk memboikot artis terkenal negara Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan permuafakatan negara pada hari ini.
 Khamis lalu, Perkasa menggesa umat Islam untuk memboikot artis tersebut atas dakwaan lirik lagu tersebut yang terselit dengan unsur Kristian telah menghina Islam dan menunjukkan "tidak sensitif dan menghormati" kepada mereka yang bukan penganut agama Kristian.

"Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka boleh memboikot kerana mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas ...," kata Koh, yang juga menyelia kabinet khas panel antara agama kepada The Malaysian Insider hari ini ketika diminta mengulas mengenai gesaan Perkasa itu.

Berikutan serangan terhadap Jaclyn oleh umat Islam ke atas lagu berusia lima tahun tersebut, agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat lirik lagu terbabit.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi pada minggu lepas dilaporkan berkata bahawa kementerian maklumat dan kementerian dalam negeri perlu merujuk lagu tersebut dengan JAKIM bagi memutuskan jika ia "benar-benar menyentuh isu iman (akidah) ".

Serangan Perkasa menyusul serta menambah lebih tekanan dalam isu melibatkan agama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat terutamanya selepas dua ahli Parlimen mendakwa terdapat satu plot untuk menukar Malaysia kepada sebuah negara Kristian.

Jaclyn pada minggu lepas berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.

"Saya mencatat lagu yang sekitar 2007 khas bagi orang-orang Kristian di  Sabah dan Sarawak dan untuk gereja-gereja.

"Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut Kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.

 "Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?"

"Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu.

Jaclyn juga berkata lagu itu tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia kerana amalan kebebasan beragama.

Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia, dengan kebanyakan mereka di timur Malaysia menggunakan bahasa Melayu dan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan mereka.

Pergelutan undang-undang ke atas penggunaan perkataan "Allah" masih belum selesai kerana Gereja Katolik masih terhalang dari menerbitkan perkataan tersebut dalam akhbar mingguannya, Herald, walaupun dibenarkan selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009.

Pada tahun lepas, penghantaran Alkitab bahasa Melayu untuk digunakan oleh Bumiputera Kristian telah disekat serta dirampas di pelabuhan tetapi kemudiaannya kerajaan terpaksa akur kepada tekanan yang diberikan.

Raja Nong Chik akui saingan sengit menanti Umno-BN di Lembah Pantai

Posted: 27 Oct 2012 11:53 PM PDT


KUALA LUMPUR— Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) mengakui Umno dan Barisan Nasional berhadapan misi sukar untuk memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum Ke-13 yang bakal menjelang.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata berkata faktor tersebut perlu diambil kira memandangkan terdapat sesetengah parti politik yang cuba memecahkan umat Islam di Malaysia tetapi memberitahu pihak parti terbabit.

"Tidak dapat dinafikan jentera Umno-BN akan berhadapan saingan sengit pada PRU nanti disini. Tapi saya rasa peluang cerah untuk menang itu ada.

"Halangan untuk memenangi berpunca daripada sesetengah parti di dalam negara yang cuba memecahbelah umat Islam di dalam negara," kata Raja Nong Chik selepas menghadiri sambutan hari raya Aidiladha di Pantai Baharu pagi tadi.

Beliau, yang dilihat berkemungkinan menjadi calon Umno untuk bertanding Parlimen tersebut, berkata persiapan rapi sudah dilakukan dan kesemua jentera parti sudah tidak sabar menanti lampu hijau daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja.

Pada PRU 2008 lalu, kerusi hangat milik Umno yang ditandingi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu tewas mengejut kepada anak perempuan ketua pembangkang, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon bebas 489 undi.

Baru-baru ini, Shahrizat secara terbuka juga menyatakan sokongan terhadap Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Umno untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.

Shahrizat juga berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan tersebut selama ini.

"Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan," kata bekas menteri yang dikaitkan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) itu.
Dalam isu berasingan melibatkan gesaan dua badan bukan kerajaan Perkasa dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang mendakwa umat Islam dihina secara terbuka, Raja Nong Chik berkata dia enggan memberi komen mengenai isu tersebut.

"Mengenai isu itu, saya tidak mahu komen," kata Raja Nong Chik semasa menghadiri majlis sambutan Aidiladha di Pantai Baharu pagi ini.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, ABIM mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem "My Name is Khan" lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.

NGO tersebut berkata penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.

"Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan," kata ABIM.

ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.

Baru-baru ini juga, Perkasa turut mencetuskan konflik sama apabila menggesa umat Islam memboikot penyanyi terkenal Jacyln Victor kerana menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang didakwanya satu penghinaan kepada Islam.

Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.

"Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja.

"Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?" katanya lagi.

Nenek, cucu maut dalam kemalangan

Posted: 27 Oct 2012 11:46 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Seorang nenek dan cucu perempuannya yang dalam perjalanan pulang daripada membeli-belah sempena Deepavali, antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di persimpangan lampu isyarat di Taman Suria, Jalan Tunjang-Jitra di Jitra semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohd Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira 5.40 petang itu, M Kannigah, 61, dan G Rathika, 29, meninggal dunia di tempat kejadian manakala cucu Kannigah, J Thivyaamsheni, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra.

Katanya suami Rathika yang merupakan pemandu kereta yang dinaiki mereka, D Sivaprakash, 33, dan anak perempuannya berusia empat tahun dan abang Thivyaamsheni yang berumur 16 tahun mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di hospital yang sama. Identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata pemandu serta anggota keluarga kereta Exora yang terlibat dalam kemalangan itu hanya cedera ringan.

Katanya, kereta yang dipandu Sivaprakash yang dalam perjalanan pulang daripada membeli-belah sempena Deepavali di Padang Besar, Perlis dikatakan bergesel dengan kereta Exora itu dan hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu isyarat yang menyebabkannya terbalik.

Ibrahim berkata lampu isyarat di persimpangan tersebut yang tidak berfungsi sejak awal pagi semalam dikatakan menjadi punca berlaku dua kemalangan kecil sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa tiga wanita terbabit.

Katanya mayat ketiga-tiga wanita dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Sementara itu, anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani melawat anggota keluarga mangsa di rumah mayat hospital itu.- Bernama

Abim selar siaran filem kontroversi Hindustan

Posted: 27 Oct 2012 11:42 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah keras penayangan filem kontroversi Hindustan My Name is Khan yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan di TV3, terutamanya pada sambutan hari kedua Hari Raya Aidiladha semalam.

Naib presidennya Ahmad Saparudin Yusup mendakwa, filem itu mengelirukan dan mengandungi adegan amalan agama yang dipertikaikan, seperti kahwin campur Islam-Hindu dan pemberian zakat kepada bukan Islam.

NONE"Aksi beliau (Shah Rukh Khan) dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan," katanya.

"Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam."

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Saparudin berkata, walaupun cuba menjawab persoalan Islamophobia, tanpa memahami Islam dengan mendalam, My Name is Khan jelas membawa mesej 'Islam Liberal' dan pluralisme agama.

"Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam memahami ajaran Islam yang sewajarnya," kata Ahmad Saparudin.

"Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Aidiladha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.

ABIM juga mendesak agar penayangan filem itu tidak berulang, pengedarannya dihalang serta-merta dan stesen penyiaran harus lebih peka di masa akan datang.

NGO: Insiden kandas malam raya di KKIA memalukan

Posted: 27 Oct 2012 11:41 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Penjelasan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berhubung insiden bekalan elektrik terputus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disifatkan seperti melepaskan batuk di tangga.

Oleh keraja ia memalukan imej negara, Ketua Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa berkata, tindakan tegas perlu diambil, lebih-lebih apabila penumpang terkandas di malam Hari Raya Aidiladha.

NONEBeliau yang turut terkandas 13 jam berkata, syarikat penerbangan juga tidak mempedulikan mereka apabila tiada setitik air pun diagihkan walaupun semua kafe dan restoran ditutup sempena hari raya.

Menceritakan keadaan pada malam itu, Fariz berkata, penumpang yang membawa bayi dan kanak terpaksa menunggu dan beratur berjam-jam, malah terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk teksi dan hotel.

"Malah pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pengangkutan dan kerajaan negeri Sabah sedikit pun menunjukkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban sewaktu kejadian tersebut yang berlaku bukan satu hari tetapi memakan masa dua hari.

"Selaku menteri pengangkutan, beliau (Kong) wajar bertanggungjawab kerana insiden tersebut benar-benar memalukan dan menyedihkan ratusan para penumpang dalam dan luar negara," kata Fariz.

penumpang kandas kkia sabah raya 281012 marah kaunterKong semalam dilaporkan mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di KKIA Khamis lepas yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.

Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan itu dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, Kong berkata, jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya

KKIA dilaporkan ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas.

Dua ATM AmBank Dataran Mentari dibakar awal pagi

Posted: 27 Oct 2012 11:38 PM PDT

IZWAN ROZLIN

PETALING JAYA - Dua Mesin Teler Automatik (ATM) cawangan AmBank di Dataran  Mentari di sini, dibakar 4 pagi tadi, dipercayai oleh lebih daripada dua penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritenden Tuah Masrom berkata, penjenayah sudah mengumpil mesin tersebut, tetapi gagal melarikan peti wang tunai.

Anggota bomba dari Subang Jaya berjaya memadamkan api pada kedua-dua ATM pada jam 5.10 pagi.

Suspek dipercayai lebih daripada dua orang cuba membuka pintu kedua-dua mesin ATM mengguna gas Oxy-Acetylene.

Siasatan lanjut pihak polis menemui pemetik api dan sebotol minyak tanah di lokasi kejadian.

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti suspek terlibat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kerja khianat menggunakan  api.

MAIK siasat imam tidak baca teks khutbah yang disediakan

Posted: 27 Oct 2012 11:36 PM PDT

SINAR HARIAN

KOTA BAHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyiasat dakwaan ada imam atau khatib yang tidak membaca teks khutbah yang diedarkannya termasuk khutbah khas Aidiladha tahun ini.
  
Setiausaha MAIK Che Mat Che Muda berkata pihaknya akan mengambil tindakan jika mereka yang dilantik oleh MAIK itu ingkar arahan dengan sengaja tidak membaca teks khutbah yang disediakan.
  
Kebiasaannya MAIK mengeluarkan teks khutbah khas untuk Aidilfitri dan Aidiladha yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Panel Khutbah yang juga Mufti Kelantan dan diedarkan kepada masjid di bawah pentadbirannya untuk dibaca kepada jemaah, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
  
Beliau mengulas dakwaan ada imam atau khatib di negeri ini yang membaca khutbah berbau politik dan boleh mengelirukan umat Islam yang disediakan pihak lain.
  
Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali turut mengecam Dewan Ulama PAS Kelantan yang didakwa masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang dianggap mengelirukan dan menanam bibit kebencian terhadap pemimpin negara.
  
Bagaimanapun, Che Mat berkata ada surau dan madrasah yang bukan di bawah pentadbiran MAIK menggunakan khutbah yang disediakan pihak lain, dan ini di luar kawalan MAIK. - Bernama

Tiada ‘team’ Ahmad, Idris, hanya ‘team’ Najib

Posted: 27 Oct 2012 11:34 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Najib Tun Razak
Dato' Seri Najib Tun Razak
 
KUALA TERENGGANU – Bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Amirudin Abd Rashid percaya calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diwakili mana-mana kumpulan, sebaliknya hanya pasukan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata  demikian sebagai merujuk desas-desus di kalangan segelintir pihak yang menggambarkan kemungkinan calon yang diketengahkan pada PRU13 di negeri ini berkemungkinan diketuai kumpulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said atau bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun, Amirudin yakin, perkara itu tidak akan berlaku memandangkan Najib akan mengetengahkan calon boleh menang berdasarkan hasrat rakyat di kawasan setempat.

"Pada pandangan saya, tiada 'team' mana-mana pihak sebaliknya BN akan tampil dengan 'team' yang diketuai Perdana Menteri.

"Perdana Menteri sendiri kerap kali bercakap mengenai calon boleh menang dan ini menunjukkan beliau memberi harapan kepada pengundi dan rakyat bahawa pemilihan calon kali ini menumpukan calon yang rakyat mahu," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Katanya, tidak timbul mana-mana kumpulan yang akan diketengahkan pada pilihan raya umum akan datang kerana yakin pucuk pimpinan parti itu akan mengotakan janji untuk mengetengahkan calon boleh menang.

Sementara itu, beliau  meminta wakil rakyat sedia ada yang berkhidmat penuh kepada parti dan rakyat di kawasan masing-masing dipilih semula kepimpinan pada pilihan raya umum nanti tanpa mengira umur.

Katanya, kira-kira 80 peratus wakil rakyat sedia ada berkhidmat baik dengan parti.

"Walaupun dilihat ada masalah di peringkat bahagian tetapi kebanyakannya masih menjaga parti dengan baik. Cuma kita minta calon-calon yang tidak menghormati Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tidak patut dicalonkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amirudin yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus berpendapat wakil rakyat tidak patut  melobi kepimpinan bagi membolehkan mereka dicalonkan semula.

"Tindakan itu hanya wajar terhadap sesetengah individu yang belum pernah dicalonkan," katanya.

Jelas beliau, ika wakil rakyat memainkan peranan dan melaksanakan komitmen dengan cemerlang, sudah tentu kepimpinan untuk meletakkan mereka sekali lagi di kerusi sama.

MAI TENGOK!!! Bila dah terdesak nak kalah maka inilah jadinya

Posted: 27 Oct 2012 05:01 PM PDT

PASPB


Ini berita yang baru diterima.

Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi.

Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sekitar 30 pemuda yang dipercayai diupah Umno mula bergerak liar di sekitar tapak ceramah dan membuat bising menggunakan motosikal masing-masing.

KEADILAN menyifatkan ia sebagai satu taktik kotor yang diteruskan bagi menghalang rakyat mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal hadir esok.
 

Penyokong Pakatan Rakyat diminta hadir untuk memberikan sokongan.

Sebelum ini, bas jelajah telah mengalami beberapa siri sabotaj bertujuan mengganggu siri penerangan yang disampaikan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat di Kota Bharu dan Melaka.

Berita mengenai van skuad sayang puteri Umno kononnya disabotaj dengan ditulis perkataan 'babi' dan 'sial' tambah menaikkan kemarahan mereka konon ia angkara penyokong Pakatan Rakyat.

 Tulisan cat merah macam sama aje
 
Dipercayai atas alasan inilah samseng dalam parti itu mula melakukan provokasi terhadap persiapan yang diatur untuk acara pada keesokkannya.JALAN PULANG

Perkasa teruskan boikot lagu Kristian dalam bahasa Melayu

Posted: 27 Oct 2012 04:57 PM PDT


KUALA LUMPUR — Perkasa menegaskan umat Islam di seluruh negara mesti memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyi lagu "Harapan Bangsa", sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu di mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru meletus di Malaysia yang mempunyai penduduk yang mengamalkan pelbagai agama.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali turut menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (gambar) sebagai tidak "bertanggungjawab" kerana tidak mahu mengambil pendirian jelas mengenai perkara tersebut.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan dan integrasi nasional semalam enggan mengulas mengenai isu tersebut dengan berkata: "Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka (Perkasa) boleh memboikot jika mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas."

"Tetapi apabila Tsu Koon berkata ia adalah hak Perkasa untuk memboikot penyanyi Jaclyn Victor kerana negara ini adalah bebas bagi sesiapa sahaja untuk bersuara, itu adalah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah saya dengar dari seorang menteri. Adakah ini jawapan terbaik daripada Menteri Perpaduan?" Syed Hassan memberitahu The Malaysian Insider, dalam kiriman SMS ketika dihubungi semalam.

"Apakah seseorang penyanyi boleh menyanyi apa saja lagu walau mengguris perasaan pihak lain? Adakah itu hak bersuara?" soal beliau.

Syed Hassan menegaskan Jaclyn tidak sepatutnya menyanyikan lagu tersebut kerana beliau adalah seorang penyanyi yang majoriti albumnya dalam bahasa Melayu dan peminatnya juga beragama Islam.

"Lirik lagu tersebut tidak boleh dikatakan utk penganut kristian kerana liriknya menyebut antara lain 'semua kaum, semua bangsa dalam negara ini mengharapkan engkau Yesus'.

"Org Melayu iaitu umat Islam tidak mengharapkan Yesus!" tambah Syed.

Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar juga menyokong gesaan Syed Hassan untuk memboikot bekas pemenang Malaysia Idol yang telah dicalonkan dalam enam kategori bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang pada 17 November di sini.

Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider mereka akan meneruskan langkah boikot sehingga "mendapat pengesahan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)" sama ada ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain atau tidak.

Walaupun Jaclyn tidak menulis lirik lagu tersebut, Abdul Rahman berkata "ia tidak penting siapa yang menulis atau merakamkan" lirik tersebut kerana kempen memboikot adalah berpunca daripada perkataan dalam lagu tersebut.

Serangan Perkasa datang sebagai ketegangan agama yang terus akan dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini.

Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan rakyat yang beriman dalam agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas.

Victor, seorang penganut agama Kristian terbaru terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.

"Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.

"Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?"

"Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu.

Jaclyn juga berkata lagu itu tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia kerana amalan kebebasan beragama.
Penganut Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia, dengan kebanyakan mereka di timur Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu dan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan mereka.

Lanjutan IPP: Tabiat lama BN berulang?

Posted: 27 Oct 2012 04:54 PM PDT

DR DZULKEFLY AHMAD

1. Rundingan bekalan eletrik (tenaga) antara pihak Penjana Tenaga Bebas (IPP) dengan kerajaan sedang berjalan. Kerajaan diwakili oleh Tenaga Nasional Berhad dan pemberian konsesi adalah melalui kaedah 'tender terbuka' atau 'competitive bid' yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC).

2. Untuk ingatan umum, konsesi IPP generasi pertama adalah perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang 'berat-sebelah' (lope-sided). IPP generasi pertama mendapat pulangan pelaburan sebanyak 20%-40% (ROE), sementara Tenaga menanggung bebannya. Umum masih ingat betapa Tan Sri Ani Arope, Pengerusi Tenaga ketika itu cukup kecewa dengan PPA yang dipaksa ke atas Tenaga secara amat berat sebelah dan tidak adil. Beliau kemudian meletakkan jawatannya.

3. Walaupun kerajaan menjamin bahawa PPA generasi ke-2 IPP akan menjadi lebih telus dan adil, para analyst kewangan telah mula mengkritik beberapa tindakan kerajaan.

4. Pertikaian yang telah mula mendapat liputan dalam media bisnes adalah tentang dua syarikat generasi pertama ini yakni Genting Sanyen Power dan Segari Power Ventures. Segari dimilikki oleh Malakof Behad milik Tan Sri Syed Bukhtar Bukhari. Genting Sanyen kini dibeli oleh 1-MDB.

5. Mengapa kedua-dua IPP ini mendapat 'layanan yang berbeza dan istimewa' telah pun mencetuskan pelbagai tanda tanya yang menjadikan segala dakwaan kerajaan bahawa
pemberian konsesi kedua IPP ini adalah telus dan adil, mula dipandang serong oleh pasaran tenaga dan penganalisa.

6. Mengapa Genting Sanyen mendapat harga konsesi pada kadar 35.3 sen dan Segari Power mendapat kadar 36.3 sen per kWh yakni lebih tinggi dari loji tenaga baru yang dibina sendiri oleh Tenaga adalah satu yang tidak difahami. Kalau ia tidak lagi efisien dan boleh menandingi loji baru, maka perlu kadar yang lebih diberikan? Mengapa tidak dihabiskan sahaja konsesinya dan digantikan?

7. Turut dipertikaikan, Segari Power Ventures milik Tan Sri Syed Bukhtar adalah yang pertama mendapat perlanjutan konsesi untuk 10 tahun lagi. Persoalannya ialah apakah kriteria penilaian pihak EC yang melayakkan Segari untuk menjadi IPP pertama yang diberikan 'extension' atau lanjutan ini? Tidak dapat dielakkan persepsi negatif terhadap tindakan pemberian lanjutan ini, untuk membantu Malakoff, pemilik Segari IPP yg bercadang utk disenaraikan semula di Bursa Malaysia? Tentunya tindakan EC ini menjadikan 'valuation' Malakof menjadi lebih baik dan tinggi, lantas berpotensi mendapat harga IPO yang lebih tinggi. Bukankah itu tindakan menguntungkan 'kroni' namanya?

8. EC juga telah meluluskan 10 tahun lanjutan ke atas Genting Sanyen Power yg sekarang telah dimiliki oleh 1MDB yang telah membeli dari Genting Berhad dengan harga RM2.55 bilion, hampir 6 kali nisbah harga:buku (price: book ratio) (nilai buku~ RM422 juta). Harga ini adalah amat mahal dan ketika itu Genting Sanyen hanya ada 3 tahun lagi konsesinya. Seolah-olah semacam tahu bahawa EC akan melanjutkan konsesi Genting Sanyen, 1-MDB membeli dengan harga yang begitu mahal.

9. Untuk ingatan bulan March tahun ini, 1-MD membeli dari Tan Sri Ananda Krishnan, sebuah loji tenaga Tanjung Energy Holding Sdn Bhd dengan harga RM8.5 bilion, meskipun pasaran mentaksirkan harganya dalam lingkungan RM6.6 bilion. Ananda tersenyum ke banknya dengan RM1.9 bilion.

Wajarkah sebuah GLC (1-MD) berbelanja besar seperti ini (jumlah RM11 bilion) dengan cara pinjaman atau bon-sukuk (berhutang)? Tentunya sekali lagi bahawa ini adalah 'off-budget' atau 'off-balance spending' dalam kategori 'Contingent Liability' (CL).

Persoalan saya di Dewan rakyat tentang berapa banyak dari RM117 bilion CL yang telah menjadi 'liability sebenar' kerana tak terbayar dek GLCs (NPL) sehingga hari ini tidak dijawab Menteri Kewangan!

10. Kesemua ini meletakkan tadbir-urus Suruhanjaya Tenaga sangat dipertikaian. Para analysts dan pelbagai pihak telah menyarankan bahawa supaya tidak membeli dari IPP generasi pertama ini. IPP ke-2 yang lebih efisien dan yang menggunakan jumlah gas yang kurang dan mungkin juga lebih mesra alam-sekitar dapat diusahakan.

11. Ahli Parlimen Rembau mempertikaiakan semalam tentang mengapa kerajaan negeri tidak menjual pegangan 25% sahamnya (melalui PKNS) dalam Genting Sanyen kalau Pakatan tidak bersetuju dengan subsidi kepada pihak IPP? Penjelasan dari pihak Kerajaan adalah kerana ia tidak dapat menjualnya dengan harga yang baik kerana IPP ini sudah pun hamper ke hujung konsesinya. Menjual loji ini kepada pihak yang berminat dan mendapatkan pulangan kembali kepada pelaburannya adalah satu tindakan yang lebih munasabah.

Apakah tabiat lama Umno-BN akan berulang kembali, walaupun pada zahirnya ia telah
mengambil pendekatan tender terbuka? Malang!

K'jaan siasat punca elektrik terputus di landasan KK

Posted: 27 Oct 2012 04:45 PM PDT

Bernama


 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lepas yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.
  
Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.
  
"Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
  
Kong berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Beliau juga berharap pengendali lapangan terbang dapat memastikan wujudnya Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) jika perkara sebegini berlaku pada masa akan datang.
  
KKIA ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas.
- Bernama

Tiada ulasan: