. |
Kerajaan Kelantan Takut Kepada Bolasepak Posted: 22 Oct 2012 05:06 PM PDT MENELAN RASA Kerajaan Kelantan telah mengumumkan akan memberi habuan kepada para pemain pasukan Gedebe Merah atas kejayaannya menjulang piala Malaysia selepas menewaskan ATM 3 - 2 dan juga mencatat sejarah apabila pasukan itu mendapat kejuaraan tribel. Menurut Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat bentuk atau nilai habuan akan ditentukan dalam mesyuarat Exco esok. Exco Belia dan Sukan Abdul Fatah Mahmud akan mengumumkan bentuk habuan berkenaan.
Harus diingat Red Warriors adalah pasukan profesional dimana mereka bukan bermian untuk negeri kepentingan negeri tetapi untuk klelab. Pasukan itu seratus peratus diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Al Hamra milik presiden Kafa Annuar Musa. Apakah logiknya untuk kerajaan memberi habuan kepada para pemain setiap kali pasukan itu mencapai kejayaan? Saya hendak tanya dari konteks kerajaan Pas Kelantan apakah kelabaan diperolehi dari game bola sepak itu? Apakah ia sebahagian daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto Pas semasa pilihan raya atau pun sesuatu yang dirancang oleh kerajaan negeri menerusi pembangunan sukan? Apabila perkara ini ditimbulkan bukan bermakna saya menyarankan kerajaan Pas agar anti kepada bola sepak, tidak... tetapi untuk mendapat penjelasan apakah tindakan kerajaan memberi apa-apa habuan itu menepati konsep kerajaan dan ia satu tindakan tepat. Seandainya pemberian itu kerana kerajaan negeri mempunyai dana untuk dibelanjakan kepada sesuatu perkara yang tidak termasuk dalam perancangannya ia adalah satu pembaziran. Lagi pun pemberian habuan kepada pasukan kelab profesional itu bukan belum pernah. Sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi tikit dan peruntukan kepada pemain kelab itu menunaikan fardu haji. Manakala penjaga gol pasukan itu Khairul Fahmi atau Apek pernah diberi rumah bernilai lebih RM200,000. Pemberian rumah kepada Apek itu sesuatu yang betul kalau pada waktu itu tetapi kini setelah berjaya dan terkenal rasanya ia tidak perlu diberi apa-apa habuan lagi. Dengan pendapatan beliau mencecah jutaan ringgit, sepatutnya Apek pula membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Tetapi apakah itu terjadi? Bagaimana pun kebajikan itu bukan suatu paksaan terserah kepada tuan badan. Bagi saya kalau kerajaan ingin membantu perkembangan bola sepak di negeri Kelantan ia perlu berbuat lebih jauh dan praktikal dari itu. Bukan habuan demi habuan diberikan kepada pemain tetapi buatlah perancangan pembangunan sukan bola sepak. Sesuatu yang lebih bermakna harus diusahakan. Misalnya yang penting dan perlu diutamakan pastikan semua pemain skuad itu terdiri dari anak-anak Kelantan. Kalau pun habuan itu diberi kelak yang dapatnya anak-anak Kelantan sendiri. Tetapi hakikat hari ini berapa orang saja anak negeri Kelantan terlibat? Status itulah menyebabkan saya rasa kerajaan negeri tidak perlu bersimpati lebih kepada Red Warriors kerana tidak memberi manfaat atau bantuan langsung kepada rakyat negeri itu. Begitu juga kalau ditilik dari sudut pembangunan Islam apa yang diperolehi dari bola sepak? Setelah mendapat berbagai gelaran nilai-nilai Islam dalam permainan itu masih belum menyerlah. Ini sudah bertentangan dengan konsep dan matlamat kerajaan membangun bersama Islam. Tidak dinafikan sudah ada nilai Islam dan terjahan dakwah di stadium setiap kali berlangsung perlawanan apabila ada penonton mendirikan solat berjemaah beramai-ramai. Tetapi ciri-ciri Islam yang diingini masih belum mencukupi. Dalam tilikan saya masih banyak ciri-ciri kekufuran daripada kebenaran dalam stadium bila setiap kali berlangsung perlawanan besar. Contohnya paling mudah penonton lelaki dan perempuan masih bercampur. Apakah pihak pengurus stadium tidak dapat mengadakan syarat agar penonton lelaki dan perempuan dipisahkan? Kalau perkara ini rumit untuk dilaksanakan tetapi mesti ada usaha dan cadangan untuk berbuat demikian. Sayangnya setakat ini tidak kedengaran. Exco Belia dan Sukan atau pun pengerusi Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke V wajar bersuara dan memikirkan bagaimana untuk implimen perkara ini. Berhubung habuan itu keperluan itu tidak begitu terdesak kerana pihak Kafa sendiri telah berjanji untuk memberi hadiah kepada setiap pemainnya berupa lot tanah. Apakah tidak cukup dengan janji itu? Ataupun kerajaan negeri bermurah hati kerana ingin menunjukkan mereka komited dengan bola sepak. Pemberian itu kerana bimbang kalau tidak dihulur apa-apa habuan menyebabkan rakyat akan tidak mengundi parti kerajaan, Pas. Begitukah? Kalau itu maka jelas kerajaan negeri berbuat itu atas dasar politik semata-mata takut tidak disokong oleh kaki bola bukannya atas dasar untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan mendidik komuniti bola sepak termasuk pemain, pengurus dan Kafa sendiri menghayati nilai-nilai Islam seperti mana dihasratkan oleh kerajaan Pas. Jika telahan ini betul bermakna kerajaan Kelantan takut kepada bola? [wm.kl.8:05 am 23/10/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan