DIALOG RAKYAT |
- Lagi tokoh korporat Sabah, pemimpin BN keluar BN
- 100 ahli PBS di Parlimen Keningau sertai KEADILAN
- Kenapa Nampak Filem, Tak Nampak Kapal?
- Pejabat Adun Pantai Jerjak dipecah masuk untuk kali ketiga
- Najib umum peruntukan RM4 juta bina Masjid Kg. Ayer
- Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros
- [RELOADED] Daim Kata UMNO BN Hanya Menang 3 Negeri Dalam PRU Akan Datang
- Kes Dana RM40 juta: Najib Sudah Kantoi, Tuduh Pula Pakatan Juga Terima Dana
- Pemimpin Umno Terengganu'Bekeng' Di Negeri Sendiri, Tapi Takut dengan Putrajaya
- BN SEMAKIN MENZALIMI RAKYAT SEMPORNA?
- SPRM Alat BN, Tutup Skandal RM40 juta UMNO Sabah
- Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan
- Timbalan menteri sokong p'raya tempatan
- Kit Siang gesa RCI untuk dana asing Umno
- Bersih 2.0 anjur konsert 'hidupkan' 8 tuntutan
- Kit Siang: DAP sekular tapi bukan anti-Islam
- Hadi: Pas dapat untung kerjasama dengan DAP
- Najib: PRU13 boleh diadakan bila-bila masa
- PKR: Mahathir liabiliti kepada BN
- Mukhriz: BN akan lantik Timbalan MB jika rampas Kedah
- Karangkraf bantu pelajar tahfiz
- Pas dakwa pengaruh Dr M makin rapuh
Lagi tokoh korporat Sabah, pemimpin BN keluar BN Posted: 14 Oct 2012 03:55 AM PDT KEADILAN DAILYLAHAD DATU : Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS). Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS. Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu. Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan. Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN. Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi. | |||||||
100 ahli PBS di Parlimen Keningau sertai KEADILAN Posted: 14 Oct 2012 03:52 AM PDT Masdar Wahid KENINGAU: Seramai 100 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mengisytihar keluar parti dan menyertai KEADILAN, semalam. Borang penyertaan mereka diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri jelajah ke Keningau, Sabah. Menariknya, ia berlaku dalam Parlimen Keniangau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Pairin Kitingan. Kira-kira 2,500 rakyat hadir pada majlis di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2, Keningau yang disertai pimpinan Pakatan Rakyat. Bercakap kepada KeadilanDaily, Ketua KEADILAN Cabang Keningau, Stephen Sandor, berkata mereka diketuai bekas Ketua PBS Bahagian Keningau, Philip Sintan. "Ini menunjukkan sokongan terhadap KEADILAN terus melonjak. Kita yakin mampu menawan Keningau pada pilihan raya umum kelak," katanya. Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pimpinan PBS keluar parti secara berperingkat di pelbagai daerah seluruh Sabah. Antaranya, Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu, John Hussein pada; bekas Ketua PBS bahagian Likas Satur Sembuling; bendaharinya, Suhailee Jamadil dan Ahli Jawatankuasanya, Lidin Buti, selain penulis buku, Dr Chong Eng Leong. Lain-lain ialah Naib Ketua PBS Sulaman, Dominic Ombilod Onul dan Ketua Pemuda PBS Sulaman, Ahling Kabaron bersama penyokong masing-masing. | |||||||
Kenapa Nampak Filem, Tak Nampak Kapal? Posted: 14 Oct 2012 03:39 AM PDT Bila klik video filem Innocence of Muslim yang menghina dan mengaibkan agama Islam ditaburkan dalam alam siber dan memasuki ke rumah kita sampai ke ruang dapur dan tandas, kita - orang Melayu Islam bangkit membantah. Kita semua mengecam pembikinan filem tersebut dan pengedarannya di ruang internet. Kononnya ia menghina dan mengaibkan kita.
Anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan bulu kepak baru hendak bersinar pun, baik dari dewan anak-anak muda atau kelab anak-anak muda nasionalis, turun melalak menjerit melaungkan kecaman ke atas Yahudi dan melaknatkan Amerika. Bukan main lagi mereka bertempik sampai tercabut serban dan songkok serta hingus sampai meleleh ke pipi dibiarkan atau ditelan dengan asin peluh. Tidak mengapa kerana aksi itu mengundang syahid kononnya. Semua aksi itu untuk menunjuk kononnya akulah pejuang Islam dan sedia syahid demi Islam. Dua kumpulan menjadi ketua kepada dewan budak-budak dan kelab anak-anak muda ikut sama mengambil bahagian. Mereka menujukkan kekuatan masing-masing berdasarkan jumlah yang hadir. Seorang melaung di Jalan Pekeliling berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat sementara satu lagi melalak di kawasan masjid Kampung Baru. Saya bukan anti demostraai, saya juga pernah turun dan berpeluh pelai menyertai berdemoratsi. Bahkan lebih awal dari sesetengah mereka. Tetapi demonstrasi yang satu ini - menentang filem - saya merasakan tidak relevan kerana ia bukan ada kena mengena secara langsung dengan umat Islam negara ini. Betapa tuntutan dan desakan kerajaan UBN tidak boleh berbuat apa-apa. Bukankan itu satu perbuatan sia-sia? Jika dibandingkan dengan demonstrasi menuntut royalti minyak yang dianjurkan (R) jauh demonstrasi itu lebih 'auliya' dan perlu disokong. Malangnya semasa demonstrasi 'R' di Shah Alam minggu lepas tidak kelihatan ketua dewan budak-budak di majlis berkenaan. Kenapa? Mungkin mereka mengira penghinaan kerajaan pusat ke atas Kelantan dengan menafikan royalti minyak sebagai tidak mengaibkan, bukan satu dosa yang perlu dibersihkan.
Saya merujuk perkara ini kepada kedatangan kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepaggar Sabah yang semacam tidak ada bantahan dari anak-anak muda Melayu Islam negara ini baik dari dewan budak-budak dan juga kelab kanak-kanak. Saya menanti-nanti mereka berarak dan menaikkan sepanduk di Pelabuhan Klang membantah pendaratan kapal yang mempunyai berbagai kapal perang itu. Apakah mereka tidak ada maklumat atau pun kesedaran bahaya dengan kedatangan kapal bernama USS George Washington itu. Kapal perang berkenaan mempunyai 6,102 orang anak kakapal yang lengkap dengan 90 buah pesawat perang yang ada didalamnya. Kapal ini ialah kapal ke-6 dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak tahun 1992. Setengah kapal perang ini juga dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu. Mungkin soal saiz dan kapastian itu tidak penting. Tetapi sejarah .. yang diciptanya cukup memilukan kita. Kapal ini dikatakan terlibat dalam membunuh lebih 50,000 semasa kapal ini digunakan menyerang Iraq dan Agfhanistan dalam pencerobohan dan perang Teluk. Tanpa mempedulikan kecanggihan itu umat Islam negara ini sepatut sensitif dengan apa dilakukan kapal berkenaan. Namun malang, tidak ada mana-mana anak muda yang membuat apa-apa bantahan. Tidak ada perarakan di Pelabuhan Klang dan sedihnya ia seolah tidak disedari akan kehadiran kapal berkenaan. Apalkah kerana anak-anak muda kita 'keralikan' bermain dengan stiker, minum petang dengan artis, sepanduk mengutuk Israel dan Amerika dan sebagainya sehingga tidak nampak musuh menceroboh dapur rumah kita. Saya tidak tahu apakah anak-anak muda politik tidak mengetahui akan hal ini. Apakah mereka tidak mengikuti perkembangan dan maklumat semasa. Kalaupun media penjilat buntut tidak menyiar atau pun mengulas akan bahaya pendaratan kapal itu, tetapi bukankah ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah membawa usul persendirian di Parlimen untuk membincang perkara itu. Apa yang dibawa Kamaruddin itu sudah cukup memberi maklumat ataupun respons untuk bertindak ke atas kedatangan kapal puasaka berkenaan. Sikap bisu atau kurang perihatin inilah menyebabkan timbul persoalan di kepala saya apakah pemuda termasuk pemuda Pas tidak melihat perkara ini satu kewajiban penting atau teralpa terhadapnya kerana obses soal akidah sehinggakan soal keselamatan dan ketahanan negara terabai. | |||||||
Pejabat Adun Pantai Jerjak dipecah masuk untuk kali ketiga Posted: 14 Oct 2012 03:37 AM PDT ANTARA POS.COM BUKIT JAMBUL: Pejabat Pusat Khidmat Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang terletak di tingkat tiga bangunan kedai di Jalan Rumbia disini dipecah masuk oleh penjenayah awal pagi tadi untuk kali ketiga. Tze Tzin berkata, kejadian itu hanya disedari beliau sebaik sahaja dimaklumkan oleh pemilik sebuah pusat kecantikan yang beroperasi di tingkat bawah bangunan berkenaan yang turut menjadi mangsa penjenayah terbabit. Bagaimanapun, Tze Tzin mengesahkan tiada barang berharga mahupun dokumen penting yang dilaporkan hilang. "Ini adalah kejadian ketiga yang menimpa pejabat khidmat saya namun dalam kejadian awal pagi semalam tiada barangan yang hilang. "Saya percaya penjenayah yang pecah masuk ke pejabat saya ini hanya mencari barangan berharga namun disebabkan saya adalah Adun yang miskin dan tidak mempunyai harta berharga di didalam pejabat membuat penjenayah itu kecewa,"katanya pada sidang media disini tengah hari tadi. Ujar Tze Tzin, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di pejabatnya kejadian itu dilakukan secara bersendirian dan penjenayah bertindak mengalihkan CCTV sebelum menyelongkar laci mejanya. Tambah Tze Tzin, pada 2009 pejabatnya pernah dipecah masuk namun tiada barang yang dilaporkan hilang. Bagaimanapun, pada pertengahan 2011 pejabatnya dipecah masuk buat kali kedua dan menyebabkan komputer riba yang disimpan didalam hilang. "Polis perlu melakukan siasatan segera kerana ini adalah kejadian kali ketiga yang dilaporkan. "Walaupun Pulau Pinang digelar bandar selamat namun ia masih belum selamat sepenuhnya,"katanya. | |||||||
Najib umum peruntukan RM4 juta bina Masjid Kg. Ayer Posted: 14 Oct 2012 03:35 AM PDT KUDAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukkan RM4 juta bagi pembinaan masjid baru Kampung Ayer di sini. Najib berkata, pembinaan itu bagi menggantikan masjid tertua di kampung tersebut yang telah dibina di daerah ini sejak 1907. "Kita perlu bina semula masjid ini memandangkan ia sudah lama dan uzur, kerajaan negeri bagi peruntukan sebanyak RM2 juta manakala Kerajaan Pusat bagi peruntukan sebanyak RM2 juta, InsyAllah kita akan bina masjid baru di Kampung Ayer," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat negeri Sabah hari ini. Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut tertarik dengan kain rentang pantun enam kerat yang direka oleh penduduk kampung Ayer ketika mengadakan lawatan 'walkabout' ke kampung tersebut. "Saya amat tertarik dengan pantun tersebut, bukan skrip daripada kerajaan tetapi cetusan rasa hati dan keikhlasan hendak ditunjukkan oleh orang kampung Ayer hanya BN menepati janji," jelasnya. Perdana Menteri sempat membaca pantun enam kerat tersebut dihadapan kira-kira 50,000 rakyat seluruh negeri ini. "Dua, tiga orang BN berjalan kaki, PM bawa ke kampung kami, Dua, tiga pembangkang berjanji, Satu pun tak menepati janji, Hanya PM menepati janji, Kami kenang sampai ke mati," ujarnya diikuti sorakan dan tepukan gemuruh para hadirin. Selain itu, Najib turut mengumumkan Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membina sebuah Kompleks Imigresen dan Kastam (CIQ) di sini memandangkan ia pintu masuk ke Filipina Selatan. "Justeru satu siasatan terperinci akan dilakukan, setelah kita tahu barulah saya akan umumkan bajet pembinaan ini," jelasnya. | |||||||
Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros Posted: 14 Oct 2012 03:34 AM PDT Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia. Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010. Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros. Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek. Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini. Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar. Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri. Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila. Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib. Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan. Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya. Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka. Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Malaysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir | |||||||
[RELOADED] Daim Kata UMNO BN Hanya Menang 3 Negeri Dalam PRU Akan Datang Posted: 14 Oct 2012 03:23 AM PDT KELAB GREENBOC Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat. Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU. "Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'. "Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim. Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu. Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan. Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan. Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu. Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu. Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau. Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen. Ulasan GB Ramalan Daim di atas boleh jadi kenyataan JIKA tiada unsur penipuan dari SPR. Berdoalah kepada Allah swt agar Dia mendedahkan dan menggagalkan segala tipu daya yang dilakukan SPR di dalam PRU akan datang ini. | |||||||
Kes Dana RM40 juta: Najib Sudah Kantoi, Tuduh Pula Pakatan Juga Terima Dana Posted: 14 Oct 2012 03:20 AM PDT KELAB GREENBOC PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik Pemberian dana berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah hanya derma politik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul. Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan. Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian. "Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya. "Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti," katanya. Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta. Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu. -FMT Ulasan GB Apabila sudah terkantoi, Najib menuduh dan memfitnah pula PR juga menerima derma politik. Dasar penipu yang cuba melepaskan diri apabila tersepit. Sebenarnya, jika SPRM bebas dan adil, UMNO sudah boleh dibatalkan penyertaannya di dalam pilihanraya umum dengan pengakuan penerimaan dana RM40 juta itu. | |||||||
Pemimpin Umno Terengganu'Bekeng' Di Negeri Sendiri, Tapi Takut dengan Putrajaya Posted: 14 Oct 2012 03:15 AM PDT Wartawan BuletinMenurut tokoh korporat muda, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, antara risiko membiarkan negara terus dipimpim oleh Umno-BN adalah negara akan jatuh bankrup. Beliau berkata, ketika bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan antara tahun 1991 hingga 1998, hutang luar negara Malaysia adalah antara RM75 hingga RM80 bilion. Namun, katanya, bermula dari mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengambil alih pada tahun 1998, hutang luar negara mula meningkat. Menurutnya, kedudukan kewangan mengara menjadi lebih parah apabila hutang luar meningkat sehingga RM250 bilion pada penghujung pentadbiran negara di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi. Oleh itu, kata Amzad, nilai matawang Malaysia semakin menyusut dan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan bertambah mahal. Beliau yang juga bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu kesal dengan kepimpinan Umno Terengganu yang hanya 'jaguh' di negeri sendiri tetapi 'menikus' apabila berhadapan dengan pemimpin Umno di Putrajaya. Tabiat kerja korporatnya yang sering mengunjungi pelbagai Kementerian kerajaan Pusat menyerlahkan sifat 'penakut' kepimpinan Umno Terengganu. "saya hairan mengapa pemimpin (Umno dan) Barisan Nasional ini berjiwa sangat rendah 'komang spanar, semasa saya melaksanakan projek besar (korporat) memang saya turun naik pelbagai kementerian, "pada waktu itu saya selalu berjumpa dengan pemimpin Umno Terengganu yang dikatakan 'bekeng' sangat (tapi) beratur minta projek di pejabat Perdana Menteri, beratur macam budak sekolah melakukan kesalahan mahu menghadap pengetua,"jelasnnya. Sebaliknya kata beliau, ia berbeza dengan cara pemimpim Umno negeri-negeri Pantai Barat yang berani dan tidak perlu beratur untuk berjumpa dengan perdana Menteri. Oleh sebab itu, kata beliau, pemimpin negeri lain boleh minta macam-macam projek, namun perkara sebaliknya yang berlaku kepada pemimpin Umno Terengganu. Amzad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah Penerangan isu semasa di Kampung Banggol Peradong dekat sini pada Jumaat 12 Oktober. | |||||||
BN SEMAKIN MENZALIMI RAKYAT SEMPORNA? Posted: 14 Oct 2012 03:04 AM PDT
| |||||||
SPRM Alat BN, Tutup Skandal RM40 juta UMNO Sabah Posted: 13 Oct 2012 11:56 PM PDT Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura. Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa. "Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?" soalnya dalam satu kenyataan. Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura. Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN. "Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN," katanya. Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia. "Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod. Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan. Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD | |||||||
Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan Posted: 13 Oct 2012 11:45 PM PDT Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini. Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum. Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar. "... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik. "Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa." Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu. Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis. Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut. Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal berita Malaysiakini. Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan. Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya. Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti. Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah. Sumpah PM tentang Altantuya Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat. Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans". Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain. Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008. Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya. Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP). Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)." Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan. Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia. 50,000 naskhah dicetak Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan. Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib. "Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian." Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet. Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar. Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan. Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa. Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan. | |||||||
Timbalan menteri sokong p'raya tempatan Posted: 13 Oct 2012 11:42 PM PDT Tidak seperti banyak rakan-rakannya dalam BN, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bersikap positif terhadap idea mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan. Bagi Saifuddin, perkara itu penting dalam aspek demokrasi negara ini. Bercakap dalam "Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan" di Pulau Pinang malam tadi, Saiffuddin berkata, beliau menuntut pilihan raya yang diharamkan pada 1960 itu dikembalikan sejak di zaman mahasiswa lagi. Anggota Parlimen Temerloh itu juga berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya lebih proaktif menjawab permintaan kerajaan negeri seperti Pulau Pinang yang mahu mengembalikan pilihan raya itu. SPR sebelum ini membangkitkan isu Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 yang sudah pun dimansuhkan. | |||||||
Kit Siang gesa RCI untuk dana asing Umno Posted: 13 Oct 2012 11:38 PM PDT MALAYSIA KINI DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri. "Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim. Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang. Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya. Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut. | |||||||
Bersih 2.0 anjur konsert 'hidupkan' 8 tuntutan Posted: 13 Oct 2012 11:29 PM PDT "Sudah enam bulan lepas PSC (Jawatankuasa Khas Pilihan Khas Parlimen) mengemukakan syor mereka, tapi SPR terlalu lambat dalam membawa perubahan," kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk s. Ambiga dalam ucapannya. Konsert yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya jelas usaha mereka menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa agar lapan tuntutan, yang diketengahkan sejak dua tahun lalu, dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Tiada sebab kenapa lapan tuntutan Bersih tak boleh tunaikan," kata Ambiga. Kata Ambiga, Bersih 2.0 telah menemui banyak kekurangan dan kesilapan dalam senarai pengundi. "Kesilapan ini terus berlaku hingga senarai yang baru, kekurangan dan kesilapan ini, kita desak jangan diteruskan," kata Ambiga. Beliau menambah, "(kali ini) kita ingatkan kerajaan dengan lagu dan muzik." Konsert tersebut dibarisi artis tempatan antaranya Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors, Republic of Brickfields dan kumpulan punk Dum Dum Tak. Acara kemuncak konsert terbabit telah mempersembahkan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyampaikan puisi yang dituju khas kepada pengunjung. Sebaik sahaja sasterawan negara itu selesai menyampaikan puisi, ia disusuli dengan persembahan Ito yang telah menggamit perhatian pengunjung yang hadir. Malah, Jawatankuasa Pemandu Bersih turut menyanyi beramai-ramai lagu "Bersih, kami mahu PRU Bersih." Samad, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, turut membacakan puisi yang dikarang khas olehnya. Beliau berkata: "Lapan tuntutan Bersih masih lagi belum ditunaikan, dan konsert ini adalah jalan untuk kami menyuarakan pendirian kami." Antara lapan tuntutan Bersih 2.0 ialah membersihkan senarai daftar pengundi, mereformasikan sistem undi pos, menggunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah, dan menghentikan politik kotor. Konsert Bersih 8T berjaya mengutip lebih RM13,000 hasil derma orang ramai yang hadir. "Kami tidak akan dapat meneruskan perjuangan jika tiada sumbangan," kata Samad. Bersih sebelum ini pernah menganjurkan dua demonstrasi besar-besaran di ibu negara menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dengan yang pertama pada Julai tahun lalu, dan terbaru, Bersih 3.0 pada akhir April lalu. "Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih," kata beliau. Konsert yang julung kali diadakan itu bermula jam 4.15 petang, dan dihadiri lebih 500 pengunjung yang tidak menghiraukan hujan sejak pagi semalam. | |||||||
Kit Siang: DAP sekular tapi bukan anti-Islam Posted: 13 Oct 2012 11:21 PM PDT SHAH ALAM – DAP menegaskan walaupun parti tersebut mengamalkan konsep sekular, namun tidak sesekali bersikap anti-Islam. Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sepanjang 46 tahun sejarah parti tersebut, DAP secara konsisten mengatakan Malaysia adalah sebuah negara demokratik, berbilang kaum, sekular dan mempunyai pelbagai agama dengan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi bukan sebuah negara Islam. Menurutnya, dakwaan beberapa pemimpin yang mengaitkan DAP dengan menuduh parti ini cuba menjadikan 'Malaysia sebuah negara Kristian' adalah tidak berasas dan cubaan untuk merosakkan keharmonian negara. "Adakah mungkin hanya selepas 46 tahun, DAP cuba menubuhkan sebuah negara Kristian apabila tiada pemimpin parti atau dokumen polisi berkata mengenainya? "Hanya orang yang bodoh atau tidak jujur yang mempercayai dakwaan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menyeru rakyat supaya tidak termakan dengan dakwaan seperti ini dan menunjukkan bantahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Atas sebab yang sama, media arus perdana dan sosial yang turut menyebarkan dakwaan ini sama-sama bodoh dan tidak jujur," katanya. Baru-baru ini, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa terdapat doa yang memohon agar negara ini menjadi negara Kristian selepas DAP memperoleh kemenangan di beberapa kerusi selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu. Ekoran dari dakwaan ini, pelbagai peringkat pemimpin DAP menafikan ada menganjurkan doa sedemikian. | |||||||
Hadi: Pas dapat untung kerjasama dengan DAP Posted: 13 Oct 2012 11:19 PM PDT SINAR HARIAN KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti itu memperoleh pelbagai keuntungan hasil kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang. Beliau berkata, kerjasama dengan DAP memudahkan Pas menarik sokongan masyarakat bukan Melayu di negara ini seterusnya membolehkan parti itu kini mentadbir dua negeri di Malaysia. "Kita juga sebenarnya dapat tadbir Perak dengan kerjasama erat DAP ... kita langsung tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama kita. Malah kita juga dapat keuntungan kerjasama dengan BN (Barisan Nasional) sebelum Pas keluar pada 1978. "Kita buat kerjasama yang dapatkan keuntungan kepada kita tetapi dalam masa sama kita tiada tolak ansur sekiranya kita kena korbankan perkara tunjang perjuangan kita," katanya kepada pemberita. Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah, nasihat dan beramah mesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Tok Jiring di Kampung Tok Jiring di sini, hari ini. Media hari ini melaporkan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas memerlukan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Kerjasama itu mengundang pelbagai kritikan daripada akar umbi Pas sendiri antaranya daripada Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang berpendapat perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP. Abdul Hadi berkata kerjasama dengan DAP adalah berlandaskan 'tahaluf siyasi' (kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama) dan dibuat berdasarkan garis panduan yang disediakan Majlis Syura Ulama Pas. "Pas hanya kerjasama dengan DAP memerangi kezaliman dan tegakkan kebenaran untuk rakyat. Pas tidak kerjasama sampai kita sama buat perkara ditegah Islam. DAP bukan Islam itu terpulang dia, kalau orang Islam Pas ikut buat (perkara yang ditegah agama) kita buang (mereka daripada parti), jangan mari sini doh (jangan merayu untuk kembali menyertai Pas)," katanya. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu Kabinet bayangan pembangkang, beliau berkata perkara itu hanya bayangan dan Pas tidak bergantung kepada bayangan untuk memperkuatkan parti itu. "Bila sebut bayangan tak perlu saya komen, Pas tidak mahu keliru dengan bayangan ini," katanya. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kabinet bayangan itu helah pembangkang mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka. - Bernama | |||||||
Najib: PRU13 boleh diadakan bila-bila masa Posted: 13 Oct 2012 11:17 PM PDT SINAR HARIAN PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa kerana rakyat sudah yakin janji yang dibuat akan dilaksanakan. "Ini sebab bila kita umum BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) rakyat yakin kita akan bayar tahun depan. Kita boleh buat pilihan raya bila-bila masa sahaja kerana rakyat dah yakin janji kita tunai... kadang-kadang lambat sedikit tetapi lambat laun kita akan laksanakannya," jelasnya. Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan BR1M 2.0 ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu. Presiden Umno ini berkata, kunjungannya ke Sabah adalah untuk menepati janji dan memperkukuhkan komitmen bagi membela nasib rakyat dan negeri itu. "Seorang pemimpin tahu merasai denyutan dan nadi rakyat dan kita mesti tahu apa aspriasi rakyat. Kita tidak boleh jadi pemimpin besar kalau hanya petah bercakap seperti orang jual ubat di tepi jalan," katanya. Beliau turut menyarankan agar satu kajian komprehensif dibuat bagi menentukan masa depan sistem kehakiman anak negeri Sabah. "Kita mahu sistem ini dibangunkan dan diolah dengan baik supaya system mahkamah anak negeri ini tidak dilihat sebagai 'ala kampung' sebaliknya kita mahu tingkatkan asas keilmuan dan kedudukan. "Jadi saya minta yang pakar dalam bidang ini memberi pandangan dan cadangan agar sistem anak negeri terus relevan pada masa akan datang," katanya. Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kivoupo, pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Pagansakan dan penubuhan Pusat Permata di Penampang. - Bernama | |||||||
PKR: Mahathir liabiliti kepada BN Posted: 13 Oct 2012 11:12 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE [MUKADIMAH- LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13] PETALING JAYA – Salah seorang pemimpin PKR, R. Sivarasa berkata, sama ada masih mempunyai pengaruh atau tidak dalam arena politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai liabiliti besar kepada Umno-Barisan Nasional (BN) yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Adakalanya Mahathir mengkritik kepimpinan Umno-BN, khususnya Najib supaya keluar dari parti, saya percaya beliau (Mahathir) akan lebih suka jika tempat Najib turut diganti," ulas Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang. Katanya, rakyat Malaysia begitu dahagakan perubahan politik sebagaimana negara-negara lain, malah mereka sudah pasti menolak kepimpinan Dr Mahathir yang mengamalkan politik lama. Katanya, biarpun ada yang mendakwa pengaruh Dr Mahathir semakin kurang, namun pemimpin itu masih mempunyai hubungan yang erat dengan tokoh-tokoh korporat besar, yang menjadi penyokong kuat dari segi dana. Walaupun ramai pihak melihat Dr Mahathir cuba mengekalkan pengaruhnya dengan hasrat meletakkan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri, namun jelas Sivarasa, laluannya agar sukar kerana anaknya masih muda di samping masih kurang peranan dalam arena politik negara. Kata Sivarasa, beliau juga yakin Dr Mahathir memainkan peranan penting dalam PRU13 kerana mahu memastikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sama sekali menjawat jawatan perdana menteri. Anwar dipecat Dr Mahathir pada September 1998. Sementara itu, Senator Dr Syed Husin Ali pula mendakwa bekas Perdana Menteri itu kini mengharapkan supaya Najib segera berundur dari parti supaya anaknya, Datuk Mukhriz berpeluang menjawat jawatan ketua negara. "Mahathir marah dengan keadaan politik sekarang ini dengan menyalahkan Najib kerana meletakkan Umno dalam keadaan yang tidak baik. Ini kerana kalau Umno kalah bermakna peluang anaknya untuk menjadi Perdana Menteri akan tipis. Malah Mahathir juga merasakan kedudukannya dalam bahaya," katanya. Menurut beliau, walaupun tidak lagi memimpin negara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh dalam Umno-BN. Justeru sebarang kenyataan yang keluar dari mulut Dr Mahathir sedikit sebanyak bakal memberi kesan terutama ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.-sinarharian.com | |||||||
Mukhriz: BN akan lantik Timbalan MB jika rampas Kedah Posted: 13 Oct 2012 11:08 PM PDT SINAR HARIAN KODIANG - Barisan Nasional (BN) akan memikir dan melakukan perkara terbaik untuk kepentingan rakyat Kedah, termasuk melantik Timbalan Menteri Besar bagi melicinkan pentabiran jika merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat. Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pentadbiran negeri tidak boleh terganggu kerana rakyat sentiasa memerlukan khidmat. "Jangan bagi alasan tidak sihat. Bagi rakyat, khidmat adalah penting. Kita sihat atau tidak, khidmat dan urusan penting tetap kena dilaksanakan. Pentadbiran negeri tidak boleh tergendala. " ....ke depan kita tak tahu apa nak berlaku. Jadi, saya fikir elok ada Timbalan Menteri Besar," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas situasi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sukar ditemui akhir-akhir ini. Azizan beberapa kali tidak mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco sebelum ini, dan Bernama difahamkan beliau jarang menghadiri majlis kerana masalah kesihatan. Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ditemui selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Hwa hari ini. Beliau berkata bagi mengelak perkara seperti itu berlaku, maka jawatan Timbalan Menteri Besar wajar diwujudkan dengan mandat jelas dan tidak melampaui batas untuk menjalankan tugas apabila keadaan memerlukan. Terdahulu, dalam ucapannya, Mukhriz berkata wakil rakyat BN sedaya-upaya berusaha memenuhi permintaan dan menyelesaikan masalah rakyat. Beliau memberi contoh hubungan baik dengan Datuk Abu Hassan Sarif (Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh) memudahkan mereka memberi khidmat terbaik kerana seiring dengan pucuk pimpinan peringkat pusat. "Situasi ini memudahkan kami untuk merealisasikan permintaan masyarakat Tionghua di sini. "Saya harap rakyat terus memberi sokongan supaya khidmat baik ini dapat dilebarkan ke seluruh negeri, terutama kawasan diwakili BN," katanya. - Bernama | |||||||
Karangkraf bantu pelajar tahfiz Posted: 13 Oct 2012 11:07 PM PDT KUALA TERENGGANU - Selain menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu golongan memerlukan terutama anak yatim dan ibu tunggal, Yayasan Nur-Karangkraf di bawah program Karangkraf Peduli Duafa turut menyampaikan sumbangan bagi membantu pembangunan pendidikan pelajar dua maahad tahfiz menerusi program Back to School yang berlangsung semalam. Dua maahad tahfiz yang menerima sumbangan ialah Madrasah Al-Huda yang menempatkan 50 murid berusia tujuh hingga 12 tahun dan Madrasah Al-Ikhwan yang menempatkan 200 pelajar berusia tujuh hingga 30 tahun. Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sumbangan itu bertepatan prinsip Membela Nasib, Membina Harapan yang menjadi objektif utama program Karangkraf Peduli Duafa di samping program CSR Karangkraf yang lain seperti Karangkraf Peduli Jujur, Karangkraf Peduli Alam, Karangkraf Peduli Muafakat dan Karangkraf Peduli Iqra. "Ini salah satu program CSR yang dibentuk oleh Karangkraf di mana objektif utamanya membantu mereka kurang bernasib baik. Program ini berjalan sepanjang tahun dan tidak hanya terhenti atau tertumpu untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja," katanya. Menurutnya, dana yang diperuntukkan untuk menjalankan CSR ini akan bertambah setiap tahun bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik terbela. "Setiap tahun dana kita akan ditambah. Insya-ALLAH, dana yang kita kumpulkan untuk menjalankan CSR di bawah Yayasan Nur-Karangkraf pada tahun depan dijangka akan ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada RM1 juta berbanding dana yang diperuntukkan untuk tahun ini sebanyak RM400,000 hingga RM500,000. "Di samping merealisasikan CSR, program begini juga memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan syarikat sendiri sekali gus dapat disemai menjadi budaya," katanya. Semalam, seramai 171 orang terdiri daripada pelajar tahfiz, anak yatim, orang kurang berkemampuan dan orang kurang upaya sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus dipilih untuk menyertai program Back to School yang dianjurkan Yayasan Nur-Karangkraf. Dalam program berkenaan, kesemua mereka dibawa untuk membeli barangan keperluan persekolahan di Kedai Kasut You, Kedai Devadas dan Kedai Mohd Salleh sebelum ke D'Muara Liveseafood untuk menjamu selera. | |||||||
Pas dakwa pengaruh Dr M makin rapuh Posted: 13 Oct 2012 11:05 PM PDT [MUKADIMAH: LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13] SHAH ALAM - Pas melihat Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh untuk 'menimbulkan kecelaruan' pemikiran di kalangan pengundi tetap Umno, yang akhirnya akan memanfaatkan pakatan pembangkang. Pada masa yang sama, Pas mendakwa pengaruh bekas Perdana Menteri itu semakin rapuh dalam menarik sokongan masyarakat umum khususnya pengundi 'atas pagar' susulan tuntutan landskap politik baru yang semakin dirasai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Untuk menarik pengundi Pakatan Rakyat, orang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti ini kepada Umno itu satu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana orang sudah mempunyai pendirian untuk membuat perubahan pada pilihan raya akan datang," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar. Beliau yang juga Ahli Parlimen Poko Sena dapat merasakan kebimbangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya Dr Mahathir 'celupar mulut' mengkritik parti secara terbuka sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti yang telah memerintah negara lebih 50 tahun. "Mungkin selepas Bajet 2013, baru okey balik... mungkin beliau sedar bahawa beberapa perkara yang beliau kritik itu menjejaskan kekuatan BN kerana ia boleh menganjakkan pengundi tetap Umno ini kepada Pakatan Rakyat," jelasnya. Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir mempunyai hasrat meletakkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir supaya mewarisi kepimpinannya sebagai bakal perdana menteri. "Banyak pihak dalam Umno yang tidak senang dengan percaturan politik untuk mengatur kedudukan anaknya, hatta apabila disebut anaknya untuk balik bertanding sebagai calon Menteri Besar, ia akan berlaku pergolakan dalaman Umno," katanya sambil menyifatkan hasrat Dr Mahathir itu mungkin gagal. Bagaimanapun beliau mengakui sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akur kepada beberapa tuntutan dan kehendak Dr Mahathir, nasibnya mungkin berakhir sepertimana yang menimpa Tun Abdullah Ahmad Badawi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan