. |
- Bola Sepak Menyusahkan Ahli Politik?
- Najib Telah Tutup Pintu Untunya...
- Memahami Politik Chua Soi Lek
Bola Sepak Menyusahkan Ahli Politik? Posted: 19 Oct 2012 11:55 PM PDT SEMBANG SORE Bola sepak benar-benar telah menghantui rakyat Kelantan. Gila bola sepak boleh dilihat di mana-mana saja di Kelantan. Yang menggilainya tidak kira peringkat usia, dari orang dewasa, yang kerjanya menggatih teksi (beca roda tiga) sehingga kepada kanak-kanak tadik dan pasti. Tadika ialah pre-sekolah kelolaan Umno, manakala Pasti kelolaan Pas. Kegilaan ini bukan setakat luaran saja, ia menyelinap ke dalam darah daging. Percakapan mengenai bola di Kelantan atau nama timang-timangnya Red Warriors (saya panggil gedebe merah) terdengar di mana-mana saja. Di kantin sekolah, kedai gunting, atas surau dan sampai ke dalam bilik atau pejabat parti politik. Semacam percakapan tidak sah kalau tidak sentuh perihal gedebe merah. Semasa 24 jam saya berada di Kelantan semalam saya dapat merasai akan kegilaan ini. Gila kepada bola sepak ini sudah sampai kepada wabak atau penyakit. Kesungguhan rakyat Kelantan yang meminati bola ini mengkagumkan. Mereka sanggup mengeluarkan wang poket sendiri untuk meraikan pasukan kesukaan mereka. Kejayaan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir menentang ATM malam ini menambahkan kegilaan rakyat Kelantan. Mereka akan tinggal semua kerjasama lain untuk memberi sokongan kepada pasukan negeri mereka. Bukan saja yang tinggal di sekitar lembah Kelang, atau di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain juga berbuat hal yang sama. Saya dapat tahu ada penyokong dan peminat bola sepak gedebe merah dari Bintulu Sarawak ikut sama turun ke Shah Alam malam ini. Bayangkan berapa tikit kapal terbang, mahalnya berkali ganda berbanding tikit masuk stadium RM40 bagi tempat duduk terbuka. Namun mereka sanggup membayar RM600 hingga RM1,000 untuk menonton dan memberi sokongan kepada Kelantan. Itulah orang Kelantan betapa gilanya mereka. Pagi ini Kuala Lumpur sudah dipenuhi dengan penyokong gedebe merah. Di sekitar Gombak, Setapak, Selayang dan Chow Kit kelihatan di mana-mana sahaja kenderaan yang membawa bendera negeri Kelantan. Yang fanatik membalut kereta mereka dengan bendera Kelantan dan juga bendera merah berlambang Red Warriors. Rasanya kegilaan rakyat negeri lain hebat juga tetapi kehebatan tidak sama dengan rakyat Kelantan. Malam tadi mereka sudah bawa segala peralatan untuk memberi sokongan. Bendera, gendang dan segala macam peralatan yang boleh membantu menaikan darah pemain gedebe merah. Lebih unik lagi sejak malam tadi mereka sudah mengerumuni stadium Shah Alam tempat akan berlangusng perlawanan malam ini. Mereka berkampung dan berkhemah di sana. Bukan saja membawa bendera dan alat bunyi-bunyi tetapi lengkap dengan pasukan kebuayaan. Katanya kumpulan dikit barat sudah berada di stadium Shah Alam malam tadi. Mereka membuat persembahan menghiburkan peminat gedebe merah. Satu lagi kumpulan dikit barat dari Pasir Puteh katanya telah menyewa gerabak keretapi dipenuhi dengan puak-puak mereka. Kumpulan itu juga dikatakan akan membuat persembahan di dalam gerabak keretapi. Melihat kepada kegilaan itu yang sedikit sebanyak kena mengeluarkan wang ia menafikan dakwaan mengatakan rakyat Kelantan miskin? Wiiiiiiippppp.... hebat bola sepak Kelantan. Kehebatan ini ada kaitan dengan perkembangan politik di negeri Cik Siti Wang Kembang itu juga. Katanya sesetengah ahli politik menyediakan tikit percuma untuk para penyokong. Seorang bakal calon menyediakan 5,000 tikit untuk penyokong yang datang dari kawsasannya. Perbuatan ini jelas satu penyogokan politik menerusi sukan. Melihat kepada kegilaan ini saya nampak bola sepak telah menjadi bebanan dan penyakit kepada wakil rakyat atau pun bakal calon. Tidak fasal-fasal mereka terpaksa mencari wang untuk sponsor penyokong gedebe merah. Kalau tidak mampu menyediakan tikit cukup menyediakan skrin besar dipasang di kedai-kedai kopi. Seorang bakal calon mengeluh mengenai hal ini. Katanya dia terpaksa mencari dua tiga ribu untuk membeli skrin besar. Bukan saja setakat skrin besar, ada lagi yang perlu disediakan untuk memeriahkan keadaan. Diminta hamper pula untuk dibahagi-bahagikan kepada penonton bertuah. Secara tidak langsung bola sepak kini sudah menjadi masalah baru kepada wakil-wakil rakyat dan mereka yang hendak menjadi calon. Bola sepak telah menambah penyakit dan bebanan kepada mereka. Tidak dapat saya bayangan bagaimana harunya wakil rakyat atau orang politik setiap kali Kelantan dapat ke separuh akhir. Fenomena ini sepatautnya tidak dilayani sangat kerana sedikit sebanyak ia ada unsur-unsur materialistik di dalam politik. Mungkin peminat tidak mendesak tetapi orang politik yang berkemampuan telah mengajarkan budaya tidak sihat itu di dalam bola sepak Kelantan. Saya sudah katakan politik ini sangat jahat dan menyusahkan rakyat, sebab itu politik kita perlu diperbetulkan. [wm.kl.2:54 pm 20/10/12] | ||
Najib Telah Tutup Pintu Untunya... Posted: 19 Oct 2012 06:35 PM PDT MENGAIT MENTARI Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'.
Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tikit BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh Pas. Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithauddenn Tengku Ismail. Jika dinilai dari difinasi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tikit Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tikit bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning. Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan Pas dan menang. 'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tikit Pas beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan muhrim, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan. Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan, tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas. Umno Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia diterima. Dengan ketegasan Najib dan Umno bahgian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya. Sebelum ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya. Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak memeliklan bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti. [wm.kl.9:33 am 20/10/12] | ||
Posted: 19 Oct 2012 04:42 AM PDT KUTIR MALAM Dulu saya sedikit tidak teralat dan tidak faham kenapa orang Cina boleh swing kepada DAP sehingga lebih 60% meninggalkan parti terbesar kaum itu yang turut mencapai kemerdekaan 'dibayar' bersama Umno dan MIC. Kita tahu orang Cina sukar untuk meninggalkan apa-apa juga oragnisasi yang boleh menjaga kepentingan mereka. Lama juga saya tercari-cari kenapa orang Cina berubah sikap dan berubah pendirian politik. Terifkir juga kalau-kalau mereka beralih angin menyokong DAP kerana ada strategi sulit mereka untuk menghkhianti Melayu, mereka bermain menusuk dengan orang Melayu.
Yang jelas nampak pemimpin Cina DAP lebih ikhlas dalam menjalini hubungi dengan orang Melayu menerusi Pas dan PKR. Bukan itu saja mereka juga memahami budaya dan ajaran agama Islam. Lim Guan Eng misalnya menelaah akan budaya dan juga ajaran agama Islam demi mendekatkan bukan saja pentas politik tetapi hati politik antara Cina dengan Melayu. Menerusi penelaaan itu Guan Eng cuba memahami aspirasi orang Melayu dan bukannya memprejudis seperti mana Chua Soi Lek. Dalam erti kata lain Cina DAP mengenali Pas dengan hati manakala Cina MCA mengenali Pas dengan memandang dari jauh di samping terus menerima bisikan "syaitan" Umno. Umno pula double standard dalam hal ini boleh menerima MCA tetapi mengecam DAP. Contohnya mengenai hukum hudud, pemahaman pemimpin DAP jauh berbeza dengan pengetahun atau apa yang ada dalam kepala pemimpin MCA. MCA melihat hudud itu satu hukum zalim dan kejam bakal menyusah dan merugikan orang Cina, sebaliknya DAP tidak melihat sehuduh itu. DAP melihat hudud membantu orang Cina untuk hidup dalam sebuah negara yang adil dan saksama. Mereka (DAP) mulai menerima dan merasai akan keadilan Islam apabila Pas berjaya menunjukkan ciri-ciri itu di Kelantan. Kesempatan Nik Abdul Aziz menjadi MB Kelantan menerapkan seberapa banyak nilai-nilai Islam, memberi peluang kepada DAP mengenali Islam menerusi dhamir bukannya pembacaan fizikal. Akhlak Nik Aziz menjadi kunci segala-galanya. Malangnya kesempatan dan suri teladan ditunjukkan Nik Aziz ini tidak dirasai oleh MCA atau Soi Lek kerana ia dipagar sikap prejudis dan juga 'hasutan' Umno? Di sinilah baik dan buruk, untung dan ruginya orang Cina yang mendekati Pas dengan orang Cina yang mendekati parti yang ketuanya mengatakan lebih baik berkawan dengan syaitan daripada malaikat. Pendapat liar dan kurang bertanggungjawab Chua Soi Lek mengatakan kononnya 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan kalau hudud dilaksanakan bukan satu kesilapan tetapi ia satu kenyataan menggambarkan kejahilan dan kebusukan hati presiden MCA itu. Menurutnya kalau hukum hudud dilaksanakan sudah pasti pusat hiburan, perjudian dan maksiat akan ditutup di mana kebanyakan pekerjanya orang Cina akan kehilangan pekerjaan. Mengapa tidak begitu tamadun sekali Soi Lek dalam memahami hidup secara bernegara dan berpelembagaan? Saya rasa sia-sia beliau mempunyai ilmu kedoktoran, belajar di universiti tetapi tidak atau masih belum faham mengenai perlembagaan negara. Untuk mengatakan beliau jahil mengenai Islam, rasanya tidak kerana ... mata pelajaran Islam sudah diajar di sekolah sekolah sejak lama dahulu, tetapi cukup kalau dikatakan beliau tidak atau masih belum reti perlembagaan negara. Anihnya pendapat atau kata-kata seperti itu tidak terdengar oleh saya keluar dari mulut Cina DAP, seperti Lim Kit Siang, Guan Eng atau Tan Seng Geok? Mereka tidak pernah mempersoalkan agenda atau matlamat Pas dalam soal hudud. Mereka mengambil sikap terbuka dan cuba memahami hudud dengan mempelajarinya secara ikhlas. Di sini saya mengira pemimpin DAP lebih terbuka, lebih tolenrasi dan lebih memahami akan kehidupan secara majmuk di negara ini. Apabila mengenangkan betapa begitu tingginya kebodohan Soi Lek menyebabkan saya terfikir apakah beliau ada motif lain di sebalik terus mengancam Pas dan orang Melayu dengan hudud itu. Apakah apabila beliau menunjukkan kesangsian berterusan ke atas kesucian hudud dan memburukkannya beliau mahu memberi mesej kepada orang Melayu lain bahawa orang Cina termasuk DAP menyimpan perasaan demikian? Soi Lek ingin menunjukkan bahawa orang Cina sama berfikiran dengannya. Apa yang beliau ingin dedahkan bahawa orang Cina tidak menerima hudud seikhlasnya dan akan menentang. Dengan berlaku demikian nanti ia menyebabkan orang Melayu dalam Pas dan Keadilan akan meragui DAP. Apabila ini berlaku di sinilah mereka berharap akan berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat. Soi Lek sangat faham bahawa keutuhan dan kepaduan Pakatan Rakyat kini boleh dimusnahkan dengan menimbulkan keraguan dan kesangisan sesama mereka. Melihat kepada keseriusan Soi Lek dalam mengadu dombakan supaya orang Melayu membenci Cina (DAP), saya percaya Soi Lek akan melakukan lebih dari apa yang dilakukan kini. Beliau bukan saja akan bertindak menimbulkan keraguan dan kesangisan terhadap sesuatu isu, tetapi mungkin juga apabila sudah terlalu terdesak akan mengajak ekstremis Cina dalam MCA untuk berbuat sama seperti mana Ngo upahan Umno lakukan. Mereka juga akan menggunakan tektik-tektik keganasan-keganasan yang sama. Kejahatan ini adalah jalan terakhir. Apa yang kita ketahui sebelum ini bahawa MCA pernah dikuasai oleh para samseng dan gengstar mungkin akan hidup kembali. Ia tidak mustahil apabila Soi Lek tidak dapat menanggalkan hubungan fizikal DAP dengan Pas dan PKR secara provokasi, cara kekerasan akan digunakan. Yang penting baginya mahu memastikan DAP tidak akan membantu bentuk kerajaan Pakatan Rakyat. Apakah di hujungnya nanti akan berlaku peperangan fizikal antara DAP dengan MCA? Mat Maslan ada jawabannya. Felda apa khabar Mat? [wm.kl.7:24 pm 19/10/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan