Rabu, 3 Oktober 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


DS NAJIB AKAN DISAPINA?

Posted: 03 Oct 2012 07:30 AM PDT

Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

NONE"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.

BIL ELEKTRIK BAKAL NAIK?

Posted: 03 Oct 2012 01:21 AM PDT

Belanjawan 2013 yang dibentangkan minggu lalu jelas "mempraktikkan penipuan" apabila gagal mengumumkan peningkatan tarif elektrik, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berhubung perkara itu mengejutkan kerana kerajaan yang bertanggungjawab patut mengumumkannya dalam belanjawan.

NONE"Sekiranya peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 September lalu?" Soal Lim (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, kegagalan itu jelas "penipuan terancang" dalam "rekod 3D" - defisit, hutang (debts) dan penipuan (deception) - kerajaan.

Ia bertentangan sama sekali dengan dasar 3S Pakatan Rakyat, iaitu surplus (lebihan), pengekalan (sustainable) pengurangan hutang dan tindakan tegas (stern) terhadap rasuah, kata anggota Parlimen Bagan itu.

Chin semalam dilaporkan berkata, penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walaupun tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau, lapor Sin Chew Daily.

Beliau juga dipetik harian itu sebagai mendedahkan, penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tiada ulasan: