Ahad, 7 Oktober 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ILMU TUKANG KUTIP UNTUNG?...

Posted: 07 Oct 2012 07:30 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.

KENDURI KAWIN ANAK KETUA MENTERI MELAKA KALI KEDUA...

Posted: 06 Oct 2012 09:25 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa anggota kabinet pada malam tadi menghadiri majlis jamuan kedua sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Majlis di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur itu tetap glamor walau hanya dihadiri 900 orang jemputan, berbanding majlis jamuan di Melaka yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran 130,000 orang.

ali rustam wedding royal chulan 071012 najibMohd Ali yang memakai baju berwarna merah pulasan, sedondon dengan pakaian isteri dan dua orang anak yang menemaninya di pentas, mengambil masa beberapa minit ketika membacakan nama hadirin dari kalangan orang kenamaan.

Antaranya adalah Sultan Pahang, keluarga diraja Perlis, perdana menteri dan Isteri, timbalannnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir ialah ketua setiausaha negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas menteri dalam neteri Tan Sri Syed Hamid Albar, menteri besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan menteri besar Johor Datuk Ghani Othman

Tiada ulasan: