Rabu, 24 Oktober 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


TEMPOH SEMINGGU!!! Memorandum kepada Agong jika Soi Lek tidak minta maaf

Posted: 24 Oct 2012 05:31 AM PDT

PASPB

Seramai kira-kira 150 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu pejabat MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Islam.NONE

Kumpulan berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu.

Tuntutan itu adalah berhubung dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan perjudian – sekiranya hudud dilaksanakan.

Memorandum berkenaan menyebut, tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

 
NONEChua juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan tersebut.
NONE

Perhimpunan selama kira-kira 40 minit itu antara lainnya dipimpin ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13.

Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut ialah pelakon Abby Abadi yang turut melaungkan slogan "Hidup Islam" dan "Hidup Rakyat" bersama peserta lain.

UMNO terus bisu bila MCA Hina Islam-DAP terus difitnah

Posted: 24 Oct 2012 05:24 AM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR : Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sanggup menjadi sebegitu hina mempolitikkan isu hudud dan Islam adalah bertujuan menakut-nakutkan pengundi Cina dan berbahaya kepada perpaduan rakyat.

Ia digambarkan sebagai "perjanjian syaitan" antara UMNO dan MCA demi mengekal kuasa pemerintahan mereka dalam PRU ke 13 akan datang.

Demikian ulasan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya menjelaskan situasi yang berlaku.

Biarpun isu ini menaikkan kemarahan umat Islam, persoalannya mengapa UMNO terus membisu  biarpun pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak percaya dengan pembohongan MCA yang mengeluarkan kenyataan "Islam membenarkan bukan Islam dirogol".

Menurut Kit Siang, modus operandi pembohongan mereka semakin jelas apabila sebelum ini MCA membisu terhadap tuduhan mengarut UMNO sebelum ini yang mendakwa DAP mahu mendirikan negara Kristian, memansuhkan pemerintahan Raja-Raja Melayu dan mendirikan republik.

Malah tambah beliau, yang terus menjadi mangsa serangan UMNO dan sekutu rapatnya MCA ialah DAP dan parti-parti oposisi yang lain.

Antara pembohongan dan fitnah terhadap DAP dalam Mesyuarat Agung MCA baru-baru ini ialah dakwaan "DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara…".

"Beliau cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan "mengurangkan korupsi" di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi "hudud ala PAS",

"Chua betul. Ini adalah satu pembohongan besar, tetapi pembohongan besar yang dicipta oleh Chua sendiri bukannya DAP." ujar beliau

Menjelaskannya lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, Pemimpin DAP tidak pernah berselindung daripada mengakui bahawa terdapat perbezaan di antara DAP dan PAS dalam persoalan-persoalan negara Islam dan hudud.

"Kita telah bersetuju bahawa undian terhadap Pakatan Rakyat adalah untuk menegakkan keadilan, memastikan berjalannya demokrasi, memulihkan kemandirian dan profesionalisme institusi-institusi penting negara yang dimusnahkan oleh UMNO-BN dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas dan daerah." tegas beliau.-roketkini.com

Campur tangan PM sebabkan kedudukan Petronas menurun

Posted: 24 Oct 2012 05:22 AM PDT

Oleh Aedi Asri

KUALA LUMPURr: Campur tangan kerajaan dalam Petronas menyebabkan agensi penilaian antarabangsa Fitch Ratings pada September lalu menurunkan penilaian prospek masa depan syarikat petroleum itu kepada negatif, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, akibat dari penurunan tersebut, penarafan Petronas yang sebelum ini antara yang terbaik di dunia juga dijangka diturunkan dalam masa terdekat.

"Ia menyebabkan Petronas terpaksa bayar faedah lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Rafizi, ketika mengumumkan penurunan itu, Fitch Ratings menyuarakan kebimbangan tentang terlalu banyak campur tangan kerajaan yang menyekat kebebasan Petronas.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah Petronas apabila syarikat penarafan antarabangsa suarakan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur.

"Campur tangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keputusan libatkan Petronas beri kesan buruk kepada Petronas," katanya.

Bekas Pengurus Kanan Petronas Carigali itu berkata, Petronas dari dulu lagi tidak bersetuju kerajaan Umno BN memberikan subsidi gas kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP).

"(Selain itu) Ketika Najib mula jadi Perdana Menteri, beliau tukar strategi Petronas (yang beroperasi selama) 20 tahun untuk dapatkan sumber di luar negara.

"Pada masa syarikat minyak seluruh dunia cuba dapatkan sumber luar negara untuk kegunaan masa depan, Petronas diarah untuk fokus kepada sumber dalam negara yang akan habis satu hari nanti," kata Rafizi.



Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, Petronas tidak harus berada sepenuhnya di bawah kuasa Perdana Menteri, sebaliknya perlu dikembalikan kepada Parlimen.

"Ini ternyata perkembangan yang sangat mengecewakan. Justeru Petronas harus dikembalikan di bawah Parlimen, seperti yang kita cadangkan dalam Buku Jingga," jelasnya.

Gagal ambil alih syarikat Kanada

Dalam pada itu, Rafizi menuntut Najib, individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Petronas menjelaskan kegagalan beliau sehingga usaha syarikat itu membina rizab luar negara terbantut.

Minggu lalu, kerajaan Kanada menyekat usaha Petronas untuk mengambil alih Progress Energy Resoures (PER) yang memiliki rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan rizab tanah 1.25 juta ekar di seluruh Kanada.

Kementerian Industri Kanada pada Jumaat lalu memberi tempoh 30 hari kepada Petronas untuk membuat penerangan tambahan dan serahkan jaminan selanjutnya.

"Petronas berada sepenuhnya di bawah PM…maka kegagalan Petronas adalah kegagalan PM…Justeru beliau (Najib) sekurang-kurangnya perlu keluarkan kenyataan untuk menjelaskan kegagalan ini.

"(Malah) kegagalan ini turut sahkan pandangan reputasi Petronas di peringkat antarabangsa yang telah terjejas," kata Rafizi lagi.

Agihan saham FGVH perlu siasatan telus dan menyeluruh – Tian

Posted: 24 Oct 2012 05:20 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

 "Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan," kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ketika perbahasan di Parlimen hari ini mendedahkan terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham FGVH walaupun tiada kena mengena dengan pembangunan Felda.

"Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.

"Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku," katanya.

ABIM gesa Umat Islam tolak Soi Lik dalam PRU13

Posted: 24 Oct 2012 05:18 AM PDT


DETIK DAILY

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Dato' Seri Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud. Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan ...
tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud. Walhal, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain. Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini.

ABIM juga memandang berat sikap pemimpin negara yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

Jangan beralasan dengan 'maqasid syariah' sedangkan suara ini semakin biadab. 'Hifz ul-din' juga termasuk dalam 'maqasid syariah' jika itulah pertimbangannya.

Apatah lagi jika diukur dengan neraca 'wasatiyyat ul- Islam' yang terlalu jauh penyimpangannya. Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas.

Amidi Abdul Manan
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Pendedahan Siri 2: Datuk Rasli Perkakas Umno/Bn

Posted: 24 Oct 2012 05:15 AM PDT



Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Jadi Bilik Gerakan Tumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah 

Oleh : MATA KCS

Kira-kira seminggu lalu berlaku pertemuan sulit empat orang pemimpin tertinggi UMNO/BN Kedah (Kecuali Datuk Johari Baharom) dengan kroni datuk Rasli iaitu orang kuat SADA serta beberapa orang lain .

Pertemuan diadakan di rumah milik mantan pemimpin UMNO di sekitar Titi Gajah, Alor Setar.

Antara isu dibincangkan ialah kebimbangan UMNO/BN kesan dari tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang bergabung tenaga mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan serta usaha ahli-ahli majlis membongkar penyelewengan wang GLC yang dilakukan oleh kroni-kroni datuk Rasli. Di mana sebahagian wang tersebut disalurukan kepada UMNO/BN untuk kerja-kerja awal menghadapi PRU 13.

Tentang butiran GLC manakah dan siapakah kroni Datuk Rasli yang terlibat dalam penyelewengan tersebut akan didedahkan kemudian. Harap rakyat Kedah dan para pembaca bersabar kerana penulis ingin memfokus isu berkaitan tajuk di atas terlebih dahulu

Apa yang penulis mahu dedahkan ialah perancangan Datuk Rasli dan kroninya menggunakan kedudukan masing-masing bagi menjayakan program E-Kasih Perdana Menteri, Najib Tun Razak di Kedah. Di mana, matlamat program E-Kasih adalah

(1)mensabotaj program E-Sinar dan Skim Kafalah yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah

(2) meraih sokongan rakyat miskin kepada Perdana Menteri dan UMNO/BN dalam PRU 13

(3) menghasut rakyat miskin bahawa kerajaan UMNO/BN sahaja yang mampu memberi bantuan di Kedah

(4) membina hubungan dengan Perdana Menteri dengan harapan beberapa pegawai KCS akan menjadi calon UMNO/BN, sekaligus dilantik sebagai MB bila UMNO/BN menang PRU 13

(5) barangkali ada agenda peribadi untuk mengisi poket melalui peruntukkan yang diberikan.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Aman yang dipengerusikan oleh Datuk Adzmi Bin Din, CEO SADA. Di antara pegawai daerah dan pegawai tadbir negeri yang hadir ialah Datuk Abdul Aziz Bin Abdul Ghani, Nordin Bin Yahya, Muhammad Helwi Bin Harun dan Abdul Bari Bin Abdullah. Kesemua mereka ini adalah konco-konco @ budak suruhan yang dicucuk hidung oleh datuk Rasli dari dulu, sekarang dan akan datang.

Melalui program E-Kasih tersebut, sejumlah dana disalurkan oleh Perdana Menteri terus kepada mereka yang berkenaan. Perbelanjaan ataupun penggunaan wang tersebut tidak perlu mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang biasa diamalkan. Difahamkan, wang yang disalurkan oleh Perdana Menteri berjumlah melebihi RM 400 ribu. Ke manakah wang itu dibelanjakan, bagaimanakah ia dibelanjakan tidak ada siapa yang tahu.

Ada pihak mengatakan, tidak mustahil wang tersebut akan masuk poket mereka, sebahagian sahaja akan dibelanjakan untuk program E-Kasih. Persoalannya ialah, adakah wang itu milik peribadi Perdana Menteri ? Jika bukan milik peribadi Najib Tun Razak, maka ia milik siapa ? Sekiranya wang tersebut adalah wang negara, mengapa ia tidak disalurkan melalui kerajaan negeri ? Bagaimana wang milik negara boleh disalurkan kepada pegawai tadbir negeri tidak mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan ?

Hubungan rapat Najib Tun Razak @ UMNO/BN dengan datuk Rasli serta kroni-kroninya umpama kentut dan tahi. Kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain. Datuk Rasli dan kroni seperti nama yang didedahkan adalah perkakas UMNO/BN yang berada di dalam kerajaan Kedah. Peranan mereka ialah menggunakan kedudukan masing-masing untuk menghura-hara dan mensabotaj pentadbiran dan kerajaan negeri Kedah.

Sesungguhnya, pengkhianatan datuk Rasli dan kroninya tidak boleh dimaafkan serta perlu ditentang habis-habisan. Kini bukan masanya buat pendukung Pakatan Rakyat menoleh ke belakang atau menuding jari kepada mana-mana kepimpinan parti maupun kerajaan di atas kemelut yang berlaku.

Kita perlu bersatu melanyak dan menyingkirkan Datuk Rasli dan kroni-kroninya. Percayalah, tindakan mereka adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi yang bersifat gila kuasa dan tamak harta benda serta mahu menjadi maharaja lela di Kedah. Pengkhianatan yang dilakukan akan membawa malapetaka bukan sahaja kepada kerajaan negeri, malah keseluruhan rakyat Kedah.

Kalau selama ini, mereka berjaya merahsiakan dari pengetahuan umum tentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, amalan kronisme, tetapi sekarang ia sukar untuk menutupnya.

Pengkhianatan mereka (Datuk Rasli dan kroninya) kepada kerajaan negeri Kedah mula terbongkar satu persatu. Di antara pihak membantu membongkarkan pengkhianatan mereka ialah kakitangan di Wisma Darul Aman (KCS) sendiri yang sudah muak dan meluat dengan tingkah laku mereka.

Umum tahu bahawa ramai pegawai tadbir (KCS) yang bukan kroni telah diinayai di bawah pentadbiran datuk Rasli. Ada pegawai tadbir negeri yang dihalangkan kenaikan pangkat, anak kesayangannya dinaik pangkat dengan cara memintas lebih 38 orang pegawai tadbir negeri yang lebih senior, ada kes pegawai tadbir negeri di tukar tempat kerja kerana tidak bersetuju menjadi alat konspirasi denganya dan macam-macam lagi. Pendek kata, sokongan pegawai tadbir negeri kepada Datuk Rasli sudah merudum iaitu tidak sampai 20 peratus.

Diberi tahu, jamuan makan malam anjuran Datuk Rasli kepada kontinjen KCS di Temasya Sukan di Kuala Terengganu telah diboikot. Banyak makanan yang tidak habis dan kerusi kosong. Ia mesej jelas bahawa pegawai tadbir negeri (bukan kroni) datuk Rasli semakin berani menunjukkan sikap mereka. Ia adalah petanda baik buat sistem pentadbiran awam Kedah di masa depan. Harapan Datuk Rasli untuk mencucuk hidung pegawai tadbir negeri seperti kerbau tidak berjaya kecuali beberapa kerat (pegawai tadbir negeri) yang bersedia menjadi budak suruhannya dengan harapan mendapat keistimewaan dalam pentadbiran.

Pekung jahat datuk Rasli yang semakin membusuk dan bernanah tidak boleh dibendung lagi. Kekuatannya hanya bergantung kepada belas ehsan Al Sultan Negeri Kedah. Tanpa Al- Sultan Kedah, riwayatnya akan dikuburkan, bukan oleh ahli-ahli majlis tetapi pegawai tadbir negeri (KCS) sendiri. Namun, dipercayai Al Sultan Kedah sudah mengetahui tentang hal ini, barangkali mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana isu ini akan berlaku.

Seorang pegawai (KCS) berkata, dia (Datuk Rasli) sepatutnya menjalankan tugas secara profesional….. pegawai kerajaan tidak boleh bertindak bagi pihak musuh parti memerintah kerana ia perbuatan mensabotaj dari dalam.

Katanya lagi, kalau dia nak berkonspirasi dengan parti (UMNO), elok letak jawatan dan bertanding dalam PRU 13. Lawan secara demokratik ?".

"Dia tunjukkan contoh tidak baik kepada orang bawahannya, kroni-kroninya yang masuk lokap (ditangkap) SPRM masih boleh duduk senang lenang. Tapi, jika KCS bukan kroninya, pasti dia kurung dalam peti ais atau kenakan tindakan tata tertib", merungutnya lagi.

Hujahnya lagi, "pengamatnya datuk Rasli manusia pendendam, pentingkan kaum keluarga serta pandai menyembunyikan kesalahan yang dilakukan. Kebiasaannya orang lain akan menjadi kambing hitam bagi pihaknya".

Muda-mudahan pendedahan ini akan membuka mata rakyat Kedah dan pendukong Pakatan Rakyat bahawa tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah melanyak dan ingin mengusir Datuk Rasli dari pentadbiran negeri adalah tindakan tepat dan berasas.

Chua Soi Lek Jangant Ingat "Perkasa" Perkakas Umno!

Posted: 24 Oct 2012 05:04 AM PDT


Oleh Abdul Rahman 

Isu HUDUD berbangkit semula. Mursyidul Am MCA, Haji Chua Soi Lek sekutu kuat BN sekali lagi bermain bunga api. Dia cuba untuk meniru gaya Tun Dr Mahathir Mohamad mengupas isu hukum hudud.

Oleh kerana Mahathir sering berkata bahawa hudud Islam berbeza dengan hudud PAS, maka mantan Perdana Menteri itusecara konsisten  telah mengajak umat Islam negara ini menolak hudud. 

Saya percaya jika UMNO sendiri yang mahukan hukum Islam ini diterima pakai di negara ini, pasti Mahathir akan menyanggah kononnya hudud Islam dengan hudud UMNO adalah berbeza sebagaimana sanggahannya terhadap PAS yang mempertahankan hukum Tuhan itu.

Dari kenyataan itu begitu jelas bahawa Mahathir sendiri percaya bahawa wujudnya hukum hudud di dalam Islam, tetapi beliau enggan menerima pakai hukum Tuhan itu sambil merpersendakan kononnya akan ramai rakyat Malaysia yang kudung tangan jika hudud dilaksanakan di negara ini.
 
Saya tidak terperanjat jika Chua Soi Lek beterusan memperlekehkan hukum Al-Quran, kerana sifat jahiliah memang ada pada dirinya. Bukan sekadar beliau boleh menghina hukum hudud, mungkin juga belum terkeluar lagi dari lidahnya untuk mempersendakan hukum-hukum Islam yang lainnya seperti hukum menutup aurat, hukum qisas, perintah bersolat termasuk juga perintah puasa yang menyebabkan umat Islam berlapar dan dahaga di siang hari pada bulan Ramadan. 
 
Beliau bukan orang Islam, kerana beliau juga tidak percaya dengan keEsaan Allah, begitu juga jika ditanya kepadanya tentang keRasulan Nabi Muhamad SAW, dia tidak akan mempercayainya. Mungkin pada orang sepertinya, Islam bukanlah agama yang terbaik untuk dipercayai, maka sebab itu dia terlalu celupar untuk menghina hukum hudud, kerana padanya Dr Mahathir juga tidak boleh menerima hudud, maka beliau turut merasakan ada kebenaran apa yang Mahathir katakan itu. 
 
Demikianlah malangnya hukum Tuhan kepada golongan yang merasakan hukum itu boleh menganiaya manusia. Kepada golongan 'Jahiliyah Moden' ini disarankan agar mereka segera bertaubat, itu pun jika mereka masih meyakini kewajaran untuk bertaubat di sisi Allah adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam.
 
Chua Soi Lek tidak perlu bertaubat kerana dia telah diajar dan diasuh bahawa Allah bukan Tuhannya. Sepatutnya Presiden MCA ini diberitahu bahawa dia adalah pemimpin yang 'kurang ajar'. Siapa yang patut beritahu? Selain daripada ibu bapa dan keluarga terdekat yang patut menasihatkan dirinya, rakan sekutunya di dalam BN terutamanya UMNO adalah yang paling 'aula' untuk zipkan mulut biadapnya itu. 

Mana pergi ulamak-ulamak yang mesra UMNO seperti Ustadz Fathul Bhari, Jamil Khir Baharom, Ustazah Mashitah Ibrahim, Zul Nordin dan Mursyidul Am TIBAI, Ustadz Zahid Md Arip? Apakah tidak ada teguran untuk 'si kafir' ini? Utusan Malaysia dan TV3 juga kelihatan menikus malah Dato' Sri Najib Razak, Presiden UMNO juga enggan membuat komen. Apakah Najib merasakan isu ini mungkin boleh menyinggung sahabat karib UMNO itu agaknya, sehingga Chua Soi Lek merasakan bahawa dirinya ada 'imuniti' untuk membuat cacian terhadap Islam. Jika UMNO terdorong untuk menyebelahi MCA yang mencaci Islam, apakah alasan lagi untuk umat Islam terus bersekongkol dengan puak-puak syaitan ini?  
 
Alasan bahawa yang dicaci bukanlah terhadap agama Islam, tetapi terhadap Islam yang dibawa oleh PAS adalah juga ciri-ciri keiblisan dan syaitan yang dikenali seperti yang dimaksudkan oleh Mahathir. Saya harap UMNO tidak terperangkap dengan persepsi jahiliyah ini, jika tidak mahu parti ini dilabelkan sebagai 'Parti Jahiliyah'.
 
Fatwa PERKASA yang mengharamkan mengundi MCA dalam PRU13 nanti, bukanlah sesuatu yang melampau, kerana perbuatan melampau pemimpin nombor satu MCA itu sewajarnya diajar sedemikian rupa. PERKASA bertindak betul kali ini kerana mungkin PERKASA merasakan Islam perlu didahulukan sambil mengakui bahawa PERKASA tetap sebagai pencacai UMNO yang setia
http://locengwangsa.blogspot.com/

Mengapa Perancis bersungguh dengan skandal kapal selam?

Posted: 24 Oct 2012 04:57 AM PDT

Oleh Subky Latif


Jika Suaram bersungguh-sungguh memanjangkan kes skandal pembelian dua kapal selam dari Perancis dapat difahami mereka tidak rela rakyat dan Malaysia dipelekuh oleh penyangak berbaju pemimpin.
 
Sebagai pembayar cukai, mereka tidak mahu duit mereka dirompak dan mereka mahu negara dan duit negara yang juga duit mereka diurus dengan baik. Binasa negara dan rakyat termasuk mereka jika negara ditadbir oleh orang yang mereka percaya sang penyangak.

Itu hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan.

Tetapi puak-puak Perancis, terutama pengamal undang-undang seperti peguam dan pengendali mahkamah, mengapa pula beria-ia memproses aduan yang dikemukakan oleh Suaram?

Dalam apa yang dirasakan skandal ini jika benar-benar berlaku, yang tertipu dan yang kena perdaya ialah orang Malaysia dan negaranya. Ia hendak lingkupkah dan hendak mampuskah, ia masalah orang Malaysia.

Kalau orang-orang Malaysia bodoh hingga ditipu oleh pemimpinnya dan negaranya ditipu serta dipelekuh oleh penyangak dunia adalah masalah Malaysia. Kalau orang Malaysia dan para pemimpin Malaysia semuanya bodoh, bodohlah kalau penyangak dunia kalau tidak tipu mereka.

Bukan Perancis itu bangsa penjajah yang pernah menindas, memperbodoh, menipu anak-anak tanah jajahannya. Mana mereka belas kasihan kepada orang yang dijajahnya. Dan peguam dan pengamal undang-undang Perancis itu adalah keturunan puak-puak penindas belaka.

Jika betul Malaysia dan kerajaannya menjadi mangsa tipu syarikat pembuat kapal selam, maka kena tipu itu bukan Perancis dan bukan syarikat Perancis yang kena tipu. Lantaknyalah.

Dari apa  yang saya faham, pihak bodoh  dan kena tipu dalam skandal ini ialah Malaysia. Sama ada syarikat Perancis menipu, disengaja atau tidak sengaja, Perancis belum tentu jadi penipu. Yang mungkin menipu itu ialah pemimpin-pemimpin Malaysia sendiri yang dipillih oleh rakyatnya.

Tiada apa rugi Perancis dan jelas yang bodoh bukan Perancis.

Oleh sebab yang besarnya adalah masalah Malaysia, maka Perancis dipercayai tidak gatal untuk bersusah payah melibatkan diri dalam suasana orang-orang bodoh itu. Jika tidak melibatkan kepentingan Perancis, maka tiada sebab Perancis gatal mencampuri skandal itu.

Jika  demikian mengapa mereka bersusah payah?

Mereka bersusah payah bukan masalah yang menimpa Malaysia. Kalau Malaysia hendak mampus, mampuslah. Tetapi mereka tampil ke depan kerana menjaga kepentingan Perancis. Mereka mahu memastikan Perancis tidak jadi tukang karut dalam skandal kapal selam itu. Mereka mahu menjaga nama baik, prestasi dan imej syarikat Perancis sentiasa baik.

Bukan saja mereka tidak mahu syarikat Perancis tipu bangsa mereka sendiri, mereka juga tidak mahu ada orang luar ditipu oleh syarikat Perancis. Jika penyangak Perancis tipu orang luar, mungkin payah sikit hendak mencegahnya. Tetapi syarikat besar Perancis terlibat dalam penipuan, maka Perancis akan malu besar. Mereka tidak mahu ada syarikat Perancis melakukan penipuan baik terhadap rakyatnya mahu pun orang.

Dalam sekandal ini, syarikat pengeluar kapal selam itu sudah disebut. Apakah betul ia skandal? Adakah syarikat Perancis itu berpakat dengan pemimpin Malaysia menipu  rakyat dan kerajaannya?

Perancis tampil dalam kes ini adalah untuk memastikan ada unsur jenayah oleh syarikat Perancis itu. Soal berdepan dengan kerajaan dan pemimpin  Malaysia adalah perkara kedua. Yang pertamanya ia hendak memastikan syarikat Perancis itu jahat atau tidak.

Ada pun usahanya untuk membabitkan Perdana Menteri Najib dan pegawai-pegawai ialah untuk mendapatkan bukti tentang pembuat kapal selam itu curang atau tidak.

Pemimpin Malaysia dalam masalah ini tidak sangat sebagai pihak yang dituduh tetapi lebih sebagai saksi.

Ramai ‘orang kuat’ UMNO akan sabotaj parti?

Posted: 24 Oct 2012 04:55 AM PDT

roketkini.com

Sabotaj parti; boleh digelar pengkhianat parti. Kalau UMNO dianggap 'Melayu', maka si pensabotaj parti juga bolehlah kiranya dianggap pengkhianat Melayu. Tak begitu tuan?

Tapi, nama saja parti Melayu taklah juga bermaksud orang Melayu terbela, hidup senang, mewah dan berumah sendiri. Ramai saja Melayu yang merempat di bawah kerajaan parti Melayu UMNO.

Tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Mungkin untuk memastikan parti tak tersabotaj, maka sebuah 'kitab' panduan yang merangkumi definisi dan tindakan sabotaj parti akan diedarkan oleh UMNO kepada semua bahagian UMNO satu Malaysia.

Ini adalah kitab terbaru UMNO pasca Laporan Audit 2011 yang mengajarkan ahlinya untuk mengenali setia dan tak setia. Cuma tidaklah kita tahu ianya bersifat jangka pendek seperti Belanjawan BN 2013 atau bersifat jangka panjang.
Orang yang melanggar garis panduan tersebut kata Muhyiddin Yassin, dia akan dikenakan tindakan gantung keahlian termasuklah kelayakan untuk dipecat.

Lembaga Disiplin UMNO tak pandai?

Fikir kita sekarang, seolah-olah Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail  tidak pandai menjaga disiplin ahli-ahli UMNO. Nampaknya Muhyiddin sudah mula menunjukkan siongnya. "Mau tunjuk taiko sama Najib ke?"

Pun begitu, mau tak mau terpaksa jugalah "…Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan dan dipengerusikan Tan Sri Tengku Rithaudeen Tengku Ismail akan meneliti secara terperinci senarai berkenaan." sepertimana laporan berita Utusan Online baru-baru ini.

Biasalah, dah terhantuk baru nak terngadah. Ibarat kata; sudah berjuta-juta PATI mendarat di Malaysia, baru sekarang nak buat pemutihan. UMNO dah terlambat apalagi mereka telah masuk era senja.

Kad UMNO buat pinjaman TEKUN

Panduan sabotaj ini juga membawa maksud, bukanlah seorang dua sahaja Muhyiddin nampak yang akan mensabotaj parti. Kalau setakat ahli cawangan, dia pun tak pandang memandangkan keahlian UMNO yang sudah lebih 3 juta ahli.

Lagipun, apalah sangat punya kad ahli UMNO. Nak ditayang tak dipeduli orang, nak diguna buat isi petrol tak laku juga. Buat ahli biasa, habis-habis dapat pinjaman Tekun, dapatlah kontrak potong-potong rumput.

Soalnya, kalaulah ada mana-mana orang kuat UMNO berceramah di pentas oposisi, atau bersama-sama menganjurkan aktiviti, tidak bolehlah terus dipecat. Nampak dayus. UMNO kenalah ikut contoh PAS; semacam kes Hasan Ali, beliau tak terus dipecat sampailah buat hal-hal mengarut.

UMNO takut? siapa peduli…

Apapun, tindakan untuk mengedarkan 'panduan sabotaj parti' ini, ia menggambarkan juga betapa takutnya UMNO terhadap ahli-ahli mereka dikalangan 'orang kuat' yang mula menunjukkan tanda-tanda menyampah terhadap kepimpinan dan parti sendiri.

Jangan tak tahu, keluarnya Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburim telah bikin UMNO kecut. Orang-orang ini memang sudah hilang peduli pun sama UMNO, apalagi dengan Muhyiddin dan Najib.-roketkini.com

Melayu sebenarnya muak dengan UMNO BN – Senator Dr. Arifin Omar

Posted: 24 Oct 2012 04:50 AM PDT

roketkini.com

GEORGE  TOWN : DAP terbukti lebih memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat Melayu dari UMNO-BN yang lebih memperjuangkan nasib kroni mereka.

Ini terbukti dengan segala pendedahan dan pelbagai skandal rasuah, salah guna kuasa  pemimpin mereka yang telah pun diketahui umum.

Demikian ulasan yang diberikan Senator Dr. Arifin Omar ketika dihubungi menyangkal dakwaan dangkal Perdana Menteri Najib Razak semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA baru-baru ini.

"Sebenarnya orang Melayu lah yang muak dengan Gerakan-BN dan pilihanraya 2008 telah menjadi salah satu bukti bahawa UMNO dan BN sendiri telah ditolak oleh rakyat"

Ini tidak lain jelas beliau akibat tindak-tanduk Gerakan dan BN yang dilihat mengamalkan urus tadbir yang tidak berhemah, rasuah serta meminggirkan orang Melayu sendiri.

Tambahnya, "DAP merupakan parti yang berasaskan semua kaum berbeza dengan komponen terbesar BN yang berjuang untuk kaum masing-masing sahaja. DAP tidak melihat berdasarkan warna kulit dan tidak meminggirkan kaum apa pun,"

Malah menurut Dr. Ariffin, sejarah telah membuktikan bahawa pilihanraya pada tahun 70-an, DAP membariskan sejumlah besar calon-calon dikalangan orang Melayu seperti Ibrahim Singgeh, Haji Hasan, Daeng Ibrahim dan ramai lagi.

"Ini bukti DAP tak meminggirkan orang Melayu, sekarang di Pulau Pinang, kita dapat lihat sendiri bagaimana kebajikan orang Melayu bahkan semua kaum dijaga sebaik mungkin oleh kerajaan negeri,"
Ujarnya lagi, sebelum ini kurangnya penyertaan orang Melayu dalam DAP bukan beerti mereka tidak menyokong parti tersebut tetapi berasa tidak selesa akibat propaganda jahat yang dimainkan UMNO menakutkan mereka.

"Tapi keadaan dah berubah, orang Melayu sudah terbuka." katanya.

Pada Pilihanraya Umum tahun 1974, DAP telah meletakkan seramai 32 calon orang Melayu dari 121 calonnya untuk bertanding merebut kerusi DUN di seluruh Malaysia manakala pada Pilihanraya Umum tahun 1978 pula ia meningkat kepada 36 calon Melayu dari 127 calon DAP yang bertanding dan sebahagian dari mereka telah memenangi beberapa kawasan yang dipertandingkan menewaskan calon UMNO sendiri.-roketkini.com

Orang Melayu dikelirukan oleh Umno

Posted: 24 Oct 2012 04:43 AM PDT


Oleh Aspan Alias


Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah dari mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO.

 Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.

Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan-rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus kedalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.

Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Untuk membangunkan negara ia memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara.

Kaum Cina telah berniaga ratusan tahun sebelumnya dan mereka mudah untuk mendapatkan modal bagi apa-apa perniagaan mereka. Mereka terlibat dalam semua jenis perniagaan dan perdagangan sedangkan kita orang Melayu semasa mula mencapai kemerdekaan masih jauh tertinggal di belakang dan memerlukan dasar-dasar yang kuat untuk menuju ke tahap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

DEB yang dipersetujui dan juga mendapat sokongan dari semua kaum dilancarkan kerana semua kaum termasuk kaum Cina memahami untuk mendapatkan sebuah negara yang aman kedudukan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum itu perlu 'equitable'. Bidang ekonomi adalah bidang yang sangat penting untuk kerajaan menyelaraskan dengan baik bagi mencapai matlamat yang satu, iaitu pencapaian 'Perpaduan Nasional' yang berkekalan.

Orang Melayu pula dibangunkan dan dididik untuk menyertai bidang 'commerce and industry' ini dan dibantu oleh kaum lain dengan jujur kerana mereka mahukan kaum Melayu menjadi maju kerana mereka memahami yang kestabilan negara akan hanya boleh dicapai jika kaum Melayu dan Bumiputra memperolehi peluang dan bersama-sama menikmati kekayaan negara secara 'equitable'.

Orang-orang Melayu pula serius belajar untuk menjadi penggiat 'commerce and industry' ini dan telah menampakkan kejayaan yang pesat terutamanya semasa pimpinan Tun Razak dan Tun Hussein Onn kerana pimpinan Melayu begitu taksub dan jujur untuk menjayakan dasar yang telah lama digubal oleh pimpinan Melayu dan bukan Melayu semasa zaman itu. Masing-masing kaum bekerja keras untuk melihat kejayaannya sehingga pegangan 'equity' Bumiputralah melonjak ke tahap 18.2 peratus pada tahun 1984 dahulu dari pegangan kekayaan yang hanya 2.7 peratus semasa dasar itu mula dilaksanakan.

Di kementerian-kementerian serta jabatan kerajaan semasa itu wujud apa yang dinamakan 'Unit Penyertaan Bumiputra' yang memainkan peranan untuk memberi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputra mendapatkan bantuan dan peluang menyertai bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tetapi 'unit penyertaan bumiputra' ini telah dihapuskan kerana pimpinan selepas Tun Hussein tidak senang dengan kewujudan unit ini kerana ia menyusahkan kerajaan dan pimpinan selepas Tun Hussein untuk melakukan kehendak dan keinginan mereka untuk membina kronism.

Apabila kerajaan zaman Dr Mahathir tidak serius dan mengabaikan dasar yang masih jauh untuk mencapainya semasa itu, orang Melayu terbantut pembangunannya. Kalau tidak masakan Melayu hanya mendapat pencapaian sebanyak 19.6 peratus sahaja pegangan kekayaan negara selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi teraju negara. Dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang ramai itu telah dikuasai oleh segelintiran Melayu dan menggunakan di atas nama Melayu dan kumpulan kronism ini telah menguasai segala-galanya dan usaha membangunkan orang Melayu melalui DEB itu telah terbantut.

Hanya beberapa kerat orang Melayu sahaja yang telah mendapat faedah dari pimpinan Mahathir dan mereka kebanyakannya adalah di kalangan mereka yang berada di 'corridor of power' sahaja. Mereka mengambil keuntungan yang terlalu besar melalui konsep penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan rasuah mula bercambah melalui kontrak runding terus yang diperkenalkan oleh kerajaan BN semasa itu. Pimpinan juga mengambil kesempatan untuk menjadi orang-orang kaya yang berlebihan melalui dasar yang sepatutnya diraih oleh orang Melayu yang ramai.

Orang-orang Cina mula merasakan yang kerajaan tidak serius untuk membangunkan negara mengikut dasar teguh yag telah digubal itu. Mereka menjadi sasaran perasuah besar di kalangan pimpinan kerana mereka (kaum Cina) yang berniaga terpaksa membayar harga yang terlalu mahal kerana semua pihak terpaksa 'dijaga' kerana budaya rasuah sedang berkembang dengan pesatnya di kalangan pimpinan Melayu di bawah pentadbiran Dr Mahathir (sehingga sekarang).

Pendeknya orang-orang Melayu terbantut pembangunan mereka dan orang Cina terpaksa menahan sabar dengan keranah pentadbiran kita yang begitu terjerumus dengan rasuah dan salah guna kuasa yang mereka terpaksa menanggung kerugian besar kerana sikap rasuah pimpinan dan pentadbiran itu. Kaum Cina sedar yang orang Melayu sendiri tidak berpuas hati seperti mereka (pimpinan kerajaan) juga, tetapi perbezaannya orang Melayu dibuai dengan retorik UMNO untuk Melayu dan penjamin bagi masa depan mereka. Kepercayaan ini telah tertanam didalam sanubari dan pemikiran mereka. Media massa memainkan isu ini setiap masa untuk mengelakkan orang Melayu dari memindahkan sokongan mereka kepada pihak lain terutamanya kepada PAS.

Tindakan UMNO memainkan isu rasis untuk memecahkan perhubungan dan permuafakatan di antara PAS dan DAP itu akan memakan diri UMNO sendiri. Usaha untuk membenci bangsa Cina oleh UMNO itu menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak menyedari yang pembangunan negara ini dimainkan oleh bangsa Cina sebegitu tinggi dan orang Cina tahu yang mereka merupakan penyumbang besar kepada perbendaharaan negara yang diselewengkan oleh pimpinan UMNO itu.

UMNO tidak lagi berkeyakinan untuk mendapat sokongan dan mandat dan sehingga sekarang ini masih tidak berkeyakinan untuk memanggil pilihanraya. Selain dari ketidakyakinan parti itu untuk mendapat sokongan, UMNO sedang berhadapan dengan tindakan mensabotaj parti yang pasti akan berlaku dan ini telah berlaku secara berluas-luasa dalam pilihanraya yang lalu.

Kita tahu apa 'sequence of events' dalam UMNO selepas ini. UMNO akan lebih berpecah lagi sebaik sahaja nama dan senarai calon diumumkan oleh UMNO dalam pilihanraya kali ini. Perasaan tidak berpuas hati terhadap calon yang bakal diumumkan nanti, akan menambah kekalutan dalam parti itu dan itulah yang akan membawa padah kepada sebuah parti yang ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu bagaimana untuk bertanggungjawab.

Perbalahan di antara sesama mereka dalam PRU ini nanti akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dalam banyak kerusi di seluruh negara. Masing-masing merasakan yang masing-masing itu merupakan calon yang paling layak tanpa menyedari yang parti mereka itu bukanlah parti yang 'winnable' lagi.

Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau tindakan mensabotaj parti yang baru ditubuhkan itu tidak akan membawa parti itu kemana-mana. Sama-samalah kita saksikan nanti. - Http://aspanaliasnet.blogspot.com

Anggota Polis Ditahan Merogol Gadis 15 Tahun

Posted: 24 Oct 2012 04:39 AM PDT

KELAB GREENBOC

Petaling Jaya – Seorang pegawai polis rondaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Ogos lalu.

Azman Zakaria, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada Selasa.

Dia dituduh merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman, Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu.

Azman yang berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Rakya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam.

Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi kerjasama kepada mahkamah.

Hakim Rozina kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa.

Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. -Mstar.

Gaji Polis 2012 Perlu Semakan Semula. Gaji Akhir Lulusan DIPLOMA : Polis (RM4,480), Kakitangan Awam Biasa (RM5,730) & SPRM (RM6,121)!

Posted: 24 Oct 2012 04:38 AM PDT

Staff Berita Semasa
Gaji Polis Diraja Malaysia 2012 Gaji Polis 2012 Perlu Semakan Semula. Gaji Akhir Lulusan DIPLOMA : Polis (RM4,480), Kakitangan Awam Biasa (RM5,730) & SPRM (RM6,121)!

Isu Gaji Polis Diraja Malaysia 2012 : Semalam kalangan ahli parlimen tidak kira daripada kalangan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat ada membawakan isu ketidakadilan gaji polis 2012 dan juga soal kebajikan anggota polis yang ada sekarang….

Mereka ini kerap kali berselisih pendapat di Dewan Rakyat mengenai beberapa isu, tetapi adakalanya mereka ini boleh sepakat dan sebulat suara untuk membawa beberapa isu bersama…

Permintaan Semakan Gaji Polis 2012 Supaya lebih Adil

Sekarang ini apa yang kalangan anggota polis harapkan dan memohon kepada JPA supaya diberikan keadilan dan diberikan hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain serta ada semakan semula terhadap gaji polis 2012 yang ada sekarang in. Apa yang berlaku sekarang skim gaji polis 2012….kami berikan contoh :
Bagi lulusan Diploma, gaji akhirnya anggota polis lulusan ini ialah sebanyak RM4,480, gaji akhir anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan gaji SPRM RM6,121
Kalau dilihat kepada angka-angka di atas ini dilihat tidak ada keseimbangan. Yang menguatkan lagi permintaan anggota polis supaya dibuat semakan semula gaji polis 2012 ini adalah kerana melihatkan perbandingan gaji dengan negara-negara lain :
  • gaji anggota polis di negara lain adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain berikutan pengiktirafan yang telah diberikan kepada pasukan penguatkuasa itu.
  • gaji Ketua Polis Daerah (OCPD) lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah, (sedangkan) pengetua jaga sebuah sekolah manakala OCPD jaga sebuah daerah.
Jikalau kita dikatakan gaji polis 2012 (Polis Diraja Malaysia)yang ada ketika ini tidak setimpal, apatah lagi nasib yang menimpa kakitangan Penjara pula yang menerima gaji terendah dalam kalangan anggota pasukan seragam yang lain.

 Gaji Polis 2012 Perlu Semakan Semula. Gaji Akhir Lulusan DIPLOMA : Polis (RM4,480), Kakitangan Awam Biasa (RM5,730) & SPRM (RM6,121)! JPA itu sendiri terdiri daripada kalangan PTD, mereka yang membuat dasar. Sebelum ini agak kecoh dengan isu PTD ini senang naik pangkat, sedangkan hanya berasal daripada aliran sastera sahaja. Jurutera nak naik pangkat punya la susah, jawatan pula terhad.

Ya….kami perlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem gaji di Malaysia ketika melibatkan kakitangan awam. Ada sedikit canggung di situ yang perlu dibuat semakan semula…Apa yang penting di sini, bukan pada nilainya tetapi lebih adil kepada semua.

P/S : JPA terlalu lambat, bertahun-tahun, kadangkala empat hingga lima tahun baru boleh selesai.

PP/S : Jika gaji polis 2012 ada semakan semula, yang lain pun akan menuntut sama apa yang dikatakan sebagai "hak" mereka

Guru Beza Politik Akan Ditukarkan Ke Ceruk Pedalaman. Di mana Kebenarannya?

Posted: 24 Oct 2012 04:30 AM PDT

Staff Berita Semasa
Isu Guru Berpolitik Guru Beza Politik Akan Ditukarkan Ke Ceruk Pedalaman. Di mana Kebenarannya?

Secara realiti yang berlaku hari ini, sebenarnya masalah ini dah banyak kali & kerap kali berlaku. Walaubagaimanapun, ia dilihat sukar untuk dikekang kerana amalannya tidak meluas. Tetapi…..
Tetapi berlaku apabila ada pertembungan idelogi politik yang bertentangan di kawasan tertentu.

Tapi agak susah nak kekang sebab ianya bukan melibatkan amalan meluas… tapi berlaku apabila ada pertembungan melibatkan individu politik kawasan tertentu sahaja. Akan timbul masalah-masalah yang seperti ini….( LIHAT VIDEO )

Kadang-kadang kami perhatikan ada kalangan guru yang telah beberapa kali ditukarkan ke tempat paling ceruk untuk mengajar. Sebenarnya kami kurang bersetuju dibenarkan guru berpolitik di sekolah, tidak kira menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Tidak perlu dibawa idelogi politik anda di sekolah…..

Bab sokongan pada parti ini bagi kami berkait rapat dengan pendirian, tak boleh dipaksa mana-mana guru untuk sokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Itu hak masing-masing sedangkan dalam bab mengundi, "undi anda adalah rahsia" apatalah lagi Malaysia acapkali diangkat sebagai sebiah negara yang manhu dikenali dengan negara demokrasi. Maka terpulang kepada mana-mana daripada anda walaupun bekerja dengan kerajaan, tetapi untuk undi parti mana terpulang…….kerana itu pilihan sendiri tanpa paksaan.
"Setiap guru ada akal dan pandangan untuk digunakan utnuk membuat pertimbangan"
Kadang-kadang kami perhatikan, sudah menjadi  'unwriten law' agaknya di Malaysia ni, yang mana kalau anda berkhidmat di dalam perkhidmatan awam, anda perlu lebih cenderung ke arah Kerajaan/ tak boleh bersuara mengkiritik/menegur Kerajaan. itu tidak betul.
"Menegur, mengkritik bermakna kita sayangkan kerajaan untuk melihat mereka buat lebih baik"
Seperti mana-mana ibu-ibu dan bapa-bapa di sini mendidik anak-anak anda. Bukankah begitu secara praktikalnya? Atau lebih suka dibiarkan hanyut. Semestinya tidak bukan?

Ya…benar, kami sedia maklum sebenarnya kalangan guru-guru sudah bersetuju dengan perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana bersetuju untuk ditukarkan ke mana-mana sekolah yang telah KPM tetapkan. Tetapi…ada tetapinya.

Tetapi….jikalau pertukaran diadakan secara telus untuk mengisi kekosongan, kenapa terdapat guru-guru berkenaan tidak ditukar ke sekolah kampung sebelah/daerah berdekatan yang ada kekosongan mendesak?

Isu pertukaran ni dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Banyak pihak dari dulu lagi sudah cadangkan "database peringkat Nasional" kekosongan dan status pertukaran guru tetapi sampai sekarang tidak dibuat. Sehinggakan pertukaran guru tak boleh dijalankan melalui "standardize system". Kenapa? Sebab apa? Kami pulangkan soalan ini kepada kalangan guru-guru di sini untuk menjawabnya…..

Kami bersetuju jikalau politik tak boleh di sekolah, dan dalam masa yang sama, segala macam politik melibatkan pihak kerajaan sepatutnya dibenarkan di sekolah. Maknanya kedua-dua parti tidak dibenarkan langsung. 


P/S : Apa kata guru-guru dengan politik di sekolah ketika ini?

Anak Taib belanja lebih setengah juta dalam enam bulan, kata bekas isteri

Posted: 24 Oct 2012 04:03 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR ― Anak kepada Ketua Menteri (KM) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah membelanjakan lebih setengah juta ringgit dalam hanya tempoh enam bulan bermula awal tahun ini, kata bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, bekas suami kepada Shahnaz, membelanjakan sejumlah RM782,520.55 bermula Januari hingga Jun lalu menggunakan satu kad kredit sahaja, American Express Platinum dengan berbelanja ke seluruh dunia termasuk negara-negara Eropah.

Dalam perbicaraan hari ini, turut ditunjukkan dokumen perbelanjaan kad kredit tersebut yang dikeluarkan oleh Malayan Banking Berhad (Maybank).

Antara lokasi yang dinyatakan adalah perbelanjaan di Sepanyol, UK, and Jerman.

Shahnaz sedang menuntut RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka, dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian.

Pasangan tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan yang berjalan sejak 2011 ini adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta daripada bekas suaminya itu.

Shahnaz, kakak kepada penyanyi Shiela Majid dalam perbicaraan sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu mempunyai 111 akaun bank dari seluruh dunia, termasuk di Kanada, Amerika Syarikat, Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, Hong Kong dan Switzerland.

Shahnaz dalam keterangannya hari ini turut menjelaskan Mahmud Abu Bekir mempunyai akaun simpanan dalam CIMB Bank cawangan Kuching bernilai lebih RM5 juta, dan akaun deposit tunai di CIMB Private Banking bernilai RM3 juta.

"(Dia) responden mempunyai akaun simpanan di bank CIMB cawangan Kuching bernilai RMRM5,751,557.53 dan akaun deposit tetap bernilai RM3 juta bagi CIMB Private Banking cawangan sama," katanya.

Shahnaz dalam perbicaraan sebelum ini berkata jumlah RM400 juta yang dituntutnya itu adalah masuk akal memandangkan mereka telah berkahwin selama lebih 19 tahun dan suaminya memiliki pendapatan bernilai berbilion ringgit.

Dalam permohonan cerai yang difailkannya sebelum ini, Shahnaz, yang mempunyai MBA dalam Kewangan berkata, dia mahu bercerai di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1948 kerana Mahmud Abu Bekir tidak memberinya nafkah batin sejak 2001.

Kakak kepada ratu jazz Malaysia itu turut berkata, bekas suaminya itu juga pernah menumbuk mukanya, kepala, mata, disepak di rusuk dan dicekik, disamping penggunaan kata-kata kesat yang menyebabkan emosinya terganggu.

Perbicaraan hari ini ditangguhkan sehingga 26 November depan, jam 10 pagi.

Kerajaan tidak cadang kaji semula duti eksais kereta import, kenderaan keluaran tempatan, kata Mustapa

Posted: 24 Oct 2012 03:58 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Pekerja Proton sedang memasang kenderaan di kilang Proton, Batu Tiga di Shah Alam. – Gambar fail
 
KUALA LUMPUR— Kerajaan tidak bercadang mengkaji semula duti eksais bagi kereta import mahu pun kenderaan keluaran tempatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pengurangan duti eksais secara mendadak akan memberi kesan yang signifikan ke atas hasil kerajaan yang kini dianggarkan berjumlah RM7 bilion setahun serta pembangunan keseluruhan industri automotif tempatan.

"Kerajaan sedar bahawa industri automotif tempatan perlu dimajukan lagi supaya ia menjadi industri yang lebih berdaya saing dan seterusnya dapat memberikan faedah kepada rakyat, terutamanya dalam menawarkan kenderaan dengan harga yang berpatutan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin ingin tahu komponen utama dalam Dasar Automotif Negara (NAP) 2012 yang kini sedang disemak semula dan apakah kerajaan bercadang mengurangkan duti eksais kenderaan negara ini.

Mustapa berkata kerajaan telah menggariskan beberapa inisiatif penting melalui NAP 2012 bagi menangani penurunan harga jualan kenderaan.

Inisiatif itu adalah mewujudkan dalam industri automotif tempatan menerusi pengenalan lebih banyak model kenderaan dalam segmen yang sama, meliberalisasikan industri automotif tempatan menerusi pemberian Lesen Pengilang baharu bagi semua segmen kenderaan dalam kategori Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Selain itu, kerajaan akan merangka strategi yang komprehensif yang turut merangkumi pelan hala tuju bagi mengawal selia penurunan harga kereta secara berperingkat dan menubuhkan Majlis Automotif Negara (NAC) yang diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Ekonomi bagi memantau pelaksanaan NAP secara menyeluruh.

"Walau pun harga jualan kenderaan di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara jiran, setelah mengambil kira kos seperti insurans, cukai jalan dan harga minyak yang di subsidi kerajaan, harga pemilikan kenderaan di Malaysia sebenarnya adalah lebih rendah berbanding kebanyakan negara jiran," katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata walau pun kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan struktur duti eksais kenderaan, beberapa syarikat pengeluar kenderaan tempatan melalui konsultasi dengan kerajaan telah komited untuk menurunkan harga jualan kenderaannya.

Katanya, sebagai contoh Perodua melalui program "What's up Graduate" dengan bayaran bulanan yang rendah, diskaun sebanyak 50 peratus bagi kos penyelenggaraan selama dua tahun, insentif insurans dan lesen memandu percuma.

Syarikat lain seperti Honda, Volkswagen, Chevrolet dan Ford turut mengambil bahagian dengan memberi tawaran penurunan harga melalui pelbagai skim lain.

"Saya difahamkan bahawa terdapat syarikat yang telah pun dan beberapa lagi yang bercadang untuk membuat pengumuman insentif untuk memastikan rakyat menikmati harga kereta yang lebih murah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata dasar dan langkah dalam kajian semula NAP 2012 tidak akan dilaksanakan dengan tergesa-gesa tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, peringkat pertama pelaksanaan NAP 2012 telah dilaksanakan mulai Jun 2012 dengan memberi keutamaan kepada pelaburan yang disasarkan kepada kenderaan segmen EEV dan dalam pada masa yang sama perundingan dengan beberapa syarikat pengeluar kenderaan sedang dijalankan untuk dipertimbangkan insentif yang serupa. — Bernama

Pakatan gesa BNM siasat dana RM40 juta Umno Sabah

Posted: 24 Oct 2012 03:56 AM PDT


KUALA LUMPUR— Pakatan Rakyat (PR) akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) esok, berkenaan dengan isu wang RM40 juta 'derma politik' kepada Umno Sabah, yang melibatkan Ketua Menteri Datuk Musa Aman (gambar).

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata hari ini, kenyataan dari dua ahli parlimen - menteri undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing sudah cukup untuk bank pusat itu untuk menyiasat punca dan tujuan dana itu.

Nazri pada Isnin lalu memberitahu Dewan bahawa dana berjumlah RM40 juta itu dibawa oleh pengimport balak, Michael Chia di Hong Kong, telah disiasat akaunnya dan kemudian dibekukan oleh pihak berkuasa anti rasuah.

Semalam, Bumburing dalam kenyataannya berkata dana itu telah disalurkan kepada akaun peribadi dari seorang pemimpin Umno, yang dapat diakses oleh ahli keluarga pemimpin tersebut.

"Kenyataan itu telah memperkuatkan lagi dakwaan bahawa terdapat elemen rasuah dalam dana RM40 juta itu.

"Kami akan membuat laporan kepada BNM esok dengan bukti-bukti yang relevan," katanya dalam sidang media di Parlimen.

Katanya, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA 2001) perlu dikenakan jika "derma politik" ini didapati mempunyai elemen rasuah.

Sambil menyebut Seksyen 14(b) AMLA, Rafizi berkata kenyataan Nazri itu berdasarkan dakwaan wang itu datang dari aktiviti tidak sah.

Di dalam seksyen 14 (b) AMLA menyebut "laporan tersebut mestilah dibuat kepada badan yang berkuasa untuk mengetahui dari mana transaksi berikut, dan kepada mana-mana pegawai atau pekerja yang terlibat dalam penerimaan dana yang melibatkan aktiviti melanggar undang-undang."

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

Posted: 24 Oct 2012 03:52 AM PDT

MSO

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.

Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar.
Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Mereka dimaksudkan itu terdiri daripada bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Inchek Ibrahim Ali; mereka ini diikuti oleh anak-anak buah mereka yang ikut sama membenci Anwar walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian. Mereka benci kerana membeli keburukan dan kejelekan Anwar yang dijual oleh para pedagang tadi. Adakanya yang mengambil upah atau pun mendapat rezeki dari kontrak memburuk-burukkan Anwar.

Dan terbaru bekas orang kuat Umno yang juga mengaktifkan diri bangkit bersatu memburukkan Anwar ialah Sanusi Junid, Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dikenali kaya dan kreatif dengan berbagai andaian dan kesimpulan politik bangkit mengemukakan dakwaan kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad.

Kata Sanusi Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara.

Wah terlalu mudah dan simple hipotesis Sanusi terhadap Anwar. Apakah beliau mengira akan mempercayainya semata-mata kerana beliau bekas pemimpin Umno dan seorang yang kuat membaca.

Sebaliknya tuduhan dan kecaman Sanusi terhadap Anwar itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan yang ditunjungi Umno adalah perkauman dan pilih kasih. Sedang dalam masa sama Umno memperakui mereka bersifat adil dan saksama. Sekali lagi Sanusi menelanjangkan kemunafikannya sendiri. Beginilah kalau kita ghairah untuk menuduh orang lain salah, maka kesalahan kita akan terdedah dengan sendiri.

Orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

Misalnya orang akan memeriksa rekod-rekod perkhidmatan Anwar semasa menjadi menteri kewangan dan juga TPM. Rekod itu masih ada disimpan kerajaan sampai sekarang dan kalau ianya benar Najib Razak dapat mengeluarkan rekod berkenaan. Sanusi boleh bercakap lebih dahsyat dan menarik daripada itu, tetapi orang memerlukan bukti atas apa-apa jua dakwaannya. Cerita Sanusi mengenai kehebatan ideanya mengenai Melayu samalah si tua terkukur yang leka mengah-ngahkan terkukurnya sehingga 'burung'nya sendiri terlondeh keluar.

Cuma satu pertanyaan saya untuk Sanusi Junid kalau benar Anwar berbuat demikian apakah tidak ada kawalan? Apakah yang Umno dan beliau sendiri lakukan ketika itu. Pada masa Anwar menjadi menteri kabinet Sanusi juga berada dalam kabinet, apakah beliau tidak membuat teguran dan pembaikian ketika itu dan kenapa sesudah berada diluar. Kalau tidak berbuat apa-apa, menegur Anwar ini bermakna Sanusi tidak amanah kepada jawatan dan tanggungjawabnya.

Bukankah setiap apa yang dilakukan menteri kabinet, ianya akan dikawal bukan sahaja oleh jemaah menteri tetapi Umno sendiri menjadi pengawalnya. Ada dua instrument menerusi Umno untuk mengawal perjalanan dasar dan polisi kerajaan yang dilakukan oleh menteri;  iaitu Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat setiap bulan, dan kedua Perhimpunan Agung Umno yang bersidang setahun sekali.

Kerana saya tidak ahli Umno, saya tidak tahu apakah ada mana-mana perwakilan membangkitkan apa yang dilakukan Anwar itu mengikut 'sunnah' Sanusi Junid itu. Adakah... atau memang perhimpunan agung Umno tidak bangkit kerana yang menjadi perwakilan itu semua jahil mengenai masalah kewangan dan ekonomi, atau pun semua mereka tidak cerdik. Kerana kalau mengikut kata Mahathir orang yang menyertai Umno orang bodoh kerana orang cerdik dihalang.

Sekali lagi bukankah sindiran Mahathir itu mengenai batang hidungnya sendiri kerana 22 tahun beliau memimpin Umno beliau gagal melahirkan orang cerdik dalam Umno ataupun sememangnya beliau sendiri menternak ahli Umno menjadi seperti lembu laki Sharizat untuk mudah diuruskan ke mana saja hendak disimpan dan dikandangkan mereka.

Jelas tuduhan Sanusi itu hanya untuk menambahkan keburukan kepada Anwar sahaja. Dunia politik mengetahui bagaimana kelicitan dan keYahudian Sanusi di dalam politik. Sanusi seorang sangat cerdik termasuk dalam mereka-reka cerita memberi reputasi buruk kepada seseorang yang lain. Dia seorang yang kuat membaca dan memahami berbagai teori politik baik Yahudi, Barat, China, Jepun dan Islam. Lantaran kerana kelebihan cerdik itulah meyebabkan beliau ada kalanya menjadi sangat lemah dan bodoh.

Mengapa saya mengatakan begitu, untuk berdepan dengan Abu Bakar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pun beliau kalah. Rasanya tidak ada mana-mana Menteri Besar dan ketua menteri di negara ini yang berkhidmnat tidak sampai sepenggal. Sanusi menjadi MB Kedah tidak sampai sepenggal sebelum digugurkan diganti dengan Syed Razak Syed Zain. Jadi rekod sebagai MB yang terpendek masih dipegang oleh Sanusi Junid.

Yang menarik mereka menjadi hero menyerang Anwar dan mahu memastikan Anwar tidak naik, mereka yang ada masalah dengan Anwar; mengalami krisis peribadi - dengki, cemburu dan meluat dengan Anwar. Mereka kecewa dengan ketegasan dan prinsip Anwar Ibrahim dalam menjaga negara dan kepentingan rakyat. Mahathir marah kepada Anwar apabila Anwar sebagai menteri kewangan tidak bersetuju untuk digunakan wang Petronas bagi menyelamatkan perniagaan anaknya, Mirzan Mahathir. Tindakan ini adalah menjadi kudis dalam hubungan mereka sebagai anak dengan bapak dan kemudian menular menjadi barah yang bernanah sampai kini.

Mahathir mula mengenali siapa dia Anwar sebenarnya, seorang budak suruhan yang selamanya tidak akan sedia menjadi hamba kepadanya. Jadi demi menyelamatkan banyak lagi kepentingan maka beliau terpaksa menghapuskan Anwar walaupun tindakan itu sangat berat dan melukakan ahli Umno lain.

Demikian juga dengan Rahim Tamby Chik. Kebenciannya kepada Anwar bukan sangat kerana Anwar difitnahkan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bagi Rahim itu tidak menjadi kudis gatal buatnya kerana dia juga suka berenang dalam lautan maksiat. Tetapi apa yang menyakitkan hati Rahim ialah apabila Anwar mengarahkan Ahmad Zahid Hamidi menentang Rahim di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Inilah bermulanya api kemarahan Rahim kepada Anwar. Rahim merasakan Anwar adalah penghalang cita-cita politiknya. Tindakan itu disusuli pula degan arahan Anwar agar Rahim dibersihkan dari maksiat dalam isu penyelewengan dan skandal dengan budak sekolah. Dua tindakan Anwar ini menyebabkan Rahim berdendam dengan Anwar sampai ke hari ini dan sehingga sanggup menjadi pruducer filem biru.

Jelas penentangan Rahim kepada Anwar bukan kerana soal prinsip perjuangan atau pendekatan dan stail Anwar yang mahu menerapkan nilai-nilai dan falsafah Islam dalam Umno tetapi kerana Anwar dianggap mengusik kepentingan dan cuba menghalang hobinya.

Demikian juga dengan Ibrahim Ali. Dia menantang Anwar bukan ada sebab yang jelas dan bukan perkara hakikat misalnya soal prinsip. Dia menentang Anwar disebabkan Anwar tidak mahu melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan di Kelantan, itu saja. Semasa terjemnpit dan perahu politiknya hanyut tatkala dibuang dan terpecah dari Umno Ibrahim mencari pulau untuk beradu... dengan harpaan Anwar mengambilnya menjadi pengerusi Keadilan Kelantan. Ibrahim yang selalu berfikiran hanuman kera putih tidak sedia untuk menjadi ahli biasa sebagai ekor. Dia mahu menjadi kepala walaupun, berkapala tiga?

Tetapi malang Keadilan Kelantan tidak sedia berketuakan Ibrahim kerana mereka sudah kenal bau dan bentuk mukanya. Bagi saya penolakan Keadilan Kelantan kepada Ibrahim sesuatu yang kurang bijak dan bukan bersifat politik serba mungkin.

Atas kekcewaan itu maka beliau bangkit menentang Anwar dan dalam masa sampa mengharap ada simpati dan pujian dari Najib. Malangnya usaha itu tidak memberi kejayaan dan segala tingkah lakunya Najib juga kena tidak menarik perhatian Najib. Walaupun Ibrahim telah menggunakan Rosmah untuk mendapat blessing Najib, tetapi Najib juga berhati-hati dengan makhluk ini bimbang akan ditinggalkan bendalir beracun didalam pinggan nasinya.

Bagaimana pula dengan Sanusi Junid, apakah yang menyebabkan beliau marah kepada Anwar? Sanusi selalu menggunakan alasan Anwar pengkhianat Melayu. Anwar sebagai muanfik untuk memperjuangkan Islam. Itulah kata-kata yang akan luruh dari mulut Sanusi Junid di mana saja dia bercakap mengenai topik mengenai Anwar.

Sanusi ada bukti dan pandangannya sendiri sehingga dia merasakan dia lebih Islami daripada Anwar. Tetapi dalam kajian saya dari sudut psikologi kenapa Sanusi marah Anwar bukan kerana tuduan-tuhdan itu tadi. Kenapa saya mengata begitu kerana mereka berdua pernah duduk dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Merka berdua adalah orang besar Abim. Kalau benar Sanusi sudah mengetahui Anwar munafik, kenapa beliau sanggup bersama Anwar Ibrahim di dalam Abim?

Dalam suluhan saya tindakan Sanusi memusuhi Anwar samalah dengan apa dilakukan Mahathir, Rahim Tamby Chik dan Ibrahim Ali. Puncanya kerana kecewa dan cemburu dengan Anwar. Bukan sama sekali kerana Anwar terlibat dengan skandal, itu adalah rekaan dan alasan dicari untuk membalas dendam mereka disebabkan berlakunya krisis peribadi. Kalau bertolak dari soal peribadi kenapa Mahathir membisu terhadap orang Umno lain yang juga berbelit dengan skandal.

Seperti dikatakan tadi Mahathir kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut telunjuknya demi kepentingan kroninya. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik, baginya Anwar adalah pemusanah istana politiknya. Ibrahim Ali kecewa kerana Anwar tidak membantunya memulih peta politiknya. Dan Sanusi Junid kecewa kerana dia merasakan dia lebih berhak berada di hadapan dalam politik Umno kerana beliau lebih awal menyertai Umno tetapi Anwar yang dimanja-manjakan oleh Mahathir.

Itu sahaja sebabnya. Jadi apa juga hentaman, hujah dan tuduhan mereka ke atas Anwar tidak berasas sama sekali dan semua penentangan itu tidak ada sangkut paut dengan soal-soal agama, bangsa dan negara, Semuanya adalah disebabkan soal dan kepentingan mereka yang menentang itu. Mereka menentang kerana cemburu, benci dan dengki atas kehebatan Anwar.

Dr Asri : Umno Perlu Undur Sebab Gagal Sekat Politik Wang

Posted: 24 Oct 2012 03:48 AM PDT

KELAB GREENBOC

Umno harus berundur dari persada politik negara ekoran pengakuan pemimpinnya bahawa politik wang sudah menjadi budaya di dalam Umno yang perlu diterima oleh masyarakat termasuk agamawan yang ingin menyertai parti itu.

Saranan itu dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana amalan itu menyebabkan negara diterajui pemimpin yang kaya tetapi tidak semestinya mampu mentadbir negara dengan bijak.

Selain itu, menurutnya budaya politik wang itu akhirnya akan melibatkan unsur-unsur rasuah yang akhirnya tidak dapat dikawal.

"Terima kasih kepada Ustaz Syahrin kerana menjawab dengan jujur, tetapi saya rasa kalau Umno begitu parah bererti Umno kena berundur.

"Kita tidak akan dapat keluar dari masalah ini jika Umno terus dengan cara itu sebab tak kira parti mana akan terpaksa ikut amalan itu.

"Kerana orang Melayu dah terbiasa memilih pemimpin bukan kerana ketajaman minda dia, ada idea dan sebagainya tetapi soal dia banyak duit.

"Sebab itulah bila seseorang itu jadi pemimpin Umno dia mesti ada duit, mesti ada projek dan perkara ini semakin hari semakin disuburkan," ujar Dr Mohd Asri dalam program Wacana Sinar bertajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin' di sini hari ini.

Seorang ahli panelis program itu Syahrin Md Jamaluddin mengakui bahawa wang memainkan peranan amat penting dalam mempengaruhi kedudukan seseorang pemimpin dalam Umno.

Syahrin yang merupakan Exco Pemuda Umno berkata pemimpin Umno samada peringkat bahagian ataupun pusat yang tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh tidak akan bertahan melebihi tiga bulan dalam Umno.


Syahrin memberi contoh di mana ahli Umno akan meminta duit untuk menjalankan program seperti permainan bola sepak dan sambutan keagamaan daripada pemimpin bahagian mereka.

Sementara itu, seorang lagi panelis Datuk Siddiq Fadzil pula berkata mekanisma pemilihan pemimpin berdasarkan wang itu merupakan mekanisma 'enjit-enjit semut'.

"Ini yang dipanggil mekanisma 'enjit-enjit semut', siapa sakit naik atas,' jadi mekanismanya begitu, pemimpin yang naik atas itu juga pemimpin sakit.

Gempar Pokok Nangka Berbuah Pisang

Posted: 24 Oct 2012 03:44 AM PDT

SABAH DAILY

Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya.

Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan pisang, menambahkan pelik lagi jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula.

Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin "Pohon nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT," katanya kepada wartawan.

Kerana ramainya orang yang melihat nangka pelik ini, Pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya.

"Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan pusat keagamaan disini," katanya lagi.

-alamcyber


Sirojudin menunjukkan pokok nangka berbuah pisang
Aneh ! buah nangka ini sangat mirip seperti buah pisang


Khir Toyo minta maaf kepada Ronnie Liu kerana yakin kalah

Posted: 23 Oct 2012 10:29 PM PDT

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR - Yakin kalah perbicaraan mendorong bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

"Beliau tahu kalau diteruskan (perbicaraan), beliau pastinya akan kalah. Jadi sebelum apa-apa berlaku, beliau harus bertindak cepat.

"Itulah modal Umno, suka buat fitnah. Apabila tidak yakin menang kerana sudah tiada kuasa, terpaksa mohon maaf," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari kepada Keadilan Daily.

Permohonan itu dibuat berhubung kenyataan fitnah Khir mengatakan Ronnie menghalang Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Melayu.

Khir berkata, beliau meminta maaf kepada Adun Pandamaran itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan laporan polis Liu Tian Khiew pernah campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran' yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.



Selain itu, Khir mengakui dakwaannya terhadap Ronnie terlibat dalam kegiatan seumpama itu adalah tidak benar sama sekali.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, permohonan maaf Khir itu membuktikan tuduhan yang dilemparkan pemimpin Umno kepada pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) sememangnya fitnah.

"Ini bukti bahawa tuduhan Umno kepada kita (Pakatan) adalah fitnah, tapi disebabkan mereka dilindungi kuasa, jadi mereka pastinya selamat walaupun dibuktikan bersalah.

"Apa yang berlaku kepada Khir ini membuktikan beliau sudah tiada kuasa atau pengaruh dalam Umno. Jadi untuk selamatkan diri, lebih baik beliau memohon maaf sahaja," katanya.

PKR: Sanusi fitnah Anwar, tuduhan tiada asas

Posted: 23 Oct 2012 10:27 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad 
 
SHAH ALAM - PKR menafikan kenyataan Tan Sri Sanusi Junid, seorang veteran Umno bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.

"Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sanusi dan Anwar pernah menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada September 1998.

Selain itu, Sanusi juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Naib Presiden Umno.

Nik Nazmi berkata, ketaksuban beliau dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.
Daim juga merupakan bekas Bendahari Umno.

Nik Nazmi berkata, menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim cuba 'meniru' dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.

"Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu iaitu Hong Leong Bank dan Alliance Bank.

"Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin," kata beliau lagi.

Nik Nazmi berkata, Daim dikatakan memiliki ekuiti 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd.

Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd, katanya.

"Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank.

Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah
Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.

"Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG," kata beliau.

Sanusi yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah memberitahu forum ekonomi Melayu semalam bahawa Dr Mahathir dan Daim telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.

Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.

Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi Menteri Kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu iaitu Alliance Bank dan Hong Leong Bank.

Nik Nazmi menambah, kemungkinan agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni Umno-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Dr Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran.

"Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar," katanya lagi.

2 konsesi IPP dilanjut walaupun dipertikai

Posted: 23 Oct 2012 10:25 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan melanjutkan konsesi dua Pembekal Tenaga Bebas (IPP) menimbulkan tanda tanya selepas kerajaan berjanji untuk membuatnya melalui tender terbuka.

Dua IPP yang dilanjutkan konsesi mereka adalah Genting Sanyen Power dan Segari Power Ventures.

Segari dimilikki oleh Malakof Behad yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari manakala Genting Sanyen kini dibeli oleh 1-MDB dari Genting Berhad.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam tulisannya mempertikaikan kenapa kedua-dua IPP ini mendapat layanan istimewa.

"Tindakan ini telah mencetuskan pelbagai tanda tanya yang menjadikan segala dakwaan kerajaan bahawa pemberian konsesi kedua IPP ini adalah telus dan adil, mula di pandang serong oleh pasaran tenaga dan para penganalisa," kata beliau dalam tulisannya.

Beliau juga mempertikaikan, mengapa Genting Sanyen mendapat harga konsesi pada kadar 35.3 sen dan Segari Power mendapat kadar 36.3 sen per kWh yakni lebih tinggi dari loji tenaga baru yang dibina sendiri oleh Tenaga Nasional.

"Kalau ia tidak lagi efisien dan boleh menandingi loji baru, maka perlu kadar yang lebih diberikan? Mengapa tidak dihabiskan sahaja konsesinya dan digantikan?" kata beliau dalam tulisan itu.

Sebelum ini, ketika konsesi IPP jenerasi pertama diberikan, Pengerusi TNB, Tan Sri Ani Arope telah meletakkan jawatannya kerana tiadak berpuashati dengan harga yang dipaksakan ke atas TNB.

Umno penggalak aktiviti menghina Islam

Posted: 23 Oct 2012 10:24 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Malaysia, tidak seharusnya menjadi sekadar slogan yang dilaung-laungkan, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar).

Justeru, beliau berkata Umno BN sebenarnya tidak pernah serius memperjuangkan Islam, sekalipun untuk meletakkannya pada kedudukan agama rasmi Malaysia.

Menurutnya, sikap berdiam diri para pemimpin Umno BN terhadap kenyataan biadab Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebenarnya telah dijangka, bahkan mereka sendiri terbukti senada dan selaras dengan ucapan Presiden MCA.

"Umno BN sebenarnya bukan sahaja gagal mendidik parti komponen Barisan Nasional untuk menghormati Islam sebagai agama rasmi, bahkan mereka adalah sebab dan alasan sebenar di sebalik penghinaan dan penolakan masyarakat Malaysia terhadap Islam dan syariatnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri secara terang-terangan menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia.

Walaupun begitu, ujarnya kenyataan Dr Chua Soi Lek sebenarnya terlalu biadab, melampau dan sama sekali tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Kenyataannya, tegas beliau benar-benar telah mengguris hati rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Justeru, katanya jika masih ada umat Islam yang tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap kenyataan biadab Chua Soi Lek, barangkali mereka sendiri belum benar-benar menerima Islam sebagai cara hidup dan pegangan dalam kehidupan.

Tambah beliau, tindakan menghina Islam oleh MCA juga menampakkan bahawa Umno semakin lemah, khususnya dalam membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu.

Beliau berkata, Umno juga dilihat terdesak mahu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu sehingga sanggup menggadaikan prinsip dengan membiarkan agama sendiri dihina.

"Islam bukanlah  ajaran rekaan para Nabi dan Rasul, apalagi rekaan tuan-tuan guru mahupun Ahli Feqah sebaliknya Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada para Nabi dan Rasul, disampaikan dan dikembangkan oleh para sahabat, sehinggalah ke hari ini," jelasnya.

Muhammad Ismi menambah, generasi terdahulu telah bersusah payah menyampaikan Islam, sehingga ianya benar-benar tulen dan tidak diselewengkan.

"Menentang Islam, bermakna menentang Allah. Menghina Islam, bermakna menghina Allah," ujarnya.

Ini, ujarnya adalah perkara asas yang perlu difahami oleh pemimpin Umno BN yang mengaku dirinya beragama Islam, dan mahu memperjuangkan Islam di Malaysia.

"Sebagai umat Islam, wajib kita membela agama daripada dihina ataupun diselewengkan daripada kefahaman yang sebenar.

"Semoga Allah memberikan taufiq, hidayah dan inayahNya untuk terus berjuang membela dan menyampaikan Islam dengan kefahaman yang murni, indah dan sejahtera," katanya lagi.

Veteran Umno: Namakan calon lebih awal

Posted: 23 Oct 2012 10:20 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Pucuk pimpinan Umno perlu menamakan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih awal bagi membanteras kegiatan sabotaj dalam parti itu.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata dengan cara itu anggota Umno yang melakukan kegiatan itu dapat dikenal pasti dengan lebih awal.

"Dengan ini tindakan ke atas pensabotaj ini akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dengan mengumumkan nama calon lebih awal, usaha memujuk juga boleh dilakukan dengan lebih berkesan terhadap mereka yang tidak terpilih kerana mereka telah dimaklumkan lebih awal tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Jumaat lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata Majlis Tertinggi Umno bersetuju mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Mustapha berkata pucuk pimpinan Umno juga perlu menangani perasaan tidak puas hati mereka yang tidak terpilih dengan berhemah, bijaksana dan penuh hikmah bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

"Pemimpin yang dikenal pasti tidak akan bertanding patut diberitahu lebih awal bagi mengelak daripada mereka menanggung malu sekiranya mereka tidak terpilih di saat akhir sebelum penamaan calon.

"Cara ini boleh mengelak atau mengurang perbuatan sabotaj daripada mereka yang tidak terpilih terhadap calon yang dipilih bertanding," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: